Pengikut

Nuffnang

Khamis, 11 Disember 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


Iklan Arak Tak Dibenar .. Penjualan Masih Dibenarkan

Posted: 10 Dec 2014 07:14 PM PST

MELAKA - Logo minuman keras tidak lagi dibenarkan menghiasi papan iklan dan sengkuap pada premis dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) khususnya di bandar raya ini bermula September lepas. Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata pemilik premis akan diberi tempoh enam bulan daripada tarikh tamat tempoh lesen perniagaan dan iklan mereka tahun ini untuk menukar papan iklan yang mematuhi peraturan tersebut. "Sebanyak 14,400 premis akan terlibat dalam peraturan ini dan kita jangkakan pada awal 2016, tiada lagi premis dalam kawasan pentadbiran MBMB khususnya Bandaraya Melaka menggunakan logo minuman keras pada papan ikan dan 'retractable awning' mereka. 


 "Jika pemilik premis gagal berbuat demikian setelah diberi tiga notis, mereka akan dikompaun RM250 di bawah Undang-undang Kecil Iklan MPMT 1983 dan papan tanda mereka akan diturunkan," katanya. Sementara itu, dua lagi pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaraya Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Perbandaraya Alor Gajah (MPAG) turut mengenakan syarat yang ketat terhadap mana-mana iklan membabitkan minuman keras. Yang Dipertua MPAG, Datuk Murad Husin berkata, pihak PBT itu memang selama ini tidak pernah meluluskan mana-mana papan iklan berkaitan minuman keras di kawasan terbabit. "Iklan arak adalah terkandung di bawah undang-undang kecil dan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu, namun setakat ini kita memang tidak pernah lagi meluluskan mana-mana papan iklan berkaitan dengan arak. 

 "Cuma berkemungkinan premis-premis yang menjual arak ada pamerkan logo iklan arak di dalam premis mereka namun itu adalah soal dalaman premis terbabit," katanya. Bagi MPHTJ pula, setakat ini turut tidak pernah memberi kelulusan kepada mana-mana pihak yang ingin menggantung iklan berkaitan logo arak. Setiausahanya, Shahadan Othman berkata, pihaknya sentiasa memantau sekiranya terdapat mana-mana premis yang memasang iklan secara haram

MELAKA Rancang Ahad Hari Tanpa Plastik 1 Januari

Posted: 10 Dec 2014 07:10 PM PST

MELAKA - Melaka merancang untuk melaksanakan Hari Tanpa Beg Plastik termasuk pada hari Ahad mulai 1 Januari tahun depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka, Datuk Kamarudin Md Shah. Beliau berkata, perkara itu telah diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Sebelum ini program seumpama itu dilaksanakan pada setiap Jumaat dan Sabtu bermula April lepas. "Perancangan juga dibuat untuk melaksanakan Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap hari bermula tahun 2016," katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata inisitif itu selaras dengan usaha kerajaan negeri meningkatkan kualiti alam sekitar dan ke arah negeri teknologi hijau menjelang 2020. - Bernama

TAHNIAH PESURUHJAYA PAS SELANGOR KINI BERGELAR DATUK

Posted: 10 Dec 2014 07:01 PM PST

Dua Exco Selangor mendahului senarai 11 penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita sempena Hari Keputeraan ke-69 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini. Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi menerima anugerah itu.Penerima lain D.P.M.S. ialah Duta Malaysia Ke London Datuk Ahmad Rasidi Hazizi; Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Luar Datuk Rustam Yahaya; Panglima Latihan dan Doktrin Tentera Darat,
Mejar Jeneral Datuk Suhaimi Mohd Zuki, Panglima Armada merangkap Panglima Bantuan Markas Pemerintahan Armada Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohd Ramli; Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Shahrani Mohd Sany. Pengarah Urusan NRY Architects Sdn Bhd Datuk Mohamed Nazim Tun Abdul Razak; Profesor Pejabat Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Mohd Azmi Mohd Lila, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Ahmad Zaharin Mohd Saad dan Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Ir Abdul Ghani Hashim. Istiadat pengurniaan darjah dan bintang kebesaran itu berlangsung di Istana Alam Shah, Klang. - Bernama

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan