Pengikut

Nuffnang

Rabu, 10 Disember 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


Tangkap Dr. Qaradawi : Turki Kutuk Tindakan As Sisi

Posted: 09 Dec 2014 09:09 PM PST

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengutuk sekeras-kerasnya Presiden Mesir Abdul Fattah Al-Sisi kerana meminta bantuan polis antarabangsa (Interpol) untuk menangkap Pengerusi Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi. Menurut laporan media Turki Today's Zaman, Erdogan berkata politik perlu akur kepada Islam sambil menyifatkan Al-Sisi tidak layak untuk menyuruh Interpol menangkap Qaradawi kerana Al-Sisi sendiri naik menjadi presiden melalui penggulingan kuasa. Beliau berkata demikian semalam di sebuah majlis Hal Ehwal Keagamaan Turki. Minggu lepas, Interpol menyiarkan 'amaran merah' terhadap Qaradawi di laman webnya atas arahan kerajaan Mesir atas kesalahan menghasut, menjadi penyebab berlakunya pembunuhan, membantu banduan lari dari penjara, membuat pembakaran, vandalisme dan kecurian.


 Qaradawi dalam respon balasnya berkata, beliau menafikan terlibat dalam pembunuhan kerana tidak berada di Mesir semasa krisis berlaku. Sebaliknya umum sudah mengetahui siapakah dalang di sebenar siri-siri pembunuhan di Dataran Rab'ah, Dataran Nahdah, Ramsis dan lain-lain, kata Qaradawi di laman sosialnya sambil merujuk kepada pihak tentera yang diketuai Al-Sisi ketika itu. September lalu, Qaradawi yang diharamkan memasuki Mesir sejak sekian lama telah diminta oleh kerajaan Qatar supaya meninggalkan negara itu selepas Qatar ditekan oleh negara-negara Arab yang lain. Menurut laporan terkini media-media Turki, Erdogan telah mempelawa Qaradawi untuk menetap di negara itu. 

 Ankara adalah salah satu pihak yang kerap mengkritik pentadbiran Mesir berikutan kejatuhan Presiden Morsi yang digulingkan pada tahun lepas. Erdogan akan mengambil setiap peluang yang ada mengutuk Al-Sisi dan kerajaannya. Penolakan Turki terhadap kerajaan baru Mesir menyebabkan pimpinan Mesir menolak sebarang hubungan diplomatik dengan Turki dan telah menghalau kedutaan Turki dari negara itu. Turki bagaimanapun mengisytiharkan kedutaan Mesir di negara itu sebagai 'tetamu yang tidak diundang'. Pada Oktober lalu, Kementerian Luar Turki merancang untuk mengadakan pertemuan dengan wakil Mesir semasa Persidangan PBB di New York tetapi dibatalkan oleh pihak Mesir selepas Erdogan lantang mengkritik Al-Sisi di persidangan PBB itu.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan