Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 15 November 2014

Rembau Hari Ini

sumber :-

Rembau Hari Ini


KULIAH AGAMA

Posted: 15 Nov 2014 06:58 AM PST





KULIAH AGAMA
Tajuk : Lima Keuntungan Berhijrah
Penceramah : Ustaz Septian Riyandi bin Aswendy , Mudir Sekolah Tahfiz Arabic Al Gontory
Tarikh : 22 November, Sabtu
Masa : 7.15 mlm , selepas Maghrib
Tempat : Surau Kg Perigi Batu, Penajis, Rembau

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Maklumat lanjut Sekolah Tahfiz Arabic Al Gontory di http://tahfizalgontory.blogspot.com

Rumah pusaka hanya tinggal tangga batu

Posted: 15 Nov 2014 06:55 AM PST


Rumah pusaka hanya tinggal tangga batu
15 November 2014

REMBAU – Seorang anak terkejut apabila rumah pusaka berusia 100 tahun milik ibunya, Asmah Abdul Latip, 73, di Kampung Batu 17, Chembong, dekat sini kini tinggal tangga batu serta sisa-sisa kayu sahaja.

Mangsa, Haziman Shah Abu Hassan, 55, berkata, dia terkejut apabila jirannya, Rokiah Maulud, 40-an, menghubunginya bagi meminta kebenaran mengambil kayu-kayu dari rumah pusaka berkenaan.

Kata Haziman, jirannya memaklumkan kepadanya terdapat pekerja dipercayai warga Indonesia melakukan kerja-kerja merobohkan rumah pusaka terbabit, sejak Isnin lalu.

"Saya yang menetap di Seremban terus datang ke sini untuk melihat keadaan rumah. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati hanya tangga batu sahaja yang tinggal bersama sisa-sisa kayu.

"Sebelum ini rumah pusaka ini pernah dipecah masuk dan barang-barang di dalamnya dicuri. Yang tinggal hanyalah ukiran-ukiran kayu tradisional," katanya ketika ditemui, semalam.

Haziman berkata, satu laporan polis mengenai kejadian itu dibuat di Balai Polis Chembong, kelmarin

"Saya sangat sedih kerana rumah inilah yang menyimpan segala memori buat kami enam beradik. Semuanya hilang dalam sekelip mata sahaja.

"Sebelum ini, pernah berlaku kes seperti ini, tetapi saya tidak sangka ia berlaku pada diri saya sendiri.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan