Pengikut

Nuffnang

Khamis, 27 November 2014

PAS Negeri Sembilan

sumber :-

PAS Negeri Sembilan


MAJLIS MINUM PETANG AMAL

Posted: 27 Nov 2014 07:15 PM PST




MAJLIS MINUM PETANG AMAL
Untuk mengisi Tabung AMAL
Ahad, 30 Nov 2014
Jam 5 ptg
Di Pusat Aduan Rakyat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya , Senawang
Kupon Minum Petang RM10

Turut diadakan Jualan Kalender AMAL 2015 pada harga cuma RM5

Anjuran : Jabatan Amal N.Sembilan & Pemuda PAS Rembau

Untuk pembelian kupon atau sumbangan sila hubungi Sdr Izamri 013 2124086 , Pengarah Amal N.Sembilan.

Sila salurkan sumbangan ke
05012010081166 (BIMB) JABATAN AMAL

Rumah bantuan JHEV terbengkalai

Posted: 27 Nov 2014 07:15 PM PST




Rumah bantuan JHEV terbengkalai
27 November 2014

PORT DICKSON - Seorang pesara tentera merayu agar rumah yang dibina atas bantuan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia segera disiapkan selepas hampir satu tahun terbengkalai.

Yunos Jeni, 84, mula menyertai tentera pada tahun 1938 dan bersara selepas 19 tahun berkhidmat. Dia bersara di Kem Erskine Kuala Kubu Bharu ketika bertugas di bahagian kawalan senjata.

Yunos berkata, rumah bantuannya itu dibina di atas tanahnya sendiri pada April tahun lalu.

"Ketika permohonan untuk mendapatkan bantuan rumah diluluskan, saya begitu gembira kerana akhirnya berjaya memiliki rumah sendiri walaupun pada usia warga emas seperti ini.

"Tetapi kegembiraan tu tak berpanjangan kerana sudah hampir satu tahun, rumah ini masih belum siap-siap," katanya yang kini tinggal bersama anaknya.

Yunos berkata, rumah yang sudah siap hampir 50 peratus itu kali terakhir dilakukan kerja-kerja pembinaan adalah Oktober lalu.

"Sejak rumah ini mula dibina sehinggalah sekarang, kerja pembinaan memang selalu tergendala. Apa taknya, seminggu buat kerja, kemudian mereka hilang sebulan dua.

"Rumah ini dibina oleh anggota tentera dan alasan yang sering diberikan apabila ditanya mengapa selalu meninggalkan kerja pembinaan ini adalah terpaksa mengikuti latihan ketenteraan," katanya.

Katanya, dia faham sebagai anggota tentera mereka terikat dengan tugasan di dalam kem, namun kerja-kerja pembinaan rumah ini juga merupakan salah satu tugasan mereka memandangkan ia datangnya daripada badan bukan kerajaan (NGO) tentera itu juga.

"Lagipun sudah setahun lebih, rumah ini masih belum siap dibina. Walaupun begitu saya bersyukur kerana dalam ramai-ramai pesara tentera saya terpilih untuk menerima bantuan rumah ini," katanya.

Yunos berkata, dia sangat berharap, JHEV dapat memantau perkara ini dan rumahnya dapat disiapkan dengan segera.

Sementara itu, sumber Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) Cawangan Port Dickson berkata, pihaknya sudah mengemukakan aduan berkenaan di JHEV.

"JHEV akan menyambung semula kerja-kerja pembinaan rumah Yunos mulai 5 Disember depan dan dijangka siap dalam tempoh sebulan.

"Kita difahamkan, selain Yunos, JHEV tahun ini menyalurkan bantuan sama kepada 13 lagi pesara tentera yang kini 11 daripadanya sudah siap sepenuhnya," katanya.

Katanya, Yunos selain menerima bantuan rumah, dia juga penerima bantuan tentera uzur PVTM.


0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan