Pengikut

Nuffnang

Ahad, 9 November 2014

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Parit Tersumbat Punca Banjir Kilat

Posted: 09 Nov 2014 03:07 PM PST

Parit Sempit Punca Banjir Kilat Di Kampung Senadin Jaya

MIRI – Penduduk di Kampung Senadin Jaya menghadapi masalah peparitan yang tidak sempurna dan sempit yang mudah tersumbat dan air bertakung menyebabkan banjir kilat apabila musim hujan lebat dan air pasang.

Menurut penduduk di situ, air banjir boleh mencapai sehingga ke paras lutut sekiranya banjir berlaku di kawasan perkampungan mereka. Mereka juga khuatir sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan segera ianya boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku terutama kepada anak-anak kecil yang suka bermain air semasa banjir.

Begitu juga apabila parit tersebut bertakung ianya boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes berlaku dalam kawasan perumahan mereka. Sebelum berlaku pembiakan nyamuk aedes di kawasan kediaman mereka pihak berkuasa yang berkenaan harus bertindak untuk menyelesaikannya.

Walaupun kes demam denggi menurun, pihak berkenaan perlu juga terus memantau keadaan sekitar kawasan perumahan yang menghadapi masalah peparitan yang tersumbat dan  juga masalah sampah yang tidak diselenggarakan dengan betul.

Kami menggesa pihak yang berkenaan untuk segera melaksanakan penyelenggaraan saliran tersumbat di sepanjang jalan utama di mana kawasan-kawasan perumahan yang mempunyai kepadatan penduduk.

Dalam bajet 2014 sebanyak 4.1 bilion ringgit disediakan untuk berbagai program pembangunan luar bandar untuk projek infrastruktur asas tetapi mengapa sehingga kini masalah peparitan dalam kawasan perumahan di perkampungan masih belum dapat diatasi sepenuhnya.
Sekarang sudah musim hujan dan sudah pasti penduduk bimbang banjir kilat akan berlaku di kawasan perumahan mereka sebab banyak masalah peparitan dalam kawasan perkampungan Senadin dan sekitarnya  masih belum dapat diatasi sepenuhnya.

Kerjasama dengan pihak berkuasa yang berkenaan untuk segera mengatasi masalah peparitan di kampung dan kawasan perumahan di Senadin amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Narrow trenches cause flash floods in Kampung Senadin Jaya

MIRI - Residents in Kampung Senadin Jaya facing of improper drainage problems and narrow that can easily become clogged and stagnant water causes flash floods when the heavy rains and high tides.

According to residents, the flood waters can reach up to the knees when the flood occurred in their village. They also fear that if this problem is not addressed immediately it can cause of unforeseen risks occurred, especially to small children who like to play water during floods.

Similarly, when the trench is stagnant it can cause mosquito breeding occurs in their residential area. Before occurs breeding of Aedes mosquito at their residential area the relevant authorities should act to resolve it.

Although dengue cases decreased, the authorities should also continue to monitor the situation around the residential area that facing the clogged drainage and waste problems are not properly maintained.
We urge the parties concerned to immediately carry out the maintenance of drainage clogging along the main road where neighborhoods that a densely populated area.
In the 2014 budget of 4.1 billion is allocated to the various rural development programs for basic infrastructure projects but why until now the problem of drainage in the residential area of the villages still cannot fully resolved.
Now it the rainy season and it is definitely residents worried floods will occur in their residential area because a lot of drainage problems in the area of Senadin villages and surrounding areas still do not fully resolved.
Cooperation with the relevant authorities to immediately address the drainage problems in villages and residential areas in the Senadin is very much appreciated.


0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan