Pengikut

Nuffnang

Khamis, 13 November 2014

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia Indah Khabar Dari Rupa

Posted: 12 Nov 2014 08:23 PM PST

Perkhidmatan akses Internet tanpa wayar di kampung terpilih tidak berfungsi sepenuhnya

MIRI - Inisiatif Kampung Tanpa Wayar yang bermula sejak 2010, dibangunkan kerajaan bagi menyediakan kemudahan perkhidmatan akses Internet tanpa wayar secara kolektif kepada masyarakat di kampung, terutama penerima netbook 1Malaysia di beberapa kawasan yang kurang liputan perkhidmatan terpilih. 

Usaha kerajaan bagi menyediakan kemudahan perkhidmatan akses Internet tanpa wayar di kalangan penduduk luar bandar dengan bandar adalah usaha yang baik untuk rakyat, namun pelaksanaannya kurang memuaskan kerana ianya tidak mampu menyelenggarakan kemudahan itu dengan baik.

Antara kampung yang terpilih dalam projek Kampung Tanpa Wayar  adalah Kampung Luak, tapi masalahnya  perkhidmatan akses Internet tanpa wayar agak terhad dan juga kurang memuaskan.

Bukan semua penduduk kampung dapat menggunakan perkhidmatan akses Internet tanpa wayar walaupun terteranya papan tanda di kawasan itu seolah-olah menunjukkan penduduk di sana tidak terlepas pandang oleh kerajaan dari menerima kemudahan secara percuma ini, sedangkan kemudahan itu langsung tidak boleh dinikmati rakyat sepenuhnya.

Papan tanda Kampung Tanpa Wayar itu seolah-olah memberi gambaran yang seluruh penduduk kampung boleh mendapat kemudahan itu tetapi sebenarnya isyarat gelombang Wi-Fi hanya boleh diterima kira-kira seluas 250 meter dari pusat pemancar yang di pasang dalam kawasan tersebut.

Kawasan Kampung Luak yang agar luas itu mana mungkin semua penduduk dapat menerima isyarat gelombang Wi-Fi yang terletak jauh dari tempat kediaman mereka.

Isyarat gelombang Wi-Fi juga lemah dan tidak begitu kuat. Kebiasaannya, jarak liputan KTW1M (Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia) adalah terhad kepada 250 meter dari 'hotspot'.  Mungkin ramai pengguna tidak dapat menikmati perkhidmatan KTW1M dan mereka lebih selesa menggunakan internet persendirian secara talian yang lebih baik dari menggunakan KTW1M yang tidak begitu berfungsi sepenuhnya.

Hasrat kerajaan untuk memberi kemudahan kepada pengguna secara percuma atau dengan kos yang minimum terutama kepada rakyat yang memerlukan perkhidmatan akses Internet tanpa wayar tidak mencapai tujuan sebenar serta ianya hanya memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu yang mendapat projek yang menelan belanja berjuta-juta ringgit tersebut.

Kami mengesa pihak kerajaan agar meluaskan lagi isyarat gelombang Wi-Fi dalam kampung itu supaya ianya boleh dinikmati oleh seluruh penduduk kampung yang telah dipilih sebagai KTW1M. Tiada gunanya ada papan tanda KTW1M tetapi ianya tidak berfungsi sepenuhnya. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk menaiktaraf serta meningkatkan perkhidmatan Wi-Fi di kawasan yang terbabit amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak


English version

Wireless Internet access services in selected villages not fully functional

MIRI - Wireless Village initiative, which began in 2010, developed by the government to provide facilities of wireless Internet access services collectively to the community in the village, especially the recipient of 1Malaysia netbook in some underserved areas selected services.

The government efforts to provide facilities of wireless Internet access services among rural and urban population is a good effort for the people, but the implementation is not satisfactory because it unable to carry out with good facilities.  Among the villages selected in the Wireless Village project is Kampung Luak, but the problem of wireless Internet access services are limited and unsatisfactory.

Not all villagers can use the wireless Internet access service despite signboard shown in the area seem to indicate the people there are not overlooked by the government from receiving these free facilities, while the facility could not fully enjoy by the people.

Wireless Village Signboard it seems give the impression those entire villages can get the facility but actually Wi-Fi wave signals can be received only about 250 meters from the center of the transmitter installed in the area.

Kampung Luak area is so wide it is possible that all residents can receive Wi-Fi signal wave which is located far from their homes.


Wi-Fi wave signals were weak and not very strong. Normally, the coverage distance KTW1M (Wireless Village 1Malaysia) is limited to 250 meters from the 'hotspot'. Perhaps many users cannot enjoy the services of KTW1M and they are more comfortable using private internet line better than using KTW1M that is not so fully functional.

The government's intention to provide convenience to the user free of charge or at a minimal cost, especially to the people who need the services of wireless Internet access does not reach the real purpose and it only gives an advantage to certain parties who got the project which is cost about millions of Ringgit.

We urge the government to expand the Wi-Fi wave signals in the village so that it can be enjoyed by all residents who have been selected as KTW1M. It is pointless there is signboard of KTW1M but it is not fully functional. Cooperation with the relevant authorities to upgrade and improve the service of Wi-Fi in affected areas is greatly appreciated.



0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan