Pengikut

Nuffnang

Rabu, 5 November 2014

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Masalah Pembinaan Masjid Baru Senadin Belum Selesai

Posted: 05 Nov 2014 03:01 PM PST

Kemana Pergi Peruntukan Pembinaan Masjid Baru Senadin?

MIRI - Masjid baru Senadin yang dirancang dalam kawasan perumahan Senadin sejak beberapa tahun yang lalu sehingga kini masih belum ada sebarang perkembangan.

Penduduk Muslim di Senadin memohon agar pihak kerajaan segera membina masjid dalam kawasan perumahan mereka. Setelah sekian lama mereka menunggu pembinaan masjid baru Senadin sehingga kini belum ada sebarang tanda yang masjid baru Senadin dibina di tapak yang dirancangkan.

Ramai yang masih tertanya-tanya kemana perginya duit sumbangan dan derma orang ramai yang sudah lama dikutip tetapi hasilnya tiada.
 
Sepatutnya hasil kutipan dan sumbangan orang ramai telah digunakan untuk pembinaan masjid baru Senadin. Persoalan orang ramai ialah kemana peruntukan untuk pembinaan masjid baru telah digunakan.

Pihak yang bertanggungjawab dalam urusan pembinaan masjid juga tidak memberi sebarang tindak balas terhadap pembinaan masjid baru Senadin.

Kepadatan penduduk Muslim di Senadin dan juga pelajar Muslim yang belajar di Curtin universiti juga terpaksa pergi jauh dari tempat kediaman mereka untuk menunaikan solat fardu jumaat.  Walaupun ada surau di kawasan perumahan Senadin tetapi ianya terlalu kecil untuk memuatkan jamaah yang terlalu ramai.

Penduduk Muslim Senadin memerlukan seorang wakil Muslim untuk menyuarakan masalah mereka terutama yang berkaitan dengan hal ehwal Islam. Bajet tahun  lalu pun masih belum digunakan sepenuhnya untuk membantu pembinaan rumah ibadat sehingga kini masalah pembinaan masjid baru belum bermula dan bila agaknya masalah ini akan berakhir.

Kami mengesa pihak berkuasa segera membina masjid baru Senadin yang sudah sekian lama tergendala. Kami juga ingin mengetahui kemana perginya peruntukan untuk pembinaan masjid baru Senadin dan apa statusnya sekarang.

Sekurang-kurang tapak pembinaan sudah ada dan proses pembinaan sepatutnya sudah bermula, jangan tunggu musim pilihanraya barulah nampak pihak berkuasa datang melawat tapak yang sehingga kini jadi mistri.

Kita mengesa pihak yang diamanahkan untuk membina masjid baru Senadin segera mengeluarkan kenyataan tentang jumlah hasil kutipan dan  kos pembinaan serta bila pembinaan masjid baru itu dapat dimulakan.

Kerjasama dengan semua pihak yang berkaitan dalam projek pembinaan masjid baru Senadin amat dihargai agar segera menunaikan hajat penduduk Muslim di kawasan perumahan Senadin menjadi kenyataan.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Where Go Provisions Construction of Masjid Senadin?

MIRI - The planned of Senadin new mosque in Senadin residential areas over the past few years until now there is still no any progress.

Muslim population in Senadin urged the government to immediately build a mosque in their residential area. After a long wait of construction of Senadin new mosque until now there has not been any indication that a new mosque of Senadin built on the site of the planned. 

Many are still wondering where it goes contributions money and public donations that have been collected but no results.

Should be the collection and public donations has been used for the construction of a Senadin new mosque. The question of the public is where are the provision is for the construction of new mosque has been used.

The responsible party in the affairs of construction of the mosque also did not give any response to the construction of Senadin new mosque.

Density of Muslim population in the Senadin as well as Muslim students studying at Curtin University also had to go far from their homes to perform Friday prayers. Although there is surau (prayer room) in Senadin residential area but it is too small to accommodate the congregation that is too crowded.

Senadin's Muslim population requires a Muslim representative to voice their problems, especially those related to Islamic affairs. Last year budget is still not fully utilized to assist the construction of  houses of worship until now the problem of the construction of a new mosque has not started and when it seems these problems will be over.

We urge the authorities to immediately build a new mosque of Senadin that have long been delayed. We also want to know where it goes with the provisions for the construction of a new mosque of Senadin and what its current status.

At least the construction site already exists and construction process should have started, do not wait for election season only then see the authorities visited the site which to date so mysterious.

We urge their trustees to build a new mosque of Senadin immediately issued a statement about the amount of proceeds and costs of construction as well as when is the construction of new mosque can be initiated.

Cooperation with all parties concerned in the construction of Senadin new mosque is greatly appreciated in hopes to fulfill the wishes of the Muslim population in residential areas of Senadin become a reality.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan