Pengikut

Nuffnang

Khamis, 13 November 2014

N45 Dr Halimah Ali

sumber :-

N45 Dr Halimah Ali


Hobinya Mengkritik!

Posted: 13 Nov 2014 07:49 AM PST

Mana ada orang yang 'enjoy' dikritik?!
Tetapi ada sesetengah orang 'enjoy' MENGkritik!!


Natijah dikritik: marah, malu,sedih akhirnya geram berpanjangan yang mengakibatkan dendam.

Kesannya, hubungan di antara yang mengkritik dan dikritik sudah tentu akan menjarak lebih luas. Mungkin yang dikritik itu hanya satu isu. Tetapi sekiranya ianya dilakukan berulang-ulang atau dengan cara yang amat memalu dan menghina maka emosi negatif yang terhasil akan berlipatkali ganda dan mempunyai potensi destruktif bak gunung berapi yang menunggu waktu untuk meletus! Maka tidak hairanlah keluar kata kata kesat, maki hamun, sumpah seranah yang sangat menyakitkan dari mulut SI KENA KRITIK. Ia juga boleh diikuti sama dengan tindakan fizikal yang melibatkan anggota seperti tangan dan kaki yang melempang, melempar, memecah serta merosakkan tubuh badan atau harta benda.

Ada sesetengah SI KENA KRITIK membisu seribu bahasa tetapi kesan 'petir' si PENGKRITIK tetap terhunjam ke lubuk kalbu.Ia boleh berakar dan membiak hingga mengakibatkan perbuatan sabotaj, balas dendam yang dahsyat, memporakperandakan si PENGKRITIK termasuk anak isteri atau rakan taulan serta menyahkan masa depan kariernya.

Resam dunia memang manusia dicipta dengan pelbagai perbezaan. Bukan sahaja warna kulit, bahasa mahupun rupa tetapi juga perangan, kecenderungan bahkan pengalaman semua manusia akan berbeza. Justeru berbeza pandangan dan tindakan adalah normal dan universal.
Selain itu di antara sebab timbulnya isu mengkritik dan dengannya ada yang kena kritik ialah keupayaan berfikir, hasil pendidikan dan latar belakang keluarga dan persekitarannya. Ia juga membuktikan kekuasaan Allah yang maha luas. Maka lain lain sifat serta tindakan manusia menimbulkan perasaan tidak puas hati di antara satu sama lain. Ini normal! Sunnatullah...
Persoalannya bagaimana mahu mengurus kepelbagaian tersebut?!
Emosi marah, sedih, malu adalah juga sifat normal manusia.Tidak ada yang menghairankan.
Kalau dikritik adalah normal atau patut perasaan kita luka.
Yang menjadi masalah ialah apabila manusia bertindak mengikut respon amygdala atau litar putus yang tidak menggunakan otak cerebrumnya dengan panduan jiwa yang bersih maka berlakulah gejala akibat kemarahan yang tidak terkawal tersebut seperti yang disebut di atas. Rosak binasa hubungan sesama insan!

SENI MENGKRITIK DAN DI KRITIK

Justeru, kita perlu membekalkan diri kita dengan ilmu dan kemahiran untuk menghadapi situasi biasa yang pasti dan dijangka akan berlaku bila bila masa. Perlu faham fisiologi diri. Perlu mengerti corak atau pattern sendiri. Mesti hadam kecenderungan serta tingkah laku diri dalam pelbagai situasi. KEMUDIAN, kiat mesti CARI ILMU dan LATIH DIRI seni mengkritik dan seni APABILA dikritik orang.

Untuk menjadi orang yang berjaya dunia wal akhirat kita mesti menguasai SENI menjaga keharmonian dan MENERIMA KRITIKAN dengan tenang dan positif.

Bagi yang mempunyai 'HOBI' mengkritik, STOP! latih diri mengkaji tabiat itu . Analisa diri kenapa suka mengkritik. Buang sifat mazmumah. Set kompas  agar niat mengkritik itu bertujuan murni. Latih diri mengkritik cara beradab dan menggunakan kaedah lebih konstruktif dan positif.' Condition' kan diri agar kritikan itu selari dengan misi menjaga harmoni dalam hubungan sesama insan.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan