Pengikut

Nuffnang

Khamis, 27 November 2014

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


Risalah Seminit - Siri 1

Posted: 27 Nov 2014 05:52 AM PST


GERAKAN POLITIK ISLAMISME MASIH RELEVAN DAN KEKAL RELEVAN

Posted: 26 Nov 2014 07:40 PM PST


GERAKAN POLITIK ISLAMISME MASIH RELEVAN DAN KEKAL RELEVAN1
Muhammad Nuruddin Bashah2

Tajuk 'masih relevan' mungkin ditelah sebagai tajuk defensif dan meletak gerakan Islamisme itu dikandang tertuduh. Hakikatnya asakan demi asakan hari ini menyaksikan gerakan yang masih tegar menggunakan jenama Islam kian dianggap ketinggalan zaman, tidak mampu meraup undi muda generasi Y serta konservatif dalam berinteraksi dengan isu-isu mendatang.
Penulis memang bermaksud untuk menyajikan kepada pembaca betapa gerakan Islam yang membawa fungsi kerja Islamisme dan politik Islam3sebenarnya amat relevan dan perlu menambah prestasi untuk kekal relevan disamping beberapa anjakan dalam hal-hal mutaghayyirat (pembolehubah berubah) yang mampu dilaksana. Disamping itu gerakan Islam jangan terlalu selesa berbekalkan keyakinan pertolongan Allah dan jaminan masa depan Islam dalam tulisan-tulisan cendiakawan seperti Al Qaradhawi dan Muhammad Al Ghazali semata-mata kerana disebalik kejayaan perlukan kerja keras, kerajinan, istiqamah dan penelitian kehendak madu' (market) yang perlu diberi perhatian.

Sorotan Islamisme
Istilah Islamisme kian hangat dibincang mutakhir ini dalam negara kita rentetan kejatuhan Dr Morsi di mesir, kekalahan tipis parti Ennahda (An Nahdah) di Tunisia, serta beberapa persepsi negatif terhadap polisi terkini PAS yang tegas dalam beberapa isu agama. Malah beberapa kolumnis mulai giat menulis secara borong kegagalan politik Islamisme sekaligus cuba membawa massa menekuni satu seni fikir baru dalam dunia Islam iaitu pasca-Islamisme. Contoh terbesar hari ini dua negara yang berjaya menukar citra Islamisme kepada pasca-Islamisme adalah Turki dan Tunisia.

Islamisme adalah istilah yang muncul pada era moden berkaitan gerakan tertentu yang berpolitik dan bersosial dengan menjadikan pandangan Islamsebagai dasar dan rujukan. Mereka dikenali antaranya dengan cita-cita menjadikan penubuhan negara Islamkhasnya di negara yang majoriti Muslim berdasarkan visi dan misi tertentu. Islamis ialah pihak mendokong apa yang dicita-citakan gerakan itusamada melalui jalan demokrasi mahupun ada yang mahu cara kekerasan dan juga cara kempen tanpa politik4.
Tidak cukup 'lauk' jika berbincang isu Islamisme tanpa mengupas istilah sinonim yang dikaitkan iaitu istilah fundementalis atau golongan usuliyyin walaupun Laporan "Rand Corporation" meletak fundementalis sebagai salah satu cabang muslim anti demokrasi dan radikal.

Menurut M. 'Âbid al-Jâbirî, istilah 'muslim fundamentalis' awalnya dicetuskan sebagai penandabagi gerakan salafi-modernisme Jamaluddin Al-Afghânî. Istilah ini, dicetuskan kerana bahasa Eropah tak punya istilah padanan yang tepat untuk menterjemahkan istilah Salafiyyah. Hingga Anwar Abdul Malik pun memilih istilah itu sebagai pengistilahan (representation) dari istilah Salafiyyah Al-Afghânî, dalam bukunya Mukhtarât min Al- Adab Al-Arabi Al-Mu'âshir dengan tujuan memudahkan pemahaman dunia tentangnya dengan istilah yang sudah cukup akrab: fundamentalisme. Namun dalam hal ijtihad politik dan perencanaan Al Afghani lebih akrab dengan kaedah-kaedah modernisme.

Hassan Hanafi tokoh aliran kiri seorang Professor falsafahUniversiti Cairo mengatakan bahawa istilah (term) 'muslim fundamentalis' adalah istilah untukmenunjuk gerakan kebangkitan Islam, revivalisme Islam, dan gerakan/kelompok Islam kontemporer, yang sering digunakan peneliti Barat lalu sering digunakan oleh banyakpemikir.

Manakala M. Said al-Asymawi cenderungmeneliti akar istilahfundamentalis. Lantaran itu dalam buku Al-IslamAl-Siyasî (1987), al-Asymawi berkata bahawa istilahfundamentalis asalnyaadalahumat kristian yang berusaha kembali ke asas ajaranKristian yang asli. Termaitu kemudian berkembang dan menjadiajaran yang keras , ghuluw dan kakudalam menganut dan menjalankan ajaran formal agama. Hal ini melarat sehngga golonganIslamyang bersifat mengajak kepada ajaran yang asli dicop disebut fundamentalis. Hal ini biasa kerana terlalu banyak istilah yang asalnya diwacana dalam sosiologi agama lain merebak sehingga dalam Islam kerana pertembungan kerancakan wacana ilmu inter-agama5.



Abad ke 19 hingga menjelang milenium, golongan, firqah, jamaah, NGO yang menyeru kepada Islamisme atau kembali kepada ajaran Islam yang asli akan digelar fundementalis dan ia masih lagi disebut begitu. Hakikatnya golongan usuliyyin atau fundementalis adalah golongan pro syariah. Cuma kaedah, akhlak dan wasilah sahaja berlainan sehingga ia dipalit secara borong dengan label negatif.

Kembali kepada gerakan Jamaluddin Al- Afghani dan Muhammad Abduh, perlu diingatkan disamping pemikiran salafi menjadi tunjang kepada perjuangan Islah-Islamisme tokoh-tokoh ini yang menggalas kempen Pan-Islamisme atau Pan-Turki Uthmaniyyah, pemikiran modernisme, liberalisme dalam kebudayaan juga menjadi bunga-bunga dalam kempen perjuangan mereka sehingga mempengaruhi tokoh islah Melayu Sheikh Syed Al Hadi di Malaysia. Namun kita juga melihat kerencaman otak manusia menghasilkan pula tokoh islah yang asli salafi seperti rashid Redha walaupun beliau merupakan murid sekolah pemikiran Muhammad Abduh.

Modernity, pasca modedernis pasca Islamisme

Pasca-Islamisme ialah satu istilah yang dibangunkan oleh para peneliti dunia pemikiran bagi merujuk kepada suatu fenomena berfikir baru yang sedang berkembang dalam kehidupan masyarakat Islamhari ini. Pemikiran pasca-Islamisme ini dijangka akan mewarnai corak berfikir masyarakat Islamdalam beberapa tempoh mendatang.

Pascabermaksud selepas. Selepas kebangkitan Islam pastilah isinya masih isi Islamisme yang tidak berubah jauh. Namun sebenarnya dalam kebangkitan graf Islam dan sedikit kemerosotan itu berlaku pula wacana-wacana ilmiah yang muncul dengan tujuan melihat Islam yang ditonjolkan dalam pemerintah perlu dihidang dalam bentuk apa. Adakah berbentuk substansi seperti hanya mempamer agenda keadilan, permuafakatan, taawun sesama rakyat serta menentang kezaliman. Ataupun menacapkan formatif melalui perlaksanaan undang-undang.

Walaupun kedua segmen itu juga sebenarnya perlu diseiringkan, namun hakikatnya perlaksanaan akan tetap berlaku dalam dua bentuk yang terpisah. Hal ini antara penyebab berlakunya kritikan dan sumbangsaran yang serius daripada pemikir Islam yang kritis dengan perubahan sosial, kehendak masyarakat dan perubahan sosio-budaya yang terkait dengan agenda globalisasi Barat.

Bagi pendokong teori pasca-Islamisme, Islamtidak mampuberkembang dan membina ketamadunannya sendiri sekiranya tidak mengambil jalan lebih Liberal dan Pragmatiksesuai dengan majoriti acuan Barat dan kehendak zaman. Inilah yang dikehendaki oleh teori Pasca-Islamisme hasil usaha sama umat Islam dengan Barat.Namun begitu bukanlah mereka penganut tulen ajaran pragmatisme dan liberalisme kerana penganut tulen pasti menolak seluruhnya sistem syariah malah ke tahap menafikan kewujudan hukum-hakam tertentu.

Bagi mereka, perkumpulan-perkumpulan Islamatau mana-mana gerakan Islamsebelum ini sudah kurang relevan dalam perjuangan merekakerana tidak berubah mengikut kehendak zaman. Kegagalan negara yang ingin melaksana hudud misalya akibat kegopohan, masalah teknikal dan kemiskinan yang belum selesai menjadi indikator dan hujah kuat untuk golongan pasca Islamisme menghebahkan premis pemikiran mereka.

Kekalahan-demi kekalahan yang melanda parti Islam antarabangsa menyebabkan muncul pemikiran baru seperti yang dianjur oleh Sheikh Rached Ghannauchi Parti Nahdah Tunisia serta Erdogan dengan dasar lunak sekularisme bersama AKP. Kita semua tahu dua tokoh ini berasal daripada ketumbukan yang lahir dari rahim Ikhwanul Muslimin gerakan Islamisme yang cukup berpengaruh dan tersusun. Meminjam tulisan fathi Yusof dalam Harakah, tidak wajar dan tidak adil apabila dua tokoh dan parti yang ditubuh mereka diragui kejujuran mereka terhadap Islam memandangkan waqie negara mereka yang jauh berbeza dengan kita di sini6.

Ya, mereka adalah tokoh yang juga berjaya melunakkan senjata liberalis dan sekularis. Walaupun tidak 100% berjaya menampilkan substansi Islam, sekurangnya mereka menggencat agenda sekularis dan yahudi setakat ini. Pada penulis apabila AKP mengisytihar pada tahun 2002, seperti yang dilapor dalam New York Times, bahawa "secularism is the protector of all beliefs and religions. We are the guarantors of this secularism, and our management will clearly prove that."kata-kata ini lebih kepada berstrategi untuk bersaing dalam kelompok negara yang sarat dengan sekularsiem yang tidak dapat diyanagkan dan difahami oleh kita yang berada dalam negara separa sekular.

Walaubagaimana pun penggerak Islam perlu berhati-hati mengawal ahlinya agar tidak menggunakan ungkapan waqie AKP tersebut kerana ia jelas tidak sesuai dengan negara kita.

Kita juga tidak boleh pula menafikan betapa gerakan sekular Barat, hegemoni maya yahudi antarabangsa, liberalis Barat tidak berhenti mengintai jarum untuk mengubah landskap politik pasca Islamisme dua tokoh ini malah mana-mana pemikir pasca-Islamisme sekalipun. Wacana mereka dalam segala hal amat mirip dengan perjuangan liberalis Barat, mirip dengan gagasan sekularis antarabangsa misalnya hal femenisme, kebebasan beragama, kebebasan berkaitan isu arak dan judi, isu demokratik tulen, polisi moral serta Islam autokrasi dan autoriti Islam.

Atas nama wacana dan kebebasan bersuara, mereka membenar forum di mana sistem Islam dipertikai walaupun dengan hujah tetap menjadi saluran kempen kepada serangan terhadap syariah dan aqidah Islam. Namun penulis tidak menyokong langsung politik label melabel melainkan penulis mengajak para penggerak Islam meletak indikator berhati-hati yang tinggi untuk menilai gagasan golongan pasca Islamisme yang sebahagian besar terdiri daripada sahabat kita sendiri dalam gerakan Islam kerana gagasan itu mampu menyelit agenda halus barat merosak ketulenan manhaj gerakan Islam.
Akar Pasca Islamisme bukan sekadar bangun semasa kemuncak kebangkitan Islam 1980an malah akarnya bermula sejak manusia tahu apa itu moderniti dan sekularisme. Moderniti adalah falsafah sekular dan liberal kerana asas idea penolakan gerakan Islam adalah idea barat yang sekular. Konsep modeniti mendokong prinsip-prinsip rasionalisme, sekularisme, liberalisme dalam menjadikannya sebagai suatu konsep yang bersifat universal7.Oleh yang demikian ia tidak mengiktiraf sifat-sifat yang bersangkutan dengandogmatisme yang dikatakan tidak universal. Pengaruh besar modeniti dalambidang keilmuan jelas tersebar melalui sains moden. Pendekatan sains modendianggap serasi bagi memenuhi tuntutan konsep kemajuan moden keranaberjaya meningkatkan kehendak nafsu fizikal manusia pada tahap yangoptimum8. Antara tokoh modeniti adalah Karl Marx, Adam Smith dan sebagainya.

Walaupun pemikiran pasca Islamisme adalah pemikiran yang baru sejak Islam mulai bangkit sekitar tahun 1980an di malaysia, namun ia melonjak seiring dengan falsafah pemikiran yang agak retro seperti pemikiran pasca modenisme9. Pemikiran pasca moden ini mengkritik falsafah moderniti yang mementingkan materialistik, sekular, meluput perkaitan sosial antara manusia dan merendahkan institusi keluarga-tradisi kemudian menggantikan dengan gaya individualistik yang menekankan kecekapan dan keberkesanan.

Dalam konteks pasca moden, idea Micheal Foucault iaitu Deconstruction,idea ini adalah suatu pemikiran yang mengkritik, memugar semula sesuatu idea, definisi atau sistem yang secara konvensional telah difahami sekian-sekian maksud. Hari ini kita melihat bagaimana pendokong pasca-Islamisme mendokong fahaman mempertikai sistem yang ada melalui fahaman deconstructionini.

Pascamodenism pada mulanya berdiri untuk menentang secara total pemikiran (reasoning) yang berakarumbi pada zaman Enlightenment di Eropah dan kemegahan tamadun, budaya dan masyarakat Eropah yang mengecilkan dan menjatuhkan taraf dan cara pemikiran dan budaya lain. Masa kini pascamodenism menganggap kebenaran adalahrelatif, dan semua aspek kehidupan merupakan kontigensi.Menurut Rorty, postmodernism menolak semua bentuk kebenaran dan tidak menerima apa-apa sebagaimutlak. Tiada kebenaran yang mutlak, tiada kebatilan yang mutlak. Yang batil mungkin boleh menjadi benar dan begitu sebaliknya. Akal manusia yang menilai sesuatu kerana tiada panduan kebenaran mutlak yang diterima.


Masa depan Islamisme di Malaysia
Penulis cukup terasa apabila beberapa kolumnis hari ini menilai kejayaan dan kegagalan Islamisme dan politik Islam secara persepsi dan bukan secara emperikal yang munasabah. Penulis bersetuju apabila Dr Maszele Malik menyatakan bahawa parti politik berasaskan Islamtidak mempunyai masa depan sekiranya mereka terus mengasingkan diri dalam gelembung serta tidak mengambil bahagian dalam masyarakat.Ya, ia suatu teori yang terbukti apabila PAS sendiri memilih untuk bertahaluf dalam menghadapi pilihanraya. Pergerakan parti Islam perlu inklusif, seiring dengan kehendak pasaran (pengundi) yang kini lebih bersifat undi apungan yang tidak cenderung kepada ideologi dan jenama parti. Masyarakat bandar terutamanya lebih melihat prestasi dan kerjabuat calon atau partinya walaupun ada kawasan tertentu masih berasaskan ideologi, kedaerahan dan perkauman10.

Namun penulis agak tidak bersetuju ketika beliau mengulas ucaptama menteri luar Thailand Surin Pitsuwan di forum Muslim Demokrat Duniamengatakan perencanaan sebuah gerakan atas nama politik Islam tidak boleh diseiringkan dengan imej dan pembawaan gerakan dakwah dengan mengambil misalan kekalahanParti Ennahdahdi Tunisia baru-baru ini11.

Kekalahan sesebuah parti terlalu banyak faktornya misalnya undi akibat kemarahan sesuatu isu. Kebangkitan Ikhwan di Mesir, sokongan rakyat dengan undi apungan yang cenderung marah terhadap kezaliman Hosni, kemenangan besar pembangkang 1999 di Malaysia akibat kemaran kaum Melayu terhadap kezaliman Tun Mahathir, dan kejayaan Ennahdah kerana rakyat Tunisia marahkan Ben Ali adalah suatu fenomena yang perlu ditekuni dengan adil dan berjaga-jaga. Pihak yang menikmati kemenangan sebegini perlu melihat sejauh mana konsisitennya undi dan mengapa undi kemenangan diperolehi. Bukanlah kerana Ikhwan mengekalkan misi dakwah dan Ennahdah mengekalkan imej dakwah mengakibatkan undi swing berlaku kerana sejak awal lagi parti berkenaan bukan parti konsensus di hati pengundi apungan ini.

PAS sebuah parti politik yang seawal kemunculan ideanya oleh Ulama' UMNO pada tahun 1950 di Muar Johor adalah untuk membina ketumbukan pendakwah yang tersusun dan bertanzim. Usul menerima 'option' menyertai pilihanraya muncul pada tahun 1954 semasa Muktamar Ketiga PAS 12-14 Ogos di Madrasah At tahzib Tti Serong parit Buntar.

Satu persepsi pernah dinyatakan secara jujur oleh .Saudara lim Hong Siang penulis DAPdalam Harakah bahawa kaum cina yang rata-rata menjadi watch dog politik yang perihatin sanggup mengundi PAS kerana yakin bahawa PAS tdak mampu menguasai keseluruhan Parliman dan pasti tidak mampu melaksnakan Hudud yang masih kabur di minda mereka. Kelihatan pandangan ini cuba menjelas secara jujur persepsi bahawa imej dakwah PAS, sikap fundementalis PAS untuk tegar dengan tekad melaksana hudud dan syariah secara 100% adalah imej dan pembawaan yang masih menjadi trauma di kalangan masyarakat bukan Islam Malaysia.

Memang premis ini tidak boleh dinafikan. Namun tugas asasi sebuah parti politik Islam bukan untuk bergelanggang dalam demokrasi sehingga hanyut dalam rangka politik ini kerana matlamat parti Islam bertahaluf dan mneyertai pilihanraya adalah kerana pilihanraya bukan sekadar medan membolot kuasa, sebaliknya juga medan dialog, pengalihan ilmu Islam serta dakwah tidak langsung yang cukup efektif. Berapa ramai kaum bukan Islam memahami Islam melalui pembawaan PAS melalui pilihanraya, melalui medan demokrasi.

Walaupun demokrasi bukan matlamat utama PAS, ia tidak bermakna mudah menuduh PAS sambil lewa dalam berdemokrasi atau tidak menghayati prinsip demokrasi. Kekuatiran ini juga pernah dinyatakan oleh Dr Maszlee malik agar parti Islam menghayati dan bukan sekadar menunggang demokrasi.

Terlalu banyak bukti yang mungkin tidak mampu dimuatkan dalam ruang ini betapa luasnya keanjalan ijthad ulama' PAS dalam meraikan dan menghayati prinsip demokrasi yang kadangkala tidak mampu diterima oleh sejumlah besar NGO atau jamaah non partisan lain di Malaysia.

Malah sejarah mencatat sejumlah besar NGO atau jamaah non partisan hanya mahu bercakap soal siasah, politik serta hanya mahu turun ke medan jihad siasah selepas insiden besar politik seperti pemecatan DSAI sedangkan sebelumnya terlalu banyak usul mereka menentang dakwah melalui medan pilihanraya. Terbukti PAS istiqamah dalam Islamismenya, istiqamah dalam agenda politik serta istiqamah mengekal imej dakwahnya.

Faktor kemandoman gerakan Islam
Gerakan Islam yang mandom juga menjadi asbab pasca Islamisme menjadi pilihan intelektual hari ini. Perhatikan hujah Malek Bin Nabi di bawah.

Konsep The Three Ages meliputi (1)Masyarakat pra-tamadun (2) Masyarakat bertamadun dan (3) Masyarakat pasca tamadun (1994).
Masyarakat pra-tamadun menurut Bennabi pada asasnya adalah masyarakat primitif yang mempunyai pandangan yang tidak matang mengenai benda, orang dan idea. Ini adalah nature masyarakat Jahiliyyah.

Masyarakat bertamadun pula ialah masyarakat yang berinteraksi secara berkesan dengan sejarah. Kemunculan Islamtelah membina alam peribadi yang lebih luas iaitu hubungan antara pelbagai kabilah (seperti Aus dan Khazraj dan Ansar serta Muhajirin) berdasarkan etika dan nilai-nilai yang baru (dalam bentuk persaudaraan Islam). Marhalah ini boleh dikatakan zaman kemakmuran Islamisme.

Masyarakat pasca tamadun pula ialah masyarakat yang mengalami kemerosotan hasil daripada kebekuan idea. Menurut Bennabi, proses ini menerangkan kemunduran masyarakat Islamsejak zaman emasnya. Menurut Bennabi, pasca tamadun golongan reformis ingin mengubah manusia, tetapi malangnya mereka tidak kelihatan di tempat-tempat seperti di kedai kopi, pasar dan tempat-tempat awam yang terdedah kepada pelbagai kejahatan. Oleh itu, matlamat perubahan atau reformasi yang ingin dibawa ke dalam masyarakat tidak mendapat tempat dan menjadi terpinggir dariarus perdana12.

Marhalah ketiga inilah penyakit yang berlaku. Selain kegagalan beberapa kerajaan Islam memanisfestasikan keadilan Islam, asalnya berjaya menguasai kerajaan bertukar menjadi diktator, melaksana hudud tetapi tidak mahu jaga kebajikan dan ekonomi rakyat (Sudan, Pakistan misalnya), kegagalan juga dilihat kepada gerakan Islam yang gagal menguasai kerajaan dan kerap kalah ini kemudiannya mulai mandom menyajikan kerja buat yang segar untuk rakyat dan masyarakat malah tidak ghairah menyampai Islam. Akhirnya mereka defensif dengan serangan, tohmahan terhadap Islam sahaja.

Mengapa Islamisme dikritik?
Mengapa Islamisme terus dikritik? Selain matlamat ingin menghasilkan gerakan atau pemerintahan yang mesra plural kaum dan budaya serta menjual nilai melebihi jenama, golongan yang gigih dengan pemikiran pasca Islamisme melihat unsur cakap serupa bikin sebagai unsur terpenting. Melaksana janji dan berusaha mengota janji adalah kehendak rakyat tanpa mengira agama.

Misalnya kritikan dalam wacana pasca-Islamisme adalah kerangka kerja yang berunsur populisme oleh gerakan Islam tetapi tidak mampu dilaksanakan. Sebenarnya populisme semata-mata tidak sepatutnya menjadi sandaran dan modal utama gerakan Islam. Populisme (populism) adalah falsafah politik yang berusaha berjuang atas nama kepentingan rakyat terbanyak. Sebahagian gerakan politik di seluruh dunia diketahui mempromosikan cita-cita populis. Dari rakyat untuk rakyat adalah antara ciri populisme.

Menurut Ali Eteraz, beliau meletakkan Pasca-Islamisme sebagai masa depan pembaharuan Islamdan beranggapantelah wujud konsensus universal yang meletakkan pemerintahan Islamitu sebagai diktator, akar kejahatan, memusnahkan budaya politik, penindasan dan menimbulkan keganasan.

Beliau cuba menggambarkan bahawa era Islamisme cenderung melahirkan pemerintah yang bersifat sama ada diktator atau teokratik berdasarkan banyak kes-kes samada kes yang sahih mahpun kes yang dipropagandakan oleh Barat13.

Beliau menyatakancontoh Hizb ul-Wasatyang ditubuhkan pada tahun 1996 di Mesir adalah sebagai parti Pasca-Islamisme. Katanya, berbanding Ikhwan ul-Muslimin, Wasat lebih terbuka menerima orang Kristian dan orang sekular, selain membiarkan penganut agama lain mengamalkan agama mereka secara bebas. Wasat juga dipuji kerana memperjuangkan jaminan perasingan kuasa, menolak diskriminasi keagamaan dan berasaskan jantina dan secara jelas meminta kemajmukan dan persamaan antara lelaki dengan wanita. Malah, Ali Eteraz melihat tindakan Wasat tidak meletakkan kuasa khas kepada ulama sepertimana Ikhwanul Muslimin sebagai perkara paling penting dalam perbahasannya14.

Sebenarnya penilaian golongan pro pasca Islamisme lebih bersifat persepsi yang gagal diurus oleh penggerak gerakan Islam atau parti Islam. Kadangkala polisi, cara tadbir para ulama' yang kurang mesra wacana juga boleh memalitkan imej buruk yang sedia buruk di mata pro pasca Islamisme. Di sini menjadi cabaran gerakan Islam untuk mengekalkan keasliannya dengan cara berhemah, berakhlak, terbuka tetapi tegas dalam prinsip. Prinsip diujar dengan cara yang cukup berhemah sehingga mematikan hajat pragmatis untuk mengurangkan 'volume' Islam yang sedia diperjuang oleh Islamisme.

Politik Parti Rajin
Kembali kepada isu cakap tidak serupa bikin. Ucapan muktamar dan mesyuarat agong yang beretorik, menjanji bintang dan langit serta tidak mampu ditepati perlu diubah. Parti Islam perlu menjadi parti 'rajin' dan bukan sekadar beristiqamah dengan thawwabit/prinsip asli jamaah.
Golongan penggerak Islamisme berasaskan politik parti rajin perlu:
  1. Rajin membaca, mengkaji, meneliti, elakkan wacana terlalu ringan, banyakkan berdiskusi dalam permasalahan konteporari yang kini hanya dipenuhi hajat oleh ulama' diluar gerakan Parti Islam. Hal ini menyebabkan penggerak Islamisme terpinggir.
  2. Rajin turun padang, bergelumang dengan penggerak bawahan, masyarakat bawahan serta beragenda kebajikan tidak bermusim.
  3. Rajin berkomunikasi sama ada di media maya mahpun secara langsung.
  4. Rajin menyemak prestasi Biro, lajnah dan Jabatan yang diterajuinya.
  5. Rajin hadir mesyuarat gerakan, meneliti misnit mesyuarat dan mengelakkan agenda berulang berada dalam minit.
  6. Rajin menulis dan menyusun idea dalam bentuk termaktub.
  7. Rajin mendengar, masalah rakyat, mendengar pengisian pihak lain, mendengar kuliah orang lain sekaligus membuang imej ananiyah.
  8. Rajin berfikir dan elakkan status quo fikrah yang selesa dengan anugerah fikrah yang baik serta malas meneliti keberkesanan fikrah terhadap masyarakat.

Menurut Bennabi, agama ialah permulaan bagi kemunculan mana-mana tamadundan begitu juga agama menjadi pemangkin asas kepada semua gerakan dunia. Ia ialah pemangkin kepada elemen manusia, masa dan tanah (bumi) dalam suatu kitaran tamadun. Baik gerakan apa sekalipun walaupun kononnya bernam sekular ia tetap beragama iaitu agama ideologi.

Agama juga dapat mencetus nilai-nilai sosial dalam bentuk idea kolektif yang lebih berkesan. Walau bagaimanapun, agama akan kehilangan peranan sosialnya apabila penganutnya kehilangan'tension of religion'iaitu kehausan,kekeringanuntuk memahami dan kurang kehendak untuk bertindak.


Bukti-bukti agama menjadi tunjang gerakan politik dan kekal relevan
Sejak Ikhwanul Muslimin menyertai medan siasah dunia menyaksikan satu demi satu gerakan Islam terjun dalam dunia politik. FIS pernah menangdi Algeriawalaupun diguling tentera. Refah pernah berkuasa di Turki dengan penampakan imej dan manhaj Islam jelas namun juga dihumban oleh sekularis Turki. Penjelmaan semula Refah, AKP walaupun berlandaskan pemahaman moderat dan kelihatan mengunguli teori pasca-Islamisme, namun sebenarnya banyak perubahan besar yang dilakukan oleh AKP yang tidak disenangi Israel sendiri kerana berunsur Islam. Islam di Turki kini menjalar bagaikan ipan di bawah tikar sebenarnya. Penjenamaan semula ketumbukan Islam bukan suatu kerja baru. Menghijab isipati agenda negara Islam dengan menaikkan kempen Negara Berkebajikan yang sebenarnya bersubstensikan keadilan, homofili sesama rakyat dan menentang korupsi dan kezaliman juga telah menjadi amalan PAS di Malaysia. Menghidang ubat yang sama tetapi mengubah daripada kaedah suapan sudu kepada kaedah menggaul ubat ke dalam makanan.

Gerakan-gerakan yang berlandaskan agama mampu menggegarkanatau mengubah senario politik sesebuah negara. Tidak dapat dinafikan, tampukpemerintahan sesebuah negara akan tergugat jika isu agama dijadikan misi perjuangansesebuah gerakan. Lantaran itu nama Islam pernah disaran Tun mahathir agar dipadam daripada parti politik. Para pemimpin yang memegang kuat kepada menegakkan agama akan berjayamembangkitkan semangat rakyat untuk berjuang. Ini dapat kita lihat seperti apa yangberlaku di Iran, Afghanistan, negara-negara Timur Tengah dan beberapa negara lain.Ayatollah Khomeini telah berjaya menumbangkan kerajaan sekular yang ketika itu dibawah pemerintahan Shah Iran.

Begitu juga di Afghanistan. Puak Taliban yang telah berjaya merampas pucukkepimpinan negara, telah menggunakan hukum-hukum agama Islamsebagai landas memimpin negara. Walaupun suasanakucar kacir pada mulanya, dunia melihat Taliban dapat membawa kestabilan dalam negara dan juga di negara-negara jirannyawalaupun media Barat kemudiannya melaksanakan propaganda menghancur imej Taliban.

Di China, Dalal Lama pula menggunakan agama Buddha sebagai faktor untuk menarik sokongan rakyat terhadap isu Tibet dan Negara Cina.

Malaysia pula, kemenangan Parti IslamSeMalaysia (PAS) memegang pucuk pimpinannegeri Kelantan memberi senario politik baru dalam negara kita. Sehingga sekarang,Kelantan dapat ditadbirkan dengan baik oleh parti tersebut. Walaupun pada awal-awaldulu terdapat keraguan daripada Kerajaan Pusat, tetapi rakyat Kelantan terus yakindengan PAS. Oleh itu, jelas sekali, pemimpin pemimpin gerakan agama dapat mengubahsenario politik sesebuah negara.

Walaupun ada ahli politik Islam yang kini lunak dengan idea pasca -Islamisme dengan telahan mengunguli undi melalui pengutamaan nilai, substansi berbanding imej atau formatif (perundangan) hakikatnya masyarakat Islam Malaysia belum cukup moden dan terbuka untuk menerima penjelmaan baru gerakan Islam. Ini bukan suatu ayat pasif atau jengkel, tetapi ia realiti. Lihat sahaja Dato Mukhriz yang siang malam naik masjid ke masjid, menyertai qiamualail dan menemui rakyat terutama pengundi kampung semata-mata untuk memenuhi lompang besar dalam UMNO selama ini iaitu mengabaikan Islamisme walaupun agenda Islamisasi pernah dijalankan oleh Mahathir ayahnya secara kerangka dan nama sahaja. Mungkin Mukhriz mulai sedar disamping menguasai wang negeri dan kuasa menentu itu da ini, menghampiri rakyat yang masih kuat berfahaman primordialadalah suatu tindakan bijak kerana mereka adalah pengundi yang kadangkala diabai-bicara dek kerana asyik mengejar undi apung, mengejar persepsi anak muda serta menarik undi kaum bukan Islam.

Politik Malaysia walau sehebat mana pembacaan politik cendiakawan di Malaysia, realiti masih berpusat kepada politik perkauman dan keagamaan walaupun kawasan bandar mulai menilai prestasi calon dan parti merentasi kaum dan agama. Agama sebagai salah satu elemen primordialGeertz (1963) menjadi penentu kepada budaya politik kaum di Malaysia15. Penulis berpendapat di Malaysia secara real-politiknya agama kekal akan menjadi subjek besar dalam politik dan ia relevan dijadikan substansi politik Islam. Huntington (1997) sendiri menyatakan agama adalah asas kepada budaya yang menjadi teras kepada kewujudan sesebuah peradaban.

Menurut Kikue Hamayotsudalam tulisannya The End of Political Islam? A Comparative
Analysis of Religious Parties in the MuslimDemocracy of Indonesia, beliau memberi contoh AKP di Turki dan Hindu Bharatiya Janata Party (BJP)di India yang mengambil jalan lunak sekular telah mula menarik minat pengkaji untukmenilai adakah dengan mengambil gaya berkenaan berjaya mengekalkan 'survival' parti berkenaan. Malah menurut beliau mengapa pula masih ada parti yang arusperdana dalam keadaan mengekalkan intipati manhaj agama yang sama16?

Menurut beliau " Pertama, jika kita menganalisis partiagama (termasuk Parti Islam, Islamisme dari perspektif institusi dan pengawalan organisasi, kita boleh memahami mengapa semakin meningkat populariti dan kewarakan tidak secara automatik diterjemahkan dalam bentuk kejayaan undi. Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa kemerosotan banyak pihak agama sejakdekad demokratik lalu mempunyai lebih berkaitan dengan kegagalan mereka untuk membina dan menginstitusikan (mengurus) parti, bukannya kerana kepelikan daripada dogmatikideologi agama".

Penulis cukup yakin dengan masa depan Islam malah penulis tanpa menaqalkan dalil sekalipun telah sedia mengasuh diri untuk thiqah/percaya dengan kemenangan berasaskan Islamisme. Akan tetapi keyakinan ini mesti dikongsi kepada masyarakat. Keyakinan ini perlu diinklusifkan dengan kita sendiri berusaha menjadikan gerakan berasas Islam kekal relevan di persada politik kebangsaan mahupun global. Inilah tanggungjawab kita.

Bandar Puteri Jaya
23 Nov 2014
7.37 pagi
1 Kertas ini disedia untuk Tamrin Siasiy JPRD Pantai Merdeka 28 November 2014.
2 Penulis merupakan Timbalan Ketua Penerangan DPPN Kedah, aktivis GESA (Gerakan Sokong Syariah, MAPIM) serta penulis dan pendakwah bebas. Boleh dihubungi melalui : 017-6291368, jihadin82@yahoo.com
3 Graham Fuller mendefiniskannya sebagai -Islam politik,diusung oleh orang-orang yang percaya bahawa Islam memiliki tawaran bagaimana politik danmasyarakat harus dikelola dalam dunia Muslim kontemporer dan ingin mewujudkannya dalam berbagai cara.
5 Menggali Akar Fundamentalisme Islam: Paradigma Kompleks Sebagai Pisau AnalisisLajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu.
6 Bekas pimpinan Ikhwan al-Muslimin yang dibuang keahliannya iaitu Kamal Helbawi telah bersama pemerintah Mesir bagi menghidupkan pasca-Islamisme.
7 Hegel seorang yang dianggap salah seorang nabi modeniti (the prophet of modernity) mengatakan bahawa pada zaman moden agama yang akan bertahan adalah agama akal. Bahkan baginya agama adalah "the power to act upon and to establish the rights which reason has bestowed".
8 Nasruddin Yunos dan Siti Nor Baya Mat Yacob, Modeniti & hubungannya dengan idea kemajuan, Jurnal Pengajian Umum Bil. 8, UKM.

9 Pemikiran pasca moden bermula sekitar tahun 1930an dengan kemunculan seorang pengarang Belanda yang bernama Federio De Onis dalam bukunya "Antologia De La Poesia Espanola A Hispanoamericana" pada tahun 1934 (Featherstone, 1988:202). Kemudian muncul pula beberapa pemikir Barat seperti Jean Francois Lyotard, Michel Foucault, Jacques Derida, Habermas dan Jean Baudrillard. Pasca moden merupakan respon atau reaksi terhadap pemikiran moden. Pasca Islamisme berlaku lambat berbanding aliran pasca moden yang lebih sekular.
11 Nida Tunis menang 85 daripada 217 kerusi Parlimen, diikuti Ennahda memperoleh 69 kerusi. Bagaimanapun, tiada satu pun daripada dua parti berkenaan dijangka menang majoriti jelas, menyebabkan berlaku tawar-menawar antara ahli politik menjelang pengumuman penuh keputusan pilihan raya itu. Ennahda adalah parti dominan dalam politik Tunisia sejak revolusi 2011.
12 Wan Fariza Alyati Wan Zakaria,, Malik Bennabi, Dinamisme Tamadun dan Cabaran Globalisasi era Pasca Kolonial
Dari buku Islam di Era Globalisasi, 2009, suntingan Jaffary Awang, Muda@Ismail Ab.Rahman dan Jawiah Dakir dan diterbitkan oleh Fakulti Pengajian Islam, UKM Bangi.
15 Primordialisme adalah fahaman masyarakat yang mempunyai kecenderungan untuk berkelompok sehingga terbentuklah suku-suku bangsa. Pengelompokan itu tidak hanya pembentukan suku bangsa sahaja, tetapi juga berdasarkan ideologi agama dan kepercayaan.

16 Hamayotsu, Kikue (2011), The End of Political Islam? A Comparative Analysis of Religious Parties in the Muslim Democracy of Indonesia, in: Journal of Current Southeast Asian Affairs, 30, 3, 133-159.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan