Pengikut

Nuffnang

Selasa, 18 November 2014

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


memorandum - BANTAHAN JUALAN ARAK SECARA TERBUKA DI DAERAH KUALA NERANG

Posted: 17 Nov 2014 08:01 AM PST



MEMORANDUM MASYARAKAT ISLAM PRIHATIN

18 November 2014
Kepada
  1. YB. Badrol Hisham Hashim ADUN Kuala Nerang
  2. Haji Md Zuki Bin Shiru, SDK., AMK., BCK. Yang Dipertua Majlis Daerah Padang Terap
  3. Pemilik Premis 7 Eleven

BANTAHAN JUALAN ARAK SECARA TERBUKA DI DAERAH KUALA NERANG

  1. Memorandum ini dikeluarkan rentetan mulanya penjualan arak secara terbuka oleh premis 7 Eleven di Kuala Nerang.
  2. Pihak kami menyedari perlesenan kerajaan persekutuan membenarkan premis seperti 7 Eleven untuk menjual beer dalam tin dan botol secara terbuka melalui premis kedai serbaneka dan runcit.
  3. Namun dalam suasana dan persekitaran Daerah Kuala Nerang yang majoritinya adalah berbangsa melayu dan penganut agama Islam, pihak kami membantah sekerasnya penjualan arak secara terbuka di premis 7 Eleven yang mulai memasukkan arak dalam senarai barangan jualan terkini mereka di sini.
  4. Kami menyedari terdapatnya label tertulis "Sales Of Beers and Alcoholic drinks are for Non Muslim Costumer Only " pada perti sejuk berisi arak berkenaan namun ia bukan suatu sekatan mutlak untuk menghalang kaum Islam di sini untuk membei arak.
  5. Sepertimana Langkawi yang juga memiliki label yang sama, namun dengan pertembungan undang-undang svil dan syariah di malaysia yang masih rumit menatijahkanarak mudah dibeli da diperolehi oleh kaum islam sendiri.
  6. Menurut Jadual 3.2 : Jumlah penduduk mengikut kumpulan umur, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010 melalui laman http://www.statistics.gov.my/ Melayu 6,299 Cina 295 India 14 lain-lain 41.
  7. Bilangan pengundi Melayu : 96.30% Cina : 2.12% India: 0.50% Lain: 1.06%.
  8. Hal ini jelas kaum Muslim adalah majoriti di Kuala Nerang dan menjual arak terbuka kononnya hanya semata-mata untuk etnik kurang 10 % adalah tindakan tidak wajar dan tidak sensitif dengan keperluan bersyariah dalam masyarakat Islam. Para pekerja 7 Eleven yang berbangsa Melayu Islam juga secara langsung terlibat dalam hal ini.
  9. Menurut peruntukan undang-undang Enakmen jenayah Syariah (Kedah) 1988, Seksyen 25 (1) : Minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan boleh membawa hukuman denda RM5,000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Manakala menurut Seksyen 25 (2) bagi pihak seperti 7 Eleven yang terlibat "membuat, menjual, menghadiah, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa arak atau minuman yang memabukkan" boleh dihukum denda RM3,000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Namun adakah undang-undang ini mampu menyekat premis serbaneka di Kuala Nerang sedangkan menurut undang-undang sivil perbuatan menjual beer terbuka adalah sah.
  10. Hal ini memerlukan keperihatinan pihak berwajib serta pihak pengurusan 7 Eleven sendiri untuk menilai kewajaran menjual arak di kawasan majoriti Muslim yang pastinya membawa kesan negatif kepada masyarakat Muslim di Kuala Nerang.
  11. Akhir kata, pihak kami mendesak pihak terlibat menghentikan penjualan arak di premis 7 Eleven atas alasan yang kami nyatakan di atas.




0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan