Pengikut

Nuffnang

Isnin, 17 November 2014

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


Kenyataan Media DPPN Kedah - JAWAPAN TERHADAP KENYATAAN KU NAN PAS PARTI AJARAN SESAT

Posted: 17 Nov 2014 06:38 AM PST

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS KEDAH


JAWAPAN TERHADAP KENYATAAN DATUK SERI TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR BAHAWA PAS ADALAH PARTI AJARAN SESAT

1. DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH (DPPNK) memandang berat dan serius tuduhan rambang dan tidak bertanggungjawab Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Setiausaha Agong UMNO yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, pada Ahad 2hb November 2014 dalam Multaqa Kebangsaan Biro Agama UMNO bahawa PARTI ISLAM SEMALAYSIA PAS adalah parti ajaran sesat. Sehingga hari ini kenyataan jahat tersebut masih belum ditarik balik oleh Datuk Seri.

2.  DPPNK MENUNTUT Datuk Seri membuat kenyataan terbuka MEMOHON MAAF dan menarik balik kenyataan yang tersasar tersebut.

3. DPPNK menyenaraikan di sini beberapa hujah untuk tatapan Datuk Seri.
4. Fasal 3 Perlembagaan PAS menegaskan bahawa DASAR PAS ialah Islam dan seruannya ialah ALLAHU AKBAR.

5. Fasal 5  pula menegaskan bahawa tujuan PAS ialah "memperjuangkan
wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan huku-hukumnya menuju keredhaan Allah.
6. Fasal 6 pula menegaskan usaha-usaha PAS antaranya "menyeru umat manusia kepada Syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan".
7. Fasal 7 pula menegaskan hukum yang tertinggi dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK ULAMAK dan QIAS.

8. Fasal 8 pula memperuntukkan penubuhan Majlis Syura 'Ulamak bagi memandu dan menjamin segala aktiviti PAS sentiasa bertepatan dengan  dasar PAS iaitu Islam.

9. Peruntukan-peruntukan perlembagaan yang menegaskan kedudukan PAS sebagai parti Islam yang memperjuangkan Islam seumpama  ini tidak terdapat dalam perlembagaan parti UMNO yang didokong oleh Datuk Seri Tengku Adnan.

10. Dakwaan Datuk Seri bahawa UMNO sebagai parti Melayu yang boleh memastikan akidah umat Islam terpelihara adalah tersasar dari realiti yang sebenar. Sepanjang merdeka sejak 1951 UMNO sebagai  parti pemerintah yang berkuasa telah membiarkan pemikiran dan aqidah yang rosak berkembang seperti sekular yang memisahkan agama daripada politik, pluralisma beragama yang melihat semua agama adalah sama membawa ke syurga dan liberalisma beragama yang mempertikai hukum-hakam Islam.

11. Malah usaha menegakkan Syariat Islam seperti undang-undang jenayah Islam masih gagal dinobatkan  dan tidak dipandang serius oleh UMNO selaku pemerintah yang mengaku Islam.

12. DPPNK sekali lagi mendesak Datuk Seri Tengku Adnan menarik kembali tuduhan tersebut atau berdepan dengan tindakan undang-undang.


Mohd Nasir bin Zakaria
Ketua
Dewan Pemuda Pas Kedah
Rabu 12 Muharram 1436 H / 5hb Nov 2014

Kenyataan media DPPN Kedah -MENGGESA KERAJAAN NEGERI BERTEGAS DALAM ISU HIBURAN MELAMPAU

Posted: 17 Nov 2014 06:36 AM PST

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
22 OKTOBER 2014
MENGGESA KERAJAAN NEGERI BERTEGAS DALAM ISU HIBURAN MELAMPAU
Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah (DPPNK) menggesa kerajaan negeri yang diterajui BN untuk mengotakan janji bahawa Barisan Nasional mampu mengawal hiburan melampau di negeri ini. DPPNK melihat segala janji tersebut semakin menuju kehancuran dan hanya retorik kosong.
1. Pada 30 Jun 2012, Datuk Mukhriz Mahathir, menyifatkan Pas gagal mengawal pertumbuhan pusat hiburan di Kedah sejak mengambil alih negeri ini pada tahun 2008.
2. Imej positif dan Islamik yang dibawa oleh Datuk Menteri Besar selama ini rupanya satu fatamorgana yang penuh dengan kepalsuan. Program selawat, imej berjubah termasuk kehadiran para habib hanyalah program tempelan. Ia bukannya satu dasar dan perjuangan Barisan Nasional. Maka akan semakin terserlahlah segala kelemahan dan retorika pentadbiran yang diterajui oleh Dato Seri Mukhriz.
3. DPPNK amat sedih dengan berbagai program hiburan yang semkin bercambah. Sudah sampai masa untuk kerajaan negeri bertegas dalam mengawal hedonisme yang kian melampau di negeri tercinta ini.
Antara program dan aktiviti hiburan melampau dan tidak beretika, tetapi berlangsung di Kedah adalah :
A. Di Alor Setar - Pertandingan karaoke anjuran Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) yang bermula sekitar jam 5 petang hingga 9.30 malam menampilkan dua peserta berpakaian keterlaluan separuh bogel
B. Di Sungai Petani - konsert "Planet UEPE MUSIC Fest" di Sg Petani telah mendapat tentangan penduduk tempatan dan ramai yang telah melahirkan bantahan dengan berhimpun di masjid.
4. Berdasarkan satu laporan, kini terdapat 500 lesen hiburan negeri Kedah. Majoritinya di Daerah Kuala Muda 235 lesen, 158 lesen di Langkawi, 45 lesen di Kulim, 45 lesen di Kubang Pasu, 17 lesen di Baling, 32 lesen di padang Terap, 11 lesen di Pendang.
5. Justeru itu, DPPNK menyeru kerajaan negeri pimpinan Dato Seri Mukhriz
A. mengotakan janji beliau berhubung dengan program hiburan yang berlaku di dalam negeri Kedah.
B. Tidak membuat tindakan terpilih atau perlaksanaan tidak menyeluruh yang menggagalkan undang-undang sedia ada.
DPPNK percaya Dato Seri Mukhriz akan menyambut seruan ini demi melaksanakan janji beliau sebelum berkuasa.

MOHD NASIR ZAKARIA
Ketua Pemuda

MEMORANDUM DPPN KEDAH - PENDAFTARAN PENGUNDI AUTOMATIK

Posted: 17 Nov 2014 06:23 AM PST

17 Nov 2014 - Alor Setar

Penyerahan Memorandum Dewan pemuda PAS kedah kepada Pengarah SPR negeri Kedah Tuan Haji Morat Pora.

Memorandum dihantar sendiri oleh Ketua DPPN Kedah YB Ustaz Nasir Zakaria serta diiringi Ustaz Mohd Idrus Ahmad Timbalan ketua Pemuda sert pengarah Pilihanraya DPPN Kedah Ustaz Mohd Rosli Azmi.
 Tujuan memo adalah untuk mendesak SPR melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik sepertimana yang diperjuang oleh PAS di peringat kebangsaan.





0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan