Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 1 November 2014

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


NEKAD 3.0 dan Lajnah Dakwah : memaknakan semula ‘pillar’ dakwah dalam PAS

Posted: 01 Nov 2014 05:24 AM PDT


NEKAD 3.0 dan Lajnah Dakwah : memaknakan semula 'pillar' dakwah dalam PAS

Selesai sahaja Nadwah Pemerkasaan Dua't kali ke-3 atau singkatannya NEKAD 3.0 di Madrasah Zubaidiyah petang tadi menandakan tamat sudah salah satu program mega Lajnah Dakwah PAS Pusat yang bertujuan mendidik para ahli PAS peri pentingnya menyediakan diri sebagai pendakwah dalam menghadapi serangan pemikiran.

Bertemakan Daie: mendepani Serangan Pemikiran kali ini diadakan di zon Utara pula, Lajnah Dakwah yang meletakkan sasaran agar siri program NEKAD akan memaknakan PAS sebagai sebuah Gerakan Islam Syumul yang sejati.

Dakwah adalah salah satu daripada 'pillar' penting dalam sesebuah gerakan Islam selain elemen tarbiah dan siasah (politik). Ia juga dikenali sebagai elemen sawwabit yang tidak mungkin dipisahkan daripada sebuah bahtera besar bernama Harakah Islamiyyah. Secara konsepnya PAS bukan sekadar Jamaah Islamiyyah, sebaliknya ia merupakan sebuah Harakah Islamiyyah yang munazzamah.

Walaupun seawal penubuhan PAS pada tahun 1951, ia boleh dianggap seuatu tindakan reaksi ulama' yang gagal membawa wadah Islam melalui paltform politik UMNO, maka PAS ditubuhkan untuk memenuhi tuntutan siasah politik melayu Islam. Namun begitu seiring dengan perkembangan gerakan Islam sedunia dan dunia komunikasi yang kian berkembang tambah-tambah sejak para graduan Asia Barat membawa pulang bagasi pengalaman bersama gerakan Ikhwan dan Jamaat Islami, maka sekitar tahun 1960an, PAS telah membawa 3 sawwabit secara tersusun, memberi makna baru kepada PAS bahawa PAS bukan sekadar parti yang didaftarkan atas nama parti politik sebaliknya ia adalah sebuah jamaah yang bertugas membawa tarbiah (pendidikan), dakwah (seruan) dan siasah (politik, kenegaraan) semata-mata mahu melihat Islam terdaulat di bumi Malaysia.

Dua tahun sebelum ini adalah sesi terakhir elemen dakwah ditumpangkan kepada Lajnah Penerangan yang dahulunya dikenali sebagai lajnah "Penerangan Dan Dakwah". Jujurnya lajnah Penerangan walaupun diletakkan skop untuk membawa dakwah ila Allah secara umumnya, pengisian majoriti tetap berunsur siasah atau agenda politik kepartian. Sesuai sebagai sebuah lajnah yang dharuri dalam PAS, lajnah Penerangan membawa dirinya dalam aktiviti rutin sebuah parti politik, reaksi dan berdielektik dalam isu semasa, menghebah perinsip parti dan menjawab sebarang salah faham terhadap parti kerana realitinya PAS bermain di medan politik. Hal ini menjadikan nama hujung penerangan iaitu "...dan Dakwah" agak tenggelam serta tiada aktiviti khusus yang menjulang kembali elemen dakwah dalam PAS.

Kebijakan atau polisi terkini PAS Pusat sehingga menimbulkan Lajnah Dakwah memungkinkan PAS mendakap semula aktiviti-aktivti menyanggah ideologi ilhad (sesat) sebagai misalannya yang sebelum ini hanya giat dilakukan oleh NGO-NGO Islam lainnya.

Tibalah masanya PAS menjuarai semula isu-isu dakwah dan kebajikan minoriti, orang asli, dan sabah Sarawah yang mungkin hanya disalurkan oleh PAS melalui Unit Amal dan beberapa NGO dakwah lain. Kini PAS menjuarai dakwah berkenaan sehingga tidak cukup tangan hasil kerja kuat anngota Lajnah Dawah yang diteraui oleh Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalannya YB Ustaz Nasrudin Hasan At Tantawi.







Sebelum wujudnya Lajnah Dakwah dan gagasan besarnya NEKAD, aktiviti atau program PAS untuk menyanggah ideologi ilhad (sesat), isme-isme, sekularisme dan ghuzwatul fikr mungkin banyak dipelopori oleh Lajnah tarbiah dan Dewan Ulama'. Hal ini bukannya tidak berkesan namun ia masih berada dalam skop yang agak terbatas. Misalnya lajnah tarbiah tetap perlu menekankan aspek internal (dalaman) ahli dan selalunya agenda menentang ilhad ini diselit dalam liqa fikri, tamrin dan usrah-usrah.

Begitu juga anjuran Dewan Ulama' sebegai suatu ketunbukan khas yang berlingkar disekitar para ulama' ustaz dan ilmuan Islam. Berbeza dengan wujudnya Lajnah Dakwah, aktiviti menanggah ise-isme boleh dilakukan secara terancang, istiqamah dan besar-besaran. Maka memang wajar jika PAS Pusat yang berfikir untuk memunculkan Lajnah Hebat ini diberi pujian.

Program NEKAD 3.0 yang dianggarkan kehadiran melebihi 1500 orang ini dirasmikan sendiri oleh Presiden PAS YAB Dato' Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang dengan muqaddimah kejap beliau bahawa serangan pemikiran lebih menyakitkan, berbahaya malah besar petakanya berbanding peperangan persenjataan konvensional.

Serangan yang cukup terancan ini khusus bertujuan untuk melunturkan umat Islam daripada syariah Islam dan telah bermula ejak zaman Rasulullah SAW lagi. Terlalu banyak ayat-ayat Al Quran yang bermula dengan "yasalu naka a'nil" bertjuan menjawab persoalan yang kebanayakkan ditimbulkan atas dasar 'psywar' oleh para musyrikin mekah, munafiqin dan golongan ahli kitab dan bukannya sekadar ingin mengetahui Islam dengan lanjut.

Penulis bersetuju dengan ucapan awal Dato' Mahfuz Omar bahawa persiapan para daie menghadapi serangan ghuzwatul fikri jangan hanya bersifat reaksionis atau responsif semata-mata. Sebaliknya para ahli PAS yang juga merupakan daie perlu menyediakan model dakwah yang komprehensif jika benar mahukan serangan pemikiran dihapuskan secara sisematik. Hal ini sejajar dengan kupasan Presiden selepas itu bahawa "As sahwatul Islamiyyah" atau Kebangkitan Islam sebenarnya berlaku pada sekitar awal 1900an tanpa adanya sebuah model negara Islam yang berdaulat. Hal inilah yang menatijahkan perjuangan sebilangan besar Parti Islam sedunia untuk mentadbir negara dengan kosep syariah yang tulen.

Musuh Islam sememangnya bekerja keras untuk memusnahkan konsep Ummah Ittiba'ah yang tegar menurut sunnah Rasulullah dan berbiah solehah. Konspirasi besar musuh Islam yang terbesar hari ini adalah rentetan daripada dua puak yang cukup berbahaya iaitu yahudi Freemasonry dan gerakan neo Cruscade yang kalah sebelum ini. Entiti-entiti ini bergabung membina ketumbukan khas yang cukup tersusun bernama orientalis.

Tidak hairanlah apabila Tuan Guru Ustaz Zulkifli Ismail membentangkan bahawa pakej rujukan orientalis dipunggah masuk ke dalam rujukan ilmiah kaum Islam sehinggakan kaum Islam tidak mampu membezakan yang mana tulen dan yang mana daripada ghuzwatul Fikr.

Pembentangan YB Ustaz Nasrudin Tantawi telah merungkai suatu konspirasi memburai ikatan syariah dan Islam daripada perjuangan PAS. Agenda besar bersifat global ini juga ditekankan oleh Dr Zuhdi Marzuki dalam sesinya selepas itu betapa wujudnya aganda global untuk menjatuhkan kepimpinan Tuan Guru Presiden yang kini merupakan salah seorang watak penting menggerakkan gerakan Ulama' sedunia.

Ahli Parlimen Temerloh itu juga menjelaskan usaha besar-besaran merungkai Islam daripada umat Islam dan usaha golongan yang cuba mengalih kiblat juang PAS daripada manhaj syariah malah dilakukan bersungguh-sungguh, tanpa henti dan jemu sejajar dengan klausa" inis tatou' " yang bermaksud seboleh-bolehnya mereka ingin melihat Islam itu hancur. Lebih malang apabila ada juga mata rantai musuh Islam dalam ketumbukan gerakan Islam yang menyambung lidah-lidah musuh Islam untuk mengkritik dasar dan perjuangan Islam atas alasan ia tidak relevan, tidak sesuai, gopoh atau tidak rasional. Dalam Ucapan Dasar Muktamar yang lalu, Presiden telah mejelaskan bahawa tiada masalah dengan Islam dan sistem Islam. Yang bermasalah adalah maklumat yang tidak sahih, penyampaian maklumat Islam yang tidak sampai ke akar umbi yang menjadikan nama Islam buruk dan inilah yang kadangkala dilupakan oleh penggerak Islam sendiri sehingga ada yang kini berucap bernada apologatik menurut kehendak musuh syariah meminda pandangan dan dasar terhadap syariah jenayah misalannya hudud sehingga ada yang kini mula mengaku ia tidak waqii di Malaysia.

Rata-rata ahli PAS hanya tahu istilah sekularisme walaupun sebenarnya pemahaman itu masih terlalu singkat. Dalam NEKAD 3.0 kali ini Dr Zuhdi Marzuki merungkai aspek pemikiran yang sebenarnya lebih memperincikan agenda sekularisme itu sendiri. Moden adalah fasa period dari tahun 1500an sehinggalah era 1900an. Segala teori sains dan ekonomi hari ini adaah berasaskan penemuan dan kajian sepanjang fasa moden tamadun dunia . Falsafah fikir Pasca Moden adalah suatu pada era pasca-modenisme, fahaman dan ideologi Barat dilapor tersebar luar secara pantas sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan proses globalisasi.

Fahaman itu, kata beliau meresap masuk ke dalam pemikiran masyarakat Islam dan penularannya berlaku secara halus sama ada secara disedari atau tidak.

Pada hari ini umat Islam berhadapan dengan pelbagai cabaran dan pemikiran, antaranya adalah fahaman pasca- modenisme. Era pasca- modenisme menyaksikan perubahan nilai terhadap keseluruhan aspek dalam kehidupan manusia. Ia merupakan edisi baru kepada fahaman sekularisme Barat moden.

Fahaman ini disebarkan oleh proses globalisasi melalui kecanggihan teknologi komunikasi dan maklumat. Fahaman pasca-modenisme mementingkan manusia mempunyai kebebasan diri tanpa perlu memikirkan pendapat orang lain. Pasca- modenisme menjadi cabaran kerana ia telah mempengaruhi dunia Islam.

Dengan berkembangnya pasca-modenisme pada era globalisasi, maka gerakan kebebasan semakin berkembang. Globalisasi mencipta dunia yang berasaskan kepada kepenggunaan, atau consumerism. Pertumbuhan budaya kepenggunaan ini merupakan latar belakang fahaman pasca-modenisme.

Akibat sistem kapitalis, manusia menjadi rakus dan gelojoh yang tidak terbatas, menyalahgunakan kebendaan dan kekayaan kurniaan Allah. Sifat kepenggunaan dan kebendaan ini kemudian menggantikan nilai-nilai moral dan akhlak manusia serta melupakan nilai-nilai keagamaan dan kekeluargaan.

Penyerapan idea pasca- modenisme ini ke dalam jiwa dan pemikiran umat Islam berlaku dalam keadaan yang halus dan tersusun sama ada secara disedari atau tanpa disedari oleh umat Islam. Masyarakat Malaysia tidak terlepas daripada menerima kesan dan impak daripada idea pasca-modenisme yang berlaku di seluruh dunia.

Fahaman pasca moden ini menimbulkan pula idea-idea furu' seperti skepticisme yang berasaskan fahaman meragui sebarang idea. Tiada idea yang benar dan tuntas benar. Tiada kebatilan yang sejati. Kebenaran boleh jadi benar hari ini dan bolehjadi batil akan datang. Premis fikir skeptis ini juga memupuk generasi X dan Y untuk curiga dengan gagasan ulama' berkenaan janji kesejahteraan jika melaksana syariah Islam. Bagi mereka syariah bukan paksi kebenaran yang tetap. Idea ini pastilah menimbulkan gaya fikir pragmatisme yang anjal dengan isu-isu semasa. Akibatnya dasar Islam dan syariah luntur sepanjang interaksi maysrakat dengan isu-isu terkini.

Gagasan golongan yang beramal dengan faham 'deconstruct'juga tidak kurang bahayanya. Mereka gamak menggunakan kalimah dan term Islamik untuk menghancurkan peracangan gerakan Islam. Mereka merombak besar-besaran hukum moral, perlaksanaan syariah dan tergamak juga mengkritik ibadah ritual umat Islam seperti solat umpamanya.

Kombinasi pemikiran skeptisme, pasca structrulisme, deconstruct ini mewujudkan suatu ketubukan fikrah liberalime yang kian dahsyat dan tidak disedari oleh si pembawa idea berkenaan sendiri.

Ciri-ciri mereka adalah :
  1. Mereka juga berkempen menolak sekularisme kerana asasnya mereka meletak termimologi sekuar sebagai menolak syariah 100%. Mereka katakan mereka tidak menolak 100%.
  2. Mereka ungkapkan hasrat untuk melaksana Islam juga sepertimana yang digagaskan oleh gerakan Islam.
  3. Mereka ingin Islam terapi kritik lantang khazanah fatwa ulama' klasik tanpa sandaran hujah yang setara dengan mujtahid silam.
  4. Berhujah membela Islam dengan akal semata-mata.
  5. Mendokong amalan Islam kiri.
  6. Guna lisan Islam untuk menyerang islan seperti konsep syariah tidak waqie, tidak kena denan maslahah kini dan tidak cocok dengan uruf masyarakat serta pelbagai istilah indah yang disalh gunakan oleh mereka.

Fahaman ini akhirnya menatijahkan golongan muslim progresif yang kononnya menampakkan produk kejayaan Islam, sebaliknya menurunkan taraf (downgrade) syariah itu sendiri atas pelbagai alasan yang tasahul(bermudah-mudah).

Ia juga menghasilkan golongan apologatik seperti yang penulis nyatakan di atas.

Penulis mengakhiri penulisan ini dengan ungapan tegas Tuan Guru Zulkifli Ismail agar daie tidak meninggalkan Al Quran dalam bacaan harian. Jika hanya membaca dan berwacana isu firah dan ideologi semata-mata, gerakan akan lemah dan lumpuh kerana senjata utama untuk menentang ilhad (kesesatan) adalah Al Quran itu sendiri.

Muhammad Nuruddin Bashah
Tim Ketua Penerangan DPPN Kedah

AJK lajnah Dakwah PAS Pusat

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan