Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 8 November 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


Bahaya, Penghakiman jadi Pengiktirafan

Posted: 07 Nov 2014 05:16 PM PST

Kuala Lumpur: Keputusan Mahkamah Rayuan, semalam yang mengisytiharkan ketetapan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan bahawa lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah sebagai tidak sah mengejutkan umat Islam dan dikhuatiri seolah-olah mengiktiraf golongan itu di Malaysia. Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang berkata, keputusan Mahkamah Rayuan itu memberi peluang kepada golongan transgender lain yang dihukum mengikut enakmen sama untuk mencabar keputusan itu di mahkamah.  


"Kita khuatir kesan kepada orang Islam keseluruhan kerana keputusan itu seolah-olah mengiktiraf transgender dan diberi hak untuk mengamalkan apa yg mereka percaya betul sedangkan peruntukan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 itu diluluskan oleh dewan undang-undang negeri berdasarkan kajian yang mendalam serta mendapatkan pandangan ulama dan ahli akademik. "Faktor kedua ialah kesan kepada undang-undang itu sendiri kerana Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan diguna pakai sejak 1992 dan tidak pernah dipertikaikan," katanya kepada Harian Metro di sini, semalam. Menurutnya, enakmen itu diluluskan berdasarkan Jadual 9 Senarai 2 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada negeri untuk mengadakan peruntukan dan hukuman bagi kesalahan yang berkaitan rukun Islam. 

 "Malah, peruntukan yang sama juga terdapat di kebanyakan negeri lain iaitu larangan kepada lelaki Islam berpakaian wanita di tempat awam, dengan keputusan mahkamah ini dibimbangi makin ramai transgender akan menjadikan kes ini sebagai rujukan di mahkamah di masa depan. "PGSM meminta Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) serta kerajaan negeri untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi memutuskan isu Perlembagaan itu," katanya./mymetro

Tahniah, Akhirnya LTAM kembali beroperasi

Posted: 07 Nov 2014 05:14 PM PST

Melaka: Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air mula beroperasi secara rasmi di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam dengan menawarkan penerbangan lima hari seminggu ke Pulau Pinang dan Pekanbaru, Indonesia. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, sebagai permulaan pihaknya menawarkan perkhidmatan penerbangan dua hala sekali sehari ke dua destinasi itu beroperasi pada Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat dan Ahad. "Kami menawarkan harga tiket sangat berpatutan bagi laluan ke Melaka-Pulau Pinang serendah RM79 sehala manakala RM70 bagi laluan sehala dari Melaka-Pekan baru," katanya selepas majlis menyambut ketibaan pesawat Malindo Air pertama dari Pulau Pinang ke Melaka di LTAM, Batu Berendam, di sini, semalam.


 Hadir sama, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron. Seramai 70 penumpang menaiki pesawat terbabit dari Pulau Pinang ke Melaka tiba di LTAM kira-kira jam 11.30 pagi. Chandran berkata, penerbangan dari Pulau Pinang akan berlepas pada jam 10.10 pagi dan tiba di Melaka pada jam 11.30 pagi manakala penerbangan balik akan berlepas pada jam 3.15 petang dan tiba pada jam 4.35 petang. "Bagi penerbangan Melaka-Pekan Baru, ia mengambil masa 1 jam 5 minit dan berlepas pada jam 11.50 pagi dari Melaka manakala penerbangan balik akan berlepas pada jam 12.50 tengah hari dari Pekanbaru.

 "Penerbangan ke kedua-dua destinasi ini menggunakan pesawat ATR-72-600 baru yang boleh memuatkan seramai 72 penumpang. Setakat ini jumlah penumpang bagi kedua-dua laluan terbabit dianggarkan lebih 90 peratus daripada kapasiti penumpang setiap penerbangan," katanya. Beliau berkata, Malindo Air juga akan melancarkan penerbangan dari Melaka ke Kota Bharu, Kelantan bermula 21 November ini. "Malindo Air berbangga memperkenalkan perkhidmatan terbaru ini dan berharap dapat merancakkan lagi kehadiran pelancong terutama ke Melaka dan Pulau Pinang yang terkenal sebagai tapak warisan dunia UNESCO," katanya./ mymetro

SRI ARRAHMAH MULA OPERASI 2015

Posted: 07 Nov 2014 05:06 PM PST

AYER MOLEK - Pas terus mengorak langkah dalam usaha melebarkan lagi sayap pendidikan Islam dengan penubuhan sebuah sekolah rendah agama rakyat iaitu Sekolah Rendah Islam Al-Rahmah yang terletak di Kampung Solok Gaung, di sini. Penubuhan sekolah itu sekali gus menjadikannya sekolah keempat diwujudkan atas tajaan pihak swasta dengan ditanggung sepenuhnya individu tertentu.

 Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang merasmikan sekolah berkenaan kelmarin, turut melahirkan penghargaan terhadap warga pentadbir dan semua menyokong penubuhan sekolah tersebut. Menurutnya, mereka terlibat berjaya mengharungi segala cabaran dalam menjayakan matlamat bagi memenuhi keperluan sistem pendidikan Islam kepada masyarakat setempat.

 "Saya melihat sistem pendidikan Islam kini semakin mendapat permintaan tinggi di kalangan ibu-bapa, justeru kesediaan ke arah itu perlu dilakukan dan antara usaha adalah dengan mewujudkan lebih banyak lagi sekolah seperti ini. "Untuk itu, kita perlu sumbangan idea, wang ringgit dan masa masyarakat ke arah melahirkan generasi yang celik agama, celik akidah bersesuaian dengan keperluan masa kini," katanya. Haron yang juga penaung sekolah berkenaan berkata, sekolah berkenaan kini sudah seratus peratus siap untuk fasa pertama yang dijangka akan mula beroperasi pada sesi persekolahan akan datang.

 "Setakat ini, 250 pelajar sudah bersedia menduduki sekolah ini sebaik sesi penggal baru tahun hadapan. Kos bagi pembinaan awal sekolah ini membabitkan RM400,000 yang kesemua hasil sumbangan individu. "Kita merancang untuk memuatkan seramai 500 pelajar sebaik projek fasa kedua disiapkan tidak lama lagi," katanya.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan