Pengikut

Nuffnang

Ahad, 30 November 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


Tahniah Harimau Malaya !!!

Posted: 29 Nov 2014 08:21 PM PST

Assalamualaikum .. 

Kami mewakili Team Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin ingin merakamkan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah kapada pasukan bola sepak kebangsaan yang telah berjaya melayakkan diri keperingkat suku akhir dalam pertandingan bola sepak Piala AFF Suzuki yang berlangsung di Singapura ketika ini. Kami merasa bangga dengan pencapaian serta kesungguhan yang telah ditunjukkan khususnya dalam perlawanan yang berlangsung malam tadi bertemu dengan singapura. Sesungguhnya para pemain telah berjaya menunjukkan komitmen yang tinggi dan semangat yang jitu serta telah menghidupkan kembali peluang untuk mengejar kejuaraan dalam pertandingan tersebut.Kami mengharapkan komitmen dan momentum yang ditunjukkan pada malam tadi akan dapat disemarakkan lagi apabila pasukan negara bertemu dengan pasukan Vietnam dan terus melayakkan diri ke final Piala AFF Suzuki nanti.
Insya Allah pihak kami juga mempunyai perancangan khusus untuk memajukan sukan permainan bola sepak. Kami juga ingin berkongsi rasa gembira dengan perkhabaran yang mengatakan pasukan Bola sepak Negeri Melaka iaitu Melaka United juga telah bersedia untuk menggalas cabaran dalam Liga FAM seterusnya misi ke Liga Perdana musim 2016. Kami mengharapkan dengan kemenangan pasukan Harimau Malaya malam tadi dapat memberikan semangat dan inspirasi kepada para pemain khususnya pasukan Melaka United yang telah lama tak muncul dipersada Liga Perdana. Sokongan yang jitu kami berikan serta doa kepada Allah dan harapan kami titipkan buat semua, semoga usaha yang dilakukan membuahkan hasil yang membanggakan. Gegau Harimau Gegau

Dewan Pemuda PAS Jasin 

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan