Pengikut

Nuffnang

Isnin, 17 November 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


TG Presiden Bidas Kenyataan DAP

Posted: 16 Nov 2014 06:13 PM PST

MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya memberitahu bahawa tahap kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya, sekali gus mempengaruhi penglibatannya dalam aktiviti politik. Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, keadaan kesihatannya juga turut membataskan dirinya untuk menghadiri mesyuarat dalam PR. "Saya masih belum sihat lagi, masih dalam rawatan," katanya ringkas ketika ditemui selepas selesai menyampaikan kuliah pagi di Masjid Rusila di sini, kelmarin. Terdahulu, Abdul Hadi dilaporkan tidak menghadiri mesyuarat dengan rakan-rakan PR termasuk Pas sejak berlaku krisis Menteri Besar Selangor yang telah membawa kepada penyingkiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ogos lalu. Malah, hubungan Pas dengan parti gabungan, DAP dan PKR turut dikatakan menjadi agak tegang rentetan isu berkenaan apabila beliau dikatakan menunjukkan sikap dingin terhadap aktiviti gabungan parti tersebut. Beliau bagaimanapun memberi gambaran bahawa perkara itu tidak seperti yang diperkatakan, sebaliknya mengulangi alasan bahawa faktor kesihatan dirinya menjadi sebab utama mengapa beliau dilihat bersikap sedemikian. 


 "Kita dah ada wakil, kita (Pas) ada ramai wakil dalam Pakatan Rakyat, bukan saya seorang. Tidak boleh letak atas saya seorang, masa tidak sihat sahaja (saya) tidak hadir," katanya. Abdul Hadi sebelum ini dimasukkan ke hospital universiti di Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul selepas mengadu mengalami sesak nafas pada Mei lalu. Sejak itu, kesihatan pemimpin nombor satu Pas itu dilaporkan tidak begitu baik, namun beliau dilihat masih tetap bersemangat untuk menyampaikan kuliah pagi yang mengambil masa hampir sejam di Masjid Rusila di sini, kelmarin. Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai krisis dalaman dalam Pas berikutan kemampuannya ketika ini dilihat semakin merudum, termasuk menerima desakan rakan-rakan dalam Pas agar beliau meletakkan jawatan sebagai presiden parti, Abdul Hadi bagaimanapun enggan mengulas mengenai krisis dalaman yang melanda Pas termasuk desakan tersebut, sebaliknya beliau memaklumkan, telah mengadakan pertemuan dengan pimpinan Pas bagi membincangkan mengenainya. "Kita sudah membuat pertemuan dengan pimpinan Pas," katanya.

Prestasi Murid Malaysia Merudum

Posted: 16 Nov 2014 06:11 PM PST

Indeks pentaksiran antarabangsa menunjukkan prestasi murid di negara ini merosot berbeza dengan pencapaian pelajar di negara-negara lain. Indeks itu berdasar kepada Programme For International Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematic and Science Study (TIMSS). Profesor Ulung Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan dari Institut Pemikiran Islam dan Tamadun Antarabangsa (ISTAC) berkata prestasi murid di Malaysia meningkat beberapa dekad lalu, namun sekarang pencapaian itu menghadapi risiko secara relatif dan mutlak. "Sedangkan sistem pendidikan negara lain dapat meningkatkan prestasi murid dengan cepat dan mampu mengekalkan momentum itu secara berterusan. "Sebaliknya pentaksiran antarabangsa menunjukkan prestasi murid Malaysia semakin merosot," katanya pada Himpunan Pendidik Islam 2014 di Balai Islam semalam. 


 Beliau membentang kertas kerja "Beberapa isu dan cabaran umat Islam masa kini" pada program tersebut yang dianjur kerajaan negeri dan Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik). Dr Mohd Kamal berkata, prestasi murid Malaysia menurun ke tahap di bawah purata antarabangsa bagi subjek Matematik dan Sains. Menurutnya lebih kritikal lagi murid di Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam kedua-dua subjek tersebut. "Berlaku penurunan berkali ganda iaitu daripada 35 peratus kepada 7 peratus bagi matematik, manakala sains merosot kepada 13 peratus berbanding 38 peratus," ujarnya. Data tersebut mencatat perbandingan ketika Malaysia mengambil bahagian dalam TIMSS pada 1999 dan 2011. 

 Begitu juga bagi keputusan PISA pada 2009 menunjukkan Malaysia berada dalam kelompok sepertiga terbawah dalam kalangan 74 negara peserta. Hampir 60 peratus murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam matematik. Manakala 44 peratus pelajar dalam kategori bacaan dan 43 peratus dalam sains. PISA bertujuan menilai kecekapan murid berumur 15 tahun dalam bacaan, matematik dan sains. Malaysia berada di kedudukan 54 bagi pencapaian PISA 2009 kategori bacaan iaitu di bawah Thailand di tempat ke-52 dan Chile ke-43. Kategori matematik pula Malaysia di tangga 57 berbanding Thailand (52) dan Israel (42). Manakala kategori sains Malaysia berada di kedudukan 52, Thailand (51) dan Malta (41). Dr Mohd Kamal juga berkata, falsafah ilmu yang diajar tanpa ada unsur ketuhanan dilihatnya sebagai suatu kekufuran dibiarkan berlaku

Wahai DAP , Sila Berhati-Hati Keluar Kenyataan

Posted: 16 Nov 2014 06:10 PM PST

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP khususnya Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan sama ada untuk menegur atau mengkritik rakan komponen PR pada masa akan datang. Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar menegaskan ketidakhadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam beberapa mesyuarat Majlis Pimpinan PR sebelum ini kerana masalah kesihatan tidak perlu dipertikaikan. 

 "Kenyataan yang dikeluarkan itu tidak begitu cermat dan DAP tidak boleh melakukan secara terbuka kepada umum. "Ini bukan isu gesaan... mereka tak boleh menggesa sebab dia tak hadir itu ada alasan kesihatan dan sebagainya. "Tak akan kita nak dia hadir dalam keadaan dia tak sihat, kami tak pernah buat mesyuarat pun menggesa Lim Guan Eng untuk datang mesyuarat kerana dia pun ada juga yang tak datang," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini. Terdahulu, CEC DAP yang bermesyuarat kelmarin sebulat suara menggesa Presiden Pas itu untuk hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada masa akan datang. 

 Guan Eng berkata, memandangkan Abdul Hadi merupakan satu-satunya pemimpin yang boleh membuat keputusan dalam Pas, maka kehadiran beliau penting untuk mengukuhkan gabungan PKR dan DAP dalam PR. Sebelum itu juga, Ahli Parlimen Bagan itu berkata, luahan yang dibuat DAP adalah atas dasar hormat DAP kepada Pas ‎yang mahukan Presiden Pas itu menghadiri mesyuarat agar segala keputusan penting dapat dimuktamadkan bersama. Malah DAP juga menafikan parti itu mempunyai agenda tertentu apabila dilihat kerap membangkitkan isu kehadiran Abdul Hadi dalam mesyuarat PR sekaligus mempersoalkan komitmen bersama rakan sekutu mereka.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan