Pengikut

Nuffnang

Khamis, 13 November 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


Isu LGBT : Kebimbangan Marhaen Memuncak

Posted: 12 Nov 2014 04:36 PM PST

KUALA LUMPUR - Alasan penghakiman Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan amat luas implikasinya, termasuk membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis. Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, alasan-alasan yang diberikan mahkamah itu juga menyebabkan hukum syarak akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah. "Alasan penghakiman itu memberi implikasi apabila sesuatu hukum syarak boleh diisytiharkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran yang liberal seperti yang diberi oleh mahkamah di negara sekular.


 "Apabila hukum syarak diukur dengan nilai liberal hak asasi ala-Barat dan apabila hukum syarak boleh dicabar atas alasan ia tidak munasabah kepada seseorang hakim, termasuk yang bukan Islam, hukum syarak akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah," katanya. Beliau berkata demikian menerusi e-mel yang dihantar kepada Bernama bagi memberi pandangan berhubung keputusan panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang sebulat suara membenarkan rayuan dikemukakan tiga juru mekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 adalah tidak sah di sisi Perlembagaan dan undang-undang.

 "Apa yang merisaukan saya ialah alasan yang diberi untuk mengisytihar Seksyen 66 itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Mereka mengabaikan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kesalahan terhadap suruhan agama Islam. "Bagi saya, jika mereka menerima kesalahan itu adalah kesalahan terhadap suruhan agama Islam (sebenarnya mereka terima kedudukan itu), maka sepatutnya mereka mengesahkan peruntukan itu sah di sisi Perlembagaan. ''Ini kerana Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk membuat undang-undang itu," katanya. Abdul Hamid berkata, sebaliknya hakim itu merujuk kepada peruntukan-peruntukan lain seperti penghakiman Mahkamah Agung Amerika Syarikat dan India sedangkan perlembagaan negara tersebut tidak sama seperti Malaysia. 

 "Perlembagaan mereka tidak ada peruntukan mengenai agama Islam seperti yang ada dalam Perlembagaan kita. Nilai-nilai mereka tidak sama dengan nilai kita. Hakim-hakim itu nampaknya terpengaruh dengan tafsiran hak asasi manusia ala-Barat. Akibatnya, mereka memberi tafsiran yang sangat liberal mengenai peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan," katanya. Menurutnya, berdasarkan alasan penghakiman yang sama, undang-undang yang membenarkan seorang lelaki Islam berkahwin lebih daripada satu; undang-undang yang menjadikan kesalahan jika seorang Islam tidak membayar zakat; kesalahan meminum minuman yang memabukkan; kesalahan zina dan liwat dan lain-lain juga, boleh diisytiharkan tidak sah.

 "Malah penghakiman ini membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis. Nampaknya apa yang saya khuatir akan berlaku telah mula berlaku," kata beliau. Abdul Hamid berkata, setelah membaca penghakiman ringkas dalam kes itu beliau mendapati peruntukan Seksyen 66 itu tidak sah bukan kerana ia 'undang-undang jenayah' yang terletak di bawah bidang kuasa Persekutuan tetapi kerana ia melanggar Perkara 5 (1) (kebebasan diri), 8 (1) (kesamarataan), 8 (2) (diskriminasi), 9 (2) (kebebasan bergerak) dan 10 (1) (a) (kebebasan bercakap dan bersuara). Seksyen 66 Enakmen itu memperuntukkan adalah suatu kesalahan apabila lelaki yang memakai pakaian wanita  atau berlagak seperti wanita  di tempat awam dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara, tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

 Pada 7 November lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 66 adalah tidak sah di sisi Perlembagaan kerana ia mendiskriminasikan lelaki Islam yang menghidapi masalah kecelaruan identiti jantina (GID). Dalam penghakiman ringkas setebal 33 muka surat itu, Mohd Hishamudin berkata, penguatkuasaan Seksyen 66 itu akan meletakkan perayu-perayu yang mengalami GID terus hidup dalam ketidakpastian, kesengsaraan dan rasa malu. "Seksyen 66 secara langsung menjejaskan hak perayu untuk hidup secara bermaruah seperti yang dijamin Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan, dengan merampas hak mereka sebagai anggota masyarakat," katanya.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan