Pengikut

Nuffnang

Isnin, 10 November 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


Sikap Guan Eng Terus Di Kritik Pimpinan PAS

Posted: 09 Nov 2014 08:16 PM PST

KUALA TERENGGANU – Sikap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus dikecam. Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat membidas sikap Guan Eng itu dan meminta pemimpin DAP itu menjaga parti sendiri . Beliau dalam nada tegas memberitahu, Guan Eng tidak harus menggambarkan ikatan dalam PR sebagaimana diamalkan BN, sebaliknya tahalluf siyasi antara Pas dan parti lain dalam PR berkait dengan beberapa perkara yang dipersetujui bersama. "Ini masalah parti dengan parti, jangan campuri urusan parti lain. Kena faham tahalluf siyasi antara parti. Anda bawa parti anda dan kita bukannya BN," katanya.


 Beliau berkata sebagai reaksi terhadap tindakan pemimpin kanan DAP itu yang dilihat sering kali mengeluarkan kenyataan sinis terhadap kepimpinan parti itu. Hanafiah yang juga Adun Chukai berkata, parti dalam PR perlu faham bahawa kesemua mereka bergerak atas tahalluf siyasi iaitu kerjasama politik yang sama sekali berbeza dengan BN. Jelasnya, mereka bersatu terhadap perkara yang dipersetujui secara bersama seperti menghapuskan rasuah tetapi berbeza atas dasar perjuangan parti masing-masing sebagaimana Pas yang memperjuangkan hudud dan dasar itu tidak dipersetujui DAP. 

 Mengulas kenyataan terbuka Guan Eng bahawa Abdul Hadi kerap ponteng dalam mesyuarat Majlis Presiden, beliau turut mempersoalkan sama ada mesyuarat tersebut pernah tergendala dengan ketidakhadiran Abdul Hadi itu. Dalam masa sama, beliau mengingatkan pemimpin PR tidak sindir menyindir dan  menjaga hubungan baik antara parti. Jelasnya, parti dalam PR perlulah komited dalam memperkuatkan parti masing-masing bagi memastikan usaha menawan Putrajaya yang terlepas dalam PRU13 tahun lalu tidak akan terlepas pada pilihan raya umum akan datang.

Guan Eng Cuba Malukan TGHH

Posted: 09 Nov 2014 08:09 PM PST

KUALA TERENGGANU – Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menimbulkan isu ketidakhadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat Majlis Presiden dianggap usaha menjatuhkan nama baik pemimpin itu. Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani turut mempersoalkan alasan Guan Eng yang baru sekarang menimbulkan isu tersebut. Menurutnya, kenyataan terbuka Guan Eng berhubung isu itu juga seolah-olah cuba memperlekeh Abdul Hadi sedangkan pemimpin tersebut disifatkan seorang yang komited terhadap mesyuarat dan menepati masa. "Dari sudut kehadiran di Pusat, bukan beliau sahaja yang tidak hadir, orang lain pun tidak hadir juga, lagipun beliau bukan hanya bertanggungjawab sebagai Presiden Pas dan perlu menghadiri mesyuarat dalam negara, malah turut berperanan di peringkat dunia sebagai Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Sedunia. 


 "Kalau beliau tidak hadir, dalam Pas sendiri ada timbalan presiden, naib presiden untuk mewakili presiden dan bukannya tidak hantar wakil terus," katanya kepada Sinar Harian, di sini. Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Lim Guan Eng dalam sebuah video yang disiarkan portal berita, baru-baru ini. Guan Eng mendakwa, Abdul Hadi sebagai seorang yang gila kuasa sebagai presiden parti dan sering ponteng mesyuarat Majlis Presiden PR. Beliau turut menjelaskan, Abdul Hadi pernah memberitahu dalam taklimat politik di Rusila bahawa mesyuarat yang diadakan kadang-kadang tidak sesuai dengan waktu beliau, sebagai contoh, apabila mesyuarat yang ditetapkan jatuh pada Jumaat. 

 Menurutnya, Abdul Hadi sebagai Ahli Parlimen Marang mengajar ilmu agama kepada orang ramai pada hari tersebut di kawasan Parlimen beliau di Masjid Rusila yang menjadi rutin harian sejak berpuluh-puluh tahun. "Sepatutnya tarikh mesyuarat perlu mengambil kira masa presiden juga. Apa salahnya kalau tanya sepatah kerana kalau perkara itu penting, tanyalah tarikh mana beliau mempunyai kelapangan," katanya. Dalam masa sama, beliau tidak menolak kenyataan terbuka Guan Eng yang seolah-olah menyerang Abdul Hadi, berlaku selepas agenda Langkah Kajang yang dicetuskan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelasnya, banyak perkara telah berlaku selepas perkara tersebut tercetus yang bukan sahaja berlaku percanggahan pendapat dalam kalangan parti PR, tetapi juga di peringkat ahli Pas sehingga tertubuhnya Pasma.

Guan Eng Berdendam Dengan PAS

Posted: 09 Nov 2014 08:05 PM PST

SHAH ALAM – Kenyataan sinis dan terbuka Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kebelakangan ini mengenai Pas serta Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat seolah-olah seperti ada dendam. Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan dalam kenyataannya berkata, tindakan Guan Eng yang mempersoalkan kehadiran Abdul Hadi pada setiap mesyuarat PR juga sesuatu yang mengecewakan. Menurutnya, Abdul Hadi bukanlah seperti yang didakwa kerana beliau seorang yang sangat tepati masa dan bertanggungjawab dengan amanahnya. 


 "Ketidakhadiran beliau ke mana-mana mesyuarat adalah sama ada beliau berkeuzuran, bertembung jadual dengan majlis penting atau lain keadaan yang tidak mengizinkan. "Mereka yang mengenali peribadi Abdul Hadi secara dekat pasti tidak akan menafikan kenyataan saya ini. Tetapi saya lihat kenyataan Guan Eng berunsur dendam kesumat yang tidak kesampaian," katanya. Nasrudin mengulas kata-kata Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, dalam sebuah video yang disiarkan menerusi sebuah portal berita baru-baru ini, yang mendakwa Abdul Hadi sebagai seorang yang gila kuasa sebagai presiden parti, namun dalam masa sama sering kali ponteng mesyuarat Majlis Presiden PR. "Mengapa Guan Eng bertindak begitu sejak kebelakangan ini? (Tindakannya) seolah-olah mahu memanaskan suhu politik sebagai tekanan kepada Pas dan percubaan mengeluarkan parti itu daripada PR. 

 "Apakah Pas dianggap sebagai liabiliti kepada mereka untuk mereka menang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak kelak?" soalnya. Nasrudin, yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, cara Guan Eng mengasak dengan terancang itu dan seperti mengambil peranan Umno serta BN untuk terus memberi tekanan kepada Pas. "Saya tidak tahu selama mana Pas boleh bersabar. Kerana, sedang kami mahu meredakan keadaan masalah dalaman PR, beliau timbulkan kembali isu yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. "Kononnya mahu menempelak Abdul Hadi dengan isu kehadiran mesyuarat, sedangkan kehadiran beliau (Guan Eng) ke mesyuarat itu juga sangat buruk. Kata budak-budak sekarang, kenyataan Guan Eng itu macam 'poyo' sahaja," katanya. 

 Menurutnya, setelah diamati perjalanan politik kesemuanya dengan masalah berbeza, kenyataan Guan Eng seakan-akan tidak mahu krisis tersebut tamat. "Masalah dalaman parti atau luar parti (sebenarnya) adalah perkara biasa dalam dunia politik dan ia boleh diselesaikan dengan baik. "Namun, apa yang lebih ketara, saya lihat seperti beliau mahu melepaskan beban atau membebaskan diri daripada suatu halangan yang menghantui beliau," katanya. - Bernama

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan