Pengikut

Nuffnang

Khamis, 30 Oktober 2014

Rembau Hari Ini

sumber :-

Rembau Hari Ini


Ancaman anjing liar

Posted: 30 Oct 2014 02:19 AM PDT




Ancaman anjing liar
30 Oktober 2014

SENAWANG - Majlis Perbandaran Seremban (MPS) digesa mengambil tindakan bagi menangani masalah anjing liar dipercayai bermula sejak tiga bulan lalu di sekitar Dataran Senawang, di sini.

Berdasarkan maklumat orang ramai, difahamkan daripada 12 ekor anjing yang ada, enam sudah ditangkap manakala selebihnya masih bebas berkeliaran di pusat komersil berkenaan.

Bagi Wahida Abd Razak, 26, pengalaman dihambat segerombolan anjing kira-kira tiga minggu lalu tidak akan dilupakan sampai bila-bila. 

"Masa itu, saya tidak sedar seekor anjing liar sedang tidur bawah kereta. Tiba-tiba sahaja anjing itu meluru ke arah saya kerana terkejut mendengar bunyi penggera kenderaan.   

"Bukan seekor, tetapi dua tiga ekor yang mengejar saya. Mahu tak mahu, terpaksalah saya batalkan niat keluar dengan rakan sekerja dan masuk semula ke pejabat," katanya.

Lebih kurang seminggu kemudian, katanya, dia sekali lagi menjadi mangsa anjing liar berkenaan yang seolah-olah tidak puas hati dengannya.

"Bezanya, kali ini saya hendak masuk ke pejabat. Beberapa ekor anjing mengejar saya, sebaik sahaja nampak saya turun dari kereta," katanya. 

Bagaimanapun, nasib sepupu Nor Idayu Abdullah, 27, pula tidak sebaik Wahida apabila mengalami kecederaan pada bahagian lutut ketika menyelamatkan diri daripada anjing liar, bulan lalu.

Sementara itu, Muhammad Fahmi Hamzah, 28, memberitahu, anjing liar di situ memang ganas dan gemar mengejar orang terutama mereka yang membawa makanan.

"Biasanya, kumpulan anjing liar itu akan berada bawah kenderaan ketika musim panas dan menjadikan kaki lima bangunan sebagai tempat tidur atau lokasi berteduh semasa hujan.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan