Pengikut

Nuffnang

Khamis, 23 Oktober 2014

Rembau Hari Ini

sumber :-

Rembau Hari Ini


Sumbangan Derma Untuk Pembinaan Sekolah Tahfiz

Posted: 22 Oct 2014 11:55 PM PDT




Kepada mereka yang ingin menderma untuk menyiapkan projek pembinaan sekolah tahfiz di Rembau ini sila hubungi Ustaz Septian 0132646001 atau Hj Rozmal 0122267406 .

Untuk sumbangan sila salurkan ke :
Akuan Maybank 562843505815
Nama akaun : TARB ALGONTORY RESOURCES

Maklumat lanjut Sekolah Tahfiz Arabic Al Gontory di

Redah banjir selamatkan barang

Posted: 22 Oct 2014 11:54 PM PDT




Redah banjir selamatkan barang
23 Oktober 2014

KUNDUR - "Sebaik menerima panggilan daripada emak, saya terus pulang ke rumah dan meredah banjir untuk selamatkan barang," kata Rahmat Mohd Taf, 38, ketika ditemui di Kampung Kundur Hulu, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu, lima kediaman penduduk, sebuah balai raya dan sebuah kedai makan dilanda banjir kilat selama beberapa jam. Kejadian itu berlaku apabila air sungai melimpah.

Menurut Rahmat, ketika kejadian hujan lebat sejak jam 3 petang dan emaknya, Jemiah Sani, 62,  berada di rumah bersama dua beradiknya, Nor Hayati Mohd Taf, 41, dan Hafizi Mohd Taf, 28.

"Mereka segera naik ke tingkat atas rumah selepas air sungai melimpah. Pada kejadian kali ini, kami tidak sempat selamatkan barangan elektrik.

"Kalau diikutkan, setiap 10  tahun sekali kejadian banjir besar pasti akan berlaku di sini.

Tapi, ini merupakan kejadian banjir paling teruk pernah keluarga kami alami libatkan kerosakan lima peti sejuk beku, tiga peti ais, dan lain-lain lagi," katanya yang mengalami kerugian hampir RM50,000.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kundur Ulu, Zubir Jamal berkata, kali terakhir kampung berkenaan dilanda banjir adalah sekitar 2008, namun kejadian berkenaan tidak seteruk kejadian ini.

Menurutnya, selain kediaman penduduk, kemudahan kampung, kedai makan dan sebuah kolam ikan penduduk turut terjejas selepas air lumpur melimpah masuk ke dalam kolam serta merosakkan sangkar ikan di kolam berkenaan.

"Bagaimanapun, air surut selepas beberapa jam dan kerja-kerja pembersihan giat dijalankan oleh penduduk.

"Kesemua mangsa banjir dinasihatkan untuk membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya oleh pihak JKKK," katanya.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan