Pengikut

Nuffnang

Ahad, 26 Oktober 2014

PAS Negeri Sembilan

sumber :-

PAS Negeri Sembilan


Keluarga penoreh getah tidak mampu beli cermin mata anak-anak

Posted: 26 Oct 2014 03:05 AM PDT


26 Okt 2014 – Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan hari ini telah menziarahi keluarga penoreh getah di Kg Minching, Pedas, Rembau yang diketuai oleh Naib Pengerusi 2 nya , Puan Norwani. Keluarga penoreh getah ini, Puan Zainun kini terpaksa menanggung tugas sebagai ketua keluarga, memandangan suamnya Encik Nordin mempunyai masalah jantung yang memerlukan rawatan hospital dari masa ke semasa.

Keluarga ini mempunyai 5 orang anak berumur antara 4 ke 16 tahun. 3 orang anak mereka ini mempunyai masalah penglihatan, namun hanya seorang sahaja yang mereka mampu untuk dibelikan cermin mata.

Sewaktu cuti sekolah anak-anak mereka akan bergilir-gilir menjaga ayah mereka yang sakit di rumah dan membantu ibu mereka menoreh getah. Getah yang ditoreh adalah kebun milik orang lain, di mana hasil getahnya perlu dibahagi dua.

Pendapatan mereka menoreh getah pada masa ini adalah sekitar RM50 seminggu.

Keluarga ini ada mendapat bantuan bulanan dari JKM serta bantuan persekolahan dari Baitul Mal. Namun ianya sememangnya tidak mencukupi untuk menanggung kos rawatan ulang alik ke hospital untuk Encik Nordin, kos membiayai cermin mata anak-anak serta kos membaiki rumah pusaka yang didiami mereka yang semakin usang, reput dimakan anai-anai.

Kepada mereka yang ingin membantu keluarga ini untuk membiayai kos cermin mata anak-anak mereka atau kos berulang alik rawatan ke hospital serta membaiki serba sedikit rumah mereka yang uzur ini, sila hubungi Naib Pengerusi 2 Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan, Puan Norwani di talian 013-3851202 .


Yang benar,
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan