Pengikut

Nuffnang

Khamis, 16 Oktober 2014

PAS Negeri Sembilan

sumber :-

PAS Negeri Sembilan


Pesuruhjaya PAS N.Sembilan seru umat Islam bantu sekolah tahfiz

Posted: 16 Oct 2014 12:03 AM PDT




Rembau 16 Okt 2014 – Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Tuan Hj Mohamad Taufek bin Abd Ghani hari ini telah melakukan lawatan ke tapak pembinaan Sekolah Tahfiz Arabic Al-Gontory di Chengkau, Rembau.

Beliau amat kagum dengan kesungguhan para pengasas sekolah tahfiz ini yang membina sekolah tahfiz tersebut sedikit demi sedikit bergantung sepenuhnya hasil sumbangan orang ramai dan hasil titik peluh kakitangan sekolah berkenaan.

Pembinaan sekolah tahfiz ini telah bermula pada bulan September 2014 yang lalu. Sekolah tahfiz ini terletak di atas tanah seluas 1.3 ekar tepi Jalan Chengkau-Pulau Mampat hasil , kini diperingkat pembinaan tingkat bawah sekolah.

Sekolah ini masih memerlukan sumbangan orang ramai untuk menyiapkan tingkat atas bangunan sekolah ini. Sekolah tahfiz ini juga beroperasi di Tahfiz Arabic Al-Gontory, Pusat Niaga Astana Alam 3, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.

Sehubungan dengan itu Tuan Hj Mohamad Taufek menyeru kepada umat Islam agar dapat membantu dalam pembinaan sekolah tahfiz ini yang memerlukan sekitar RM150,000 untuk menyiapkan bangunan sekolah tahfiz ini.

Mereka yang ingin menyumbang bolehlah disalurkan ke akaun berikut :
No Akaun : 562843505815
Nama Akaun : TARB ALGONTORY RESOURCES
Bank : Maybank 

Atau hubungi Ustaz Septian 0132646001 , Tn Hj Rozmal 0122267406

Maklumat lanjut sekolah tahfiz ini boleh didapati di

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan