Pengikut

Nuffnang

Rabu, 1 Oktober 2014

PAS LENGGONG

sumber :-

PAS LENGGONG


Haji Akbar

Posted: 30 Sep 2014 11:45 PM PDT

HAJI AKBAR
Sekiranya Wukuf jatuh pada hari Jumaat, ia digelar Haji Akbar dan para jemaah harus memanafaatkannya kerana ia mempunyai kelebihan menunaikan 70 kali haji.
Menurut kebanyakan pendapat, ketika Nabi Muhammad SAW Wukuf di Arafah pada hari Jumaat, 9 Zulhijjah Tahun 9 Hijrah, turunnya wahyu ayat terakhir al-Quran: "Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan Aku sempurnakan pula nikmat-Ku kepadamu." Surah Al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan baginda pun wafat.
Pada tahun ini, kerajaan Arab Saudi telah mengisytiharkan Hari Wukuf adalah pada hari Jumaat, 3 Oktober 2014. Maka timbul kekeliruan bagi rakyat Malaysia, kerana Hari Raya Qurban telah diisytiharkan pada Hari Ahad, 5 Oktober. Adakah mereka sunat berpuasa pada hari Jumaat atau Sabtu? Terdapat dua "wajah" pendapat...
Pertama: Ada yang berpendapat (termasuk Ustaz Kazim dalam Perak FM petang semalam), ikutlah pengisytiharan tempatan, iaitu 9 Zulhijjah pada hari Sabtu. 
Kedua: Ada pula yang berpendapat (termasuk Ustaz Harun Din) Puasa Sunat Hari Arafah adalah bergantung kepada Hari Wuquf. Hari Wuquf tidak ada yang diistilahkan sebagai "Hari Wuquf Tempatan". Wuquf hanya khusus tempat dan masanya di Arafah, maka disunatkan puasa pada Hari Jumaat.

Fadilat Puasa Hari Arafah dinyatakan dalam Hadis Berikut ~ Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? Maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya: Dikaffarah (ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi).
Wallahu'alam.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan