Pengikut

Nuffnang

Khamis, 9 Oktober 2014

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Jalan Gelap Tiada Lampu Jalan

Posted: 09 Oct 2014 12:18 AM PDT

Jalan Marigold di Senadin Tiada Lampu Jalan
 
MIRI - Sebelum ini Jalan Marigold di Senadin hanya mempunya satu lorong bagi setiap arah dan telah diubahsuai atau dinaik taraf menjadi dua lorong lebih kurang 2 tahun yang lalu. 

Masalahnya sekarang ramai pengguna jalanraya yang melalui jalan tersebut mengadu jalan masuk dari Senadin sehingga ke simpang SMK Pujut tidak dipasang lampu jalan.

Pada waktu malam ianya agak gelap sebab tiada lampu jalan dipasang di jalan itu. Ini amat merbahaya kepada pengguna jalanraya terutama penunggang motosikalJalan SMK Pujut dan di sepanjang jalan ke petrol stesen Petronas sepatutnya dipasang lampu jalan ke kawasan perumahan untuk keselamatan pengguna jalanraya juga untuk mengelak berlaku pecah rumah dan kejadian jenayah dalam kawasan perumahan.

Keselamatan pengguna jalanraya perlu diberi keutamaan kerana banyak kemalangan berlaku akibat tiada lampu jalan di pasang sepanjang jalan tersebut. Penglihatan pengguna jalanraya menjadi sukar waktu hujan lebat lebih-lebih lagi pada waktu malam apabila tiada pantulan cahaya diatas jalan atau ditepi garisan penghadang jalan.

Kita mengesa pihak yang berkenaan segera memasang lampu jalan sepanjang jalan tersebut demi keselamatan pengguna jalanraya. Kerjasama dengan pihak berkenaan untuk mengatasi masalah ini dengan segera amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Marigold Road in Senadin No street lights

MIRI – Previously Marigold Road in Senadin have only one lane for each direction and has been renovated and upgraded to two lanes about 2 years ago.

The problem now is many road users through the road complain the driveway from Senadin up to the junction of SMK Pujut is not installed street lights.

At night it is quite dark because there are no street lights installed in the roadway. This is very dangerous to road users, especially motorcyclists. SMK Pujut road and along the road to Petronas petrol stations should be installed street lights on a residential area for the safety of road users as well as for keeping away from the burglary and crime in residential areas.

Safety of road users should be given priority because many accidents occur as a result there are no street lights installed along the road. Visibility of road users during heavy rains becomes difficult especially at night when there is no light reflector on road or beside the road barriers lines.

We urge the parties concerned immediately install street lights and street light reflection along the road for the safety of road users. Cooperation with relevant parties to resolve this issue immediately is greatly appreciated.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan