Pengikut

Nuffnang

Isnin, 6 Oktober 2014

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


PAS Qurban Lembu Idul Adha Bersama Masyarakat Tempatan

Posted: 06 Oct 2014 08:20 AM PDT

Penduduk Miri Meraikan Idul Adha Bersama PAS

MIRI - Pada tahun ini PAS Miri telah mengorbankan sebanyak 5 ekor lembu di sekitar kawasan Miri dan juga Lambir. Antara kawasan tersebut ialah di Kpg Masjid Kuala Baram, pasar malam Seberkas Miri, Taman Tunku, Tukau Jaya dan juga di Bakong Lambir.

Sambutan dan kerjasama penduduk tempatan terhadap program bersama PAS Miri amat mengalakkan dimana antara tempat yang pertama kali PAS mengadakan acara sembelih lembu qurban ialah di pasar malam Seberkas dan juga di Kampung Tukau Jaya.

Menurut salah seorang penjual di pasar malam, ini merupakan satu program yang baik perlu diteruskan untuk masyarakat Miri mengenali PAS dengan lebih dekat lagi. Kerjasama sebegini memang baik diamalkan kerana ianya lebih banyak memberi manfaat kepada semua.

Sebanyak lebih dari 500 bungkusan daging qurban diagih-agihkan kepada penduduk tempatan di sekitar Miri dan juga Lambir.

Sepanjang aktiviti PAS bersama rakyat ianya mendapat sambutan yang cukup baik tanpa ada sebarang gangguan, ini menunjukkan rakyat Sarawak berfikiran matang dalam menerima bantuan tanpa mengira fahaman politik.

PAS akan terus mengadakan berbagai aktiviti bersama rakyat  sepanjang tahun supaya orang ramai dapat mengenali PAS dengan lebih dekat lagi tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Walaupun sekarang masalah kenaikan harga petrol yang sudah pasti akan membebankan golongan yang berpendapatan rendah dan juga penduduk luar bandar tetapi PAS tetap akan bersama rakyat dengan memberi bantuan sekadar kemampuan yang ada.

Program bersamaMu Sarawak tetap akan terus dijalankan sepanjang tahun tanpa mengira waktu kerana kebajikan rakyat akan terus diberi keutamaan.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Miri population Celebrating Eid al-Adha with PAS

MIRI - This year PAS Miri have sacrificed total of 5 cattle in the vicinity of Miri and Lambir.
Among the area is in Kpg Masjid Kuala Baram, Miri Saberkas night market, Taman Tunku, Tukau Jaya and also in Bakong Lambir.

Response and cooperation of local residents against Miri PAS program had been very encouraging among the place where for the first time PAS organizes slaughter sacrifice cattle is at the Saberkas night market and also in Kampung Tukau Jaya.

According to one of the seller at the night market, this is a good program should be continued for Miri community to know PAS closer. Such cooperation is good practice because it is more beneficial to all.

A total of more than 500 packages of Qurban meat distributed to the local population around Miri and Lambir.

Throughout PAS activities with the people they got a pretty good response without any interference, this shows the people of Sarawak mature enough in accepting assistance regardless of their political affiliation.
PAS will continue to hold a variety of activities with the people throughout the year so that people can know the PAS closer regardless of race, religion and political affiliation.

Although now a problem of petrol price hike will definitely burden the low-income and rural population but PAS will stay with the people with provide assistance beyond what is available.

Program with you Sarawak will still continue to run throughout the year regardless of the time because the welfare of the people will continue to be a priority.

 













0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan