Pengikut

Nuffnang

Khamis, 2 Oktober 2014

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Minyak Naik, Darah Rakyat Pun Naik !!!

Posted: 01 Oct 2014 10:23 PM PDT

Petrol Naik lagi, Rakyat Jadi Korban

Ketika saat umat Muslim hendak menyambut Hari Raya Qurban atau lebih dikenali sebagai Idul Adha tiba-tiba dikejutkan dengan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel naik sebanyak 20 sen seliter.  Pada 2 September 2013 yang lalu harga RON95 dan diesel pun naik sebanyak 20 sen.

Sekarang sekali lagi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 12.01 tengah malam, 2 Oktober 2014. Dengan ini harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter. Harga pasaran bagi petrol RON95 pada sebelum ini ialah RM2.58 seliter dan harga diesel RM2.52 seliter.

Apabila harga petrol naik sudah pasti kos barangan keperluan lain juga akan meningkat disebabkan oleh pengurusan rantaian bekalan (SCM) iaitu pengurusan aliran barangan. Ia termasuk pergerakan dan penyimpanan bahan mentah, inventori kerja dalam proses dan barangan siap dari tempat asal ke titik penggunaan, saling berhubungan atau rangkaian saling berkaitan, saluran dan perniagaan nod terlibat dalam penyediaan produk dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna akhir dalam rantaian bekalan.

Dari sinilah ianya melibatkan kos semua barangan yang hendak dihantar kepada pengguna. Untuk sampai kepada pengguna, pihak pengilang terpaksa mengguna pengangkutan yang melibat kos petrol yang digunakan oleh kenderaan pengangkutan. Secara tidak langsung semua harga barang keperluan pasti akan naik disebabkan kenaikan harga petrol dan diesel.

Begitu juga kos pengangkutan ke luar bandar dan nasib penduduk kampung yang masih menggunakan generator untuk menghidupkan bekalan elektrik yang terpaksa menggunakan petrol dan diesel pasti akan terkesan dengan kenaikan harga petrol ini. Bukan semua penduduk di luar bandar di Sarawak menikmati bekalan elektrik.

Belum pernah kita melihat pihak kerajaan menurunkan harga petrol RON95 dan diesel turun apabila harga pasaran antarabangsa turun.

Walaupun BR1M mungkin dinaikkan, belum tentu semua pihak yang akan menikmati hasil pemberian tersebut, sedangkan dengan kenaikan harga petrol, semua akan terkesan kecuali mereka yang kaya raya serta ada kemudahan elaun seperti para menteri dan mereka yang berjawatan tinggi dalam kerajaan.

Rakyat jadi korban akibat kenaikan harga petrol ini kerana ini bukan masanya menaikan harga petrol ketika rakyat menghadapi inflasi yang boleh menyebabkan rakyat akan terus menangung hutang yang berpanjangan.

Kita mengesa pihak kerajaan mengkaji semula kesan dari kenaikan harga petrol ini kepada rakyat lebih-lebih lagi yang berpendapatan kecil dan juga pengguna di luar bandar.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Petrol Rise again, People Become Victims

While the time the Muslims want to celebrate the Eid Qurban, or more commonly known as Eid al-Adha suddenly shocked by rising prices of RON95 petrol and diesel rose by 20 cents a liter. On 2 September 2013 ago RON95 and diesel prices also increased by 20 cents.

Now once again, the Ministry of Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry (Ministry) announced subsidized RON95 petrol and diesel reduced by 20 cents per liter effective 12:01 midnight, October 2, 2014. With this new retail price of RON95 petrol is RM2.30 per liter and diesel is RM2.20 a liter. The market price of RON95 petrol recently RM2.58 per liter and diesel price of RM2.52 per liter.

When price of petrol rise certainly the cost of other essentials will also increase due to the supply chain management (SCM) is the management of the flow of goods. It includes the movement and storage of raw materials, work-in-process inventory, and finished goods from point of origin to point of consumption. Interconnected or interlinked networks, channels and node businesses are involved in the provision of products and services required by end customers in a supply chain.

From here it involves the cost of all goods to be delivered to the user. To reach to the consumer, the manufacturer had to use transportation that involves petrol costs used by transport vehicles. Indirectly, all the prices of essential goods will go up due to increase in prices of petrol and diesel.

Similarly, the cost of transport to rural areas and the fate of the villagers who still use the generator to turn on the electricity supply had to use petrol and diesel will be affected with this petrol price hike. Not all rural population in Sarawak enjoys electricity supply.

We have not seen the government reduce the price of RON95 petrol and diesel when the price of petrol reduced in the international market.

Although BR1M may be increased, not necessarily everyone will enjoy the fruits of the gift, while with rising prices of petrol, all will be affected unless they are very rich and have the facilities allowance as ministers and those who wield high positions in government.

The people become victims as a result of the increase in petrol prices because this is not the time raise the price of petrol while people cope with inflation which can cause the people will continue to bear the prolonged debt.

We urge the government to review the impact of the petrol price hike to the people especially the small income and rural consumers.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan