Pengikut

Nuffnang

Rabu, 1 Oktober 2014

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Longkang Tersumbat Boleh Jadi Pusat Pembiakan Nyamuk Aedes

Posted: 30 Sep 2014 10:17 PM PDT


Longkang Tersumbat dan Air Bertakung Kawasan Perumahan Perlu Dibersih Segera
MIRI - Perumahan di Taman Desa Senadin Phase 1 menghadapi masalah longkang tersumbat dan air bertakung di sekeliling kawasan perumahan tersebut. Penduduk perumahan di situ khuatir sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan segera ianya boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes berlaku dalam kawasan perumahan mereka. Perkara ini sudah lama berlaku tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak yang berkenaan untuk mengatasinya.

Begitu juga longkang di Pujut 3 tidak jauh dari Tadika Sedidik Sg Adong juga menghadapi masalah yang sama dimana kawasan longkang penuh dengan semak menyebabkan air bertakung.

Kita tidak mahu kanak-kanak yang belajar di Tadika di situ  terkena jangkitan demam denggi akibat pembiakan nyamuk dalam longkang yang tersumbat dan kawasan persekitarannya kotor dan tidak dibersihkan.

Usaha membendung dan mengawal jangkitan demam denggi harus dipergiatkan dengan kerjasama penduduk dengan menjaga kebersihan sekitar kediaman mereka. 

Menurut Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Lawrence Lai, jumlah kes demam denggi dilaporkan antara Februari dan Mac tahun ini telah menurun. "Sebanyak 12 kes demam denggi dilaporkan di bandar raya ini pada Mac ini, menurun lima kes berbanding 17 kes dilaporkan sepanjang Februari lalu," katanya pada Mesyuarat Ahli-ahli Majlis MBM seperti yang dilaporkan dalam akhbar tempatan.

Walaupun kes demam denggi menurun, pihak berkenaan perlu juga terus memantau keadaan sekitar taman perumahan yang menghadapi masalah peparitan yang tersumbat dan  juga masalah sampah  yang tidak diselenggarakan dengan betul.

Kita mengesa agar pihak yang berkaitan segera melakukan penyelenggaraan longkang yang tersumbat di sepanjang jalan utama dalam kawasan perumahan itu.

Jangan biarkan perkara ini berlarutan kerana kesannya akan melibatkan orang ramai yang tinggal dalam kawasan perumahan tersebut dan juga sekitarnya. Kerjasama dengan pihak berkenaan untuk mengatasi masalah ini amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Drains Blockage and stagnant water should be cleaned immediately at the Residential Area

MIRI - Housing in Taman Desa Phase 1 Senadin facing clogged drains and stagnant water around the housing area. Housing residents there fear that, if the problem is not resolved immediately it can lead to Aedes mosquito breeding occurs in their neighborhoods. This has long been occurred but no action taken by the parties concerned to resolve it.

Likewise drains in Pujut 3 not far from Kindergarten SeDidik Sg Adong also facing the same problem where the drain is full of bushes cause stagnant water.

We do not want the children who learned in Kindergarten there exposed of dengue fever infections caused by mosquitoes breeding in the drains that are clogged and the surrounding area are dirty and not cleaned.

Efforts to prevent and control dengue infection should be enhanced in collaboration with the residents to maintain cleanliness around their homes.

According to the Mayor of Miri City Council (MCC), Lawrence Lai, the numbers of dengue fever cases were reported between February and March this year has decreased. "A total of 12 cases of dengue fever were reported in the city in March, a decrease of five cases compared to 17 cases reported during February," he said at a meeting of the members of the Council of MCC as reported in the local newspaper.

Although dengue cases decreased, the authorities should also continue to monitor the situation around the housing that facing problems of clogged drainage and garbage problems that are not properly maintained.

We urge the parties concerned to immediately doing maintenance of the clogged drains along the main street in the residential area.

Do not let this drag on because the effect would involve the people who live in the housing area and the surrounding area. Cooperation with relevant parties to resolve this issue is greatly appreciated.



0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan