Pengikut

Nuffnang

Ahad, 26 Oktober 2014

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


PERUTUSAN TAHUN HIJRAH 1436 h PEMUDA PAS SUNGAI PETANI

Posted: 25 Oct 2014 10:03 PM PDT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran kepada Allah swt kerana masih lagi mengurniakan berbagai nikmat kpd kita terutamanya nikmat Iman & Islam dan duduk didalam jemaah Islam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Setahun telah berlalu dan tahun baru hijrah 1436 bakal menjelma. Sudahkan azam tahun lalu kita capai dan bagaimana pula dengan azam tahun baru kita?
Marilah kita mulakan tahun hijrah 1436 dengan kita memperbaharui tekad hijrah dan jihad kita sebagaimana firman Allah swt didalam Surah Al-Baqarah ayat 218.
'Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'
Allah swt menyebut lagi tentang darjat orang yang berjuang dan berjihad dijalan Allah swt sebagaimana firmannya dalam surah An-Nisa ayat 95.
'Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar,'
Sebagaimana yang telah disebut oleh ulama, hendaklah ada dalam diri kita jihad yang berikut:
  1. Jihad melawan hawa nafsu
  2. Jihad melawan godaan syaitan
  3. Jihad melawan orang-orang kafir yang menentang orang Islam
  4. Jihad terhadap orang-orang munafik
  5. Jihad terhadap orang-orang fasik
Dikesempatan ini saya mewakili seluruh saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Sungai Petani mengucapkan Salam Maal Hijrah 1436. Moga-moga tahun baru hijrah ini membawa rahmat kepada kita semua. Akhir kata, marilah kita sama-sama meningkatkan kecintaan kepada Allah dan Rasulnya dengan mentaati perintah Allah dan suruhannya dalam usaha memperbaiki diri di sepanjang tahun 1436 Hijriah.
'Hijrah Menuntut Istiqamah'
Wassalamulaikum Warahmatullahitaala Wabarakatuh.
Izzwan Ismail
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Sungai Petani


Islam dan Syariah cuba dicabar- Tamrin Siyasi PAS SP

Posted: 25 Oct 2014 09:58 PM PDT

Islam dan Syariah cuba dicabar- Tamrin Siyasi PAS SP
Oleh : Muhamad Nuruddin Bashah

PANTAI MERDEKA- 23 OKT
Islam dan syariah Islam di Malaysia kian dicabar dan sengaja dicabar, demikian antara intipati penting Tamrin Siyasi JPrD Pantai Merdeka kali ke-4di Markaz PAS Caw Seberang Terus Jumaat lalu.

Program bulanan ini diisi dengan taujihat daripada Ust Abu Bakar Baikalani, YDP PAS Kaw Sikdan diteruskan dengan Taklimat JPrD-Sdr Rosli Darus, Pengarah JPrK Sg Petani.

Seramai 30 orangpeserta telah mendengar pesanan YDP Sik ini yang menekankan kefahaman isu buana Islam mutakhir ini.



"Banyak isu-isu dalam negara disebabkanoleh kelemahan pemerintahan misalnya isu anak gadis yg perolokkn solat-, isu kempen menyentuh anjing dan yang terkini kempen menghina dan mengaibkan ulama' seperti penyebaran video rekaan lucah melibatkan Ustaz Azhar Idrus", terang Ustaz Abu Bakar kepada para peserta.

Menurut beliau lagi hal kebendaan tidak boleh mengubah fikrah seseorang, sebaliknya yang mampu ubah adalah ilmudan pengetahuan. Beliau memberi misalan di Sik hanya mampu mengimarah 5 buah masjid daripada20 masjid yang selebihnya masih di bawah pengaruh UMNO yang jelas mengekang majlis-majlis ilmu. .

"Jarum yang disuntik oleh musuh untuk pecah belahkan jemaah kian membarah seperti budaya jemaah dalam jemaah, label melabel dan sebagainya. Saya berpesan kepada uan-tuan jangan ada sifat begitukerana orang yang hebat dikalangan kamu adalah yg bertakwa. Jangan tunding jari, kenatanya diri apa kerja yg kita buat, berapa orang yang sudah kita tarik untuk sertai jemaah.

Program berkahir dengan kuliah Subuh pada keesokan harinya.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan