Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 24 Oktober 2014

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


KENYATAAN MEDIA- MENGGESA KERAJAAN NEGERI BERTEGAS DALAM ISU HIBURAN MELAMPAU

Posted: 23 Oct 2014 09:56 PM PDT

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
22 OKTOBER 2014
MENGGESA KERAJAAN NEGERI BERTEGAS DALAM ISU HIBURAN MELAMPAU

Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah (DPPNK) menggesa kerajaan negeri yang diterajui BN untuk mengotakan janji bahawa Barisan Nasional mampu mengawal hiburan melampau di negeri ini. DPPNK melihat segala janji tersebut semakin menuju kehancuran dan hanya retorik kosong.
1. Pada 30 Jun 2012, Datuk Mukhriz Mahathir, menyifatkan Pas gagal mengawal pertumbuhan pusat hiburan di Kedah sejak mengambil alih negeri ini pada tahun 2008.
2. Imej positif dan Islamik yang dibawa oleh Datuk Menteri Besar selama ini rupanya satu fatamorgana yang penuh dengan kepalsuan. Program selawat, imej berjubah termasuk kehadiran para habib hanyalah program tempelan. Ia bukannya satu dasar dan perjuangan Barisan Nasional. Maka akan semakin terserlahlah segala kelemahan dan retorika pentadbiran yang diterajui oleh Dato Seri Mukhriz.
3. DPPNK amat sedih dengan berbagai program hiburan yang semkin bercambah. Sudah sampai masa untuk kerajaan negeri bertegas dalam mengawal hedonisme yang kian melampau di negeri tercinta ini.
Antara program dan aktiviti hiburan melampau dan tidak beretika, tetapi berlangsung di Kedah adalah :
A. Di Alor Setar - Pertandingan karaoke anjuran Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) yang bermula sekitar jam 5 petang hingga 9.30 malam menampilkan dua peserta berpakaian keterlaluan separuh bogel
B. Di Sungai Petani - konsert "Planet UEPE MUSIC Fest" di Sg Petani telah mendapat tentangan penduduk tempatan dan ramai yang telah melahirkan bantahan dengan berhimpun di masjid.
4. Berdasarkan satu laporanBerita Harian 7 Ogos 2014, kini terdapat 500 lesen hiburan negeri Kedah. Majoritinya di Daerah Kuala Muda 235 lesen, 158 lesen di Langkawi, 45 lesen di Kulim, 45 lesen di Kubang Pasu, 17 lesen di Baling, 32 lesen di padang Terap, 11 lesen di Pendang.
5. Justeru itu, DPPNK menyeru kerajaan negeri pimpinan Dato Seri Mukhriz
A. mengotakan janji beliau berhubung dengan program hiburan yang berlaku di dalam negeri Kedah.
B. Tidak membuat tindakan terpilih atau perlaksanaan tidak menyeluruh yang menggagalkan undang-undang sedia ada.
DPPNK percaya Dato Seri Mukhriz akan menyambut seruan ini demi melaksanakan janji beliau sebelum berkuasa.

MOHD NASIR ZAKARIA
Ketua Pemuda

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan