Pengikut

Nuffnang

Selasa, 14 Oktober 2014

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


Titipan doa untuk Almarhum Ustaz Izzat Shauki daripada Pemuda PAS Sungai Petani

Posted: 14 Oct 2014 02:56 AM PDT


Titipan doa untuk Almarhum Ustaz Izzat Shauki daripada Pemuda PAS Sungai Petani
POKOK SENA - 14 OKT 2014
Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
Pemergian susuk tubuh bernama UstazIzzat Shaukimenyahut panggilan Ilahi pada jam 11.10 malam tadi memberi kejutan bukan sahaja kepada aktivis PAS Negeri Kedah malah juga menjadi hebahan di pelbagai negeri di mana sahaja ada insan yang mengenali pemuda berusia 35 tahun ini.

Almarhum yang mengidap beberapa penyakit antaranya komplikasi kencing manis dan diakhiri dengan minor strok, telah menghadap Ilahi selepas berjuang dengan perubatan sejak 19 September di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah.

Ketua Dewan Pemuda PAS Sungai Petani Saudara Muhammad Izzwan Ismail mewakili seluruh saf Pemuda Sungai Petani merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga atas kembalinya Allahyarham Ust Izzat Shauki menemui PenciptaNYA. Kami berdoa agar rohnya digolongkan bersama para syuhada, solehin dan siddiqin.

Produk sulung Madrasah At Taklimiah Tok Keling yang kemudian melanjutkan pelajaran ke Mesir ini juga adalah cerdik dan petah berpidato. Tidak hairanlah beliau diamanahkan sebagai Timbalan Speaker DUN Kedah semasa pentadbiran Almarhum Ustaz Azizan dahulu. Beliau pernah menyandang kerusi Adun Bukit Lada tahun 2008dan memegang pelbagai taklifan dalam jamaah antaranya adalah :

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah
Ketua Penerangan Dewan Ulama' Kedah
Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Kedah
Ketua Dewan Pemuda Pas Pokok Sena
Pengerusi Lmbaga Tadbir Smidu
Pengerusi Lmbaga Tadbir Sridu
Pen SU Lembaga Tadbir Madrasah At Taklimiah
Guru di Makarimul Akhlak
Guru Umumi di seluruh negara.

Kudrat, idea, sikap dan fikrah beliau sebenarnya masih panas dan amat diperlukan lagi dalam perjuangan Pemuda PAS Kedah khususnya dan pemuda PAS Malaysia amnya. Sekali lagi Dewan Pemuda PAS Sungai Petani mendoakan agar beliau berada dalam saf ruh para syuhada' dan beriman.  












Ziarah Pimpinan PASTI-untaian kasih dan ukhuwah

Posted: 13 Oct 2014 08:57 AM PDT

Ziarah Pimpinan PASTI-untaian kasih dan ukhuwah
SUNGAI PETANI -12 Okt 2014
Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

Ukhuwah kerja berjemaah dan semangat mengambil berat sesama ahli PAS dijelmakan oleh beberapa pimpinan PASTI Kedah melalui lawatan kebajikan kelmarin.

Ust Mohd Subky bin Sulaiman, selaku Timb Pengarah PASTI Sektor Pengurusan serta YB Ust Mohd Azam bin Abd Samad, Pengarah PASTI Kedahtelah bersama menziarahi Ustaz Sirajudin yang merupakan mantan Naib Ketua Pemuda PAS Sik dan masih berkhidmat melalui Unit Latihan PASTI Kedah.

Ziarah ini diiringi juga oleh Saudara Muhammad Izzwan Ismail, selaku Ketua Pemuda PAS Sungai Petani.

Ustaz Sirajudin seorang amilin dan pimpinan PASTI yang berkaliber ini kini menderita penyakit rosak kedua-dua buah pinggan semenjak bulan Ramadhan yang lalu. Pihak pimpinan PASTI negeri yang hadir memberi sumbangan peribadi kepada beliau.

Beliau kini terpaksa menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu. Kos bagi setiap kali rawatan adalah sekitar RM250, sebulan dan bebanan kos sebulan adalah sekitar RM3000 termasuk pengangkutan beliau untuk rawatan.


Ramai berpandangan kegigihan Ustaz Sirajudin perlu dicontohi dalam gerak kerja pemuda mahupun iltizam beliau dengan unit latihan PASTI. Walaupun beliau menderita dengan serba kepayahan namun beliau masih mengambil berat soal jamaah serta isu-isu yang berkaitan.

Lawatan yang bermula sejak 6.45 petang berakhir dengan solat maghrib di rumah mertua beliau di Sungai Pasir.



Info Penerangan - kelayakan minimum skim pinjaman perumahan

Posted: 13 Oct 2014 08:29 AM PDT

Info Lajnah  Penerangan DPPK Sg Petani  - Di bawah Bajet 2015, kerajaan menaikkan kelayakan minimum bagi skim pinjaman perumahan kakitangan awam daripada RM80,000 kepada RM120,000 dan had kelayakan maksimum daripada RM450,000 kepada RM600,000.

Kerajaan sepatutnya sedaya upaya mempertahankan had skim perumahan, kerana dengan kenaikan had ini, harga rumah pasti akan turut naik keranan pemaju tahu rakyat berkemampuan utk buat loan dgn harga yg tinggi.. 

Yg teruk rakyat jugak sbb loan adalah hutang yg perlu dibayar.
Kalau had loan dikekalkan, pasti pemaju juga akan fikir kalau naikkan harga rumah, pasti tak ramai rakyat yg mampu beli.

Ini antara kelemahan belanjawan yg dibentangkan oleh BN.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan