Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 10 Oktober 2014

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


KENYATAAN MEDIA- PENARIKAN SUBSIDI MINYAK ; PETANDA KRISIS ADIL DAN IHSAN KERAJAAN BN

Posted: 09 Oct 2014 12:04 PM PDT

KENYATAAN MEDIA 9 OKTOBER 2014
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH

PENARIKAN SUBSIDI MINYAK ; PETANDA KRISIS ADIL DAN IHSAN KERAJAAN BN

Dewan Pemuda PAS Kedah melihat keterhakisan unsur ihsan dalam pentadbiran kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak apabila subsidi demi subsidi dikurangkan untuk kestabilan sosial masyarakat Malaysia.

Pihak merasakan sudah sampai masanya kerajaan berhenti menipu rakyat apabila sering memberi alasan kenaikan harga minyak Malaysia seiring dengan kenaikan harga minyak global.

Maklumat kasar hari ini sekitar harga minyak mencatat AS$90.73 setong, berbanding pada bulan Julai iaitu pada harga AS$103 setong. Malah diramalkan kejatuhan harga minyak berlaku sejak empat tahun dan dijangka akan berterusanlagi.



Ia mampu diakses oleh sesiapa sahaja walaupun individu itu tidak mengambil mata pelajaran perdangangan atau ekonomi asas di sekolah. Ini maklumat umum yang diketahui rakyat sendiri.

Firman Allah "Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikanIhsan), (An Nahl: 90)

Asas utama Islam adalah keadilan dan ihsan. Allah menyeru kita untuk berbuat keadilan dan bersikap ihsan. Subsidi sendiri adalah salah satu elemen dalam muafakat ekonomi dalam Islam. Menurut Nik Mustapha Nik Hassan Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysiaekonomi muafakat yang menepati konsep al-ihsan pada hakikat sebenar akan terlaksana dengan wujudnya keadilan ekonomi.

Jika ditinjau dalam ekonomi konvensional juga, konsep Keadilan Keadilan distributif sering digunakan untuk melihat polisi pemerintahterhadap rakyat. Negaraharus mengagih sumber daya yang dikuasai kepada rakyat secara adil. Pada tahap ini prinsip keadilan distributif perlu diterapkan.

Setelah rakyat dikerah membayar cukai, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan pula untuk meringankan beban rakyat dalam beberapa hal antaranya dengan mengekalkan subsidi demi kestabilan masyarakat. Hal ini tida bercanggah dengan ekonomi konvensional juga.

Oleh kerana pada asalnya Allah pemilik semua harta dan sumber maka Allah berhak menentukan pengagihannya. Tidak semua orang mendapat pengagihan yang cukup dalam bentuk upah, maka mereka memerlukan bantuan ihsan. Ihsan berlaku dari golongan berada kepada golongan kurang berkemampuan seperti orang miskin, cacat, balu, anak yatim dan seumpamanya. Mereka ini sebahagiannya tidak aktif dalam aktiviti ekonomi manakala sebahagian yang lain telah berusaha sedaya upaya tetapi gagal memenuhi semua yang mereka perlukan. Ihsan boleh dilakukan dalam bentuk zakat, sadaqah, kafarah, faraid, hadiah, derma dan sebagainya. Ini dapat membantu merapatkan jurang pendapatan di antara golongan kaya dan miskin serta meningkatkan kuasa beli.Jadi dalam konteks moden hari ini subsidi boleh dianggap sebagai menepati semangat ihsan yang digariskan oleh syariat Islam kerana ia berunsur kebajikan selepas konsep keadilan diperhalusi.



Islam juga memandang punca jenayah adaah akibat kehimpitan ekonomi yang kian parah. Hal ini menyebabkan isu ekonomi bukan isu isolisasi ahli ekonomi sebaliknya ia adalah isu syariah yang patut juga dikumandang oleh para Mufti, Jakim, Ikim dan lain-lain badan agama kerajaan agar kerajaan sedar bahawa iau ini me;iputi aspek besar rakyat dan agama Islam itu sendiri.

Subsidi secara umum bukan obligasi sesebuah kerajaan malah kerajaan boleh menarik subsidi bila-bila masa kerana ia adalah ihsan untuk rakyat. Namun ihsan ini dituntut jika ia adalah jalan untuk mencapai kestabilan sosial, ekonomi yang stabil dan mencegah masalah jenayah, manipulasi harga dan krisis kepenggunaan yang teruk. Kemampuan rakyat membeli juga semakin kurang. Bebanan membayar hutang bulanan mencecah lebih separuh gaji bulanan. Adakah ini sebuah negara wastiyyah yang menerapkan kesederhanaan dalam hidup jika strabilan sosial bakal goncang denga impak kenaikan harga minyak dua kali tahun ini.

Hingga kini telah 40 sen harga petrol naik untuk tahun 2014 sahaja.

Pihak Dewan Pemuda juga mengaggap isu ini kian menimbulkan ketidakpuashatian rakyat apabila beberapa pemimpon BN, MIC dan UMNO turut sanggup menegur kerajaan terhadap langkah menaikkan harga petrol di saat rakyat baru sahaja menerima bahana dengan kenaikan awal tahun lalu.

Ahmad Tarmizi Sulaiman
Ketua Penerangan DPPN Kedah




KENAIKAN HARGA MINYAK DAN PENGURANGAN SUBSIDI- APA KATA SYARIAH?

Posted: 09 Oct 2014 11:56 AM PDT


KENAIKAN HARGA MINYAK DAN PENGURANGAN SUBSIDI- APA KATA SYARIAH?

Kali ini saf pentadbiran Perdana Menteri Malaysia sudah check mate dengan hujah lapuk iaitu kenaikan harga petrol di Malaysia kerana seiring dengan kenaikan harga minyak dunia.

Hal ini kerana rakyat yang tidak lulus subjek ekonomi asas mahupun perdangan di peringat SPM juga mampu mengakses maklumat bahawa harga minyak dunia sedang mengalami kemerosotan. Maklumat dihujung jari.

Maklumat kasar hari ini sekitar harga minyak mencatat AS$90.73 setong, berbanding pada bulan Julai iaitu pada harga AS$103 setong. Malah diramalkan kejatuhan harga minyak berlaku sejak empat tahun dan dijangka akan berterusanlagi.

Rakyat baik yang pekak mahupun tuli telah tahu bahawa harga minyak naik adalah kerana subsidi dihisap kembali oleh kerajaan atas nama rasionalisasi subsidi walaupun kerja buat itu jelas tidak rasional!

Dengan peraturan baru percukaian GST yang bakal menjadi cek kosong kerajaan menaikkan kadar cukai ke atas mana-mana sahaja komoditi barangan harian rakyat, ianya jelas rakyat akan kian tertekan dengan domino kenaikan harga barang dan servis tempatan walaupun wirid selalu kerajaan selepas menaikkan harga minyak berbunyi begini : "peniaga dilarang menaikkan harga sesuka hati".

Hakikatnya ramai yang sudah sedar, kenaikan harga ini disebabkan subsidi yang ditarik keluar daripada peruntukan yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia. Subsidi adalah ihsan kerajaan. Ia bukan suatu jaminan bahawa kerajaan akan terus melaksanakan dasar ihsan walaupun istilah ihsan digandingkan dengan keadilan dalam Al Quran (konsep adlu wal ihsan)

Begitu juga rakyat menilai barangan tertentu yang kononnya tidak akan dikenakan GST, tidak mustahil ia akan turut dikenakan GST kerana istilah tidak dikenakan GST adalah istilah ihsan sahaja bukannya peruntukan yang mantap dalam mana-mana undang-undang.

Sedikit berkenaan GST, kerajaan berhujah dalam laman-laman rasmi bahawa Dari 600 barang yang dikenakan GST, dijangka hanya 10% yang akan mengalami kenaikan harga, 42% kekal harga dan 48% akan mengalami penurunan harga. Hakikatnya penurunan harga 48% barang itu adalah jenis komoditi mewah yang selama ini menerima cukai tinggi. Malah ia bukan barang harian yang diperlukan rakyat. Sistem cukai dahulu hanya terkena kepada barangan yang tidak menjadi penggunaan harian rakyat bawahan.

Kata kerajaan lagi, banyak barang akan menjadi lebih murah kerana cukai GST hanya 6% berbanding cukai 16% yang akan berakhir pada 31 Mac 2015.Malah dirantau ini dikatakan 6% itulah yang termurah. Adakah ada jaminan angka 6 % tidak akan menjadi 7, 8 dan seterusnya?

Dalam tempoh setahun ini sudah 40 sen harga minyak naikkerana penarikan subsidi. Itu belum diungkit penarikan subsidi gula, minyak masak dan lain-lain lagi tahun lepas.



Rakyat Malaysia telah dilatih untuk menerima banyak kejutan tahun ini. Dengan keganasan di Sabah yang semakin dramatik, tragedi misteri MH370 sehingga membabitkan kepakaran bomoh tercabar, kemudiannya pula tragedi MH 17, rakyat Malaysia kelihatan boleh menerima kejutan menurut pandangan Putrajaya. Kenaikan harga minyak mendadak ala-ala kejutan 'kinder joy' ini bukan sahaja menyaksikan kritikan keras pemimpin Pakatan Rakyat, malah tindakan saf pentadbiran Datuk Seri Najib mengurangkan kadar subsidi bahan api RON95 dan diesel sebanyak 20 sen menerima kecaman juga daripada Barisan Nasional (BN) kerana ia dibuat ketika harga minyak dunia turun dan rakyat Malaysia sedang menghadapi tekanan akibat kos sara hidup yang makin meningkat.

Selain pemimpin PAS, PKR dan DAP menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, parti komponen BN, MIC dan seorang ahli Majlis Tertinggi Umno juga turut mempersoalkan keputusan itu.

Apa reaksi pemimpin pro kerajaan:

Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki menulis di dalam Facebooknya memohon kerajaan mengkaji semula tindakan pemotongan subsidi itu ketika rakyat sedang bertarung dengan kenaikan kos sara hidup. Katanya walaupun idea rasionalisasi subsidi minyak ada kewajarannya, namun pemotongan subsidi ketika ini adalah tidak sesuai melainkan kita sudah berjaya menstabilkan harga barangan dan perkhidmatan.


Obligasi kerajaan memberi jaminan keamanan, kestabilan sosial.

Mengurangkan subsidi untuk rakyat untuk menampung ketempangan ekonomi kerajaan yang boros melambangkan betapa usaha itu tidak menepati syariah. Hal ini kerana peranan sebuah kerajaan walaupun bukan menerima obligasi untuk memberi subsidi dalam komoditi tempatan, ia berperanan sebenarnya menjamin kestabilan sosial, jenayah dan masalah sosial. Jaminan ini adalah ruang lingkup pemerintah jika ditekuni dari perspektif siasah syariyyah. Jaminan inilah yang menghendaki kerajaan berhemah dalam menarik subsidi tertentu kerana ia menghasilkan suatu reaksi negatif sosial.

Konsep keadilan distributif sering digunakan untuk melihat polisi pemerintah terhadap rakyat. Negara harus mengagih sumber alam yang dikuasai kepada rakyat secara adil. Pada tahap ini prinsip keadilan distributif perlu diterapkan.Subsidi adalah tergolong dalam ketagori ini. Mungkin idea Aristotle dalam aspek keadilan distributif kelihatan mendesak kerajaan untuk semata-mata berperanan mengalir kekayaan negara kepada rakyat. Jika dikaitkan dengan konsep keadilan dan ihsan dalam Al Quran, ia kelihatan lebih lunak untuk memahamkan sebuah kerajaan bahawa agenda ihsan ada;ah agenda besar selepas agenda keadilan.

Ihsan pada asasnya digariskan melalui fiqh klasik sebagai sedekah, faraid, hibah, derma dan sebagainya untuk meningkatkan kuasa membeli di kalangan rakyat. Namun dalam konteks kontemporari, subsidi adalah suatu bentuk sedekah atau infaq kerajaan untuk rakyat semata-mata untuk melihat kestabilan ekonomi, sosial dan mencegah mudharat dan jenayah akibat himpitan ekonomi. Inilah konsep ihsan yang sering diabaikan oleh kerajaan.

KH. M Shiddiq menyatakan bahawa subsidi adalah suatu bentuk bantuan kewangan (bahasa Arabdisebut i'anah maliyah), yang biasanya dibayar oleh pemerintah, dengan tujuan untuk menjaga kestabilanharga-harga, atau untuk mempertahankan pengekalan kegiatan perniagaan, atau untuk mendorong berbagai kegiatan ekonomi pada umumnya.

Dalam sistem Kapitalisme, subsidi merupakan salah satu instrumen pengendalian secara tidak langsung. Grossman dalam Sistem-Sistem Ekonomi (1995) menerangkan bahwa dalam sistem Kapitalisme terdapat dua jenispengendalian ekonomi oleh pemerintah, iaitu pengendalian langsung dan tidak langsung. Pengendalian langsung adalah polisi mengabaikan mekanisme pasaran, contohnya embargo perdagangan dan penetapan harga tertinggi suatu barang. Adapun pengendalian tidak langsung adalah kebijakan yang bekerja melalui mekanisme pasaran, misalnya penetapan tarif serta segala macam cukai dan subsidi.


Islam berbeza dengan Kapitalisme. Jika Kapitalisme memandang subsidi dari perspekstif campur tangan kerajaan atau mekanisme pasaran, Islam memandang subsidi dari perspektif syariah, iaitu pada bila-bila subsidi boleh dan bila-bila subsidi wajib dilakukan oleh negara termasuk penentuan sektor yang boleh dan wajib disubsidikan.

Pastilah menurut syariah yang terkenal dengan konsep al adli wal ihsan menentang subsidi bilion ringgit untuk syarikat mega seperti TPP sedangkan untuk rakyat bawahan ditarik perlahan-lahan. Ihsan yang ditekan oleh Islam untuk meningkatkan kuasa beli rakyat, mencegah jenayah, mencegah masalah masyarakat disalah guna dengan mengekalkan subsidi kepada korprat besar tanpa segan silu.

Jika subsidi diertikan sebagai bantuan kewangan yang dibayar oleh negara maka Islam mengakui adanya subsidi dalam pengertian ini. Subsidi boleh dianggap salah satu cara (uslub) yang boleh dilakukan negara, kerana termasuk pemberian harta milik negara kepada individu rakyat (i'tha'u ad-dawlah min amwaliha li ar-ra'iyah) yang menjadi hak pengelola negara.
Khalifah Umar bin al-Khattab pernah memberikan harta dari Baitul Mal kepada para petani di Iraq agar mereka dapat membangunkan pertanian merekasekaligus menstabilkan sosial di sana.

Atas dasar itu, boleh negara memberikan subsidi kepada individu rakyat yang bertindak sebagai pengeluar, seperti subsidi baja dan benih bagi petani, atau subsidi bahan mentah dan sebagainya. Boleh juga negara memberikan subsidi kepada individu rakyat yang bertindak sebagai pelanggan, seperti subsidi makanan, atau subsidi komoditi harian seperti minyak masak, dan sebagainya.

Subsidi boleh juga diberikan negara untuk sektor perkhidmatan awam (al-marafiq al-'ammah) yang dilaksanakan oleh negara, sebagai contoh:

  1. perkhidmatan telekomunikasi (al-khidmat al-baridiyah) seperti telefon, pos, fax, internet;
  2. perkhidmatan perbankan syariah (al-khidmat al-mashrifiyah) seperti pemindahan, simpanan, dan pertukaran matawang asing;
  3. perkhidmatan pengangkutan awam (al-muwashalat al-'ammah) seperti kereta api, kapal laut, dan pesawat terbang.

Nabi Saw., pernah membagikan fai' Bani Nadhir (harta milik negara) hanya kepada kaum Muhajirin, tidak kepada kaum Ansar, kerana Nabi Saw., melihat ketidakseimbanganekonomi antara Muhajirin dan Ansar. Ia boleh dianggap subsidi Nabi kepada satu kaum sahaja demi menstabilkan sosial di Madinah.

Tokoh ekonomi Islam terkenal seperti Saidina Umar Al Khattab semasa pemerintahannya dikatakan mengistiharkan setiap tahun satu hari di mana segala dana negara perlu dikosongkan dan diberi kepada rakyat dalam bentuk subsidi. Amirul Mukminin mengeluarkan arahan tersebut kepada Abu Musa Ashaari yang menjaga perbendaharaan negara pada masa itu.

Pada tahun berikutnya Saidina Umar R.A menyuruh Menteri Kewangan pada masa itu, iaitu Abu Huzaifah Ibnu Yaman untuk melakukan perkara yang sama.

Kembali kepada isu pembohongan kenaikan harga minyak kerana kenaikan harga minyak dunia adalah seolah-olah kerajaan mengajar rakyat bahawa komoditi penting bernama minyak itu harganya bebas ditentukan mengikut pasaran bebas secara mutlak dan sebarang impak glabal akan terus diterima rakyat tanpa sebarang 'filtration'. Apa pula peranan negara untuk memastikan rakyat tidak menderita kerana menerima impak perubahan harga global? Inilah peranan subsidi untuk mengawal harga.

Muhammad Nuruddin Bashah
Timbalan Ketua Penerangan DPP Negeri Kedah
AJK DPPK Sg Petani




0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan