Pengikut

Nuffnang

Rabu, 29 Oktober 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


Kes Denggi Meningkat : Apa Tindakan Kita ?

Posted: 28 Oct 2014 08:05 PM PDT

KUALA LUMPUR: Jumlah kumulatif kes denggi yang dilaporkan di seluruh negara dari Januari sehingga 18 Okt tahun ini meningkat sebanyak 212 peratus kepada 82,738 kes berbanding 26,527 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun lepas. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kumulatif kematian sehingga 18 Okt ialah sebanyak 157 berbanding 59 bagi tempoh yang sama tahun lepas. 

 Hasil pemantauan kementerian dari Januari sehingga 11 Oktober, sebanyak 3.99 juta premis telah diperiksa di seluruh negara dan 13,013 kompaun dikeluarkan bernilai melebihi RM6 juta. Mengenai perkembangan kes denggi berdasarkan mingguan pula, beliau berkata terdapat peningkatan sebanyak 19 peratus dalam tempoh tujuh hari dari 12 Okt hingga 18 Okt dengan 2,160 kes dilaporkan kes berbanding 1,822 kes pada minggu sebelumnya. 

 Katanya, terdapat 10 negeri telah mengalami peningkatan kes demam denggi dalam tempoh berkenaan iaitu Selangor, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Terengganu, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor. - Bernama

Perbicaraan kes saman Presiden PAS ditangguh 23 Nov

Posted: 28 Oct 2014 08:01 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Perbicaraan kes saman terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditangguhkan kepada 23 November depan. Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah saksi defendan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Ariffin Deraman memberi keterangan.


Sebelum itu, Tuan Guru Abdul Hadi dan Pengerusi PKR Terengganu yang juga Adun Bandar, Azan Ismail turut memberi keterangan. Saksi pihak palintif iaitu wartawan dari akhbar Kosmo dimaklumkan tidak hadir bagi perbicaraan hari ini. 


 Bekas calon PKR Dun Bukit Besi pada PRU13 lalu, Mohd Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Tuan Guru Abdul Hadi susulan ceramah Presiden PAS di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang semasa kempen PRU itu. Shamsul mendakwa ceramah itu mengaitkan beliau sebagai calon PKR dengan pil kuda. Presiden PAS yang diwakili Tetuan Awi & Co manakala Shamsul diuruskan Tetuan Vasudevan & Co/ Hrkh.

Had Laju : Jaga Keselamatan Atau Jana Pendapatan ?

Posted: 28 Oct 2014 07:59 PM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya diminta menyatakan apakah piawai yang digunakan untuk menentukan had kelajuan kenderaan di jalan raya, kadang-kadang dilihat tidak logik seolah-olah bukan hendak menjaga keselamatan tetapi sebaliknya untuk menjana pendapatan. Demikian pertanyaan bagi jawab lisan daripada Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. 

 Selain pertanyaan beliau, dua lagi soalan daripada ahli parlimen PAS yang disenaraikan pada persidangan hari ini ialah daripada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Marang) yang meminta Perdana Menteri menyatakan bagaimana pihak Jakim dan Kementerian Kesihatan membuat penyelarasan bidang kuasa di peringkat dalaman berkenaan isu makanan halal demi mengelakkan kecelaruan seperti yang berlaku dalam kes coklat Cadbury baru-baru ini. 

 Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan pula meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan usaha-usaha yang dilakukan bagi meningkatkan bilangan pekerja cekap dan berkemahiran tinggi kepada 50 peratus menjelang 2020 berbanding kini hanya 25.5 peratus daripada 12.7 juta pekerja di negara ini.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan