Pengikut

Nuffnang

Ahad, 12 Oktober 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


Kesilapan dan Kesalahan Yang Tak Sepatutnya Berlaku

Posted: 12 Oct 2014 06:35 AM PDT

Berikut adalah kesalahan-kesalahan yang tak sepatutnya berlaku terutamanya bagi pengamal media khususnya media massa kerana ianya memberikan kesan serta boleh mencalarkan imej pengamal media itu sendiri 

Buletin Utama TV3


Akhbar Sinar Harian 

TV2


Apa yang dipaparkan disini bukanlah untuk menuding jari kepada sesiapa tetapi sewajarnya sebelum dikeluarkan editor atau producer perlu melakukan semakan secara terperinci bagi memastikan perkara ini tidak berulang sehingga memberikan gambaran bahawa pengamal media memandang ringan terhadap berita yang disampaikan. 


PASCA BAJET 2015 : NAJIB TIRU SELANGOR

Posted: 12 Oct 2014 01:06 AM PDT

Program Penyelenggaraan Perumahan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2015 mirip kepada Program Ceria Selangor. Kerajaan Pusat juga memperkenalkan skim khairat kematian bagi penerima BRIM sebanyak RM1,000 yang mirip Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang juga di bawah Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). mesKerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor selepas mengambil alih pentadbiran negeri mula melaksanakan pelbagai program di bawah skim MES. Antara 17 skim yang dilaksanakan itu termasuklah SMUE yang membolehkan waris perserta skitm terbabit menerima wang khairat kematian sebanyak RM2,500 bagi meringankan beban menguruskan jenazah. Skim MES turut menawarkan Program Ceria bagi memolehkan bangunan-bangunan rumah pangsapuri dicat semula dan membaiki lif untuk keselesaan penduduk.

GST BEBANKAN RAKYAT SELAMATKAN KRONI

Posted: 12 Oct 2014 01:05 AM PDT

Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan bermula tahun hadapan tidak akan memberi keadilan kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata pelaksanaan GST sebaliknya hanya bertujuan bagi menambah pendapatan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang semakin tiris. kantin sekolah gstKatanya, pengecualian sesetengah barangan daripada GST juga sebenarnya tidak memberi jaminan bahawa tiada kenaikan harga barang berkenaan. "Contoh RON 95 tidak dikenakan GST tetapi ini boleh dinikmati bukan sahaja yang bawa kereta kecil dan motor kapcai tetapi juga Syed Mokhtar, Vincent Tan, Perdana Menteri dan anaknya.


 "Tidak dikenakan GST tidak bermakna tidak naik harga, katakan nanti ditarik lagi subsidi RM 0.20 maka naik lagi harga minyak, ini tidak akan bantu rakyat. "Inilah yang dikatakan bahawa hujah mereka itu hanya sekadar untuk menambahkan pendapatan dan bukan untuk memberi kelegaan kepada rakyat," katanya yang ditemui pemberita selepas pembentang Belanjawan 2015. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan belanjawan keenamnya yang didakwa lebih pro rakyat dan mampu mengurangkan kos sara hidup. 

 Sementara itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata peruntukan 'gula-gula' yang terlalu tinggi oleh Kerajaan BN menyebabkan perbelanjaan pembangunan jatuh sehingga ke paras 18 peratus pada tahun hadapan. "Kerajaan kini panik, sebab itu banyak gula-gula ditaburkan untuk mengelak pengundi berpaling tadah. "Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) ada lagi, adakah ini akan menaikkan lagi kemarahan Tun Mahathir. "Apa pun, realitinya, semakin banyak gula-gula, sekali GST dilaksanakan, hidup pasti menderita," katanya.

PASCA BAJET 2015 : KERAJAAN SEMBUNYI HUTANG DARIPADA RAKYAT

Posted: 12 Oct 2014 12:54 AM PDT

Kerajaan Pusat sebenarnya menyembunyikan jumlah hutang dan perbelanjaan besar yang tidak dimasukkan dalam belanjawan di sebalik penurunan defisit kepada tiga peratus dalam Belanjawan 2015. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, berbanding angka dibentangkan, tipu-helah yang berlaku di sebaliknya adalah lebih membimbangkan. 

"Angka dilihat nampak bagus sebenarnya menutup hakikat bahawa kebanyakan perbelanjaan berkaitan kerajaan dibuat di luar kerangka belanjawan. "Ini bermakna kerajaan ada ruang untuk memanipulasi perakaunan inovatif (bagi menyembunyikan angka sebenar) untuk terus berbelanja besar dan menghabiskan berbilion ringgit dengan hutang tambahan, tanpa mengubah peratusan defisit dalam belanjawan rasmi," kata Tony Pua dalam kenyataan media. Tony Pua berkata, ia dapat dilihat melalui tahap 'beban bergantung' (contingent liability) melalui hutang oleh syarikat milik kerajaan. 


 "Ini merujuk kepada hutang tersembunyi yang tidak termasuk dalam hutang rasmi, tetapi kerajaan bertindak sebagai penjamin kepada hutang tersebut," katanya. Tambah Tony Pua, hutang itu meningkat dari RM84.3 bilion pada 2009 ketika Najib mula menjadi Perdana Menteri, kepada RM157.5 bilion sehingga Disember 2013. Bermakna, hutang tersembunyi kerajaan meningkat sebanyak 86.8 peratus sepanjang Najib mula mengetuai pentadbiran negara. Katanya, angka itu dijangka bertambah berikutan pelbagai projek infrastruktur yang dikendalikan syarikat milik kerajaan seperti MRT Corp dan Syarikat Prasarana Negara Bhd. Tahun lalu, kerajaan menjamin RM6.5 bilion untuk projek pembinaan MRT, yang mencatat peningkatan daripada jangkaannya pada 2012, iaitu RM2.4 bilion.

 "Malah ia dijangka akan meningkat tahun ini kerana kos fasa pertama MRT yang masih berlangsung sahaja melebihi RM22 bilion," kata Tony Pua. Katanya, peningkatan besar dalam 'beban bergantung' menunjukkan peratusan defisit dalam belanjawan rasmi jauh berbeza daripada defisit sebenar yang ditanggung. "Ia juga menunjukkan perwakilan yang salah (under-representation) tentang hutang tersembunyi, kerana kebanyakannya secara tersirat dijamin oleh kerajaan," katanya lagi.

DUA ADUN PAS DIGANTUNG KEAHLIAN

Posted: 12 Oct 2014 12:51 AM PDT

Dua ADUN PAS, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin digantung keahlian setahun berkuatkuasa hari ini. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata tindakan itu ekoran mereka menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor. Katanya, kedua-dua Adun itu mempunyai tempoh 15 hari untuk membuat rayuan dan masih kekal sebagai ADUN. Namun, mereka tidak boleh mewakili parti dalam sebarang acara. Kes mereka berdua dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang akan berlangsung di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, hari ini. 

 
Mustafa dalam kenyataannya sebelum ini berkata, kes tersebut tidak perlu melalui Jawatankuasa Disiplin parti kerana PAS Pusat mempunyai bidang kuasa tersendiri untuk membuat keputusan berhubung tindakan disiplin terhadap ahli-ahlinya. Jika dikenakan tindakan, Saari dan Hasnul boleh merayu kepada Majlis Syura Ulama, badan yang mempunyai kuasa untuk membuat kata putus yang lebih tinggi dari Jawatankuasa PAS Pusat. Saari, Adun Hulu Klang dan Hasnul, Adun Morib dipanggil menemui Mustafa dan Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyudin Hassan 29 September lalu sebagai permulaan prosiding tindakan disiplin ke atas mereka. 


 Hasnul dan Saari sebelum ini bersama 15 Adun DAP dan 13 Adun PKR menyokong Dr Wan Azizah menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sebelum PAS bermesyuarat bagi mencapai keputusan rasmi mengenai perkara tersebut. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-60 di Batu Pahat, Johor bulan lalu mengecam tindakan kedua-dua Adun itu, malah menggelar mereka sebagai "barua".

PASCA BAJET 2015: SKIM PERUMAHAN RAKYAT PR LEBIH BAIK DARI SKIM PERUMAHAN BELIA

Posted: 12 Oct 2014 12:44 AM PDT

Skim Perumahan Belia yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat gagal menandingi skim perumahan rakyat yang diperkenalkan Pakatan Rakyat (PR). Walaupun skim perumahan belia membolehkan pemohon mengeluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ianya masih bersifat 'first come first serve' dan terhad kepada 20,000 unit sahaja.Skim ini juga disertai jaminan kerajaan pusat untuk memberi pinjaman sebanyak 10 peratus dan pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus. Berbeza dengan cadangan PR, Bank Negara Malaysia wajar membenarkan semula 'Developer Interest Bearing Scheme' bagi memastikan bayaran pentadbiran dimasukkan dalam pakej pembiayaan. PR juga mencadangkan agar duti setem dimansuhkan ke atas pembelian rumah pertama bagi mengurangkan kos keseluruhan memiliki rumah. Disamping itu, kerajaan pusat diseru mencontohi Skim Pemilikan Bersama yang diamalkan kerajaan Pulau Pinang bagi meluaskan pembiayaan pemilikan rumah kepada golongan berpendapatan rendah. 


 Melalui skim ini, rumah akan dimiliki bersama oleh kerajaan dan pembeli dengan kerajaan negeri memberikan pinjaman sehingga 30 peratus. Pada masa sama, PR turut menggesa agar pembiayaan kepada Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) kepada RM3 billion berbanding jumlah RM380 juta ketika ini. Dengan itu, SJKP boleh meluaskan jaminan kredit kepada pembeli dan institusi kewangan sehingga RM400,000. Skim perumahan belia kerajaan pusat menawarkan pemilikan rumah pertama bernilai tidak melebihi RM500,000 kepada belia berkahwin berumur 25 hingga 40 tahun. Tawaran skim diberikan kepada mereka yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 dan tempoh pembiayaan pinjaman maksimum 35 tahun. Kerajaan pusat juga akan memberikan RM200 sebulan untuk tempoh dua tahun bagi mengurangkan beban belia.

PASCA BAJET 2015: BAJET PR PRO RAKYAT

Posted: 12 Oct 2014 12:42 AM PDT

Belanjawan alternatif Pakatan Rakyat (PR) ternyata lebih 'pro rakya' berbanding Belanjawan 2015 bertemakan Pro Rakyat Barisan Nasional (BN). Belanjawan PR yang dibentang Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memberi tumpuan kepada kepentingan dan kebajikan disamping mengambil kos sara hidup. Antaranya, PR memilih untuk melaksanakan cukai keuntungan modal dan cukai warisan harta yang dikenakan ke atas golongan kaya tanpa menyentuh mereka yang berpendapatan rendah. Sebaliknya, belanjawan pro rakyat BN yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal mengambil kira kebajikan rakyat secara keseluruhannya. 


BN terus tegar mahu memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diketahui menyentuh secara langsung semua tingkat pendapatan rakyat. Dengan GST, perbelanjaan isi rumah keluarga berpendapatan dijangka terus menjunam ke bawah dan lebihan pendapatan juga berkurangan. Selain itu, BN juga akan terus mengurangkan subsidi yang diberikan kepada rakyat dengan nama rasionalisasi subsidi termasuk subsidi petrol, kononnya untuk menstabilkan kedudukan ekonomi negara. Bagaimanapun, PR berpendirian pemberian subsidi bukan punca kegoyahan ekonomi tetapi berpunca daripada pentadbiran penuh ketirisan dan rasuah yang diamalkan BN. Sehubungan itu, PR akan menyemak projek-projek Kerajaan Pusat dan memerangi amalan untung atas angin untuk elak ketirisan.

PAS CAWANGAN PAYA TANJUNG DITUBUHKAN

Posted: 12 Oct 2014 12:37 AM PDT

Assalamualaikum, 

PAS Kawasan Jasin telah berjaya menubuhkan cawangannya yang baru di Kampung Paya Tanjung Umbai, Malam tadi. Majlis Perasmian PAS Cawangan Paya Tanjung, Umbai telah diadakan di Kampung Paya Tanjung dan telah dirasmikan penubuhannya oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Ustaz Kamaruddin Sedik. 




0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan