Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 10 Oktober 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


BAJET 2015 BAJET BAGUS TAPI DEFISIT

Posted: 10 Oct 2014 02:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 OKT: Belanjawan 2015 Kerajaan Persekutuan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini sekali lagi mencatatkan belanjawan defisit buat kali ke-17 berturut-turut sejak 1998. Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2015 di Dewan Rakyat mengumumkan unjuran perbelanjaan berjumlah RM273 bilion berbanding unjuran pendapatan berjumlah RM235.2 bilion sekaligus mengekalkan 'badi' belanjawan defisit sejak era mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 


Ini belum mengambil kira seperti kelaziman Najib pada tahun-tahun sebelum ini yang cenderung memohon belanjawan tambahan yang menyebabkan perbelanjaan kerajaan lebih besar dari yang diunjurkan. Pada Jun lalu Najib memohon belanjawan tambahan yang berjumlah RM4.112 bilion. Keadaan ini menjelaskan langkah Kerajaan BN mengurangkan subsidi seperti langkah terbaru melibatkan bahan api baru-baru ini dan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) April nanti masih gagal menampung nafsu berbelanja pentadbiran Najib. Selain itu, jumlah perbelanjaan yang kekal tinggi berbanding pendapatan itu juga membuktikan tiada kesungguhan kerajaan mengekang amalan pembaziran dengan berjimat cermat seperti yang disarankan kepada rakyat terbanyak. 

 Sementara itu, turut menarik perhatian dalam belanjawan kali ini, apabila Najib memperuntukkan sedikit peningkatkan perbelanjaan pembangunan dari RM46.5 bilion bagi Belanjawan 2014 lalu kepada RM50.5 bagi 2015 tetapi pada masa sama perbelanjaan pengurusan jauh semakin tinggi. Dalam belanjawan kali ini perbelanjaan pengurusan diunjurkan meningkat kepada RM223.4 bilion berbanding RM217.7 bilion bagi 2014.

Kenaikan Yang Membebankan Rakyat

Posted: 10 Oct 2014 02:54 AM PDT

Pemuda PAS Malaysia (PPM) melahirkan rasa kesal dan kecewa di atas sikap kerajaan Malaysia yang menetapkan keputusan menaikkan harga minyak petrol RON95 sebanyak RM0.20 sen dan diesel mulai 1 Oktober 2014. Kenaikan ini menjadikan harga petrol RON95 RM2.30 seliter sementara diesel dijual pada harga RM2.20. Apa yang mengecewakan adalah tindakan kerajaan menaikkan harga petrol RON95 dan diesel dalam keadaan tergesa-gesa tanpa notis awal kepada rakyat sehingga timbul suasana panik dan kelam kabut untuk mengisi minyak sebelum jam 12.00 malam tadi. Apakah tidak ada ruang buat rakyat memberikan pandangan balas serta cadangan bagi membantu kerajaan menampung perbelanjaan negara? 


Apakah pemikir-pemikir negara sudah kekeringan idea sehingga mengambil langkah drastik menaikkan harga minyak tanpa memikirkan impak dan kesan ke atas rakyat? Bagaimana Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar minyak tetapi rakyat tetap dibebankan dengan kenaikkan minyak? PPM melihat, langkah kerajaan menambahkan kadar pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) yang akan diumumkan dalam Bajet 2015 adalah sekadar 'melepaskan batuk di tangga' kerana ia sekadar bantuan jangka pendek buat rakyat. Yang pastinya rakyat akan merana dalam tempoh jangka panjang kemudiannya. Harga minyak adalah domino buat harga barang keperluan lain. Jika harga minyak naik bererti harga barangan lain akan turut naik.

 Mustahil kerajaan mampu mengawal kenaikan harga barang keperluan kerana sebelum ini pun harga barang tetap naik melambung walaupun telah diberi jaminan penguatkuasaan dan pemantauan ketat kerajaan terhadap peniaga dan pembekal. Nampaknya rakyat tidak mempunyai banyak pilihan melainkan terpaksa lebih mengikat perut, bekerja lebih masa, mencari sumber pendapatan tambahan serta pekerjaan tambahan bagi menampung kehidupan sekeluarga. Rakyat berpendapatan kecil adalah golongan terbesar bakal menerima kesan. Marilah kita sama-sama menyatakan bantahan terhadap kenaikkan harga minyak ini. 

 SUHAIZAN KAIAT 
Ketua Pemuda PAS Malaysia

Kenyataan Media Dewan Ulama PAS Melaka Berkaitan Isu Pesta Arak Oktoberfest

Posted: 10 Oct 2014 02:30 AM PDT

Dewan Ulama PAS Melaka berharap kerajaan negeri Melaka di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Idris Haron akan dapat mengambil pendirian yang sama dengan kerajaan Selangor ke atas penganjuran pesta Arak Oktoberfest yang bakal diadakan di Jonker walk pada 18/10 ini. Yang demikian ialah kerana pesta seumpama itu adalah suatu budaya yang asing kepada rakyat negeri Melaka. Ia adalah gejala negatif yang bakal menjerumuskan rakyat ke dalam sindrom ketagihan arak. Rakyat Melaka berbilang bangsa dengan adat ketimurannya yang tinggi hendaklah dilindungi dari kerosakan besar berpunca dari arak. 

Sabda RasululLah SAW bermaksud: Arak itu adalah sumber segala kejahatan. Hak non Muslim untuk minum arak tidak dihalang oleh Islam namun menjadikannya sebagai suatu pesta adalah jelas bercanggah dengan Islam dan membahayakan masa depan rakyat di negeri ini. Lebih lebih lagi sebagai menghormati sambutan majlis cinta Rasul yang dijadualkan pada hari yang sama. 

Apakah tujuannya apabila di satu bahagian bandar Melaka rakyat berselawat memuliakan RasululLah SAW tetapi dalam waktu yang sama kerajaan negeri Melaka membenarkan penganjuran pesta Arak di Jonker Walk yang tidak jauh dari stadium kubu tempat berlangsungnya majlis selawat tersebut. Menjadi harapan besar Dewan Ulama PAS Melaka agar Kerajaan Negeri Melaka segera mengambil langkah menghalang sebarang penganjuran pesta Arak Oktoberfest tersebut di negeri Melaka. 

 Ustaz Zulkifli Ismail 
Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Melaka.

Credit : Urusan Ulama Pas Kawasan Jasin

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan