Pengikut

Nuffnang

Isnin, 6 Oktober 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


Harga Minyak Dunia Turun .. Harga Minyak Malaysia Naik

Posted: 05 Oct 2014 04:15 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS kesal dengan tindakan kerajaan BN yang menaikkan harga petrol RON95 dan diesel 20 sen bermula hari ini sedangkan harga minyak dunia sedang mengalami kejatuhan mendadak. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan BN sebelum ini sering memberi alasan harga minyak dunia naik sebagai punca harga minyak Malaysia juga terpaksa dinaikkan. "Namun dalam keadaan minyak dunia turun hari ini, apa pula alasan kerajaan. "Atas pertimbangan apa harga petrol dinaikkan hari ini," soal beliau ketika bercakap kepada Harakahdaily. Harga minyak dunia semalam pada USD90.73 setong, iaitu jatuh mendadak berbanding harga pada bulan Julai iaitu USD103 setong. Menurut Mahfuz, dengan penurunan harga minyak dunia, pengguna seluruh dunia sepatutnya menerima berita gembira. 

 Namun sebaliknya kata beliau, rakyat Malaysia terus menerus menerima berita buruk yang menghimpit kehidupan mereka. Beliau juga mempersoal kenapa diesel di Malaysia (Euro 2) yang tidak mencapai standard antarabangsa (Euro 5), dijual dengan harga mahal. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena juga mahu kerajaan memberi penjelasan, apa punca sebenar kekalutan ini berlaku, sehingga rakyat terus menerus dibebankan. "Adakah negara sedang mengalami masalah kewangan yang teruk," soal beliau lagi. Beliau juga yakin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menggunakan Bajet 2015 yang akan dibentang bulan ini untuk memujuk rakyat. Katanya, Najib akan terus mengumpan rakyat dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan juga bonus, supaya rakyat lupa segala kenaikan yang berlaku. 

 "BR1M dan bonus, setahun sekali. Tapi harga barang naik tiap-tiap hari," ujar beliau. Beliau turut mengulas kenyataan Najib sebelum ini bahawa harga barang akan naik 1.8 peratus bila laksana GST tahun hadapan. Katanya, dengan kenaikan harga petrol hari ini, harga barang terus akan naik, dan jika ditambah dengan kenaikkan selepas GST, maka rakyat bakal menerima kenaikan berganda. "Rakyat perlu celik politik. Kerajaan sedang buli rakyat termasuk kepada yang setia kepada mereka. "Ahamd Mazlan kata kerajaan tampung belanja rakyat tiga bulan. Tapi sekarang apa lagi yang tinggal. Semuanya bohong belaka," katanya.

Aidiladha: Berlaku adil sesama manusia

Posted: 05 Oct 2014 04:08 PM PDT

KUALA LUMPUR: Berkorban memerlukan takwa dan takwa agak sukar diperolehi tanpa sifat tadhiah (pengorbanan) khususnya dalam menegakkan suruhan Allah. Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, seseorang muslim yang sebenar hendaklah sentiasa bertakwa kepada Allah SWT dan mematuhi prinsip-prinsip keadilan sesama manusia. Bahkan kata beliau, wajib berlaku adil sesama manusia walaupun dari golongan yang tidak sehaluan dan ini merupakan syarat-syarat ketakwaan yang sempurna. 

"Kehidupan hari ini kita menyaksikan bagaimana wujudnya pihak yang sewenang-wenangnya bertindak melanggar perjanjian dan tidak berlaku adil semata-mata kerana tidak mahu memberikan hak kepada pihak yang tidak disenangi dan dianggap musuh politik mereka. "Hasil mahsul bumi diangkut sewenang-wenangnya tanpa sebarang faedah kepada penduduk setempat sekalipun sudah wujud perjanjian yang jelas," katanya dalam prutusan khas Aidiladha hari ini.


 Menurutnya, sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT, hak-hak yang telah diiktiraf di dalam perjanjian hendaklah sentiasa dihormati tanpa sebarang penyelewengan fakta semata-mata kerana tidak sehaluan dari sudut fahaman politik dan lain-lain. "Jika seseorang itu tidak mematuhi janji yang telah dimeterai, maka hilanglah penghormatan orang lain terhadap dirinya dan pastinya akan dikecam sebagai pengkhianat serta tidak boleh dipercayai," tegasnya.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan