Pengikut

Nuffnang

Khamis, 30 Oktober 2014

DPP Gopeng

sumber :-

DPP Gopeng


Hamidah lebih kasar dari dulu?

Posted: 20 Apr 2013 11:43 PM PDT


Hamidah Osman kembali dalam arena politik di Dun Sg Rapat kali ini dengan penuh 'kasar'. Hari penamaan calon haritu tu pun pagi-pagi lagi dah gaduh dengan polis. Lepas tu main angkat tangan sampai tayang takat siku. Pegang dan salam tangan dengan lelaki pun dia main boh saja. Yang paling terer sekali, siap dia panjat besi pengadang polis tu untuk bersalam dengan penyokong-penyokong dia laki betina. Hebat, hebat.

Ni dah start kempen secara rasmi. Jumpa pengundi, kenduri, ceramah dan macam-macam cara lagi la depa buat.

Bab ceramah ni, satu Malaya dah tau Hamidah dah kacau berbelas kali bila PR Gopeng buat ceramah. Kempen kali ni tak tau di mai kacau lagi ka dak. Tapi, ramai jugak yang cakap, orang yang selalu mai ceramah la yang cakap, lagi Hamidah kacau, lagi syok ceramah tu, lagi ramai orang mai. Hat tu aku tak tau, lantak dia la nak kacau ka dak.

Kalau hangpa tengok betoi-betoi, macam mana cara Ustaz Radzi berkempen, lembut ja. Sopan santun. Jumpa orang pun kemain ambik berat sungguh dia bila bersembang dengan orang, sampai orang-orang dia yang ikut sekali pulak naik rimaih nunggu.

Tapi kalau Hamidah ni, cara dia kemain kasar. Tak percaya, pi la sekali-sekala tempat dia berkempen.

Ok la, malas la aku nak cerita pasai dia ni. Hangpa nak tau dia ni betoi-betoi kasar ke tak, hangpa pi tanya Hamzah dengan Tuah tu. Pasai apa nama depa tak naik, tapi nama Hamidah yang dah hilang boleh timbul balik. Tu bukan main kasar ke namanya tu?

Pak Long

Welcome back, Hamidah!

Posted: 17 Apr 2013 04:29 AM PDT

Sampai la ni kepala duk mamai lagi, jenuh pikiaq macam mana segala mak nenek punya risikan boleh fail dalam bab yang satu ni.

Bab mana? Bab pencalonan daripada Umno Gopeng tu la. Ada 3 nama yang betoi-betoi tough fight sampai last minit. Risikan bagitau nama Tuah yang kena. Nama Hamidah memang out terus. Sampaikan paper Sinar Harian pun publish kata Hamidah out.

Tup-tup, bila Zambry umum, nama Hamidah pulak yang lekat. Silap mata lagu mana depa main ni pun tak tau la nak habaq. Hebat sungguh kabel Rosmah ni, semua orang kena dengaq cakap dia wo.

Bukan la kata kami kecewa sebab Hamidah dapat peluang lagi bertanding lawan dengan calon kami, Ustaz Radzi tu. Kami lagi suka.

Pasai apa? Pasai kami dah kumpoi peluru untuk Hamidah ni dah lama. Peluru pun dah penuh gerabak.

Kalau kena nama Tuah yang lekat hari tu, jenuh jugak la kami nak kena order peluru baru nanti.

La ni bila Hamidah yang duk tang ni lagi, kami lega la. Lega sungguh. Bukan kami ja yang kata Hamidah ni tak boleh menang, orang Umno sendiri pun kata memang dia tak boleh menang.

Apa-apapun, biaq la kami ucapkan 'Welcome back' dulu pada Hamidah. Hang memang tera main silap mata tapi hang kena ingat, hang sekarang bukannya perang dengan kami ja tapi hang juga kena perang dengan orang-orang Umno Hamzah dan Tuah.

Blogger hang yang gila semacam jaga blog Sg Rapat Online tu pun kena beringat sama. Nak aim, aim keliling hang, jangan aim tang kami ja, pungkuk hang tu kena jaga jugak daripada serang hendap orang Umno kawan hang.

Selamat maju jaya pada Hamidah. Hang bertanding kat sini, memang kami suka. Lalalala...

Pak Long

Datuk Hamidah tempah banner sokong diri sendiri

Posted: 09 Apr 2013 11:26 PM PDT



Apakah makna benner ini sedangkan penamaan calon belum diadakan? Benner ini baru kelihatan di Taman Pinji Perdana.

Jentera UMNO Gopeng bekerja tanpa peduli siapa calon kerana mereka dibayar upah. Ada yang diupah pasang bendera, masak nasi, kemas bilik gerakan dan ada yang diupah memenuhkan bilik gerakan atau siri ceramah BN.

Rata-rata faham Dato' Hamzah juga mengidamkan kerusi DUN Sg Rapat. Lantaran itu dilobi ahli Pengkalan Gate untuk ditarik masuk UMNO sebagai tanda jasa beliau ada sumbangan memecah Cawangan PAS. Tetapi malang keutuhan, ukhuwah dan setiakawan ahli-ahli PAS Pengkalan Gate kian bertambah kerana peristiwa itu. Keluarnya 2 bekas ahli UMNO ke dalam UMNO menyebabkan jentera terutama anak muda mula menggila di Pengkalan Gate.

Datuk Hamidah pasti menempah benner di atas untuk menunjukkan sokongan terhadapnya. PAS Gopeng tidak perlu lakukan tindakan seperti beliau kerana takdir Allah di DUN Sungai Rapat konsensus bersetuju radzi zainonlah yang layak menerajui kerusi DUN.

Dengan nilai intelek yang tinggi, ketakwaan, nilai agama serta akhlak beliau, Radzi Zainon pasti menguasai DUN Sungai Rapat.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat 

PELAJAR ILHAM PERAK TEKAD TEKUNI ILMU MENANGKAN ISLAM

Posted: 21 Jan 2013 08:51 AM PST




PELAJAR ILHAM PERAK TEKAD TEKUNI ILMU MENANGKAN ISLAM
Sungai Rapat- 20 Januari 2013

Kuliah pertama program Diploma Tasawur Islam bagi sesi 2013 telah diadakan di  Markaz ILHAM (Institut Latihan Kepimpinan Dan Pengkaderan Dakwah Islamiyyah) Gopeng.

Program rutin tahunan yang mensasarkan suatu bentuk pentarbiahan, pendidikan berterusan bagi kepimpinan PAS kali ini mencapai lebih 30 orang peserta termasuk peserta yang tidak dapat hadir pada kuliah kali pertama.

Jumlah peserta daripada Kawasan Gopeng  seramai 19 orang, Kawasan Kampar 4 orang, Kawasan Lumut 5 orang, Kawasan Ipoh Barat seorang, Kawasan Ipoh Timur 6 orang, Kawasan Teluk Intan seorang, Kawasan Tambun 4 Orang  dan Batu Gajah seorang peserta.

Menurut Pendaftar ILHAM Negeri Perak  YM Raja Mohd Yusuf bin Raja Abd Hamid yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Gopeng, silibus pengajian Diploma Tasawur Islam ini meliputi pengajian asas ilmu islam yang diselitkan elemen pergerakan Islam (Haraki) serta dikaitkan dengan konteks politik dan senario negara semasa.

Antara sebab peserta diwajibkan terdiri daripada ahli PAS adalah kerana perbincangan dan latihan serta kerja tugasan (assignment) adalah kerja lapangan yang melibatkan kegiatan dakwah dan politik parti.
"Lantaran itu kita menolak tuduhan blogger UMNO yang mengatakan pengajian ILHAM adalah pengajian kroni PAS atau pengajian syok sendiri. Jika UMNO berkemampuan, mengapa mereka tiodak mengadakan sIstem latihan dan pengajian seumpama ILHAM sedangkan UMNO telah memiliki sayap ulama' Muda. Bukankah mereka boleh mengajar hadis-hadis kepada pemimpin UMNO?", tegas Raja Mohd Yusuf semasa sesi taklimat Pendaftar.

Semua pelajar ILHAM ditekankan untuk mengikhlaskan hati serta berniat menuntut Ilmu untuk memenangkan Islam. Ilmu agama dan ilmu asas tauhid, ilmu fiqh, ilmu siasah syariyyah, ilmu ekonomi adalah antara ilmu yang diperlukan untuk menghasilkan petugas PAS yang bijak, bermaal sahih dan membuat keputuisna yang tepat dalam menghadapi konflik.

Pensyarah ILHAM juga menegaskan tujuan ILHAM bukan mengejar pengiktirafan atau digunakan sijil diploma untuk tujuan mencari kerja atau sebagainya. Ya diploma ini tidak diiktiraf mana-mana majikan atau institusi pekerjaan tetapi sijil diploma  ini dikeluarkan bagi menghargai usaha pelajar menekuni ilmu, menghadiri kuliah, menyiap tugasan dan menjawab soalan peperiksaan.

 Inilah cara PAS menghargai ketekunan ahlinya yang ingin menambah ilmu sekaligus menangkis tuduhan bahawa PAS jamaah yang tiada tarbiah (pendidikan).

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan DPP kawasan Gopeng






Susah benarkah untuk kenali siapa Penfitnah?

Posted: 21 Jan 2013 08:49 AM PST


Susah benarkah untuk kenali siapa Penfitnah?
Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Gopeng

Masyarakat kita terutama kaum Melayu kelihatan agak sukar mengenali siapa penfitnah siapa yang benar kerana si pengeluar fitnah kerap memberi laba dan ganjaran dunia kepada mereka.
Malah budaya membaca akhbar di kedai kopi di awal pagi berjaya mentarbiah pemikiran mereka kearah pemikiran sehala (dogmatik) bukannya lateral thinking.

Tambahan pula jenis akhbar yang disediakan oleh si tuan kedai hanya berkitar 3 akhbar lapuk yang tegar menghasilkan fitnah saban bulan, saban hari. Walaupun mereka disaman, mereka masih konsisten memproduksi fitnah semata-mata mengampu kepimpinan yang ada.

Orang melayu sedar atau tidak 17 Januari 2013 yang lalu 5 orang  Hakim Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan Utusan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang memihak kepada anggota Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad.

Keputusan Mahkamah Persekutuan untuk  tidak memberikan kebenaran kepada pihak Utusan untuk merayu sekaligus keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi sebelum ini dikekalkan iaitu  memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000-00.

Malah Mahkamah Rayuan pada 24 Mei 2012 juga telah menolak dengan kos rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Utusan membayar gantirugi RM60,000-00 kepada Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Kenapa mereka disaman? Jika kerajaan menjustifikasikan AES, saman ekor semata-mata untuk mendisiplinkan rakyat yang engkar mematuhi peraturan, maknanya yang kena saman dilabel kerajaan sebagai pesalah, pihak yang melanggar undang-undang. Melanggar undang-undang maknakan tidak baik.

Jadi hari ini kita tahu Utusan Malaysia disaman dan mereka dilarang merayu. Bermakna mereka tidak baik dan telah membuat salah.

Apa pula kesalahan mereka?

Kesalahan Utusan adalah menyiar di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 10 September 2009 artikel  bertajuk ""ZULKIFLI BIDAS 'PAK JANGGUT' " dan diakui oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Tuan Prasad Sandhosham Abraham pada 21 November 2011.

Rasanya tidak perlu penulis nyatakan isi artikel fitnah tersebut kerana pembaca boleh sahaja mencarinya melalui akses internet yang ada.

Utusan menfitnah berkali-kali dan mereka berkali-kali diputuskan bersalah oleh pihak Mahkamah. Ya, mahkamah sivil duniawi ciptaan manusia juga menyabit salah bagi dosa fitnah yang mereka keluarkan. Biar penulis senaraikan beberapa dosa yang Utusan lakukan sebelum ini;
1.       Pada 30 Ogos 2012 Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur perintah  Utusan Melayu (M) Bhd bayar gantirugi kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin isu berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.
2.       8 Oktober 2012- Utusan Malaysia mohon maaf kepada MP Sepputeh Teresa Kok kerana fitnah yang disiar Mingguan Malaysia 12 Oktober 2008

3.       22 Jun 2012- Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dapati akhbar Umno, Utusan Malaysia bersalah fitnah Ketua Menteri Pulau Pinang dan diperintah bayar RM450,000 kepada Lim Guan Eng. RM200,000 adalah untuk kerosakan yang dibuat oleh akhbar itu manakala RM250,000 lagi adalah kos mahkamah. Utusan Melaysia menulis pada 12 Mac 2008 bertajuk "Tiada lagi DEB" mendakwa DAP akan menghapuskan DEB.

4.       14 Disember 2011- Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dapati, Utusan Malaysia bersalah fitnah Ketua Menteri Pulau Pinang isu berita yang bertajuk 'Kebiadaban Guan Eng' yang diterbitkan pada 20 Disember 2010. Utusan beri pampasan RM200,000 dan RM25,000 lagi sebagai bayaran kos. Utusan  menuduh Lim sebagai seorang 'rasis' dan 'anti-Melayu'.

5.       12 Mei 2012 Utusan Malaysia mohon maaf kepada senator bebas daripada Selatan Australia Nick Xenophon yang digambarkan dalam artikel sebagai anti-Islam  Permohonan maaf dan penarikan balik berita itu disiarkan di  Utusan dan laman web berhubung artikel yang disiarkan pada 1 Mei di akhbar dan web bertajuk 'Senator anti-Islam pantau BERSIH 3.0'.

Sifir mudah perlu kita terangkan kepada masyarakat terutama kaum Melayu bahawa saman fitnah adalah antara indikator mudah untuk mengenal hak dan batil. Sebagai contoh ramai pecacai UMNO, blogger upahan dan facebooker UMNO menggunakan kata-kata fitnah Anwar Al Juburi dan peliwat sebagai gelaran. Mereka lambakkan kata-kata ini sehingga mencipta stigma dan persepsi. Haikatnya:

Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan dalam kes liwat II, bahawa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah dan dibebaskan.  Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin berkata, kedua-dua bukti DNA dan oral-lisan tidak boleh sabit kesalahan. Si penyokong UMNO haprak resah dengan keputusan hakim duniawi telah menaikkan baner 'Liwat tetap liwat' seolah mencabar keputusan Mahkamah. Tindakan mereka cukup aib.



Sebelum itu pada 19 Jun 2012  Anwar telah  menang kes saman fitnah terhadap Nallakaruppan a/l Solaimalai berhubung kenyataan menerima wang sebanyak RM60 juta di Mahkamah Tinggi kuala Lumpur. Kalau Nalla benar kenapa pelru disaman dan disabitkan salah?

Pelik apabila orang melayu kian lupa bahawa ada seorang penfitnah besar telah meninggal dunia. Pada 18 Ogos 2005   Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur meluluskan tuntutan gantirugi sebanyak RM4.5 juta kepada Anwar  dalam saman fitnahnya terhadap penulis buku, Khalid Jefri (50 dalil mengapa Anwar tidak boleh menjadi PM). Malah tindakan  buku itu telah disebarkan kepada kesemua perwakilan dalam perhimpunan agung Umno pada bulan Mei 1998 dikritik Hakim sebagai perosak karier Anwar selepas itu.

Jadi, daripada mana sabit hukum penggunaan gelaran Al Juburi yang UMNO dan pecacai blogger mereka gunakan?

Bodohnya orang kita sehingga fakta rasuah dan pembaziran yang didedah Ketua Audit negara saban tahun dibutakan dan ditulikan daripada pengetahuan orang melayu khususnya. Akibatnya mereka seolah-olah melihat tuduhan rasuah dan penyeleweng terhadap BN yang dilontar oleh pemimpin Pakatan Rakyat sebagai tiada usul, hadis maudhu' atau khabar palsu tanpa sanad dan rujukan. Sedangkan rujukan absah begitu mudah diakses iaitu Laporan Audit Negara yang dibayar gaji oleh kerajaan Malaysia juga!

Hal ini menjadi obligasi kita untuk menerangkan hakikat memandangkan masyarakat kita masih ada yang memerlukan 'spoon feeding' untuk faham sesuatu benda. Tugas anggota petugas penerangan perlu dipermantap dan diperkasa. Fakta-fakta mestilah  disusun dan Insya Allah kebenaran demi kebenaran pasti menjelma jua.

SEKITAR FAKTA-FAKTA ISU PENGGUNAAN ISTILAH ALLAH

Posted: 21 Jan 2013 08:49 AM PST


SEKITAR FAKTA-FAKTA ISU PENGGUNAAN ISTILAH ALLAH
Disediakan oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Unit Penerangan MTD Sg Rapat
Pendahuluan.
Tujuan asal pengumpulan fakta ini adalah untuk tujuan mendokumentasikan kronologi dan faktor asas kepada suatu isu ikhtilaf ulama' yang melibatkan kepentingan umat Islam dan hak umat Kristian yang telah lama menggunakan kalimah Allah. Ikhtilaf ulama' ini perlu diperhatikan dari sudut perbahasan samaada dalam aspek fiqh nusus, fiqh waqie, dilektika dakwah, siasah syariyyah mahupun suatu tindakan sad az Zarai'e.

Beberapa titik penting yang perlu diperhalusi;
  1. Isu ini akan digunakan semaksima oleh UMNO untuk mengatakan PAS tidak menegur DAP dalam isu aqidah (terlalu liberal)
  2. Isu ini ijtihadiy malah membenar secara mutlak, melarang secara mutlak, membenar dengan syarat ianya masih dalam lingkup ijtihadiy.
  3. Ucapan Presiden, Ucapan Tuan Guru Nik Aziz dan Majlis Syura TUNTAS bahawa yang dibenarkan hanya menyebut kalimah Allah kerana berpandu dalil Ali Imran 64 dan Al Ankabut 63[1].
  4. Ucapan Presiden, Ucapan Tuan Guru Nik Aziz dan Majlis Syura TUNTAS melarang terjemahan kalimah Allah ke dalam Bahasa apa sekalipun kerana Allah adalah lafzul Jalalah yang suci.
  5. Di Negara Arab dan serata dunia Kalimah Allah telah lama digunakan. Sabah Sarawak juga menggunakan kalimah Allah dalam Gereja mereka dengan kebenaran kerajaan.
  6. KDN perlu bertanggungjawab apabila ada Injil bahasa Indonesia diimport masuk ke Malaysia walaupun UMNO mengaku membela kalimah ini daripada Bible.
  7. Umat Kristian juga perlu resah jika benar kalimah Allah digunakan secara meluas dalam Bible kerana anak mereka boleh sahaja mengenali Islam yang sebenarnya dan akhirnya meninggalkan ajaran Kristian sepertimana di Negara Arab. Mengapa hanya orang Melayu yang risau? Inilah paranoid yang dicetus oleh UMNO.
  8. Jika dilarang penggunaan kalimah Allah dalam sebutan oleh kaum bukan Islam, maka lagu-lagu kerajaan negeri melayu yang ada lafzul Jalalah sepatutnya ditukar kepada God semasa mereka menyanyikan lagu tersebut.
  9. Teguran dan penjelasan telah diberi oleh Presiden PAS terhadap Lim Guan Eng dalam Mesyuarat Pakatan Rakyat sedangkan UMNO tidak pernah menegur MCA menghina hukum Hudud dan sistem Syariah negeri Selangor.
  10. Kita tidak boleh manfikan konsep Rububiyyah yang diakui oleh semua agama. Semua agama diakui oleh Al Quran mengakui adanya tuhan yang mencipta. Mereka syirik uluhiyyah walaupun mengiktiraf Allah sebagai nama Tuhan. Secara nasnya kita dilarang menghalang mereka menyebut nama Allah. Walaupun begitu penghalangan mencetak Injil berbahasa Melayu perlu dalam konteks waqi'e Malaysia atas alasan sadd azzarai'e.

Menurut Dr Zaharuddin Abdul Rahman[2]
  1. Pandangan Syeikh Al-Qaradawi dan Wahbah Az-Zuhayli yang membenarkan Kristian menggunakan Kalimah Allah sebagai merujuk kepada Tuhan, adalah tepat tetapi fatwa mereka tidak sesuai digunakan untuk menyokong keputusan pihak yang membenarkannya di Malaysia, ini kerana hukum asal sememangnya HARUS.
  2. Jika sekiranya mudarat melebihi manfaat, adakah kerajaan selaku pemerintah berhak dan dibenarkan oleh hukum Islam untuk melarang Kristian dari menterjemahkan kalimah God kepada Allah?. Kerajaan dibenarkan menggunakan kuasa dalam hal ini. Dan peruntukkan kuasa itu sememangnya diakui di dalam undang-undang Islam.
  3.  Tiada dalil qati'e yang putus sebagai asas dan indikasi hukum bagi penganut Kristian dan bukan Islam menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada Tuhan.
  4.  Terdapat banyak dalil Al-Quran yang bersifat zhonniyah ad-dalalah yang menunjukkan KEHARUSAN bagi penganut Kristian dan bukan Islam menggunakan Nama Allah bagi merujuk kepada Tuhan. Ia adalah pandangan majoriti ulama termasuk Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi, Dr Wahbah Az-Zuhayli dan lainnya.
  5. Dato' Dr Haron Din, dalam rakaman penjelasannya memperlihatkan beliau menolak dan memberi amaran atas dasar maslahat dakwah dan bukan sangat bergantung kepada teks al-Quran dan Hadis.
  6. Tulisan Dr. Syed Tawfiq Al-Attas, yang juga jelas memperlihatkan ulasannya menolak rasional terjemahan God kepada Allah dari sudut bahasa. Selain itu, beliau juga menolak alasan Kristian yang kononnya cuba merujuk kepada Bible. Kedua-dua bantahan Dr Syed ini bukanlah ulasan dari perspektif hukum dan Aqidah Islam tetapi lebih kepada mematikan alasan Kristian.
  7. Prof Madya Dr Khadijah Hambali  dalam tulisannya membuktikan TIDAK BENARNYA dakwaan Kristian dan rasional mereka yang ingin menggunakan nama Allah kerana nama itu yang wujud di dalam kitab bible asli mereka. Beliau membawakan petikan-petikan yang membuktikan hujahnya. Di samping itu, beliau juga mengulas ketidakwajaran terjemahan God kepada Allah dari sudut bahasa dan mempertikaikan rujukan Kristian dalam hal ini. Dr Zaharudin  bersetuju dengan hujjah Dr Khadijah ini, namun perlu difahami apa yang dibawakan oleh Dr Khadijah sebenarnya lebih cenderung kepada faktor dan objektif dakwah,
  8.  Terdapat juga beberapa kumpulan ulama cenderung kepada hukum haram, namun kebanyakan hujjahnya bercampur baur antara hujjah teks al-Quran dan hujjah maslahat dan dakwah. Justeru, melalui penelitian saya, pandangan yang melarang adalah lemah jika ditinjau dari perspektif argumentasi teks Al-Quran. Namun larangan boleh dibuat atas dasar masalah dakwah yang khusus di Malaysia.
  9. Ulama tanahair terbahagi kepada dua kumpulan dalam menentukan keharusan atau pengharaman dari perspektif dakwah dan melihat situasi khas di Malaysia. Majlis Fatwa dan yang bersamanya kelihatan mengharamkan manakala PAS, PKR dan individu masih menganggapnya sebagai HARUS dengan syarat-syarat tertentu.
  10. Dr Zaharuddin  cenderung bersama Majlis Fatwa Kebangsaan walaupun tidak melihat pandangan mereka yang membenarkan dengan syarat sebagai salah kerana ia merupakan sebuah isu ijtihadi dalam menilai mudarat dan manfaat. Perbezaan telahan dalam hal ini sememangnya sukar dielakkan.

Fakta-fakta penting
  1. Di dalam kerancakan berbicara hak penggunaan nama Allah, perlu juga diteliti jangan hingga kita menidakkan rububiyyah Allah mencipta dan mentadbir golongan bukan islam. Umat Islam perlu yakin bahawa Allah juga tuhan kepada kaum bukan islam cumanya emreka engkar atau tidak mengenali Allah yang sebenarnya. Lihat perihalan di bawah;
Seorang guru menguji kefahaman anak muridnya tentang konsep ketuhanan.
Guru: Apa nama tuhan orang Islam?
Murid: Allah, cikgu..
Guru: Betul. Apa pula nama tuhan orang kristian?
Murid: Jesus atau God, cikgu.
Guru: Salah tu. Nama tuhan mereka Allah juga. Allah yg jadikan mereka dan semua makhluk dalam alam ini. Cuma mereka tak kenal Allah dan sifat2nya sebagaimana kita kenal Allah[3].
  1. Artikel 3 dalam Perlembagaan mencatatkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Kedua, dilindungi orang Islam dalam konteks Artikel 11 (4). Walaupun kebebasan beragama dibenarkan tetapi dari segi umat Islam, mereka tidak boleh diganggu. Perlembagaan Persekutuan 11(4) yang memperuntukkan undang-undang Negeri dan Persekutuan bagi mengawal dan menghadkan penyebaran doktrin atau kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang Islam.


  1. Penerbitan majalah dalam bahasa Melayu bermula pada tahun 1821 dengan terbitnya sebuah berkala misionari, Bustanul Ariffin yang  disunting  oleh Claudius Thomsen dengan bantuan Abdullah Munsyi diterbitkan di Melaka oleh Anglo Chinese Press. Abdullah Munsyi dianggap pujangga melayu walaupun kerap membantu Kristian menterjemah Injil dan makalah misionari dalam tulisan jawi melayu. Antara mubaligh Kristian yang membantu Abdullah termasuk Claudius Thomsen, Benjamin Keasberry, John Stronach dan Thomas Beighton. Mereka menghasilkan istilah-istilah seperti kerajaan syurga (Kingdom of Heaven), mulut Allah (word of God), anak Allah (son of God) dan Bapamu yang ada di syurga (Our Father, who are in Heaven). Abdullah meninggal dunia di Makkah pada 1854, dua tahun selepas terhasilnya New Testament dalam bahasa Melayu Rumi. Dua tahun selepas kematiannya, New Testament dalam Jawi dicetak dan diedar di seluruh Semenanjung, Sumatera, Sabah dan Sarawak[4].
  2. Kerajaan BN pernah membenarkan penggunaan istilah Melayu dalam Injil Melayu[5].
    1. Datuk Seri Idris Jala -  tiada masalah, tiada ancaman sejak ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) diwartakan pada 1982. Warta 1982 mengikut Jala digunakan dalam kes gereja Katolik. 
    2. Jala, seorang penganut Kristian dari Sarawak berkata, kerajaan membuat keputusan membenarkan pengeluaran dan penyebaran kitab Injil dalam Bahasa Malaysia di bawah warta 1982 di bawah ISA dengan secara terhad dan terkawal, di mana buku-buku tersebut mesti dicap tag "Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja".
    3.  Sejak 1982, dengan akta tersebut, laporan menunjukkan bahawa tiada sebarang isu atau masalah yang dihadapi dalam pelaksanaannya.  Dengan merujuk kepada fakta tersebut, kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk menggunakan warta 1982 yang sama dalam pengeluaran kitab Injil.
    4. Merujuk kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri yang ditandatangani Menteri Dalam Negeri ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan telah digazetkan pada 22 Mac 1982, larangan terhadap kitab Injil Bahasa Malaysia dibatalkan.
    5. Dalam sepucuk surat bertarikh 19 Mei 1986, yang diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Dr Mahathir telah melampirkan satu memo daripada timbalannya yang mengatakan Bahasa Kebangsaan dibenarkan dan bukan penghalang kepada Kristian untuk menggunakannya.
  3. Kalimah "Allah" biasanya digunakan oleh masyarakat Kristian di negara jiran Indonesia dan telah digunakan selama berdekad oleh Kristian Bumiputera di Malaysia Timur yang diterjemahkan ke bahasa Melayu. Masyarakat Kristian di Malaysia terdiri daripada 9.2 peratus daripada keseluruhan 28.3 juta populasi rakyat Malaysia, dimana kebanyakkan mereka di Malaysia Timur menggunakan bahasa Melayu dan kalimah "Allah" untuk merujuk kepada tuhan mereka[6].
  4. Tuan Guru Dato Haron Din dan Tuan Guru Haji Salleh Sik Kedah pertahankan kalimah Alla. Tuan Guru Hj Salleh Musa berpendapat seperti pendapat Tuan Guru Dato Haron Din yang tidak membenarkan penggunaan Kalimah Allah kepada kristian kerana beberapa sebab ;
a)       Kristian tidak mentauhidkan Allah maka tidak Kristian hanya menggunakan kalimah "God "
b)      Bagi memelihara kalimah Allah agar tidak dicemari dan tidak dihina oleh agama lain yang
c)       tidak faham kedudukan kalimah mulia itu wajib dihormati dan tidak boleh dihina seperti dipijak , diletakkan ditempat najis atau dipijak dan sebagainya .
d)       Supaya Islam tidak dicemari , supaya menjaga agama Islam dari dipandan sama dengan agama lain contohnya jika remaja kini yang tidak mendalami agama apabila lihat kalimah Allah berada dalam masjid dan dalam masa yang sama ada dalam gereja , boleh jadi remaja yang tidak faham agama anggap agama semua sama sedangkan agama yang Allah Redha Hanya Islam.

  1. Tuan Guru Haji Hadi dengan pandangan beliau , ini pendapat beliau membenarkan agama lain menggunakan kalimah Allah tetapi bersyarat bukan seperti tuduhan UMNO dan orang yang tidak faham isu menuduh Tn Guru Hj Hadi.Tulisan beliau bertajuk  Kalimah Allah: Islam benarkan tapi jangan salah guna[7] bertarikh 8 Januari 2013;
a)      PAS pendirian yang konsisten dalam isu ini, seperti kenyataan media pada 4 Januari 2010 Presiden telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada tahun 2010 yang telah diterbitkan sebagai buku kecil yang bertajuk: "Allah: Kalimah yang Benar, Tujuan yang Salah" pada bulan Januari 2010 yang lalu.
b)      Kalimah "Allah" adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.
c)       Tidak wajar disalahgunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan.
d)      Penganut Islam berbagai bangsa tetap menyebut perkataan Allah (tanpa terjemahan) apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.
e)      Walau bagaimanapun Islam tidak menghalang penganut agama lainmenggunakan kalimah "Allah" dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.
f)       Al-Quran menyebut penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam (ahli kitab) dengan penjelasannya: "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain (para paderi, sami dan pemimpin) untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam." (Ali-imran: 64)
g)      PAS kesal terhadap Umno yang mewakili pihak Melayu Islam dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara kerana menjadikan kalimah Allah sebagai satu isu yang dipolemikkan sebebasnya oleh pihak media arus perdana dalam kempen politik pilihan raya, tanpa peduli terhadap salah faham dan ketegangan penduduk berbagai-bagai agama dalam masyarakat majmuk.



7.            PR setuju bukan Islam guna kalimah ALLAH;
a)      Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) hari ini mencapai pendirian penggunaan kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut Kristiandengan syarat ia  tidak disalahgunakan[8].
b)      Diumumkan selepas mesyuarat pemimpin tertinggi PR yang dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
c)       Pas berpendirian konsisten seperti yang pernah dikeluarkan pada 4 Januari 2010 lalu di mana kalimah ALLAH tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat. (istilah God tidak sama dengan Allah)
d)      Pihak-pihak gereja juga perlu menghormati prinsip ini sebagaimana orang Islam meletakkan dan memuliakan nama ALLAH.

8.            Isu kalimah ALLAH muncul semula selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam mesej sempena sambutan Hari Krismas  mendesak agar kerajaan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.nKenyataan Guan Eng ini mendapat kritikan keras oleh pelbagai pihak terutamanya oleh tokoh-tokoh agama dan kepimpinan Umno.

9.            Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa terjemahan tepat bagi 'God' dalam kitab Bible adalah 'Tuhan' dalam Bahasa Melayu.

10.          Pembela desak henti kenyataan mencabar Islam.
a)      29 Disember 2012 – Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mendesak pemimpin-pemimpin politik, baik dari pihak kerajaan ataupun pembangkang, supaya menghentikan kenyataan serta tuntutan yang tidak bertanggungjawab yang mencabar kedudukan Islam di negara ini[9].
b)      Perkara ini ditegaskan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh PEMBELA mengenai isu kalimah Allah.
c)       Pengerusi PEMBELA, Tuan Hj. Aminuddin Yahaya, tuntutan dan provokasi murahan yang bertujuan meraih keuntungan politik itu adalah sangat tidak bertanggungjawab dan  mencabar fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dan secara tidak langsung mencabar Perlembagaan Persekutuan.

11.          NGO, umat Islam berhimpun pertahan kalimah Allah[10] (Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali, Senator Ezam Mohd Nor, Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor Datuk Sohaimi Shahadan dan beberapa lagi wakil PERKASA, Pembela, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Majlis Belia Selangor dan Isma)
a)      200 umat Islam termasuk beberapa NGO di negeri Selangor hari ini berhimpun di Masjid Shah Alam bagi membantah penggunaan kalimah Allah dalam bible bahasa Melayu.
b)      Mempertahankan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan bahawa kalimah Allah merupakan kalimah suci khusus untuk orang Islam dan tidak boleh digunakan oleh bukan Islam sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010.
c)       Desak agar hormati Enakmen Ugama Bukan Islam Negeri Selangor (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988, yang digubal selaras denganPerkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.
d)      Seksyen 9 Enakmen ini dengan jelas melarang kalimah Allah daripada digunakan oleh orang bukan Islam di dalam apa-apa perkara yang berkaitan dengan agama mereka.

12.          Kronologi isu nama Allah[11]
a)      Pemimpin PAS tidak bercanggah dalam isu penggunaan nama Allah kerana ia semacam telah disepakati sejak isu ini berbangkit semula menjelang Krismas tahun 2012 iaitu pada 25 Disember 2012.
b)       Mereka jelas bersetuju, Islam tidak boleh menghalang penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam tetapi mereka tidak bersetuju nama Allah digunakan dalam Bible Bahasa Melayu sebagaimana dicadangkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
c)        Namun begitu, ia banyak dikelirukan oleh laporan yang kurang tepat selepas ia dibincang dengan meluas dalam media.

Lihat kronologi di bawah:-
  1. 24 Disember: Menjelang Krismas 2012, Lim Guan Eng dalam ucapannya mencadangkan agar Bible terjemahan Bahasa Malaysia dibenarkan untuk menggunakan nama Allah.
  2. Namun, Setiausaha Politik beliau, Zairil Khir Johari menjelaskan, yang dimaksudkan oleh Lim Guan Eng adalah untuk penggunaan Bible di Sabah dan Sarawak kerana ia telah lama digunakan di sana.
C.    Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS dalam Sinar Harian tidak bersetuju nama Allah digunakan dalam Bible Bahasa Melayu kerana ia akan kelirukan umat Islam.
D.    Dr Rani Othman, Pesuruhjaya PAS Selangor juga tidak bersetuju Bible Bahasa Melayu gunakan nama Allah. Kenyataan ini disiarkan oleh Sinar Harian.
E.    26 Disember: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS dalam kenyataan bertulisnya menegaskan nama Allah tidak tepat digunakan dalam Bible Bahasa Melayu kerana terjemahannya dari God sepatutnya Tuhan bukannya Allah. Bagaimanapun dia setuju Allah boleh digunakan Kristian dalam amalan ibadat dan gereja mereka.
F.    PAS: Ganti 'God' dengan 'Tuhan' elak polemik
G.   Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataan bertulisnya yang diedarkan selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat berkata, Islam tidak menghalang nama Allah digunakan (disebut)  bukan Islam tetapi jangan salah guna.
H.    29 Disember: Utusan melaporkan, Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulama penggunaan kalimah Allah khusus untuk Islam dan seluruh umatnya sahaja.
I.     Laporan Utusan: Kalimah Allah khas untuk Islam sahaja.
J.     Namun dalam Harakahdaily selepas itu, Harun Taib menjelaskan, ia ditujukan kepada penggunaan dalam Bible Bahasa Malaysia.
K.    Laporan Harakahdaily: Kalimah Allah: Penjelasan Ketua Dewan Ulamak PAS
L.     10 Januari: FMT melaporkan Naib Ketua Dewan Ulamak, Datuk Mahfodz Mohamad dan Ketua  Pemuda, Nasrudin Tantawi bersetuju dengan kenyataan Presiden PAS.
M.  Sinar Harian melaporkan, Naib Ketua Dewan Ulamak, Datuk Mohamad Daud berkata beliau setuju bukan Islam bebas guna nama Allah tetapi tidak setuju ganti God dengan Allah dalam Bible.
N.   13 Januari: Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah namun kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.[12]
O.   Kalimah Allah: Dewan Ulama, Pemuda PAS patuh keputusan Hadi[13]
a)      Dewan Ulama PAS menyeru ahli dan penyokongnya  memberikan sokongan penuh keputusan parti membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagaimana yang diumumkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
b)      Naib Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamad berkata, sebagai ahli parti, keputusan Presiden perlu dipatuhi.
c)       Mahfodz menegaskan ahli PAS tidak perlu gusar dengan keputusan tersebut kerana penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut Kristian hanya terhad untuk mereka sahaja.
d)      Orang Kristian tidak boleh menggunakan kalimah itu kepada orang islam, kerana ia terhad kepada mereka sahaja.
e)       Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.
f)        Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.
g)      Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

13.          Kenyataan Presiden PAS:  UMNO TIDAK MAMPU TUNAI AMANAH[14].
a)      Amanah terbesar dalam Islam ialah memerintah negara, UMNO telah diberi kepercayaan sejak lebih lima puluh tahun.
b)      Islam telah diterima oleh semua kaum menjadi agama negara dengan hak yang adil kepada penganut berbagai agama dalam konsep persefahaman sempadan saling mengerti dalam perkara yang berbeza. Islam wajib diperkasakan sehingga mengatasi yang lain dengan pendekatan yang bijak dan amalan yang istiqamah dan adil terhadap semua, kerana Islam adalah rahmat kepada seluruh alam, bukan dengan paksaan dan ugutan kosong.
c)       Apabila tercetusnya isu kitab Injil diterjemahkan dalam Bahasa Melayu, dengan menterjemahkan perkataan God atau Lord atau Tuhan dengan perkataan Allah, UMNO gagal bertanggungjawab sebagai pemegang kerusi kekuasaan kerajaan.
d)      Media arus perdana kepunyaan UMNO dijadikan medan perbincangan (tempat bermuzakarah) padahal urusan kebenaran menerbit buku dan pengedarannya adalah urusan Kementerian Dalam Negeri.
e)      Dalam urusan yang berkait dengan Agama Islam, ia perlu mendapat nasihat dan kelulusan pihak berkuasa Hal Ehwal Agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri atau Majlis Agama Islam di Negeri-Negeri, di mana keseluruhannya berada di bawah UMNO yang menjadi parti Melayu Islam yang memerintah. Portfolio kementerian ini di perkuatkan dengan seorang menteri di peringkat Pusat atau exco agama di peringkat negeri.
f)       Mengapa UMNO menangani isu besar ini secara membaling batu sembunyi tangan, dengan mengheret pihak yang tidak patut berbincang dalam urusan Yang Maha Besar iaitu kalimah Allah? Mengapa tidak selesaikan oleh pihak berkuasa di bawah UMNO yang memerintah?
g)      Patutkah perkara ini dijadikan bahan kempen pilihanraya sehingga menjadi berkecamuk di kalangan rakyat kerana dijadikan perbincangan melibatkan kalangan yang tidak faham?
h)      Sebagaimana dalam kenyataan media pada 8 Januari 2013 lalu, intipati perkara dua
a.       bahawa kalimah Allah yang Maha Suci dan Mulia, tidak mampu diterjemahkan ke dalam apa-apa perkataan daripada bahasa yang lain,
b.      termasuk Bahasa Arab sendiri dengan perkataan yang lain daripada perkataan Allah, kerana tidak ada satu kalimah yang sama erti dengannya.
i)        Begitulah juga perkataan Tuhan dalam Bahasa Melayu, God dan Lord dalam bahasa penganut agama Kristian paling ramai, tidak boleh diterjemahkan dengan perkataan Allah, kerana tidak mencapai maksudnya. Firman Allah menjelaskan makna Allah :
"Katakanlah (Wahai Muhammad); "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;" "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;" "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;" "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan Nya." (Ikhlas:1-4)
j)        Al-Quran juga melarang penganut Islam memaki tuhan yang dipercayai oleh penganut agama lain sehingga menimbulkan ketegangan yang menghina Allah. Firman Allah Taala:
"Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan." (Al Ana'am:108)

k)      Rasulullah S.A.W mengarahkan sahabatnya meletakkan ayat ini ke dalam surat yang dihantar kepada Raja Rom, Mesir dan Habsyah yang menganut agama Kristian supaya menjelaskan penggunaan kalimah oleh mereka dengan betul.
l)        Kalimah Allah diterima bersama dalam perjanjian Hudaibiyyah di antara Rasulullah S.A.W dengan pemimpin Musyrikin Makkah dengan fahaman yang berbeza terhadap kalimah Allah dan bersetuju untuk berdamai.
m)    UMNO melakukan kesilapan dan dosa besar apabila menyerahkan urusan kalimah Allah ini kepada pasukan propaganda dan saraf dalam partinya dan jentera kerajaan yang dikhadamkan (diperhambakan), maka berlakulah perbincangan yang lebih buruk daripada laksana menyerah bunga ditangan sang kera yang tidak berakal, kemudian diserahkan kepada para ilmuan, ulama dan mufti pengecut berdepan secara muzakarah, tetapi sanggup menjadi terompah kayu kepada UMNO untuk menegakkan hujah laksana mereka yang dinyatakan oleh Allah :
"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya." (Al Baqarah:42)

14.          8 Januari 2013 DAP menuntut supaya Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi mengemukakan bukti atau menarik balik dan meminta maaf atas fitnah bahawa DAP akan mencetak 100,000 naskhah Bible Bahasa Malaysia yang menggunakan kalimah 'Allah'[15].

15.          Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan mengingatkan agar  tidak mencabar dengan keputusan Majlis Fatwa yang telah memutuskan kalimah ALLAH hanya digunakan oleh umat Islam di negara ini[16].  (Penggunaan siasah syariyyah-sadd zarai'e)
a)      Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad berkata, perkara itu telah diputuskan dengan jelas oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tanpa perlu dipolemikkan lagi.
b)      Di Pulau Pinang, telah diwartakan kalimah ALLAH sebagai antara 40 perkataan yang tidak boleh digunakan bukan Islam. Jabatan Mufti Pulau Pinang sudah putuskan perkataan seperti ALLAH, takwa, haji, masjid contohnya hanya boleh digunakan mereka yang beragama Islam.
c)       Peraturan itu dikuatkuasakan pada zaman Pakatan Rakyat (PR) memerintah

16.          Surat pekeliling kepada gereja-gereja ahli NECF tentang penggunaan 'Allah' oleh orang bukan Islam[17]. (10 Januari 2013)
a)      Kenyataan akhbar Rev Dr Eu Hong Seng Pengerusi National Evangelical Christian Fellowship.
b)      NECF Malaysia -  hak kebebasan beragama bagi semua orang selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
c)       Hak untuk menganut, mengamal dan menguruskan hal ehwal agama kita sendiri termasuk penggunaan Alkitab, yang merupakan Kitab Suci dalam Bahasa Malaysia, bahasa kebangsaan kita, serta Alkitab dalam bahasa orang asal Sabah dan Sarawak yang juga menggunakan "Allah", baik dalam kehidupan secara umum dan pribadi termasuk dalam semua pertemuan di dalam gereja dan di rumah-rumah.
d)      Penggunaan perkataan dalam bahasa kebangsaan hanya untuk satu agama tertentu adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
e)      Pendirian NECF adalah seperti berikut:
                                                       I.             Fatwa 18 Februari 2010 yang melarang "Allah" daripada digunakan oleh mana-mana orang bukan Islam di Selangor tidak mempunyai kaitan dengan orang bukan Islam kerana ia adalah fatwa yang dibuat menurut Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Enakmen 2003 yang berhubung dengan hal-hal pentadbiran Islam. Oleh kerana Enakmen ini berhubungkait dengan orang Islam sahaja, maka fatwa yang diwartakan ini hanya terikat kepada umat Islam sahaja.
                                                      II.            Larangan terhadap orang bukan Islam daripada menggunakan "Allah" di bawah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Penyebaran di Kalangan Islam) 1988 adalah hanya dalam konteks penyebaran agama, dan tidak meliputi hak seseorang itu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya serta menguruskan hal ehwal kumpulan agama mereka sendiri, termasuk beribadah dan membaca Alkitab di gereja-gereja, rumah-rumah dan mana-mana tempat pertemuan umat Kristian.
f)       Penghakiman Mahkamah Tinggi 31 Dis 2009 yang mengesahkan hak perlembagaan The Herald, akhbar mingguan Katolik, untuk menggunakan "Allah". Oleh itu, hak ini telah diiktiraf di sisi undang-undang dan masih kekal.

17.          Isu Kalimah ALLAH  DAP Perak setuju Majlis Syura PAS[18]
a)      DAP menerima bahawa Isu berkenaan kalimah ALLAH tidak harus diperbesarkan sebaliknya perlu dibuat perbincangan bagi menyelesaikannya.
b)      Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, beliau bersetuju dengan pandangan Majlis Syura Ulama PAS bahawa kalimah ALLAH adalah universal dan sesiapa pun boleh menyebutnya.
c)       Beliau berkata, setiap agama mempercayai bahawa wujudnya satu tuhan iaitu ALLAH cuma setiap agama berbeza perspektif dalam mempercayainya.
d)      Beliau  yakin kebanyakan agama di dunia meyakini tuhan itu satu tetapi konsep ketuhanan itu sedikit berbeza.
e)      Beliau  juga bersetuju bahawa bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah ALLAH untuk maksud yang lain.
f)       Nge Koo Ham mengulas Keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan bahawa perkataan ALLAH tidak boleh digunakan di dalam kitab mana-mana agama di negara ini.
g)      Menurut Nge Koo Ham perkataan ALLAH itu sebenarnya diterjemah daripada bahasa Arab bukan bahasa Inggeris seperti di dalam Bible sekarang ini.

18.          15 Januari 2013- Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad - keputusan Majlis Syura paling tepat (arjah) untuk masa dan realiti setempat di Malaysia. Keputusan ini jame' dan mani' (sempurna dan tepat), tidak memberat-berat (la ifradh) dan tidak meringan-ringan (la tafridh) dalam mahfumnya dalam mengambil kemaslahatan dakwah secara menyeluruh. Berbeza dengan Mufti Umno yang mengeluarkan kenyataan, boleh menjadi kafir dan murtad jika benarkan orang bukan Islam guna nama Allah[19].




[1] .     Firman Allah surah al-Ankabut ayat 63 :
 وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّن نَّزَّلَ مِنَ السَّمَاء مَاء فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِن بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ 
Ertinya : Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: ""Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?"" Tentu mereka akan menjawab: ""Allah"". Katakanlah: ""Segala puji bagi Allah"", tetapi kebanyakan mereka tidak memahami (nya)
Imam Fakhruddin Ar-Razi berkata ketika mengulas ayat dari surah Yunus dan Ankabut ini :
   
هذا يدل على أن المخاطبين بهذا الكلام كانوا يعرفون الله ويقرون به
Ertinya : Ini menunjukkan mereka yang  ditujukan pertanyaan dan kata-kata ini ( iaitu puak kafir musryik), mereka telah pun sentiasa mengetahui tentang Allah dan sentiasa mengiktirafNya (sebagai tuhan). (Rujuk Tafsir Al-Kabir, 17/86)

TAHUN 2012 - SEPINTAS LALU ISU DUN SUNGAI RAPAT

Posted: 13 Jan 2013 09:42 AM PST


TAHUN 2012 -  SEPINTAS LALU ISU  DUN SUNGAI RAPAT
Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sg Rapat
Disediakan oleh : Muhammad Nuruddin Bashah (Ketua Unit Penerangan MTD)

JANUARI
1.      Skuad Anti setinggan Batu Gajah bertindak[1]
a.       Tujuan = Menyanggah retorik Setinggan Sifar[2].
b.      Rentetan daripada wawancara Sinar Harian bersama Ustaz radzi Zainon yang disiarkan dalam akhbar Sinar bertarikh 4 Januari 2012 (Rabu) baru-baru ini yang mengupas isu setinggan yang belum selesai di DUN Sg rapat, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat (PAS) telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang diberi nama Skuad Basmi Setinggan DUN Sg Rapat yang diketuai oleh Tuan Haji Ismail Arifin.
c.       di Kampung Ara payung dan Kampung Teluk Pedang dan mendapati status beberapa puluhan rumah masih belum diiktiraf sebagai sah (tidak bergeran).
d.      Kampung Teluk Pedang sahaja, sekitar belasan rumah yang dibina sejak tahun 1970an belum diberi geran sehingga kini.
e.       Terdapat beberapa rumah kaum India yang tidak mendapat geran walaupun telah mendirikan rumah selama lebih 27 tahun di kampung berkenaan.
f.       Di Kampung Ara Payung, Makcik Rohimah yang telah berada di rumah bersebelahan jalan keretapi sejak berumur 19 tahun dan kini beliau berumur 74 tahun dalam status tanah setinggan.

2.      Hamidah turun Padang –Isu Setinggan
a.       Selepas siri penerangan Pihak Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat (PAS) , pihak YB Dato' Hamidah kelihatan telah turun padang untuk menjengah sendiri penduduk kampung berkenaan[3].
b.      Kenyataan 'penghasut rakyat' yang telah dilabelkan.
c.       Pihak YB hamidah Osman telah mengeluarkan kenyataan tersebut dalam laman pengundisetiasungairapat.blogspot.com yang bertajuk Radhi Zainon Penghasut Rakyat serta keenyataan yang disiarkan dalam Sinar Harian 15 Januari 2012 bertajuk Selesai dalam Tempoh terdekat (halaman 17).

FEBRUARI
1.         Hamidah selinsing seluar tunjuk aurat di Batu gajah[4]
a.         Hamidah melawat pusat banjir di lewat petang sedangkan Ustaz Radzi Zainon meredah banjir dari pukul 10.30 pagi hingga 1.30 petang.

MAC
1.        Pelajar SAR Dihalau UMNO
    1. Pada  Mac 2012 pelajar SAR dipindah ke bawah khemah di perkarangan surau atas arahan Ketua Cawangan UMNO Desa Aman.
    2. Sungai Rapat Online bertarikh 31 Mac 2012, arahan perpindahan ini dilakukan kerana Dewan Orang Ramai tersebut dalam persediaan untuk dijadikan bilik gerakan menghadapi pilihanraya.
    3. Selang dua minggu pelajar tergesa-gesa dipindahkan  semula ke Dewan Orang Ramai.  Isu ini berpunca daripada sikap salahguna harta awam untuk kegunaan politik parti UMNO.

APRIL
  1. Hamidah pandang sepi isu roboh gerai[5]
    1. Isu perobohan gerai Tomyam di Jalan Pengkalan Pegoh pada 24 April 2012
    2. perobohan gerai milik Puan Zam binti Jabar itu a pernah mendapat perhatian Toh Muda OKK Panglima Kinta Seri Amar Seri Amar Bangsa DiRaja Dato' Abd Wahab Bin Dato'Seri Azizul Hassan Orang Besar Jajahan Manjung sehingga Y Bhg Dato' pernah memberi surat  sokongan terhadap rayuan Puan Zam kepada Dato' Haji Roshidi bin Haji Hashim Datuk Bandar Ipoh.
    3. Puan Zam juga pernah memberi surat rayuan kepada YB Datuk Hamidah sendiri berkenaan isu ini.
    4. Rayuan terhadap Datuk hamidah sebenarnya tepat memandangkan Datuk hamidah sendiri pernah menjanjikan dalam cadangan beliau yang disiarkan dalam Sinar Harian bertarikh 17 Oktober 2012 bahawa  beliau akan berusaha mendapatkan tanah seluas 0.8 hektar yang masih berpaya untuk dijadikan kawasan pemindahan peniaga gerai makan di sepanjang jalan berkenaan.
    5. beliau hanya bereaksi dan turun padang selepas penduduk membuat kenyataan akhbar pada 14 oktober 2010.
    6. Menurut Datuk Hamidah juga gerai yang sepatutnya telah runtuh pada tahun 2010 itu hanya selamat untuk seketika, disebabkan peruntukan melebar jalan belum diperolehi.

  1. Lagi tinjauan Setinggan Kg bendera
    1. 21 April 2012 Pusat Khidmat bersama rombongan PAS Kawasan Batu gajah serta Unit Penerangan MTD Sungai Rapat Setiausaha Kerja Lajnah penerangan PAS Negeri Perak turun padang[6].
    2. Saudara Halil, memaklumkan bahawa beberapa jalan penting di kampung tersebut belum disediakan lampu jalan walaupun telah puluhan tahun membuat permohonan.
    3. Penduduk membuat pendawaian sendiri dengan memasang lampu kalimantang di tepi pokok sepanjang jalan. Disebabkan kawasan rumah berkenaan yang gelap dengan hutan kecil dan pokok, menimbulkan kebimbangan beberapa warga emas yang turut menggunakan jalan itu pada awal pagi dan waktu malam.
    4. Kemudahan jalan tar di beberapa jalan di kampung berkenaan juga seolah-olah dinafikan hak.
    5. Beberapa jalan di kampung itu tidak diturap semula atau dibaiki lebih 20 tahun.
    6. Jalan yang turut dilalui oleh bas sekolah turut menghadapi masalah dan ia boleh menjejaskan keselamatan para pelajar yang menggunakan kemudahan tersebut.
    7. Tinjauan kami juga mendapati sistem perparitan di beberapa halaman rumah tidak memuaskan layak wujud pada tahun 1960an
    8.  Menurut beberapa penduduk Kampung bendera YB Dato' Hamidah tidak pernah turun meninjau sendiri

  1. Pemuda PAS Gopeng Desak Datuk Hamidah Debat[7]
    1.  24 APRIL 2012 Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng mendesak YB Datuk Hamidah Osman untuk menyahut cabaran Radzi Zainon (Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat)
    2. Hal ini disebabkan beliau kerap menganggu ceramah-ceramah PAS serta kerap mencabar Radzi Zainon berdebat.
    3. Sinar Harian bertarikh 11 Ogos 2010  " Saya cabar beliau (Radzi) untuk bersemuka dengan saya di atas pentas dan kita panggil penyokong kedua-dua parti akan menilai sendiri malah saya akan jawab segala tuduhan yang dilemparkan kepada saya".
    4. Pihak PAS telah menjawab serta menyahut seruan cabaran pihak YB Dato' melalui kenyataan Sinar Harian bertarikh 14 Ogos 2010.
    5. Sebagai jawapan pihak YB Dato' sendiri telah memilih untuk berdebat di masjid sepertimana disiarkan kenyataannya dalam Sinar Harian bertarikh 17 Ogos 2010.
    6. Radzi telah menjawab cadangan itu untuk berdebat di mana-mana masjid sepertimana kenyataan pihaknya dalam Sinar Harian bertarikh 21 Ogos 2010.
    7. Selepas tarikh 21 Ogos 2010, tiada jawapan balas dari Hamidah.
    8. Tarikh surat debat (register letter) 23 April 2012


  1. Hamidah Osman telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)[8]
    1. Menurut maklumat siasatan SPRM kali ini tertumpu kepada kes tuntutan palsu jamuan makan tengahari oleh Hamidah melalui  Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pada tahun 2008.
    2. Tuntutan jamuan makan tengahari tersebut adalah di dalam bulan Ramadhan, bulan di mana umat Islam diwajibkan berpuasa.

  1. Hamidah hantar utusan untuk mengugut blogger Azizul Nizam[9]
    1. 17.04.12):  ada utusan daripada Hamidah yang datang ke rumah ibu Azizul  untuk berjumpa tempoh untuk datang diberi sehingga jam 10.30 pagi sahaja, jika tidak pihak polis yang akan datang untuk menggari dan menangkap Azizul. 
    2. Laporan polis telah dibuat terhadap Hamidah.
    3. Utusan Hamidah minta Azizul tarik balik posting Rasuah Hamidah disiasat SPRM[10].

MEI
1.      Memorandum kepada Hamidah.
a.       Memorandum bertarikh 4 Mei 2012 ditujukan kepada Dato' Hamidah Osman, Datuk Haji Roshidi Datuk Bandar Ipoh yang disediakan  oleh Penduduk Taman Pegoh Aman.
Antara isi memorandum adalah[11]:
•           Bantahan projek 'bangunan' di Taman Permainan Taman Pegoh Aman.
•           Penduduk berhadapan padang telah membayar RM 1000 semasa membeli rumah     untuk kemudahan padang.
•           Dahulu TNB mengambil sedikit ruang kini bangunan pula dibina 'dipercayai' adalah Sekolah Agama Rakyat.
•           Tidak BERNIAT membantah pembinaan sekolah sebaliknya mohon pertimbangkan alternatif lain agar kepentingan penduduk asal tidak terabai.
•           Mohon adakan sesi dialog dengan penduduk (Datuk Hamidah tidak pernah turun berdialog)

2.      Sidang Media Taman Pegoh Aman
    1. 29hb Mei 2012, sidang akhbar dipanggil di padang Taman Pegoh Aman dan disertai oleh seramai 80 penduduk tempatan. YB Dr Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng), Ustaz Radzi Zainon (Timbalan YDP PAS Kawasan Gopeng), En. Megat Ikmal (Timbalan Ketua Cabang Gopeng) turut bersama penduduk tempatan.

3.      UMNO tuduh Dr Lee
a.       Sinar Harian bertarikh  31 Mei 2012 pula, UMNO yang menggunakan nama penduduk Taman Pegoh Aman telah menyelar YB Lee Bon Chai atas tuduhan menghalang pembinaan Sekolah Agama Rakyat. Lebih melucukan gambar memaparkan wakil penduduk yang dimaksudkan adalah pemimpin UMNO sekitar Pengkalan gate, Pengkalan Pegoh dan Desa Aman bukannya penduduk Taman Pegoh Aman yang terdiri daripada pelbagai kaum.

4.      UMNO Perak Gadai tanah Kubur Islam[12]
a.       21 May lalu, Mediaperak menyiarkan kisah bagaimana Umno Perak menyapu tanah kubur. Tanah perkuburan seluas 25.69 hektar (63 ekar) ini dikenali sebagai Tanah Perkuburan Islam, Kampong Ara Payong, Batu Gajah. Pengistiharan sebagai Tanah Perkuburan Orang Islam telah diwartakan pada 12 Februari 1998.
b.      Tanah Perkuburan Islam Kg. Ara Payong ini diuruskan oleh Qariah Masjid Sungai Terap. Sungai Terap terletak didalam DUN Sungai Rapat.
c.       Keris Properties merupakan sebuah syarikat yang dimiliki oleh bekas ADUN Tronoh dari MCA, Datuk Lee Kon Yin.
d.      Datuk Lee Kon Yin sudah banyak kali mendapat tanah-tanah kerajaan dengan harga yang murah. Pada tahun 2001, Lee Kon Yin melalui syarikat Panglima Bangsa Sdn Bhd telah memperolehi sebidang tanah di Pusing, Batu Gajah, dengan harga yang cukup murah.
e.       Lee Kon Yin pada masa itu merupakan ADUN Tronoh dan juga Pengarah Syarikat Panglima Bangsa Sdn Bhd. Syarikat tersebut telah mendapat satu kawasan tanah kerajaan seluas 2.3 ekar untuk dimajukan.
f.       Tanah yang seluas 2.3 ekar tersebut, sebelum ini merupakan tanah kerajaan yang terdiri daripada dua keping tanah.

JUN
1.      Permohonan Hamidah ditolah Hakim
a.       Pada 1 Jun yang lalu Hakim Datuk Haji Zainal Azman telah menolak permohonan Hamidah bagi membatalkan saman Khalid Samad ke atas beliau atas  tulisan yang mengandungi tuduhan fitnah ke atas Khalid Samad di blog Hamidah http://hamidahosman.blogspot.com pada atau sekitar Januari 2010.
b.      Antara lain di dalam blognya, Hamidah menyiarkan gambar super imposed Khalid Samad Dan beliau juga menulis antara lain "Golongan yang menyokong pengunaan ini terdiri daripada golongan Islam Liberal dan menariknya Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad menyokong kehendak Mubaligh Kristian mengantikan perkataan 'God' kepada didalam Bible kepada perkataan Allah. Kak Midah yakin kekesalan pasti bersarang jauh disudut hatinya dengan keputusan mahkamah ini.[13]"

2.      Tuduhan Hamidah Mereka tidak Sensitif Agama.
a.       2 Jun 2012 pula, Datuk Hamidah Osman melalui Sinar Harian bertajuk 'Mereka Tidak Sensitif agama'
b.      Menyelar pembangkang yang dikatakan tidak menghargai usaha kerajaan negeri membina sekolah agama malah cuba menghasut rakyat berdemostrasi.
c.        Isu tidak menghargai usaha kerajaan tidak timbul memandangkan datuk hamidah sendiri tidak menceritakan kronologi isu sekolah berkenaan secara terperinci bermula isu pengusiran pelajar sekolah berkenaan dari Dewan Orang ramai ke dalam khemah ala pelarian selama 2 minggu.
d.      Datuk Hamidah juga tidak mendedahkan pula kenyataan pihak Sungai rapat Online (web UMNO) yang mengaku bahawa UMNO memerlukan Dewan Orang ramai untuk kegunaan parti UMNO menjelang pilihanraya.

·         16-Jun-12 Edaran book let kenyataan media di Majlis dialog ADUN
·         29-Jun-12 Perjumpaan PR dgn Ibu bapa pelajar SAR
·         18-Jun-12 Video Panas Hamidah halau rakyat
·         29-Jun-12 Edaran Booklet Kenyataan Media

JULAI
1.         Kaunter isu SAR
·         1 Julai 2012 7 Dalil Hamidah bukan pembela SAR
·         1 Julai 2012 Berita Radzi kesal Fitnah Hamidah
·         1 Julai 2012 Video kenyataan Radzi majlis Dialog Ibu Bapa 29 Jun

2.         Hamidah anjur Demostrasi[14]
a.         1 Julai Hamidah mengarahkan beberapa SAR di DUN Sungai Rapat ini untuk ikut sama berhimpun dalam demo mempertahankan SAR Desa Aman.
b.         katanya perhimpunan melibatkan 700 orang mewakili 40 NGO!
c.         Kata Hamidah: Jika Radhi Zainon dan Lee Bon Chye masih berdegil untuk mengganggu pembinaan Sekolah Agama Rakyat maka mereka sanggup bermandi darah kerana mempertahankan Agama Islam adalah wajib bagi umat Islam.

3.         Kaunter isu SAR
·         2 Julai 2012 Design Risalah SAR negeri
·         2 Julai 2012 Video rintihan Rakyat Taman Pegoh Aman

4.         Hamidah Halau Ahli Parlimen Gopeng
a.       16 Jun 2012, Hamidah hadir disatu majlis ramah mesra dan dialog dengan penduduk tempatan anjuran beliau  berkaitan dengan pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Taman Aman.
b.      Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dr. Lee Boon Chye dan Radzi Zainon[15] .
c.   Majlis tersebut sepatutnya merupakan majlis ramah mesra dan dialog, tapi nampaknya hanya untuk mereka yang setuju dengan Umno. Sesiapa yang hendak membantah, dipersilakan balik.
d.   Walaubagaimanapun, dalam sidang medianya, Hamidah menuduh Lee Boon Chye dan Radzi datang untuk mengacau majlis tersebut.

OGOS


SEPTEMBER
1.      Ketua Pemuda UMNO Gopeng didakwa!
a.       25 Sept 2012  Bernama melaporkan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gopeng, Mohd Arlizam Abdul Rahman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen[16]
b.       tuduhan memiliki dan menggunakan dokumen palsu iaitu sekeping surat kuasa bagi sebidang tanah di Kapar, Klang, lima tahun lepas.
c.       Mohd Arlizam, 37, mengaku tidak bersalah (Hakim Asmadi Hussin).
d.       Didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu 'Power of Attorney' bertarikh 21 Mei 2007 di antara penama Liew Woon Foh dan nama tertuduh sendiri bagi sebidang tanah milik Liew yang terletak di alamat GM 781, Lot 4337, Batu 3 3/4, Jalan Kapar.
e.       Mohd Arlizam didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada 21 Mei 2007.
f.        Pertuduhan mengikut Seksyen 474 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

OKTOBER
1.      Hamidah taja Kelab Media Perak ( UMNO )[17]
a.       Dato' Hamidah Osman, bagi pihak kerajaan negeri dan Pelancungan Perak, menyampaikan derma RM30,000 kepada kelab tersebut dalam satu upacara yang diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada 25 Oktober lalu.
b.      Pasukan Kelab Media Perak ini akan bertolak ke Lombok pada hari Sabtu, 3 November 2012 dan kembali pada hari Ahad, 11 November. Pendakian dirancangkan pada 4 November hingg 6 November.


NOVEMBER
1.                  Hamidah ingin tarik hati kaum India.
a.       Hamidah memberi sumbangan kepada  100 orang kaum India yang kurang berkemampuan di sekitar Kampung Ara Payung telah diberikan bantuan kotak berisi  makanan sempena perayaan Deepavali tidak lama lagi[18].
b.      Menurut blogger UMNO Ini membuktikan dakwaan pembangkang bahawa YB Dato Hamidah Osman meminggirkan kaum India adalah salah sama sekali. Sebelum ini Hamidah terkenal dengan penghinaan terhadap kaum India.
c.       Sebelum ini pada 2008, Pengerusi MIC Bahagian Gopeng, M. Krishnan merayu masyarakat India supaya tidak lagi membangkitkan isu berhubung kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Hamidah Osman yang disifatkan menghina kaum tersebut[19].
d.      Hamidah membangkitkan kemarahan masyarakat India di negara ini termasuk Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu apabila bertanyakan kepada Sivakumar sama ada bersetuju dengan peribahasa mengatakan 'kalau jumpa ular dan orang India, bunuh orang India dulu'[20].
d.

DISEMBER
2.      Fiesta Wanita Hamidah tidak laku[21]
a.       Rungutan  daripada orang Batu Gajah termasuk orang Umno dan Blogger Umno tu sendiri pasai program Fiesta Wanita dan Keluarga 2012 yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Dato' Hamidah Osman di Arena Square, Batu Gajah.
b.      Program tersebut berlangsung selama 10 hari bermula 3 hari lalu iaitu 6 Disember hingga 16 Disember 2012. Langsung tak ada orang.
c.       Banner merata tempat dah gantung termasuk banting. Kos beribu ringgit.
d.      Kereta pasang speaker buat hebahan di merata tempat, terdesak tarik orang datang program tersebut.
e.       RM1000 sewa tapak.

3.      Hamidah Paranoid
a.       23 Disember Hamidah Osman Hamidah telah membuat laporan polis terhadap ADUN DAP Pantai Remis, Ngah Kor Meng atas tuduhan mengugut[22].
b.      Ugutan itu menurut Buletin Utama kononnya berkaitan isu pemilikan tanah dua pemimpin DAP Perak di Gua Musang Kelantan.
c.       Hamidah takut kerana DAP ingin saman UMNO kerana fitnah isu tanah di kelantan
d.      Setiausaha DAP Negeri, Nga Kor Ming menafikan ada mengeluarkan perkataan berunsur ugutan kepada Adun Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman pada hari empat Sidang Dun ke-12[23]
4.      Timbalan Perdana Menteri cuba mainkan kaum India Gunung Rapat[24].
a.       Menurut YB V Sivakumar (Tronoh) Sehingga hari ini wang yang dijanjikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk pembinaan bangunan baru SJKT Gunung Rapat masih belum ada.
b.      Muhyiddin janji  RM2.5juta untuk pembinaan bangunan baru SJKT Gunung Rapat pada November 2011 sewaktu berucap di Progaram Pesta Deepavali di Little India, Jalan Lahat, Ipoh.
c.       Tapak baru diluluskan  oleh kerajaan  negeri di Ampang pada bulan Mei 2012.
d.      Datuk Hamidah Osman, Adun Sungai Rapat dan Datuk Veerasingam, Penasihat kepada Menteri Besar Perak telah menyerahkan dokumen geran tanah itu kepada pihak sekolah dan PIBG.
e.       Hamidah janji  bahawa kerja-kerja pembinaan akan bermula dalam tempoh 3 bulan dan bangunan baru itu akan siap bina selepas 1 tahun.



BIL
TARIKH
TEMPAT
PAS
UMNO
1
10 Ogos 2010
Taman Jutaria
YB Dr Mohd Hatta Ramli
Bacaan Yasin selang sebelah rumah, menggunakan pembesar suara yang terlalu kuat
2

1 Feb 2012
Kampung Pisang Pasti Al Munir
YB Nizar, Bob Lokman
YB Rosli Terong dan YB Hamidah Sg Rapat
3
21 Feb 2012
Taman Maju Rapat
Dato' Adnan Ibrahim
Rampas tapak ceramah PAS di padang, PAS tukar tempat ke rumah homestay
4
25 Feb 2012

Changkat Larang
Us Nik Zawawi
Tidak dikenali

5
25 Mac 2012
Kampung Sg Rokam
YAB Nizar , Dr Khairudin
YB Hamidah
6
10 April 2012
Padang Taman Soon Choon
YB Salahuddin, YB Sivakumar
Us Fathul Bari, YB Hamidah
7
23 April 2012



Desa Pakatan
YAB Nizar, Pak Samad, YB Dr Lee Boon Chye, Tim AMK Pusat
Mengadakan majlis makan malam,
bunga api, tarian separa bogel cina, minum arak
8
19 April 2012

Kampung Sg Rokam
Rafizi Ramli, Dr Mujahid
Hamidah cuba ganggu buat bacaan Yasin tepi markaz tetapi PAS ubah tempat
9
30 Mei 2012
Kg Ara Payung, Batu Gajah
Dato' Adnan
Dayangku Intan
AC Mizal, YB Hamidah

10
17 Mei 2012 (Khamis)
Kg Seri Jaya, Batu Gajah
Dr Aziz Bari
Ceramah Nizar Pembohong Bersiri
11
6 Jun 2012
Kampung Pisang
Wan Aisyah dan Laksamana Imran Abd Hamid
Majlis kesyukuran  sempena majlis pecah tanah yang belangsung petang itu hanya 100 meter dari program PAS
12
7 Jun 2012 (Jumaat)
Taman Maju Rapat
Wan Aishah
Ust Huri Alias
Pertandingan Karaoke (anjuran RELA Maju Rapat)
13
10 Jun 2012 (Ahad)
Taman Jutaria, Batu Gajah
Ust Misbahul Munir
Pak Jabit
Baharudin Omar



[2]laporan BERNAMA pada 11 Oktober 2011 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat dianggap oleh Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Hamidah Osman sebagai kawasan pertama di Perak yang mencapai matlamat 'setinggan sifar'.
[10]Perangai Hamidah memang pelik. Bila ada kes rasuah orang hebah beliau akan ugut dan gelabah. Bila dia fitnah DAP ambil tanah di Kelantan dan Nga Kor Meng ingin buat laporan polis, dia hebah mengatakan Nga Kor Meng sedang ugut beliau. Beliau seorang perempuan yang emosi, mengada-ngada dan paranoid dengan kesalahan sendiri- komentar penulis.
[20]Ibid

PENGALAMAN INDAH BERSAMA BN SEPANJANG 2012

Posted: 12 Jan 2013 10:00 PM PST


PENGALAMAN INDAH BERSAMA BN SEPANJANG 2012
Disediakan oleh : Muhammad Nuruddin Bashah (Ketua Unit Penerangan MTD Sg Rapat) 

Diantara 13  isu yang hangat diperdebat sepanjang tahun 2012 adalah;
  1. NFC
  2. Lynas
  3. Penyenaraian FELDA
  4. Daftar Pemilih Kotor
  5. PTPTN
  6. APCO
  7. Undang-undang baru ganti ISA
  8. Royalti Minyak Kelantan
  9. Laporan Audit negara 2011
  10. Isu gaji minima
  11. Scorpene, pendakwaan PM di Perancis, Pembunuhan Altantuya
  12. Utusan, TV 3, UMNO disaman
  13. UMNO-BN Samseng (Rujuk jadual 1)
Walaupun ada ratusan isu sepanjang 2012, tetapi 11 ini adalah 'core' yang diperdebatkan malah ada isu yang disenaraikan diatas sebenarnya rentetan daripada tahun-tahun sebelum ini. Bagi isu ke-12 (Utusan, TV 3, UMNO disaman) penulis telah sediakan kertas kerja nyang lain sebelum ini.
Antara senjata rakyat yang memberi manfaat kepada perjuangan keadilan oleh Pakatan Rakyat adalah penubuhan beberapa NGO/platform/badan  isu yang memberi fokus hanya kepada satu-satu isu sahaja.
  1. BERSIH
  2. NGO Royalti/R (Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan)
  3. NGO R (Sekretariat Mengembalikan Royalti Minyak Teengganu )
  4. Oren
  5. ANAK
  6. HIJAU
  7. ABU
  8. Jingga 13
  9. SAMM/GAMIS/KAMI
  10. SUARAM
  11. Banyak lagi NGO yang telah lama ditubuh tetapi membuat kenyataan yang membantu penerangan Pakatan Rakyat.
JANUARI
1.       Dato' Jamil Khir dikaitkan dengan peminjaman duit zakat untuk membayar kos guaman terhadap DSAI. Jamil Khir  Menteri Di Jabatan Perdana Menteri melalui Bernama menafikan dalam berita bertajuk "Jamil Khir Perjelas Dakwaan Seleweng Wang Zakat". Jamil Khir berkali-kali menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM700,000 bagi menampung pelbagai pembayaran termasuk kos guaman. Bukti seperti dibawah[1]:-
a.       Pertama =  set dokumen daripada MAIWP sendiri termasuk baucer bayaran bernombor 2010B04112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.00. Baucer tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat.

b.      Kedua =  surat daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Dato' Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat (iaitu bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150 yang tercatat di dalam baucer tersebut) digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.

c.       Laporan Ketua Audit = MAIWP hanya memulangkan wang tersebut pada Disember 2010, kira-kira enam bulan selepas peruntukan tersebut disalurkan ke dalam MAIWP. Jamil sembunyikan fakta ini. (Sinar Harian laporan ZULAIKHA ZULKIFLI 12 Januari 2012)
FEBRUARI
1.       Isu BN seleweng STDC RM7.5 juta
d.      Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Amiruddin Hamzah mendedahkan penyelewengan kerajaan BN urus  GLC iaitu Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (STDC).
e.      STDC telah membelanjakan lebih RM8 juta untuk sumbangan, walhal RM7.5 juta tidak diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk pelepasan cukai.
f.        Akibatnya STDC terpaksa juga menjelaskan cukai sebanyak RM3.1 juta di samping denda atau penalti kira-kira RM1 juta, menjadikan jumlah keseluruhan yang terpaksa dibayar oleh STDC di bawah kerajaan PR sekarang ialah sebanyak RM4.1 juta[2].
2.       Imam Hoslan Hussin (bekas Imam Masjid Ar rahmaniyah Kampung Pandan) membaling kasut kepada hakim mahkamah Persekutuan pada 22 Februari 2012. Beliau gesa siasat penyelewengan wang ratusna ribu daripada Masjid berkenaan dan laporan telah dibuat kepada JPM, MAIWP dan Ketua Polis Negara sejak 2006 tanpa ada tindakan.
3.       Daftar pemilih kotor di selangor dikesan[3].
a.       24000 pendaftaran berganda.
b.      15 orang didaftar dalam 1 rumah
c.       7841 pemilih didaftar dengan kod 71 (warganegara lahir luar negara)
MAC
  1. Kerajaan ingin tenteram hati rakyat isu Lynas isytihar sisa akan dihantar ke Australia. (Malaysiakini 1 Mac)[4]
    1. Menteri Perlombongan dan Petroleum Australia, Norman Moore berkata Australia tidak menyokong pengimportan dan penyimpanan sisa radioaktif dari negara-negara lain.
    2. Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai berkata kabinet telah bersetuju dengan cadangan empat menteri supaya sisa dari loji nadir bumi Lynas dihantar pulang ke Australia.
APRIL
1.       300 ditahan, puluhan tercedera apabila Polis mengganas terhadap peserta Himpunan BERSIH 3.0
a.       Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa memohon maaf atas keganasan polis dan mengaku salah laku polis sepanjang BERSIH 3.0. (Sesi soal jawan SUHAKAM dengan Panel  diketuai Naib Pengerusi Suhakam, Dr Khaw Lake Thee dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen dengan ACP Khairi)[5].

2.       Pakatan Rakyat (PR) tegas ingin  menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menukarnya kepada skim biasiswa yang lebih mesra rakyat[6].
a.       Bukanlah menghapuskan terus skim seperti PTPTN kerana menyedari anak golongan­ miskin masih memerlukan perbelanjaan untuk ke menara gading sebaliknya merombak PTPTN semula. (Ahli Parlimen Balik Pulau dari PKR, Yusmadi Yusoff)
3.       Najib umum gaji minima dalam ucapan Hari Pekerja yang disiar dalam web beliau pada 30 April 2012[7].
a.       penubuhan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN)
b.      Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM900 sebulan atau RM4.33 sejam, sementara bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan atau RM3.85 sejam.

4.       Isu Undang-undang Keselamatan 2012[8]
a.       Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan bahawa kuasa menteri yang menjaga hal ehwal dalam negeri terhad dalam Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. (Sinar Harian 10 April 2012)
b.      Rang Undang-undang itu seseorang tidak boleh ditahan disebabkan fahaman dan tindakan politiknya.
c.       Selain rang undang-undang tersebut, Parlimen juga dibentangkan dengan satu akta untuk meminda Kanun Keseksaan (Penal Code) yang memberi kuasa lebih besar kepada pemerintah untuk bertindak zalim terhadap rakyat dengan masukkan  13 kesalahan baru, termasuk[9]:
                                                               i.      Aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen (kertas pindaan rang undang-undang Kanun Keseksaan itu tidak pula dijelaskan takrif atau maksud "aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen)
                                                             ii.      Cubaan untuk melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen
                                                            iii.      Penyebaran maklumat
                                                           iv.      Sabotaj
                                                             v.      Cubaan untuk melakukan sabotaj
                                                           vi.      Pengintipan
                                                          vii.      Cubaan untuk melakukan pengintipan.
d.      Contoh kezaliman Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khsa) 2012[10]
                                                               i.      Seksyen 4-Memberi kuasa kepada polis untuk menahan selama 28 hari tanpa hak untuk dibawa kepada majistret bertentangan dengan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.
                                                             ii.      Seksyen 4- Memberi kuasa kepada polis untuk pasang peranti khas untuk pengawasan. Tiada kuasa kehakiman untuk menyemak sama ada penahanan itu wajar atau tidak. Hak habeas corpus juga dinafikan.
e.      Admisibility of evidence yang longgar:
                                                               i.      Keterangan saksi yang telah mati boleh dipakai,
                                                             ii.      Keterangan kanak-kanak boleh diguna,
                                                            iii.      Senarai geledah boleh digunakan tanpa dokumen bukti,
                                                           iv.      Pengecaman tertuduh dengan gambar boleh diguna,
                                                             v.      Exhibit tidak perlu jika maklumat sensitif
                                                           vi.      Tiada paksaan cara bagaimana maklumat diperolehi,
                                                          vii.      Apa sahaja dihasil komputer boleh diterima sebagai bukti,
                                                        viii.      Keterangan ejen provokasi boleh diterima.
MEI
1.       Kerajaan menyenarai Felda Global Ventures Holding FGVH ke Bursa Saham KL BSKL menimbulkan kemarahan peneroka.
a.       Sebahagian besar daripada kira-kira 23,000 kakitangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dikatakan kini cenderung bersama Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dan membantah penyenaraian syarikat Felda Global Venture Holding (FGVH) di Bursa Malaysia[11].
2.       Daftar pengundi suku pertama 2012 Kotor[12]
a.        Kata Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Eric Majimbun banyak nama meragukan.
b.      Tidak mempunyai nama ibu bapa sehingga menimbulkan keraguan bahawa mereka itu adalah orang asing yang diberi kerakyatan melalui pintu belakang.
c.       JPN  memberi mereka ini kerakyatan sekaligus melayakkan mereka mendaftar sebagai pengundi.
3.       Pada 3 Mei 2012, SUARAM mendedahkan bahawa ia telah mendapat akses penuh kepada kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya.
a.       Suaram ahli International Federation for Human Right (badan hak asasi di Perancis) yang perkenalkan SUARAM dgn peguam yang juga urus isu komisyen/rasuah kapal selam Pakistan, Taiwan. Kerajaan Perancis fokus untuk dakwa rakyatnya sahaja kerana beri rasuah bukan berminat dengan malaysia, Pakistan atau dalaman Taiwan. Tidak ada isu Perancis bantu Suaram guling kerajaan. Tindakan sapina juga tiada obligasi si tertuduh untuk hadirke Mahkamah, tetapi UMNO sudah paranoid kerana mereka memang penerima rasuah[13].

4.       12 Mei 2011 Dewan Pemuda PAS Negeri Johor  membuat laporan polis terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang didakwa sejak kebelakangan begitu ketara mempamerkan sikap prejudis, terhadap Islam antara kenyataannya ialah;
                    Mengaitkan negara Islam sebagai negara teokratik.
                    Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki berlainan muhrim dari bersentuhan.
                    Memprovokasi dan menyindir sambutan Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa tempatan di Kelantan memaksa supaya kedai-kedai di tutup pada Hari Raya.
                    Mengaitkan Islam sebagai punca banyak negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi negara tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipaliti rasuah dan lain-lain lagi.

5.       Isu tuduhan KAFIR kepada TGNA. New Strait Times menyiarkan satu laporan bertajuk "Nik Aziz is father of kafir" (NST 8 Mei)[14].
JUN
JULAI
  1. Kerajaan BN guna pelbagai agensi menghentam SUARAM.
    1. Kaitkan Suaram dengan PKR atas alasan ia boneka PKR. ( Tian Chua, Elizeberth Wong, Sivarasa adalah pemimpin Suaram yang menyertai politik).
    2. Dana asing dalam SUARAM hanya sekitar RM 200 000 bagaimana ia boleh mengguling kerajaan? Jika kerajaan tidak mahu George Soros beri dana kepada NGO tempatan kerajaan perlu beri bantuan kepada NGO untuk hidup sehingga mereka tiada alsan untuk ambil dana asing. Kerajaan malaysia tidak langsung menyumbang untuk NGO hak asasi[15].

  1. Rafizi ditangkap pada 31 Julai 2012[16].
    1. Pengarah Strategi PKR Mohd  Rafizi Ramli didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam 1 Ogos 2012  kerana mendedahkan tiga akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail.
    2. Rafizi didakwa menzahirkan baki akaun peribadi NFC, National Meet and Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Mohd Salleh kepada perunding media Yusuf Abdullah dan Erle Martin Carvalhoe.
    3. Beliau didakwa bawah Seksyen 97, Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia).
    4. Jika sabit kesalahan Rafizi boleh dipenjara tiga tahun atau denda RM3 juta.
OGOS
1.       Sambutan Merdeka seperti sambutan ulangtahun UMNO[17].
a.       Rakyat hambar naikkan bendera.
b.      Sambutan tahun 2012 dipolitikkan[18].
c.       Kehadiran sambutan anjuran kerajaan amat hambar.
d.      Lagu merdeka tajuk Janji Ditepati (Slogan BN) tiada kaitan dengan sambutan kemerdekaan. Laman YouTube, setiap video yang memaparkan lagu ini menunjukkan bilangan pengunjung yang mengundi untuk tidak menyukai (dislike) jauh lebih tinggi berbanding pengunjung yang mengundi untuk menyukai (like) video lagu ini. Susunan melodi cincai dan melulu, lirik menceritakan janji-janji BN[19].
2.       Isu bendera Sang Saka  Melayu[20]
a.       Anak muda yang hadir ke Dataran Merdeka tahun 2012 mengibar bendera Sang Saka Melayu iaitu bendera asal orang Melayu yang juga pernah cuba dipopular oleh PKMM dan Dr Burhanuddin Al helmi.
b.      Aktiviti mengibar bendera ini kelihatan serius berbanding isu seks bebas, arak di malam merdeka oleh kerajaan BN. Malah disamakan aktiviti ini dengan tindakan menunjuk punggung ke gambar Najib serta ingin disiasat dengan Akta Hasutan  dan kanun Keseksaan.
SEPTEMBER
1.       Harga saham FGVH telah jatuh ke paras psikologi RM 5.00 apabila ditutup pada harga RM 4.85 pada 5 September.
2.       Kerajaan menswastakan kerja menyaman rakyat melalui pemasangan AES.
3.       Lesen operasi sementara (TOL) diberikan kepada LYNAS pada 5 September 2012.
4.       Samseng UMNO PERKASA baling kasut kepada DSAI[21]
a.       Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar nyaris terkena balingan kasut oleh kumpulan Perkasa yang hadirmembantah majlis tazkirah Maghrib bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong.
b.      Yang disasarkan ke arah Anwar bagaimanapun, terkena jemaah yang duduk di sebelahnya.
OKTOBER
1.       Isu sumbangan 40 juta
a.       Jutawan balak Sabah Michael Chia pada 2008 ditahan di Hong Kong dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya, sebelum lelaki itu berjaya berlepas dengan pesawat ke Malaysia. Chia ditahan dan didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram. Chia memberitahu penyiasat rasuah Hong Kong ICAC bahawa wang tersebut adalah untuk Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman[22].
b.      wang 'seludup' RM40 juta dari Hong Kong ke Malaysia yang berakhir sebagai 'sumbangan kepada Umno Sabah'.
c.       Langkah Umno Sabah menerima RM40 juta daripada seorang ahli perniagaan, yang didakwa menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong, adalah amalan biasa sesebuah parti politik kerana diterima mengikut prosedur betul, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
d.      Transparency International Malaysia (TI-M) menuntut pihak berkuasa mendedahkan sumber "sumbangan politik" RM40 juga kepada Umno Sabah, yang menyaksikan seorang ahli perniagaan ditangkap ketika cuma menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong. Setiausaha Agung TI-M, Josie M Fernandez berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan yang menyebut "elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan" dalam kes itu.
e.      Najib mengelak dari mendedahkan siapa penyumbang wang RM40 juta itu[23].
2.       MCA hina Islam  lagi.
a.       Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, pelaksanaan hukum hudud di negara ini, dasar yang dihasratkan oleh Pas selama ini, akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan. ( Sinar Harian, Malaysia kini 18 Oktober 2012)

3.       Laporan Ketua Audit Negara 2011. Baru sahaja dibentangkan di Parlimen selepas 2 minggu parlimen bersidang[24]
a.       Laporan Ketua Audit Negara 2011 (LKAN) hanya akan dibentangkan di Dewan Rakyat selepas pembentangan Bajet 2013 pada 28 September2012 .
b.      Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kelewatan Laporan ketua Audit Negara 2011 memberi peluang wakil rakyat untuk membahaskan secara terperinci Bajet 2013.
c.       Kerajaan tidak sanggup menjawab di dalam Parlimen isu Audit 2011.
NOVEMBER
1.       Tan Sri Musa Hasan dan Deepak Jaikishen membuat pendedahan buruk berkenaan Hishamuddin, Najib dan Rosmah (PAU sedang berlangsung)
2.       Isu Daftar Pemilih KOTOR (Kes Parlimen Lembah Pantai)[25]
a.       Sehingga suku 1 tahun 2012, 70,136 pengundi dalam daftar pengundi, hampir 45 peratus tidak diberi alamat lengkap.
b.      Seramai 2,661 pengundi tiada nombor rumah ataupun nama jalan, tetapi ada lokaliti dan daerah mengundi.
c.       Undi pos juga menjadi penyumbang kerana peningkatan 1,500%  daripada 154 pada 2008 kepada 2,227 pada suku ke-3 2012.
3.       BN mainbkan isu DSAI membawa fahaman Pluralisme agama (samarata agama)[26].
a.       isu pluralisma hanya dimainkan untuk mengalihkan pandangan umum terhadap isu kezaliman, rasuah dan penyelewengan yang didiamkan supaya tidak diketahui umum.
b.      Kata DSAI Pluralisma itu ialah menyamakan semua agama. Itu soal akidah. Macam mana saya kata semua agama sama? Saya solat ikut Islam. Saya tidak solat pergi gereja.

DISEMBER
1.       Isu penyelewengan katil hospital[27].
a.       Didedah oleh Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri pada 26 Disember 2012.
b.      penyelewengan peruntukan katil buat pesakit dan hospital baru yang gagal dibina untuk setiap negeri.
c.       Kerajaan sepatutnya menyediakan peruntukan 60,000 katil hospital untuk lebih 28 juta rakyat, tetapi perjanjian itu dilanggar apabila jumlah yang disediakan tidak mencukupi.
d.      Hanya ada 30,000 katil di setiap hospital seluruh negara, iaitu separuh daripada yang diperuntukkan.

Jadual 1
Jadual 1: Kronologi Insiden Keganasan (Jan 2012-Mei 2012)

Tarikh
Acara/Tempat
Insiden
25 Mei
Lembah Pantai
  Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah melaporkan beberapa biji telur dilempar di tangga pejabatnya.
24 Mei
Ceramah Pakatan/ Lembah Pantai
Beberapa individu membaling batu, telur dan botol air ke arah para hadirin mengakibatkan seorang penonton ceramah cedera selepas terkena batu yang dilemparkan dari arah yang tidak diketahui dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis turut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan.
24 Mei
Ceramah Pakatan/ Kuala Kangsar
Terdapat 11 kereta disimbah cat biru semasa majlis ceramah dilangsungkan, termasuk kereta Bekas Menteri Besar Perak yang digulingkan dari kuasanya, Nizar Jamaluddin. Cat itu kebanyakannya disimbah di bahagian lampu depan.
24 Mei
Ceramah Pakatan/ Bangi
 Sekira-kira 30 orang melakukan provokasi termasuk membaling batu dan melontar kata-kata kesat ketika Mat Sabu memberi ceramah di pentas.[1]
20 Mei
Minum Petang bersama Amiga/
Merlimau, Melaka
Dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menjadi mangsa apabila acara minum petang bersama Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga. Salah satu daripada tayar kenderaan ADUN Bandar Hilir Tey Kok Kiew dipancitkan, cermin sisi pecah dan badannya kemik teruk dihentam kumpulan itu.
11 Mei
Pulau Pinang
 Kira-kira 30 anggota kumpulan pendesak Melayu PERKASA melangsungkan "upacara pengebumian" di depan rumah Ketua Menteri Lim Guan Eng di Pulau Pinang bagi menyatakan perasan tidak puas hati terhadap pentadbirannnya sejak 2008.
6 Mei
Pahang
 Ibu Pejabat Keadilan Pahang diceroboh. Pengerusi Majlis Pimpinannya, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata bahawa pecereboh itu bukan berniat mencuri tapi fail, komputer habis dimusnahkan.[2]
2 Mei
Hantar memorandum pada Perdana Menteri/
Putrajaya
 Tiga orang ahli Keadilan iaitu K. Gunasekaran, S. Murali dan Gobalakrishnan telah tercedera akibat serangan yang didakwa diketuai oleh Ketua Pemuda MIC, T. Mohan semasa mereka melawat Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri berkenaan isu kad pengenalan bangsa India di Malaysia.[3]
19 April
Demonstrasi Mansuhkan PTPTN/ Dataran Mederka
Sekumpulan antara 40 hingga 80 samseng berkelakuan biadap apabila menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira jam 2.30 pagi. Mereka berpakaian serba hitam, samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan di samping mensasari terhadap mereka yang membawa kamera dan alat perakam video.
3 April
Pertikaian rumah pangsa Kampung kerinchi/ Lembah Pantai
Protes aman melibatkan seramai 433 bekas penduduk rumah pangsa Kampung Kerinchi, bertukar kecoh apabila sebahagian penduduk enggan mengosongkan rumah mereka. Kekecohan ini juga menyaksikan pelajar kontroversi Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Adam Adli ditumbuk.
26 Mac
Majlis Sambutan Sempena Empat Tahun PemerintahaPakatan Rakyat Selangor/ Stadium Kuala Selangor
 Seramai kira-kira 20 samseng bermotor berkumpul di pagar stadium dan melakukan provokasi kepada hadirin, termasuk membaling objek seperti batu dan botol air ke dalam stadium.[4]
26 Febuari
Ceramah Pakatan/
Felda Lepar Hilir, Gambang, Pahang
Seorang samseng Umno mengacu penumbuk, beberapa inci sahaja dari wajah Nurul Izzah, sebelum sempat dihalang penyokong Pakatan.[5]
26 Febuari
Perhimpunan Hijau, Pulau Pinang
Sekumpulan samseng Umno menaiki pentas acara Himpunan Hijau di Pulau Pinang dan menghambur kata-kata kesat terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Pecerobon tersebut mengakibatkan seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar bahasa Cina cedera dipukul dengan topi keledar.
19 Febuari
Ceramah Pakatan/ Sembrong, Johor
Lebih 100 orang, kebanyakannya remaja belasan tahun, telah melakukan gangguan di sebuah program ceramah DSAI. Mereka turut melempar mercun, telur, botol dan kayu di samping melontar kata-kata kesat ketika DSAIberucap.
vDi samping itu, sekumpulan samseng yang membawa bendera Umno dan BN itu turut memecahkan cermin kereta DSAI dan bertindak ganas menendang bahagian keretanya sehingga kemek.
13 Febuari
Ceramah Pakatan / Alor Gajah
Sekira-kira 20 hingga 30 samseng bermotosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu ceramah tersebut. Malah, sejurus sebelum ceramah bermula, mereka telah menampar seorang lelaki ahli Keadilan yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah.
12 Febuari
Kebebasan Akademik/ Klang
Satu ceramah mengenai kebebasan akademik terpaksa dibatalkan selepas sekumpulan remaja mengganggu majlis itu dan mengepung lokasi sebelum ceramah bermula.
21 Jan
Ceramah ABU/ Shah Alam
Penyokong Umno dipercayai bertindak ganas apabila menyerang orang ramai pada satu aktiviti ceramah ABU (Asal Bukan Umno)-Hindraf, mereka menggunakan kerusi dan juga menggunakan kayu bendera sebagai senjata memukul orang India yang berada di dalam serta di luar dewan. Insiden ini mengakibatkan seorang ahli Kelab Penyokong PAS, Krishnan cedera parah apabila diserang oleh Umno dan dimasukan ke Hospital Pakar Sri Sentosa bagi menerima rawatan.

Disediakan oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat
5 januari 2012


[2] Antara  salahguna sumbangan : Laporan pihak Audit berhubung perbelanjaan tidak wajar dan bayaran yang dibuat tanpa sokongan dokumen sepatutnya cukup banyak. Antaranya ialah sumbangan terhadap Mesyuarat Perwakilan Umno Padang Terap - RM10 ribu (23.01.2007), lawatan Pemuda Umno ke Indonesia - RM10 ribu (14.03.07), lawatan Puteri Umno ke Indonesia – RM5 ribu (18.03.07), sumbangan kepada Umno Kedah – RM200 ribu (19.04.07), sumbangan petugas BN pilihanraya kecil Ijok – RM5 ribu (13.05.07), sumbangan T-shirt dan wang saguhati konvoi Pergerakan Pemuda Umno Padang Terap – RM4 ribu (22.05.07), sumbangan kepada Umno Cawangan Padang Kerasak Naka – RM5 ribu (30.05.07) dan membekal cenderamata untuk perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM26,150.00 (01.01.08).

Pemasangan billboard untum mesyuarat perwakilan Umno Padang Terap – RM10 ribu (01.01.08), sewa khemah dan meja bulat untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahgian Padang Terap – RM10 ribu (16.01.08), membekal kain tudung kepada ahli Puteri Umno – RM20 ribu (03.02.08) dan makan minum untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM21,700.00 (15.02.08).
[3] Perangkaan suku pertama 2012.
[13] Wawancara Harakah dengan Cynthia Gabriel 22 September 2012 yang disiar dalam Harakah bil. 1781
[15] Wawancara dengan Cynthia Gabriel, Harakah 5-7 Oktober 2012. (muka F12)
[20] Usah melatah isu sang Saka, Ahmad lutfi, Harakah 7-9 September 2012 (muka N31)

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan