Pengikut

Nuffnang

Selasa, 23 September 2014

Rembau Hari Ini

sumber :-

Rembau Hari Ini


6 beranak hidup pindah-randah

Posted: 23 Sep 2014 01:44 AM PDT



23 Sep 2014

Rembau: Kesempitan hidup menyebabkan enam beranak yang berpindah dari Alor Gajah, Melaka terpaksa hidup secara nomad dengan menumpang di rumah rakan serta surau sebuah hospital di Seremban sejak sebulan lalu.

Difahamkan, keluarga terbabit hanya membawa beg pakaian dan lebih menyedihkan apabila tiga anak pasangan suami isteri itu juga tidak bersekolah selama sebulan.

Ketua keluarga itu Rahman Ismail, 44, berkata, sebelum ini mereka sekeluarga yang berasal dari daerah ini menetap di Alor Gajah ketika dia bekerja sebagai tukang kebun di rumah seorang doktor.

Menurutnya, dia mengambil keputusan berhenti kerja untuk mencari pekerjaan lebih baik di Seremban dan keluar dari rumah yang disediakan majikannya.

Katanya, nasib mereka sekeluarga sebelum ini mendapat perhatian Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Parlimen Rembau yang menghulurkan bantuan selepas empat hari mereka anak-beranak menghuni surau Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.

Menurutnya, sejak sebulan lalu, kehidupan mereka bertambah sukar apabila dia gagal mendapat pekerjaan dan terpaksa menumpang tidur di rumah beberapa rakan sebelum mengambil keputusan tinggal di surau itu sementara mendapat rumah lain.

Katanya, isterinya, Zaina Sagap, 46, tidak bekerja manakala empat anak mereka sudah bersekolah iaitu Mohd Rashid, 15, Zuria Ladyliana, 14, Siti Nor Azni,12, dan Mohd Khairulnizam, 9.

- Harian Metro

Air najis melimpah ketika banjir

Posted: 23 Sep 2014 01:44 AM PDT




22 September 2014

SEREMBAN - Penduduk di Taman Seri Pagi, di sini tertekan apabila banjir kilat yang berlaku di perumahan mereka, malam kelmarin dipenuhi dengan air bercampur najis.

Tinjaun Sinar Harian ke lokasi kejadian mendapati, terdapat beberapa najis dan air kuning melimpah keluar dari saluran kumbahan taman itu memasuki rumah penduduk sehingga mengeluarkan bau kurang menyenangkan.

Penduduk, Suzi Hamidah Hamzah, 40, berkata, dia yang telah menetap di rumah tersebut sejak 2007 lalu dan sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi, malah kecewa berikutan aduan dibuat selama ini tidak dipedulikan.

Menurutnya, setiap kali hujan lebat, rumahnya akan dinaiki air, bukan sahaja air dari longkang tetapi air kumbahan najis juga sering memenuhi ruang tamu rumahnya.

"Saya sudah tidak larat lagi berkemas, setiap kali hujan lebat pasti air najis ini memasuki kawasan rumah saya dan juga beberapa jiran yang mempunyai kawasan rendah.

"Barang-barang di rumah banyak yang rosak, disebabkan banjir dan bau busuk akibat air najis yang masuk ke dalam rumah. Termasuk tilam semua sudah basah dan berbau. Saya tidak mampu berbuat apa-apa melainkan menjemurnya semula esok hari.

"Takkan kami hendak buang dan beli baru, kerana itu semua perlukan duit. Jadi, pakai sahajalah apa yang ada," katanya .

Menurutnya, lebih memalukan ketika hari raya lalu apabila air kumbahan itu meleleh melalui ruang depan rumahnya.

"Saya malu dengan tetamu yang datang ke rumah, bukan sahaja air kuning meleleh ke rumah, tapi ketulan najis juga ada kala kelihatan.

"Puas sudah suami saya buat aduan kepada pihak berkaitan, tapi ibarat 'mencurah air di daun keladi'. Mereka hanya datang melihat, kemudian terus balik, tanpa membuat apa-apa tindakan," katanya.

Salah seorang penduduk, Zarilah Mohamad, 46, berkata, dia yang telah menetap di rumah berkenaan lebih 20 tahun lalu dan sudah lali dengan kejadian banjir kilat itu.

"Barang perabot di rumah sudah lama tidak bertukar kerana memikirkan ia hanya sia-sia.

"Malah, katil di rumah juga hanya tunggu masa untuk runtuh, disebabkan kayunya reput kesan air banjir," katanya.

Menurutnya, terdapat beberapa taman perumahan berhampiran menggunakan saluran perparitan Taman Seri Pagi untuk mengalirkan air dari kawasan perumahan tersebut menuju ke parit utama.

"Namun, penduduk di Taman Seri Pagi yang menjadi mangsa," katanya.

Bagi Nazrul Naim Abd Latif, 31, pula, kejadian banjir kilat yang disusuli dengan air najis kerap berlaku.

"Apa kami harapkan, pihak bertanggungjawab dapat memperbaiki sistem saliran di kawasan perumahan ini, selain memperbetulkan semula saluran kumbahan yang dilihat tidak berfungsi dengan baik," katanya.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan