Pengikut

Nuffnang

Selasa, 16 September 2014

PAS Negeri Sembilan

sumber :-

PAS Negeri Sembilan


Air paip di berkeladak, keruh di Nilai, N.Sembilan

Posted: 16 Sep 2014 07:31 AM PDT

Adakah kilang Coca Cola di Bandar Enstek, Nilai mengalami nasib serupa?


Air paip di berkeladak, keruh di Nilai, N.Sembilan

16 September 2014 – 'Kami sudah tidak sanggup lagi." Itu keluhan penduduk sekitar kawasan Nilai dan Pajam, di sini yang mendakwa tertekan dengan kualiti sumber bekalan air diterima mereka, sehingga menjejaskan kehidupan seharian.

Bekalan air di kawasan mereka bukan saja keruh, malah lebih merunsingkan apabila ia berkeladak yang dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan dalam jangka masa panjang.

Akibat masalah itu, rutin harian penduduk tidak lagi lancar seperti biasa kerana ada yang terpaksa berbelanja lebih membeli air mineral di kedai bagi kegunaan memasak dan minum.

Penduduk, Hisham Hassan, 43, yang tinggal di Rumah Pangsa Rakyat Pajam, di sini berkata, masalah itu mula membelenggu mereka sejak dua bulan lalu.

"Biasanya pada awal pagi, kita boleh lihat dengan jelas warna air yang keruh dan berkeladak disebabkan semalaman tidak membuka air paip.

"Sebab itu, saya hanya menggunakan air paip untuk tujuan mandi sahaja. Jika mahu memasak dan minum saya, akan beli air mineral sebab saya sendiri tidak yakin dengan bekalan air disalurkan," katanya.

Suri rumah, Ropiazah Abd Aziz, 37, berkata, pada awalnya dia sangkakan masalah air keruh tersebut bersifat sementara kesan dari projek pembinaan longkang berhampiran kawasan perumahannya.

"Kalau baju sekolah anak-anak dibiarkan direndam dengan air paip semalaman, baju berwarna putih akan bertukar kekuningan.

"Malah, jika kita tadah dan simpan air semalaman, keesokannya kita dapat lihat air itu berkeladak. Biasanya waktu awal pagi air agak kuning dan perlu tunggu lama untuk berubah ke warna asal," katanya.

Keluhan itu turut dikongsi seorang pekerja kilang, Mohd Nasir Yusof, 45, yang berharap masalah terbabit dapat diambil perhatian pihak berkenaan berikutan ia melibatkan soal kehidupan rakyat.

"Saya khuatir kualiti makanan disediakan dengan menggunakan air tidak bersih boleh menjejaskan kesihatan kami," katanya.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan