Pengikut

Nuffnang

Rabu, 10 September 2014

PAS Negeri Sembilan

sumber :-

PAS Negeri Sembilan


Pesuruhjaya PAS N.Sembilan desak Menteri Pendidikan letak jawatan

Posted: 10 Sep 2014 03:56 PM PDT


Seremban 11 Sept 2014 - Penundaan peperiksaan UPSR selama 19 hari iaitu dari 11 September 2014 ke 30 September 2014 untuk kertas Sains tidak pernah berlaku dalam sejarah sistem pendidikan di negara ini selepas 57 tahun kita merdeka.

Peristiwa ini telah membuktikan kelalaian pihak Kementerian Pendidikan dalam beberapa aspek iaitu :

1. Tiada pelan kontinjensi yang efektif apabila berlaku kebocoran kertas peperiksaan sehingga ianya terpaksa ditangguhkan selama 19 hari yang melibatkan seramai 473,175 orang calon UPSR.

2. Sistem keselamatan yang amat lemah sehingga soalan peperiksaan yang begitu penting dengan mudah tersebar di media sosial.

Sehubungan dengan itu Tuan Haji Mohamad Taufek bin Abd Ghani selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan mendesak agar Perdana Menteri sendiri campur tangan dan mengambil serius perkara ini dengan mengambil tindakan berikut ;

1. Mendesak Menteri Pendidikan meletakkan jawatan atas kemuncak kegagalan diatas beberapa permasalahan pendidikan negara mutakhir ini.

2. Mendesak pihak polis dan peguam negara segara menangkap dan mendakwa pengkhianat-pengkhianat negara yang menganiaya 473,175 orang pelajar serta ramai lagi guru serta kakitangan Kementerian Pendidikan yang terlibat dalam kes penundaan peperiksaan UPSR ini.


**************

Soalan peperiksaan UPSR bocor

10 Sept. 2014 - Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan mengumumkan kertas Sains 018, 028 dan 038 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dijadualkan esok didapati bocor dan peperiksaannya ditangguhkan.

Dalam satu kenyataan Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan di sini hari ini memberitahu, peperiksaan bagi ketiga-tiga kertas itu ditangguhkan ke 30 September ini.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan siasatan awal pihak lembaga, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.

Sebanyak 473,175 calon menduduki UPSR bermula semalam sehingga esok.

Pembinaan Sekolah Tahfiz Arabic Al-Gontory di Rembau

Posted: 10 Sep 2014 12:23 AM PDT



Sebuah Sekolah Tahfiz swasta akan didirikan di Bongek,  Rembau. Ianya terletak di atas tanah seluas 1.3 ekar tepi Jalan Chengkau-Pulau Mampat hasil sumbangan orang ramai.

Proses penebangan pokok dan meratakan tanah sedang dijalankan pada ketika ini.

Mereka yang ingin menyumbang untuk pembinaan Sekolah Tahfiz di Rembau ini sila dapatkan maklumat lanjut di :

atau salurkan ke akaun berikut;
No Akaun : 562843505815
Nama Akaun : TARB ALGONTORY
Bank : Maybank  

juga menghubungi ;
Ustaz Septian 0132646001
Ustaz Syarifuddin 0133262391
Ustaz Adim Hidayat 0193092025
di Tahfiz Arabic Al-Gontory, Pusat Niaga Astana Alam 3, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor


0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan