Pengikut

Nuffnang

Selasa, 16 September 2014

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Hari Malaysia Mendapat Sambutan Pelbagai Kaum dan Agama Di Sarawak

Posted: 15 Sep 2014 08:11 PM PDT

Pelbagai Kaum dan Agama Menyambut Hari Malaysia Bersama PAS

MIRI - Acara kemuncak Hari Malaysia peringkat nasional di Miri mendapat sambutan di luar dugaan di mana pelbagai bangsa dan agama telah menghadiri makan malam di Eastwood Valley pada malam 15hb September 2014.

Antara pemimpin PAS Pusat yang hadir pada malam tersebut adalah MP Pokok Sena dan Ketua Penerangan PAS Pusat Dato' Mahfuz Omar, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib yang juga mantan menteri besar Selangor dan juga merupakan Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat, MP Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Muslimat PAS pusat, Pesuruhjaya PAS Sarawak Tuan Haji Adam Ahid, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sarawak Mr Yeo Kian Leong dan John Barah pengerusi DHPP Miri serta pemimpin tempatan.

Antara kandungan ucapan yang disampaikan oleh penceramah pada malam tersebut ialah kerajaan Sarawak yang dipimpin oleh rakyat Sarawak sendiri sepatutnya jangan menyalahkan pihak lain yang menyebabkan rakyat Sarawak hidup dalam kemiskinan kerana kekayaan hasil bumi Sarawak sepatutnya dinikmati oleh semua lapisan rakyat bukan hanya dinikmati oleh pemimpin BN serta kroni mereka saja.

Begitu juga dengan masalah ampangan Baram yang akan menyusahkan kehidupan penduduk yang tinggal di kawasan Baram. Menurut John Barah penduduk kampung memerlukan tempat tinggal yang selamat dan sepatutnya pihak kerajaan membina lebih banyak infrastuktur dan kemudahan asas kepada rakyat.


Mr Yeo pula berkata yang masyarakat berbagai kaum di Sarawak boleh menerima PAS sebab PAS bukan parti ektremis tapi yang peliknya mengapa terdapat umat Muslim yang masih takut dengan PAS.  Kebanyakan umat Muslim yang takut dengan PAS sebab ada diantara mereka masih lagi suka berjudi katanya. Semua agama melarang penganutnya supaya tidak berjudi dan minum minuman yang memabukkan. Katanya lagi isu Hudud adalah mainan pemimpin politik yang cuba untuk menakutkan rakyat kepada PAS sedangkan rakyat biasa di Sarawak tiada masalah dengan Hudud sebab katanya lagi perundangan syariah memang sudah ada cuma Hudud adalah sebagai tambahan dalam perundangan jenayah syariah.

Antara lain ucapan pemimpin PAS pusat ialah menyeru agar rakyat Sarawak perlu berani berubah kalau mahu terus maju atau setanding dengan negara lain kerana kalau mereka masih takut untuk berubah, mereka akan terus ketinggalan dari segi infrastrukur dan sebagainya. Mereka juga rasa kesal kerana masih ada lagi rakyat Sarawak yang hidup dalam kemiskinan dan tiada kemudahan asas seperti air bersih yang sepatutnya dapat dinikmati oleh penduduk terutama yang tinggal di luar bandar.

Walaupun tanah Sarawak luas tetapi masih ramai lagi penduduk Sarawak yang masih tidak ada hak milik tanah kekal seperti mana penduduk di Semenanjung.

Pada malam tersebut juga ada pelancaran Tabung Kebajikan UntukMu Sarawak dimana tabung tersebut khas untuk membantu penduduk Sarawak yang memerlukan bantuan.

Kehadiran penduduk berbagai kaum dan agama dalam majlis Hari Malaysia bersama PAS menujukkan bahawa PAS terus mendapat tempat dihati rakyat setelah mereka kenal PAS dengan lebih dekat lagi.

Menurut Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib beliau merasa kagum kerana melihat berbagai kaum dan agama hadir pada makan malam Hari Malaysia anjuran PAS di Miri. Dia tidak menjangka kehadiran berbagai kaum dan agama seperti ini lebih-lebih lagi di tempat yang terdapat ramai majoriti non Muslim.

Semoga PAS akan terus mendapat tempat dihati rakyat pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Multi-Racial and Religious Celebrating Malaysia Day with PAS

MIRI - The highlight of Malaysia Day national level in Miri gets overwhelming response in which the various races and religions attended the dinner at Eastwood Valley on the night of 15th September 2014.

Among the PAS central leaders present on the night is MP Pokok Sena and PAS central information chief Dato 'Mahfuz Omar, Tan Sri Muhammad Haji Mohd Taib, who is also a former chief minister of Selangor and also the Deputy Chairman of Information and the PAS Media Relations, MP Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, Chief PAS Muslimat, PAS Sarawak commissioner Tuan Haji Adam Ahid, Sarawak PAS Deputy Commissioner, Chairman PAS Supporters Congress (DHPP) Sarawak Mr Yeo Kian Leong and John Barah chairman of Miri DHPP and local leaders.

Among the contents of speech delivered by the speaker on the night was the state government led by Sarawakians should not blame the other party that caused Sarawakians live in poverty because of the wealth of natural resources of Sarawak should be enjoyed by all levels of society not only enjoyed by BN leaders and their cronies only .

Similarly, the problem of the Baram dam would be troublesome the life of people who live in the Baram area. According to John Barah villagers need a safe living and supposed to the government build more infrastructure and basic amenities to the people.

Mr Yeo said that people of all races in Sarawak can receive PAS because PAS is not an extremist party but the strange thing is why there are Muslims who are still afraid of PAS. Most Muslims who afraid of PAS because some of them still like to gamble he said. All religions forbid its followers not to gamble and drink intoxicating drink. He added that the issue of Hudud is a play of political leaders who are trying to scare people to the PAS whereas ordinary people in Sarawak have no problem with Hudud because he said there were already Syariah laws, Hudud is only as an adjunct in Sharia criminal legislative.

Among other speech of PAS leaders are calling for the Sarawakians need the courage to change if they want to move forward or on par with other countries because of if they are afraid to change, they will be left behind in terms of infrastructure and so on.

Although Sarawak land is wide but there are still many people in Sarawak who still do not have land titles as the population in Peninsular.

On that night also there launch for you Sarawak Welfare Fund which is a special fund to help the people of Sarawak who need help.

The presence of different ethnic and religious population in the Malaysia Day with PAS showed that PAS continue to get a place in people's hearts when they know PAS more closely.

According to Tan Sri Muhammad Haji Mohd Taib he was impressed to see that the various races and religions attended the dinner organized by the PAS Malaysia Day in Miri. He does not expect the presence of various races and religions like this especially in places that there were non-Muslim majority.

Hopefully PAS continue to get the hearts of the people of various levels of society regardless of race and religion.



0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan