Pengikut

Nuffnang

Selasa, 9 September 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


Boikot Yahudi Hanya hangat-hangat tahi ayam

Posted: 08 Sep 2014 07:04 PM PDT

SHAH ALAM - Rakyat di negara ini disifatkan tidak konsisten dan hanya hangat-hangat tahi ayam dalam memboikot produk yang ada kaitan dengan Israel. Pengerusi Aqsa Syarif, Profesor Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, penindasan rejim Zionis yang sudah mulai reda di Gaza menyebabkan masyarakat kembali membeli barangan yang telah diboikot dahulu. "Masyarakat perlu sedar bahawa Israel tidak akan berhenti daripada terus menjajah bumi Palestin dan tindakan masyarakat yang kembali membeli dan menyokong produk Israel adalah satu tindakan yang mengecewakan. "Untuk membebaskan bumi Palestin, kita memerlukan perjuangan berterusan dalam bentuk sumbangan dan penglibatan dalam kempen boikot," katanya. 


 Menurutnya, kebanyakan masyarakat tersilap dalam mengaplikasikan kempen boikot menyebabkan mereka tidak mampu meneruskannya secara konsisten. "Boikot lebih kepada mewujudkan kesedaran serta kesan jangka panjang selain bertujuan supaya syarikat yang menyumbang secara langsung dan tidak langsung kepada Israel mengubah polisi mereka itu. "Kerana itu, awal-awal lagi kami telah menyeru kepada masyarakat untuk boikot atas dasar kefahaman dan ilmu, bukannya secara emosi. 

    Apabila boikot guna emosi, perkara sebegini yang berlaku. Sesudah berakhirnya serangan, mereka kembali ambil pendirian untuk tidak boikot," katanya. Katanya lagi, mereka yang sedar akan tanggungjawab memboikot akan dapat memastikan penindasan rejim Zionis terhadap penduduk Gaza berakhir.

Pasangan Kembar Nyaris Diculik

Posted: 08 Sep 2014 06:19 PM PDT

AYER KEROH - Sepasang kanak-kanak kembar tahun tiga nyaris menjadi mangsa culik setelah diumpan gula-gula dan cuba dibawa lari dua lelaki bermotosikal ketika pulang dari sekolah di Masjid Tanah, pada 3 September lalu. Dalam kejadian jam 1.53 petang itu, Nur Athirah dan Nur Atikah Saiful Raffeei, 9, berjalan pulang ke rumah mereka di Taman Bidara Permai, kira-kira 75 meter dari sekolah. Sebaik tiba di persimpangan berhampiran rumah mereka, dua beradik itu dihampiri dua lelaki menaiki motosikal dan menawarkan gula-gula kepada mereka. Menurut Nur Athirah, dia terdengar seorang daripada lelaki itu menyebut mahu menangkap mereka, mereka menjadi takut dan lari.


 "Mulanya, seorang lelaki itu sebut, 'sekarang tak ada orang, jom kita tangkap budak ini'. Kami takut dan menangis bila dia datang beri gula-gula. "Lepas itu dia bagi tahu kami jangan lari. Ada orang kedai lihat saya lari dan suruh kami selamatkan diri," katanya ketika menceritakan detik cemas itu kepada Pengarah Pusat Perkhidmatan BN (Pembela BN) Melaka, Amir Hamzah Aziz. Sementara itu, bapa tiri mangsa, Dr Ainul Adzellie Hasnul, 42, berkata, ketika kejadian itu, dia baru sahaja sampai ke rumah dan melihat kedua kanak-kanak tersebut menangis ketakutan. "Biasanya ibu mereka akan hantar dan ambil setiap hari tetapi oleh kerana isteri saya kini menunggu masa untuk bersalin di hospital, jadi mereka pulang sendiri. Kawasan di taman ini biasanya ramai orang lalu lalang. Tidak sangka pula kejadian ini berlaku," katanya.

 Dalam pada itu, Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Aziz turut mengingatkan agar pengawal keselamatan sekolah dapat memainkan peranan lebih bagi memastikan keselamatan murid-murid ketika di pekarangan sekolah. "Kalau boleh setiap kanak-kanak dibekalkan wisel supaya dapat meniupnya sekiranya berlaku kejadian seumpama itu bagi mendapatkan perhatian orang ramai," katanya.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan