Pengikut

Nuffnang

Ahad, 7 September 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


Biar PAS Tentukan Pandangan Politiknya

Posted: 07 Sep 2014 12:56 AM PDT

WALAUPUN PAS berada dalam Pakatan Rakyat dan melalui persepakatan dalam Pakatan ketika mengambil langkah politik tertentu, tetapi tentu ada garis pemisah yang menentukan di mana hak parti komponen Pakatan dalam menentukan sikap politiknya dan di mana bukan haknya. Pelanggaran hak ini sudah tentu akan merosakkan keutuhan Pakatan, kalau benar-benar semua pihak mahu memelihara keutuhan Pakatan Rakyat. Dalam hal ini adalah wajar dan adil apabila Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini merasa kesal kerana, katanya, sejak mutakhir ini banyak berlaku di mana pihak lain cuba mencampuri urusan dalaman PAS khususnya dalam isu Menteri Besar Selangor.
 Lalu beliau mengingatkan semua parti dalam Pakatan Rakyat untuk saling menghormati antara satu sama lain dengan masing-masing tidak terlalu mencampuri urusan parti lain dan jangan melampaui sempadan parti. Menurut pendapat saya, 'sempadan'  di sini ialah berupa garis pemisah, walaupun mungkin begitu halus, tetapi ia tetap sebagai garis pemisah, yang menentukan hak dan bukan hak sesuatu parti dalam komponen parti Pakatan dalam menentukan langkah politiknya sendiri. Pihak manapun yang melanggar garis pemisah dalam menentukan hak politik sesuatu parti dalam komponen bermakna mengundang risiko besar dalam memeliharan keutuhan Pakatan Rakyat sendiri. Saya sangat memahami keluhan Naib Presiden PAS itu terutamanya dalam situasi krisis politik yang melanda Selangor sekarang ini di mana pelbagai tuduhan, andaian dan prasangka dari pebagai pihak tertentu, termasuk media massa yang lebih banyak 'mengkritik' PAS dalam soal menentukan bakal calon Menteri Besar Selangor. 

 Hinggakan ada pihak yang menganggap PAS konon sudah besar kepala, tidak berguna diajak berkawan, angkuh, tidak mengikut keputusan mesyuarat Pakatan dan pelbagai lagi, tuduhan yang tidak benar sama sekali. Bagi pengkritik PAS dan kononnya atas nama pelbagai penganalisis poiltik, pandangan mereka terhadap PAS bukan saja tidak seimbang, penuh dengan prejudis, tiada fakta yang jelas bahkan memandang rendah PAS yang sudah 60 tahun memberi sumbangan dalam arena politik dan demorasi Maysia, jauh sebelum wujud PKR dan DAP. Dalam isu  krisis Menteri Besar Selangor, seingat saya, sejak mula Langkah Kajang dicetuskan oleh PKR, tidak pernah ada pemberitahuan yang jelas kepada PAS  mengapa Langkah Kajang itu diadakan. Yang diketahui semua pihak, secara umumnya, ialah menerusi laporan media bahawa tujuannya ialah hendak menggantikan Tan Sri Abdul Khaid Ibrahim di mana sebab terperinci tidak diketahui. Hinggalah krisis itu berlarutan sampai sekarang di mana PAS digambarkan kononnya tidak sehaluan dalam menenurukan calon MB Selangor dan pelbagai tuduhan serta andaian lagi untuk mengkambinghitamkan PAS. Bagaimanapun sebagai parti Islam ia terus bersabar dan bersabar.

 Tetapi apabila melihat terlalu banyak pelanggaran terhadap hak politik PAS dan memalingkan kesalahan kepada PAS semata-mata kerana kebuntuan krisis politik di Selangor ini, saya kira sangat adil PAS mempertahankan maruahnya. Maka itu, Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini merasa kesal kerana, katanya, sejak mutakhir ini banyak berlaku di mana pihak lain cuba mencampuri urusan dalaman PAS khususnya dalam isu Menteri Besar Selangor. Lalu beliau mengingatkan semua parti dalam Pakatan Rakyat untuk saling menghormati antara satu sama lain dengan masing-masing tidak terlalu mencampuri urusan parti lain dan jangan melampaui sempadan parti.

 "Memang ada benda yang kita bersetuju dan ada benda kita tidak bersetuju. Itu hak parti masing-masing dan kita perlu hormat," katanya kepada Harakahdaily lalu beliau mengambil contoh dalam isu hudud di mana DAP tidak bersetuju dengan PAS dalam isu tersebut. Namun, katanya, PAS menghormati perbezaan pandangan dengan DAP itu dengan menganggap itu hak parti itu. Katanya, PAS menghormati pendirian mereka (DAP) dan kita tidak mengkritik mereka. Beliau mengulas beberapa kenyataan dari rakan pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat yang seolah-olah tidak menghormati perbezaan pendapat dari PAS. Malah kata beliau, terdapat kenyataan seperti mengkritik PAS dan cuba mengajar PAS dalam membuat keputusan khususnya dalam isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu. Bagaimanapun Tuan Ibrahim menasihatkan seluruh ahli PAS agar bertenang dan menyerahkan kepada kepimpinan parti. 

Di antara tuduhan pemimpin PKR baru-baru ini ialah datang dari Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengenai kononya PAS menawarkan jawatan perdana menteri kepada Tengku Razaleigh sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pilihan raya umum ke-13 lalu. Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang lalu menjawab dengan berkata, PKR dan DAPlah terlebih dulu memujuk Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyertai parti mereka, namun ditolak ahli Parlimen Umno itu. "Yang mula-mula berjumpa Tengku Razaleigh, ialah PKR. Bukan kita. PKR jumpa dulu, ajak Tengku Razaleigh masuk PKR. Lepas itu, DAP berjumpa Tengku Razaleigh, ajak Tengku Razaleigh masuk DAP. Tengku Razaleigh 'dok terliur' (tidak berminat) belaka nak masuk dua-dua parti ini," kata Hadi dalam sesi dialog beliau dengan pemimpin dan ahli PAS di Terengganu pada Khamis. Ini pertama kali pertama Presiden PAS menjawab dakwaan pemimpin PKR itu.

 Klip video dialog yang dikhaskannya untuk ahli dan pemimpin PAS di Terengganu tersebut kini disebarluaskan melalui laman sosial termasuk Facebook. Beliau berkata, selepas rakan dalam PR bertemu dengan Tengku Razaleigh, dan mereka gagal, mereka meminta pemimpin PAS pula memujuk Ku Li supaya masuk PAS. "Kita pun pujuklah dia masuk PAS. Dia tak nak masuk PAS juga, dia nak duduk dalam Barisan Nasional. Itulah ceritanya, yang berlaku dan itulah hakikat yang sebenarnya," kata beliau dalam taklimat di dalam dewan terbuka bersebelahan Masjid Rusila. Rafizi mendedahkan perkara itu pada forum berkenaan krisis Menteri Besar Selangor di Kuala Lumpur awal Jun lalu.

Isu MB Selangor : Penjelasan Presiden PAS

Posted: 07 Sep 2014 12:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Berikut adalah antara petikan ucapan dan jawapan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung isu calon Menteri Besar Selangor ketika pada majlis dialog di Dewan Tok Guru di Rusila, Terengganu semalam. 

 1. Kuasa Presiden PAS dalam perlembagaan parti 

 Soalan yang pertama yang mengatakan bahawa pemimpin dimintak hantar dua nama, itu tak betul. Dia minta hantar lebih daripada dua nama. Itu surat daripada istana. Surat tu ditujukan kepada ketua-ketua parti, tak ditujukan kepada ahli-ahli jawatankuasa. Bermakna ketua-ketua parti yang berhak untuk sign (tandatangan) surat tu. Orang lain daripada ketua parti tak boleh tandatangan surat ni. Hebat jugak ni, laku tandatangan ni. Lepas tu, yang keduanya, budi bicara. Kita dalam parti PAS ni sejak dulu, mengikut perlembagaan, Perlembagaan PAS mengatakan Presiden ada hak dia untuk membuat keputusan dalam beberapa perkara yang berkait dengan parti dan ahli-ahli parti, Timbalan, Naib-Naib, ini dia kena dukung keputusan yang dibuat oleh Presiden. Ini perlembagaan parti, mengatakan demikian.
 

Dengan sebab itu, suka nak disebut di sini bahawa sepanjang kita memerintah tahun 1959, memerintah Terengganu dengan Kelantan, terus sampai tahun 1978, sejak saya ikuti dalam Jawatankuasa PAS Pusat dalam tahun 1978, di mana perlantikan Menteri Besar ni tak dirujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat. Presiden parti yang buat keputusan, beberapa orang. Termasuklah bila kita menang di Kelantan tahun 1990, di mana Ustaz Fadzil telefon kat saya, telefon kepada Setiausaha Agung, setuju nak lantik Tok Guru Nik Aziz jadi Menteri Besar, kita lantik terus, hantar surat, Ustaz Fadzil pun sign, Presiden yang sign surat tu, tak perlu rujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat. Begitulah bila kita menang tahun 1995 tahun 1999, menang Terengganu, tak dibuat Mesyuarat (Jawatankuasa PAS) Pusat. Ini diberi kepada pimpinan-pimpinan utama untuk membuat keputusan kerana kita kena sedar memerlukan masa yang cepat."

 2. Sebab kenapa hantar tiga nama

 Mengapa PAS hantar tiga nama sedangkan keputusan mesyuarat suruh hantar satu nama? Keputusan mesyuarat suruh hantar satu nama, PAS mintak nak hantar dua nama, tak boleh, kena hantar satu nama jugak, nak paksa PAS. Kalau hantar satu nama, Sultan nak pilih macam mana, satu saja nak suruh Sultan pilih, hantar satu nama, nak pilih macam mana? Kemudian kita terima surat daripada istana. Istana tulis surat kepada saya, semua parti hendaklah menghantar lebih daripada dua nama. Sultan suruh hantar lebih daripada dua nama, bila suruh hantar lebih daripada dua nama, lebih daripada dua nama ni berapa? Tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh, boleh hantar berapa banyak. 

Kalau kita gi hantar satu nama dua nama, Tuanku tulis surat suruh hantar lebih daripada dua nama, orang kata kita tak reti bahasa. Surat suruh hantar lebih daripada dua nama, itu surat daripada istana, suruh hantar lebih daripada dua nama, kita kena hantar lebih daripada dualah. Jadi PAS reti, orang lain terpulang kepada dia nak hantar satu dua pun. Jadi orang PAS ni nak suruh pemimpin bodohkah? Orang suruh hantar lebih daripada dua, pergi hantar satu nama? Kita pemimpin PAS tak sampai ke tangga tu.

 3. Tolak calon MB bukan sebab perempuan 

 Kemudian perlantikan perempuan sebagai Menteri Besar, adakah sebab ini. Dia nak lantik pemimpin ini banyak syarat-syarat dia. Antaranya pemimpin itu sendiri mesti ada kebolehan, kelayakannya untuk jadi pemimpin. Kalau daripada awal lagi dia tidak ada kebolehan untuk jawab soalan di Parlimen, untuk soal di Parlimen, soal dalam Dewan Negeri, nak berdialog dengan lawan dalam Dewan Negeri pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin? Ini tak boleh. Jadi syarat-syarat ni dah tak lepas, bila tak lepas syarat ni maka tak boleh jadi pemimpin, bukan dengan sebab perempuan dengan sebab lelaki... Jadi, yang sebenarnya, sebab kita tolak calon di Selangor tu kerana tak layak daripada awal-awal lagi, bukan dengan sebab dia perempuan, bukan dengan sebab itu. Tak boleh, tak mampu untuk mengendalikan pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor. Ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga Negeri Selangor. Itu yang sebenarnya. Bukan dengan sebab dia perempuan.

 4. Dukung konsep raja berpelembagaan 

 Kita kena berpegang bahawa Pakatan Rakyat berpijak di atas asas-asas yang termaktub di dalam Perlembagaan (Persekutuan). Yang pertama, mendukung demokrasi. Yang kedua, memegang konsep dan prinsip Islam agama Persekutuan. Yang ketiga ialah raja berperlembagaan. Bukan saja dilihat Islamnya, termasuk raja berperlembagaan. Kita tak boleh buat raja macam tunggul kayu, tidak boleh, peranan raja ada. Tapi ada kalangan puak-puak kita ni nak buat raja macam tunggul kayu, itu tidak boleh, tak boleh, tak izin sekali-kali. Kita tak boleh letak raja ni, huduh macam mana pun, nak buat dia macam tunggul kayu tak boleh, tidak boleh, ini mesti ada peranan dia. Bukan kerana saya fanatik, taksub, tidak. Akhlak kena begitu, terutamanya akhlak kita orang Melayu sebagai orang Islam. Ini kita kena faham. 

 5. TSKI dipanggil mengadap panel Majlis Pakatan Rakyat 

 Diputuskan supaya Menteri Besar Selangor dihadapkan ke dalam panel Majlis Pakatan Rakyat, Majlis Presiden, dibuat malam Jumaat. Saya kata, hari Jumaat saya mengajar. Nak buat malam Jumaat susah, hari Jumaat saya mengajar. Saya baru balik daripada luar negara, baru lagi tinggal kuliah Jumaat pah tu nak tinggal pulak, ini susah. Saya terpaksa pergi ke Kuala Lumpur untuk menjadi ahli panel yang sama, PAS tiga orang, DAP tiga orang, PKR tiga orang. Jadi wakil untuk berdepan dengan Tan Sri Khalid, Menteri Besar Selangor. Daripada PAS Datuk Mustafa Ali, Salahudin Ayub, Naib Presiden (dan) saya. Daripada PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution (dan) Rafizi. Daripada DAP Lim Kit Siang, Tony Pua (dan) Anthony Loke. Berdepan dengan Tan Sri Khalid.

 Dikemukakan soalan-soalan dan beliau jawab soalan-soalan itu. Semua soalan dijawab dan beliau lepas jawab. Jawapan dia lepas. Sehingga tak ada hujah bagi pihak yang menyoal dia. Semua yang hadir bersetuju dengan jawapan-jawapan dia. Didapati dia perlu dibantu untuk menyelesaikan masalah Selangor, itu keputusannya. 

 6. Tubuh parti baru 

 Penubuhan parti baru, ini perkara biasa. Dalam negara demokrasi berparlimen, siapa-siapa dia nak tubuh parti, sila tubuh. Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia berasa nak tubuh parti, sila. Baik dia keluar dia tubuh parti dia sendiri, senang. Tak payah duduk di dalam. Di dalam kalau ada nyamuk seekor tak nyenyak tidur juga kita pun. Itu dia, senang. Nak tubuh parti, sila.

Permurnian JAMAAH dan Muhasabah AHLI PAS.

Posted: 06 Sep 2014 10:02 PM PDT

Mutakhir ini dilihat PAS sedikit bergolak dalamannya. Ahli Pas rata-rata bijak berbicara, berhujjah, berpolitik dan bertelingkah sesama sendiri mungkin disebabkan faktor-faktor tertentu yang menyebabkannya sebegitu. Maka risalah ini sebagai satu usaha mengembalikan kejernihan apabila kita mengenalpasti apakah punca penyakit ini sekaligus dapat merawatnya. Disini disenaraikan 20 perkara itu untuk dikoreksi oleh semua kita AHLI PAS.

 1. AHLI PAS duduk dalam jamaah Islam tapi tidak berjamaah dalam solat. Sedangkan kepimpinan dan jamaah dididik daripada solat berjamaah dan diperolehi keberkatan dengan solat. Falsafah yang bermakna daripada solat berjamaah sebenarnya mendidik dan membentuk jiwa orang Islam dan pejuang yang mantap. Dalam sejarah pernah dikhabarkan bahawa dalam satu peperangan, musuh pernah menyerah kalah kerana melihat tentera Islam solat berjamaah. 


 2. AHLI PAS tidak menghadiri majlis ilmu di surau dan masjid. Walau ada yang mengatakan bahawa kuliah surau dan masjid tidak diajar ilmu haraki, namun ilmu turath dan ilmu Islam fardu ain wajib dihadami oleh ahli. Contoh, kalau disoal kepada ahli Pas secara rawak tentang asas hukum feqah solat, nescaya pasti ada yang tidak mampu menjawabnya. Tapi kalau ditanya tentang hal politik laju saja jawabnya. Faqih dalam agama ada ciri baiknya diri seseorang.

 Sabda Nabi s.a.w., daripada Saidina Umar Al Khattab, ".. من يُردِ اللهُ به خيرًا يُفهِّمْه وفي لفظٍ : يُفقِّهْه وفي لفظٍ من يُردِ اللهُ يهْدِه يُفقِّهْه في الدِّينِ "..barangsiapa yang diinginkan Allah dia menjadi orang yang baik, diberi kefahaman dalam agamanya.." 

 3. AHLI PAS tidak berdampingan dengan ulamak. Mereka kebanyakannya berdamping dengan orang yang jahil dan mendengar pandangan daripada juhala' dalam meneliti sesuatu perkara dan isu. Bukankah ulamak adalah pewaris Nabi s.a.w. Apabila begitu jadinya, maka mereka telah termasuk golongan yang diingatkan Nabi s.a.w. "... فإذا لم يبقَ عالمٌ اتَّخذ النّ َاسُ رءوسًا جُهَّالًا فسُئلوا بغيرِ علمٍ فضلُّوا وأضلُّوا..." "

..Apabila tiada lagi orang alim, manusia mengambil pemimpin jahil sebagai rujukan, lalu mereka ditanya, hal mereka jahil, maka mereka menjadi sesat dan menyesatkan orang lain.." Tuntutan ini bukan kerana individu dan batang tubuh ulamak, tetapi kerana kefahaman dan ilmu agama yang diamanahkan Allah sw.t. ada pada mereka. FirmanNya,  surah Fathir 28, إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ "..Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu.." 

 4. AHLI PAS kurang membaca al Quran malah memahami al Quran dan mengamalkannya amatlah jauh sekali. Ada beranggapan bahawa memahami al Quran tugas ustaz dan ulamak, ini sikap negatif yang tidak sepatutnya ada pada pejuang Islam. Pejuang Islam sandarannya adalah Al Quran dan Hadis. Kalau ini dijauhi, keberkatan perjuangan dan pejuang itu akan lenyap. Lihatlah ikrar pejuang Islam yang sering diungkap, القران هو دستورنا Al Quran itu dustur dan rujukan kami 5. AHLI PAS menjauhi solat subuh dan isyak berjamaah. Sedangkan Nabi s.a.w. mengancam kepada kita bahawa mereka yang terlalu berat solat subuh dan isyak berjamaah seperti golongan munafik. قَالَ رَسُـولُ اللهِ (ص) ﴿ إِنَّ أَثْـقَلَ صَـلاَةٍ عَلىَ الْمُنَافِـقِينَ صَـلاَةُ الْعِـشَاءِ وَصَـلاَةُ الْفَـجْرِ، Dari sahabat Abu Hurairah r.hu dia berkata, bahwasanya Rasulullah saw telah bersabda, "Sesungguhnya shalat yang paling berat bagi orang munafik, adalah shalat isya' dan subuh [berjamaah]." 

 6. AHLI PAS tidak mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. Sedangkan pejuang Islam ialah mereka yang mencintai Nabi s.a.w. sebagai contoh teladan. Mencintai Nabi s.a.w. adalah dengan mencintai sunnahnya. Sabda Nabi s.a.w. عليكم بسنَّتي وسنَّةِ الخلفاءِ الراشدينَ المهديِّينَ بعدي ، عضُّوا عليها بالنَّواجذِ Hendaklah kamu ikut Sunnahku dan Sunnah Khulafa' yang diberi bijaksana dan diberi petunjuk sesudahku. Gigitlah dengan geraham.(berpegang dengan erat) Terutamanya pada zam an fitnah, pejuang Islam yakni Ahli Pas merekalah yang terkedepan dan sepatutnya yang menghidupkan dan mempertahankan Sunnah Nabi s.a.w. 

 7. AHLI PAS banyak melepak. Bukannya salah untuk memasyarakatkan diri dengan masyarakat dan orang ramai seperti berada di warung, kedai mamak dan restoran. Adakalanya kelihatan Ahli Pas masih berada di tempat sebegini sekalipun datangnya waktu solat dan kedengaran azan. Membuang masa itu bukan daripada sifat pejuang Islam. Pejuang Islam sentiasa mengisi masa mereka dengan perkara mulia dan faedah. Firman Allah, Surah Al Asr ِ وَالْعَصْرِ "..Demi Masa!.." Bersambung.... 

Oleh : Alfaqir Ila Robbihi Ust Muhd Najhan Abd Halim Setiausaha Lajnah Penerangan 
DUPP 
6 Sept 2014 / 11 Zulkaedah 1435h. 
Gombak.

Terkejut Dilantik Mursyidul Am PasMa

Posted: 06 Sep 2014 09:55 PM PDT

IPOH – Bekas Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang terkejut apabila nama beliau disenarai sebagai 'Mursyidul Am' Pasma. Malah menurutnya, dia memang tidak tahu mengenai pertubuhan berkenaan yang kini menjadi 'viral' di laman-laman sosial. "Sebenarnya saya dijemput untuk menghadiri satu forum di Shah Alam esok (8 September) bersama ahli panel, (Datuk) Husam Musa dan Dr Mujahid (Yusof Rawa). 

Tetapi lokasi forum berkenaan difahamkan telah berubah ke Dewan Perhimpunan Cina di Kuala Lumpur," katanya. Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Hatta Ramli menafikan penglibatan beliau dalam penubuhan Pasma. "Terima kasihlah lantik saya. Besar jawatan tu, timbalan presiden lagi. Kalau nak letak sangat letaklah mursyidul am terus," katanya secara berseloroh. Ditanya adakah beliau sudah mengetahui akan penubuhan itu sebelum ini kerana namanya disebut antara orang yang membantu membentuk NGO itu, Ahli Parlimen Kuala Krai itu berkata, beliau mengetahui penubuhan Pasma melalui penyebaran sijil daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang diterima melalui aplikasi WhatApps. 

 "Saya tiada kaitan. Isu ini tidak jejaskan saya dan saya yakin orang tidak percaya," katanya. Ketua Pemuda Pas Kedah, Mohd Nasir Zakaria pula kesal apabila namanya dikaitkan dengan Pasma. Mohd Nasir berkata sehingga semalam, beliau tidak menerima surat tawaran menganggotai mana-mana pertubuhan seperti didakwa. "Saya juga tidak tahu siapa presiden Pasma termasuk AJK, malah saya juga tidak tahu matlamat penubuhan atau dasar perjuangannya," katanya.

PasMa Cetusan Baru ??

Posted: 06 Sep 2014 07:41 PM PDT

Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata NGO pro-Pakatan Rakyat itu tidak merancang untuk diperkembang menjadi parti politik untuk menggantikan PAS.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa PasMa mungkin menjadi platform bagi menubuhkan parti serpihan PAS.

ADUN Pengkalan Kundor itu berkata, PsMa ditubuhkan oleh anggota PAS untuk mengukuhkan kerjasama di antara Pakatan Rakyat dengan menganjurkan dialog dan wacana.


"Dengan kata lain, peranan utama kami adalah untuk menyelamatkan Pakatan dari berpecah belah," katanya kepada Malaysiakini.

"Bagaimanapun, politik adalah seni kemungkinan. Kumpulan dan pemimpin yang menyertai forum kami mungkin menimbulkan idea untuk menubuhkan parti baru untuk menggantikan PAS apabila melihat perkembangan baru, contohnya PAS cuba keluar dari Pakatan," katanya.

PasMa mula mendapat perhatian sejak beberapa hari lalu sejak timbulnya spekulasi bahawa satu kumpulan dalam PAS merancang menubuhkan parti baru untuk menggantikan PAS.

Laporan yang timbul setakat ini menyebut, PKR dan DAP merancang untuk menukar NGO tersebut menjadi satu parti baru.

Phahrolrazi berkata, NGO berkenaan juga tidak berniat untuk menggulingkan kepimpinan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan golongan ulama.

"Rangka kerja dalam parti tidak membenarkan kami untuk membincangkan isu sensiti, kami perlu merujuk kepada proses parti jika ingin menjemput sesiapa untuk berbincang.

"Jadi kami lakukan ini di luar rangka kerja parti," katanya.

Isu MB Selangor : PAS Tolak Bersebab

Posted: 06 Sep 2014 07:34 PM PDT

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tentangannya ke atas cadangan untuk mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai menteri baru Selangor bukan disebabkan faktor jantina. Sebaliknya, ia berdasarkan faktor kebolehan presiden PKR tersebut, katanya dalam satu taklimat kepada sekumpulan penyokong parti di Marang semalam. 

 "Kalau daripada awal lagi dia tidak ada kebolehan jawab soalan di parlimen, untuk soal di parlimen, soalan dalam DUN, nak berdialog dengan lawan dalan Dewan Negara pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin?
"Jadi yang sebenarnya, sebab kita tolak calon di Selangor itu kerana tak layak daripada awal-awal lagi, bukan dengan sebab dia perempuan, bukan dengan sebab itu.

 "Tak boleh, tak mampu mengendali pemerintahan kerajaan negeri Selangor. Ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga negeri Selangor. "Itu yang sebenarnya, bukan dengan sebab dia perempuan," kata Abdul Hadi lagi. Rakaman video ucapannya dimuatkan di Youtube. Tanpa menyebut nama Wan Azizah, Hadi dalam taklimat itu ditanya sekiranya PAS enggan menyokong isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu disebabkan presiden PKR itu seorang wanita. 

 Wan Azizah merupakan calon yang diuar-uarkan oleh PKR dan DAP untuk mengantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. Mesyuarat jawatankuasa PAS pusat pada 17 Ogos lalu turut menetapkan nama presiden PKR itu, serta nama timbalannya Azmin Ali sebagai calon untuk dikemukakan kepada Sultan Selangor. Bagaimanapun, difahamkan wakil presiden PAS itu mengemukakan senarai berbeza yang tidak mengandungi nama Wan Azizah dan Azmin.

Isu MB Selangor : PAS juga Berhak Cadangan

Posted: 06 Sep 2014 10:08 AM PDT

KUALA TERENGGANU - Presiden Pas mempunyai kuasa budi bicara untuk mencadangkan nama calon menteri besar daripada parti itu tanpa perlu merujuk kepada Jawatankuasa Pas Pusat. Perkara itu termaktub dalam perlembagaan parti, tegas Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Katanya mengikut perlembagaan parti, presiden ada hak membuat keputusan dalam beberapa perkara berkaitan parti dan timbalan presiden, naib-naib presiden dan anggota perlu mendukung keputusan dibuat oleh presiden.


 Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan seorang pemimpin tertinggi parti yang didakwa mempertikaikan keputusan Majlis Syura menghantar tiga nama kepada Sultan Selangor untuk dipertimbangkan bagi jawatan menteri besar yang ditandatangani Abdul Hadi tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Pas Pusat.

 Pemimpin berkenaan perlu merujuk semula perlembagaan Pas, kata Abdul Hadi kepada pemberita selepas merasmikan seminar Pelaksanaan Syariah Islam di sini hari ini. Pada 26 Ogos lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan ketiga-tiga parti pakatan pembangkang di Selangor menghantar lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.  "Itu amalan parti (Pas) sejak (memerintah) tahun 1959. Bermula tahun 59 itu, saya ikut sampailah memerintah 1964, 1969, 1974, 1978 (di Terengganu dan Kelantan. (Nama calon dicadangkan untuk dilantik menteri besar tidak dirujuk kepada Jawatankuasa Pas Pusat)," kata Abdul Hadi. 

 Berhubung spekulasi penubuhan parti 'serpihan Pas' dikenali Parti Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang dikhuatiri akan menimbulkan perpecahan dalam kalangan anggota Pas, beliau menyifatkan itu perkara biasa dan amalan sebuah negara demokrasi seperti Malaysia. "Itu adalah amalan negara demokrasi, terpulang kepada Pendaftar Pertubuhan sama ada nak terima pendaftaran Pasma, biasalah dalam negara demokrasi ini ada banyak parti politik," katanya. - Bernama

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan