Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 26 September 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


Kabinet Selangor : Pengaruh PAS Dikurangkan

Posted: 25 Sep 2014 07:44 PM PDT

Komposisi barisan Exco Selangor akhirnya terjawab pagi ini apabila Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengumumkan senarai yang baharu dengan mengurangkan kuota Exco Pas. Komposisi terbaru yang diumumkan Azmin menyaksikan jumlah kerusi PKR menjadi empat, diikuti DAP tiga dan Pas tiga. "Kerusi Pas dikurangkan selepas mengambil kira semua pandangan PR semalam," ujar Azmin pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini. Senarai terbaru yang diumumkan Azmin sebentar tadi ialah Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR), Amirudin Shari (PKR), Dr Dorayah Alwi (PKR) juga Elizabeth Wong (PKR).


 Sementara barisan Exco Pas, Azmin mengekalkan nama Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi dengan satu muka baharu, Adun Taman Templer, Zaidy Abdul Talib. Bagi DAP pula, Azmin mengekalkan nama Exco terdahulu iaitu Ean Yong Hian Wah, V. Ganabatirau dengan Datuk Teng Chang Kim. Sebagai 'balasan' mengurangkan kuota Exco Pas, Azmin mengumumkan jawatan Timbalan Speaker yang disandang oleh Nik Nazmi akan diserahkan kepada Pas. Nik Nazmi disahkan meletak jawatan berkuatkuasa hari ini. 

 Semalam, Azmin yang ditemui di perkarangan Istana Mestika memaklumkan bahawa komposisi barisan Exco kekal seperti sebelum ini namun beberapa jam kemudian beliau menafikan perkara tersebut. Dalam pada itu, ketika ditanya adakah pengurangan jumlah Exco Pas itu dipersetujui parti tersebut, Azmin berkata, "ketiga-tiganya ada di istana untuk raptai pagi ini... setuju...." Azmin juga memberitahu, portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu akan dibincangkan dalam masa terdekat.  

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adun pkr dh krg 1 tp blh tmbh exco plk..

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan