Pengikut

Nuffnang

Khamis, 25 September 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


Senarai EXCO Selangor Diumum Esok

Posted: 24 Sep 2014 11:40 PM PDT

SHAH ALAM, 24 SEPT: Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali memaklumkan pihaknya sedang meneliti barisan Exco Selangor yang baru dan memberi jaminan ia akan selesai esok. Katanya beliau akan menghadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok untuk memaklumkan perkara berkenaan sebelum Majlis Angkat Sumpah pada Jumaat ini. MB Azmin"Belum ada (exco baru). Sekarang ini kita sedang teliti barisan exco baru dan disusuli pertemuan kedua petang ini. 


 "Insya Allah kita akan selesaikan proses ini dan pada hari Khamis saya akan menghadap tuanku manakala majlis angkat sumpah pada hari Jumaat. "Kita akan bincang," katanya kepada pemberita di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) setelah memulakan tugasnya sebagai Menteri Besar ke-15 hari ini. Sebelum ini, Azmin memaklumkan bahawa beliau tidak menolak kemungkinan akan berlaku rombakan dalam barisan Exconya. Katanya kedudukan wajah baru pentadbirannya itu akan ditentukan melalui perbincangan bersama pimpinan Pakatan Rakyat.

 Semalam, empat Exco kerajaan negeri daripada PAS masing-masing meletakkan jawatan mereka selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menamatkan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor. Perletakan jawatan mereka berkuat kuasa semalam atas alasan pelantikan mereka sebelum ini adalah atas pilihan Abdul Khalid ketika menjadi Menteri Besar. Selain Iskandar, tiga lagi Exco terbabit ialah Dr. Ahmad Yunus Hairi, Dr. Halimah Ali dan Sallehen Mukhyi.

PAKAR : PR BAKAL PECAH JIKA ADUN HULU KELANG DAN MORIB DILANTIK EXCO

Posted: 24 Sep 2014 11:39 PM PDT

Profesor Datuk Mohamad Abu Bakar berpendapat Pakatan Rakyat kembali berantakan sekiranya dua Adun PAS yang melanggar ketetapan parti dan bersolidariti dengan rakan-rakan PKR dan DAP dilantik Exco.Pensyarah Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya itu berkata PR sewajarnya mengelak mencetuskan pergeseran baru yang hanya akan melambat-lambatkan proses pemulihan krisis perebutan jawatan Menteri Besar. "Ini akan menimbulkan pergeseran sebab mereka yang menentang PAS juga diserap. 

Pertama, kita sedar tindak tanduk mereka menimbulkan kemarahan kepada PAS khasnya Datuk Seri Hadi Awang sendiri. Sekiranya mereka ini diserap jadi Exco, ini tamparan kepada PAS dan keretakkan dalaman Pakatan Rakyat (PR) jadi lebih jelas," tegas beliau. Di muktamar PAS baru-baru ini, Presiden Abdul Hadi Awang membidas Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin hingga menggelar mereka 'barua' kerana menandatangani akuan bersumpah menyokong calon Langkah Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 


 Sejurus perlantikan Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sebagai Menteri Besar baharu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menggesa kuota PAS dikaji semula kerana tidak menyokong Dr Wan Azizah. Persuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad bangkit mempertahankan kuota empat anggota Exco yang diperuntukkan kepada partinya, memandangkan Parti Islam majoriti Melayu itu mempunyai jumlah kerusi yang mengatasi PKR dan menyamai kerusi milik DAP. "Krisis ini sudah berlarutan agak lama, sebarang usaha melaga-lagakan tak menjadi sebab orang dah bosan. Rakyat hanya ingin lihat pentadbiran Selangor kembali pulih, berjalan baik demi rakyat sebab rakyat lebih mementingkan keselesaan, kelancaran kerja, perkhidmatan umum dan inilah ditekankan, bukan soal idealogi, bukan soal kepartian tetapi mereka harus mengurus supaya tidak menjadikan krisis Selangor berpanjangan," jelas Mohamad.

 Pendapat itu turut dikongsi Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Beliau dilaporkan berkata pemilihan dua Adun PAS itu akan memburukkan hubungan antara parti komponen, selain menggambarkan mereka dipilih atas dasar sokongan dan bukan kemampuan. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan parti itu telah menyerahkan senarai nama calon exco PAS kepada Menteri Besar Azmin Ali untuk dipersembahkan ke bawah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, hari ini. Perkenan Tuanku dan jemaah Exco baharu dijangka diumum esok./Selangorkini

PRK PENGKALAN KUBOR CIPTA SEJARAH TERSENDIRI

Posted: 24 Sep 2014 11:36 PM PDT

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya melaporkan peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Kubor adalah amat tinggi dalam tempoh empat jam pertama. PRK-pengkalan-kuborSetakat jam 12 tengah hari tadi, peratusan keluar mengundi mencecah 54 peratus bersamaan 12,945 pengundi. Bahkan dari seawal 10 pagi lagi, seramai 6,618 pengundi sudah melaksanakan tanggungjawab mereka. Menurut SPR, peratusan ini yang terbaik berbanding beberapa PRK lain selepas Pilihan Raya Umum ke-13. Sejumlah 11 pusat mengundi di buka bermula jam 8 pagi menanti 23,929 pengundi sah.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan