Pengikut

Nuffnang

Rabu, 10 September 2014

Jasindaily Online

sumber :-

Jasindaily Online


Air Asia Sedia Ambil Pekerja Buangan MAs

Posted: 10 Sep 2014 02:35 AM PDT

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd, bersedia mengambil sebahagian pekerja Malaysia Airlines (MAS) susulan rancangan Khazanah Nasional Bhd memberhentikan kira-kira 6,000 petugas di bawah pelan penstrukturan semula syarikat penerbangan nasional itu, minggu lepas.
Angka 6,000 orang itu mewakili kira-kira 30 peratus daripada 20,000 tenaga kerja MAS."AirAsia X dan AirAsia semakin berkembang, sudah pasti kami bersedia melakukan yang terbaik untuk menyerap seramai mungkin, dan kami sudah pun (menyerap petugas MAS).      "Kami sudah berkembang daripada 200 pekerja kepada 15,000, dan ramai daripada mereka adalah daripada MAS," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Tony Fernandes kepada pemberita selepas melancarkan kempen "Fill Up and Fly Free" bersama Petronas Dagangan Bhd di sini hari ini.   

   Beliau berkata perpindahan pekerja dari MAS ke kumpulan AirAsia sihat berdasarkan perbezaan pilihan dalam kalangan pekerja syarikat penerbangan, dengan ada antara mereka mahu bekerja dengan syarikat penerbangan tambang rendah berbanding penerbangan premium. Kira-kira 50 peratus pekerja AirAsia pernah bekerja dengan MAS. "Ada pekerja AirAsia berpindah ke MAS dan ia merupakan perkembangan yang sihat memandangkan ada yang mahukan kos rendah dan sebaliknya," katanya. Khazanah Nasional, cabang pelaburan kerajaan, kini memiliki 69.3 peratus saham syarikat penerangan negara itu dan mahu mengambil alih keseluruhan pemegangan dalam MAS susulan tawaran untuk membeli baki ekuiti 27 peratus saham daripada pemegang saham minoriti.      Penstrukturan semula MAS dijangka menelan belanja RM6 bilion. - Bernama

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan