Pengikut

Nuffnang

Khamis, 28 Ogos 2014

Rembau Hari Ini

sumber :-

Rembau Hari Ini


Tuduhan Bawa Masuk Singapura – Ketua Pemuda PAS Rembau bidas kenyataan Menteri Besar N.Sembilan

Posted: 28 Aug 2014 07:02 AM PDT



28 Ogos 2014 Rembau – Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau, Sahrizal Masrudin hari ini membidas kenyataan Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengatakan agenda sulung Pakatan Rakyat sekiranya memerintah Malaysia ialah membawa kembali Singapura menyertai negara ini.

Sahrizal menyeru agar Datuk Seri Mohamad Hasan supaya lihat sendiri apa yang berlaku di Negeri Sembilan khususnya di Rembau pada ketika ini. Siapa yang mempelawa Coca Cola untuk mendirikan kilang terbesar mereka di rantau ini di Negeri Sembilan? Berapa banyak tanah orang Melayu di Rembau yang diambil untuk projek landasan keretapi berkembar yang akan mempercepatkan perjalanan dari selatan termasuk rakyat Singapura ke utara?

Berapa banyak projek perumahan baru di Rembau ini yang tidak mampu dibeli oleh kebanyakan orang Melayu di sini?

Malahan Sahrizal sendiri mendapat banyak keluhan dari orang Rembau akan masalah kenaikan harga barang, masalah harga getah yang rendah, masalah perbelanjaan yang besar untuk pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPT dan 1001 macam lagi masalah yang terdapat di daerah ini di mana Datuk Seri Mohamad Hasan sendiri adalah merupakan Ketua UMNO Bahagian Rembau.

Kenyataan bahawa Pakatan Rakyat akan membawa masuk kembali Singapura seolah-olah hendak mengalihkan isu yang sedang dihadapi oleh rakyat pada ketika ini terutama orang Rembau.

***********************
Pakatan Rakyat mahu bawa masuk Singapura
August 25, 2014

SEREMBAN: Pengerusi Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, adalah tidak mustahil Singapura akan bergabung kembali dengan Malaysia sekiranya perjuangan Umno yang dibanggakan orang Melayu menemui titik noktah dan sekiranya kuasa politik dan pemerintahan negara tidak lagi dimiliki Umno.

"Kita jamin, selepas tiga hari pembangkang menang dan kerajaan baru ditubuhkan, mereka akan mengadakan mesyuarat kabinet pertama.

"Agenda sulung mereka adalah membawa kembali Singapura menyertai negara ini.

Mohamad berkata demikian ketika ucapan perasmian Persidangan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Rembau 2014; bertempat di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, semalam.

Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, penggabungan itu bakal menyaksikan kemasukan 89 kerusi Parlimen yang semuanya tidak menyokong orang Melayu.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan