Pengikut

Nuffnang

Isnin, 25 Ogos 2014

Rembau Hari Ini

sumber :-

Rembau Hari Ini


Apa nak jadi masjid di Rembau, Ahli Majlis Fatwa pun tersingkir?

Posted: 25 Aug 2014 05:31 PM PDT



Dikhabarkan Dato Baharom yang merupakan Tokoh Maal Hijrah N.Sembilan, Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah N.Sembilan, Bekas Kadi Besar Negeri Sembilan telah tidak disenarai lagi sebagai Pengerusi (Nazir) serta Imam di sebuah masjid di REMBAU ! Jika ini benar, ini bermakna apa lagi nak diharapkan jika ulama begini pun disingkirkan, apalah nak diharapkan masjid-masjid lain yang Pengerusi dan Imam nya yang bukan setanding dengan Dato Baharom ini. Habislah masjid-masjid kita !

Bekas hakim dinobat Tokoh Maal Hijrah N.Sembilan
Sinar Harian 19 Dis 2009

SEREMBAN – Bekas hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan yang pertama, Datuk Baharum Hasbullah, dinobatkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Sembilan bagi 1431H/2009M.

Beliau yang kini Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Fatwa negeri berpendapat anugerah diterima sebagai batu loncatan kepada dirinya dalam usaha menjalankan dakwa secara berterusan.

Menurutnya, selain menjalankan urusan keagamaan, beliau masih aktif menyalurkan sumbangan buah fikiran dalam hal-hal perundangan agama Islam.

Baharum dilahirkan pada 14 Jun 1941, di Kampung Astana Raja, Rembau, dan berkahwin dengan Datin Siti Sawiah Sail.

Beliau pernah bekerja sebagai kadi daerah Port Dickson selama lima tahun dan sebagai Kadi Besar Negeri selama tiga tahun sebelum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Ketua Hakim Syarie yang pertama di negeri ini.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan