Pengikut

Nuffnang

Khamis, 28 Ogos 2014

PAS Kawasan Miri

sumber :-

PAS Kawasan Miri


Perlunya Persempadanan Semula DUN dan Parlimen Sarawak

Posted: 28 Aug 2014 02:42 AM PDT

Sarawak Perlu Penambahan Kerusi DUN dan Parlimen

PAS Sarawak ingin memberikan pandangan mengenai kenyataan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, Datu Takun Sunggah untuk memulakan pelaksanaan persempadanan pada bulan Disember, yang terakhir pada tahun 2001 menghasilkan 9 kerusi tambahan. "Kali ini, mungkin ada lebih daripada sembilan (kerusi), atau ia boleh menjadi kurang. Ia semua bergantung kepada SPR, "katanya kepada Utusan Borneo baru-baru ini. Sarawak mempunyai 31 Kawasan Parlimen dan 71 Kawasan (DUN) Dewan Undangan Negeri dan luas kawasan Sarawak ialah 124,449 Kilometer Persegi hampir sebesar semenanjung Malaysia.

SPR akan memulakan persempadanan semula kawasan pilihanraya bagi parlimen dan DUN di seluruh Malaysia bermula awal tahun 2014. Ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu persempadanan bahagian pilihan raya perlu dilakukan setiap 10 tahun sekali berlandaskan kepada keadaan geografi dan topografi sesuatu kawasan, tahap pembangunan, demografi, kemudahan asas dan komunikasi serta kemampuan Kerajaan (Negeri dan Persekutuan) untuk menampung kos yang terlibat dengan penambahan kerusi DUN dan parlimen

Kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri adalah merupakan salah satu daripada tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya seperti yang ditetapkan di bawah Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan. Setiap bahagian pilihan raya harus mengandungi sebilangan pemilih yang tinggal di kawasan yang boleh dikenal pasti.

[Persempadanan semula bahagian-bahagian Negeri Sarawak seperti yang dicatit oleh SPR]
Tahun 1968 P 24 N 48
Tahun 1977 P 24 N 48
Tahun 1987 P 27 N 56 Tambahan P 3 N 8
Tahun 1996 P 28 N 62 Tambahan P 1 N 6
Tahun 2005 P 31 N 71 Tambahan P 3 N 9

Kalau mengikut rujukan diatas, Sarawak memang memerlukan lebih banyak kawasan Parlimen dan kawasan (DUN) Dewan Undangan Negeri yang baru untuk memudahkan pentadbiran dijalankan dengan baik dan lancar. Walaupun penduduk Sarawak tinggal secara bertaburan dan  jauh dari kawasan bandar,  perkara ini perlu dikaji semula untuk memenuhi keperluan penduduk tersebut agar mereka juga dapat menunaikan hak mereka sebagai pemilih.

Kita ambil contoh kawasan DUN Senadin yang mempunyai penduduk yang padat dan pengundi melebihi 30 ribu orang perlu dipisah menjadi dua kawasan DUN.  DUN Senadin yang meliputi kawasan lokaliti Kuala Baram, Senadin, Tudan, Permyjaya termasuk juga kawasan Lopeng, Tanjung Lobang, Luak dan Riam sepatutnya dipisahkan mengikut lokaliti kawasan masing-masing. Lokaliti kawasan Lopeng, Riam dan Luak adalah terpisah oleh DUN Piasau dan DUN Pujut. Kepadatan penduduk di kawasan Lopeng, Riam, Luak termasuk kawasan perumahan baru di jalan lapangan terbang Miri sudah cukup untuk menjadi ianya sebuah DUN baru bagi Sarawak.

Perkara ini perlu diberi perhatian oleh pihak SPR untuk menjadikan kawasan yang ramai penduduk dipecahkan mengikut lokaliti dalam kawasan yang padat dengan penduduk agar memudahkan pihak berkuasa memberi kemudahan asas kepada kawasan tersebut. Mungkin banyak lagi kawasan-kawasan baru bagi DUN dan Parlimen untuk Sarawak dikaji semula sebelum Pilihanraya umum ke-11 yang akan tamat tempohnya dalam bulan Jun 2016.

Dengan penambahan kerusi untuk DUN dan Parlimen akan menjadikan Sarawak mempunyai DUN dan Parlimen terbanyak dalam Malaysia sekiranya perkara ini menjadi kenyataan. Kita mengesa pihak SPR dapat menjalankan tugas dengan amanah dan adil tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik agar rakyat dapat memilih wakil rakyat tanpa sebarang unsur yang boleh memecah belahkan perpaduan dalam negara ini. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk melaksanakan tugas ini dengan berkesan amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Sarawak needs additional of Assembly and Parliamentary seats

Sarawak PAS want to give views on the statement of the Election Commission (EC) states; Datu Takun Sunggah to start delineation exercise in December, the last one in 2001 produced 9 additional seats. "This time, there may be more than nine (seats), or it could be less. It all depends on the EC," he told The Borneo Post recently. Sarawak has 31 parliamentary and 71 (DUN) Legislative Assembly and Sarawak area is 124.449 square kilometers almost as big as Peninsular Malaysia.

The EC will start delineation exercise of constituencies for the parliamentary and assembly in Malaysia in early 2014. It is enshrined in the Constitution of delimitation exercise should be done every 10 years based on the geography and topography of the area, the level of development, demographics, utilities and communication, and the ability of the Government (State and Federal) to cover the costs involved with additional seats Assembly and parliamentary.

A review of the delineation exercise of constituencies for parliamentary elections and the State is one of the responsibilities of the Election Commission as stipulated under Article 113 of the Constitution. Each constituency should contain a number of voters who live in areas that can be identified.

(Delineation exercise of the State as endorsed by the EC]
1968 P 24 N 48
1977 P 24 N 48
1987 P 27 N 56 Additional P 3 N 8
1996 P 28 N 62 Additional P 1 N 6
2005 P 31 N 71 Additional P 3 N 9

If we follow the above reference, Sarawak indeed need more parliamentary constituencies and regions new (DUN) State Legislative Assembly to facilitate the administration carried out smoothly. Although the people of Sarawak live in scattered and far from urban areas, this needs to be reviewed to meet the needs of the population so that they can fulfill their rights as voters.

Take the example of the Senadin constituency with dense population and the voters' more than 30 thousand people have to be split into two constituency areas. Senadin constituency covering localities of Kuala Baram, Senadin, Tudan, and Permyjaya including Lopeng area, Tanjong Lobang, Luak and Riam should be separated according to their area of locality. Lopeng area localities, Riam and Luak are separated by Piasau and Pujut constituency. The population density in the area of Lopeng, Riam, Luak, including new housing area in Miri airport road it is enough to be a new constituency of Sarawak.

These need to be addressed by the EC to make the area a population be divided according to locality in a densely populated area in order to facilitate the authorities to provide basic amenities to the area. Probably a lot more new areas of Sarawak constituency and Parliament need to be reviewed before the 11th general election which will expire in June 2016. With the addition of seats for constituency and Parliament will make Sarawak constituency and Parliament have the most in Malaysia if this becomes a reality.

We urge the EC to carry out their duties of trust and fairness regardless of race, religion and political ideology so that people can choose their representatives without any element that could divide the solidarity in the country.  Cooperation with the relevant authorities to carry out this task effectively is greatly appreciated.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan