Pengikut

Nuffnang

Ahad, 24 Ogos 2014

PAS KAWASAN KUBANG PASU

sumber :-

PAS KAWASAN KUBANG PASU


Tak timbul lagi soal sokong Khalid – Presiden PAS

Posted: 24 Aug 2014 07:54 AM PDT

KOTA BHARU: Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan Majlis Syura sebelum ini menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim memandangkan ketika itu beliau masih lagi ahli KeADILan. "Jadi masalah itu sekarang tidak timbul lagi kerana beliau sudah dipecat partinya," kata Presiden PAS.

Jawatankuasa PAS Pusat 17 Ogos lalu memutuskan PAS menyokong Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid.

Turut dinamakan Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali bagi mengisi jawatan tersebut.
Bercakap pada sidang media bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Institut Pemikiran Tok Guru 18 Ogos lalu katanya, sekarang tidak berbangkit lagi sokongan terhadap Khalid.

Hadir sama Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Speaker Dun Kelantan, Dato' Abdullah YaĆ­kub. Sebelum itu kedua-dua pemimpin tertinggi PAS terbabit mengadakan pertemuan di JKR 10.
"Malah Khalid dilaporkan meng hargai keputusan dibuat PAS," ujarnya.

Mengenai cadangan Majlis Presiden Pakatan Rakyat hanya mencadang nama Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor kata Presiden PAS, Majlis Presiden menghargai pencalonan dibuat PAS menggantikan Khalid.

"Majlis Pimpinan mengambil maklum Dr Wan Azizah dan Azmin diputuskan sebagai cadangan mengisi jawatan menteri besar.

"Sebaliknya Azmin menghormati keputusan partinya, ini maknanya kita serah kepada Sultan untuk putuskan dengan satu nama nama yang diangkat," ujarnya.

Oleh itu kata beliau tidak ada percanggahan dengan keputusan sebelum ini.

Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata, Majlis Presiden Pakatan Rakyat turut menghargai pendirian PAS kekal bersama Pakatan Rakyat.

Ditanya kemungkinan Khalid membubarkan Dun, katanya kuasa membubar Dun hak sultan.

"Kita tidak boleh campur tangan. Kalau tuanku bubar maka kita terima realiti. Namun kita harap tidak berlaku begitu," katanya.

Manakala, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menolak dakwaan PAS sering berubah pendirian. Ini kerana kata beliau perubahan itu berlaku ketika sebelum ada keputusan Jawatankuasa PAS Pusat.

"Dan apabila ada keputusan ia tidak lagi berubah kerana telah dibuat (Jawatankuasa PAS Pusat) dalam bilangan yang ramai," katanya.

Beliau juga menyokong penuh keputusan dibuah JawatAnkuasa PAS Pusat untuk PAS kekal dalam Pakatan Rakyat.

Menurutnya kekal dalam Pakatan adalah perkara paling penting sebagai seorang Islam kerana agama menyuruh supaya berpakat.

"Islam agama tauhid. Tauhid bermakna bersatu dan semasa Rasulullah s.a.w. hidup penyatuan dibuat dengan pelbagai bangsa dan agama yang kita panggil tahaluf siyasi.

"Syukur kepada Allah Taala dengan keputusan dibuat kekal de ngan Pakatan. Saya sokong keputusan dibuat jawatankuasa PAS Pusat," tambahnya.

Keputusan AJK PAS Pusat tidak bercanggah Majlis Syura

Posted: 24 Aug 2014 07:37 AM PDT

Oleh ARIF ATAN 


KUALA LUMPUR: Perubahan status Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam Ke- ADILan menjadikan keputusan Jawatankuasa PAS Pusat 17 Ogos lalu, selari dengan ketetapan Majlis Syura Ulama PAS yang diputuskan 6 Ogos, berhubung isu penggantian Menteri Besar Selangor.

Menurut Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh, parti itu perlu bersama dengan Pakatan Rakyat memandangkan Khalid bukan lagi ahli KeADILan.

"Tidak timbul soal kononnya keputusan AJK PAS Pusat bertentangan Majlis Syura. Pendirian PAS mahu kekalkan Khalid sebelum ini dibuat ketika beliau masih lagi dalam Pakatan Rakyat (ahli KeADILan)," ujarnya.

Sebelum ini, Majlis Syura PAS mahu mengekalkan Khalid sebagai Menteri Besar melainkan wujudnya pelanggaran amanah.

Mengulas lanjut keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Nik Zawawi memberitahu Harakah, Majlis Syura menerima penegasan PAS untuk komited dengan Pakatan Rakyat dalam melaksanakan kerjasama politik Tahaluf Siyasi.

Selain itu, katanya, pihaknya juga akur dengan keputusan satu lagi keputusan supaya empat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Ne geri (Exco) Selangor daripada parti itu akan terus berada dalam kerajaan negeri bagi memastikan khidmat kepada rakyat berjalan lancar.

Berkenaan dua nama pengganti Khalid yang dikemukakan PAS, beliau berkata, parti berhak mengemukakan dua calon, seterusnya terpulang pada perkenan Sultan.

Dalam reaksi awal Ustaz Nik Zawawi 17 Ogos lalu, beliau mengakui keputusan Jawatankuasa PAS Pusat yang menamakan calon lain bagi menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor senada dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS.

Katanya, keputusan sebelum ini yang mahu mengekalkan Khalid telah diputuskan ketika beliau masih lagi ahli KeADILan.

"Kami bukan tolak Khalid. Sekarang ini, apabila dia bukan ahli, maka parti kita (PAS) yang duduk dalam Pakatan perlu bersama dengan Pakatan menganggap Khalid ini bukan lagi calon Pakatan," katanya

Menurutnya, tidak timbul keputusan bercanggah antara Majlis Syura dan PAS Pusat.
"Perkara ini telah pun kita bincang dalam parti dan ia memang tidak bercanggah. Semua pihak bersetuju, Majlis Syura pun bersetuju sebagaimana yang diputuskan," katanya.

Mengulas lanjut, tindakan PAS mengemukakan dua nama sedangkan Ke- ADILan telah menamakan Presidennya seorang sebagai calon Menteri Besar, Ustaz Nik Zawawi berkata perkara itu adalah hak parti itu.

"Itu hak parti masingmasing. Kita (PAS) berhak mengemukakan dua calon jadi kita kemukakan dua calon," katanya.

Sebelum ini, Majlis Syura PAS sebulat suara mahu kedudukan Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar selagi tiada pelanggaran terhadap amanah yang dipegangnya.

Surat terbuka kepada yang berjihad

Posted: 14 Jul 2014 07:42 AM PDT

PERKATAAN jihad, menjadi sebutan di kalangan umum umat Islam sejak zaman berzaman, walau pun ramai yang  tidak memahaminya secara hukum feqah. Kini menjadi lumrah disebarkan oleh media dan menjadi sebutan juga di kalangan bukan Islam, lebih menjadi sasaran media apabila ada kalangan yang mengisytiharkan jihad berperang menentang kerajaan yang ditolak dan mengajak seluruh dunia menyertainya.

Jihad adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang wajib diimani dan dihayati oleh penganut Islam dan sepatutnya difahami dengan betul oleh semua pihak mengikut tasawwurnya, supaya tidak mencalarkan ajaran Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam.

Perlu diketahui bahawa setiap ajaran Islam itu ada feqahnya, bukan hanya perkara ibadat sahaja seperti solat, puasa, haji dan zakat. Maka jihad pun ada hukum feqahnya yang tersendiri.

Feqah bererti kefahaman yang betul, bermaksud diketahui secara ilmu yang sahih dan dilaksanakan dengan istiqamah dan faham terhadap setiap ajaran itu secara menyeluruh dan mendalam. Ianya meliputi cara amalan, syarat, rukun, adab, masa  dan matlamatnya yang dinyatakan oleh sumber utama ajaran islam, iaitu al-Quran, serta dihuraikan pelaksanaannya yang betul oleh Rasulullah S.A.W. dan para ulama yang mendalaminya  di sepanjang zaman dengan cara ilmu yang betul melalui bahasa al-Quran, di mana ada perkataannya yang tidak boleh diterjemah dalam bahasa lain dengan satu perkataan sahaja.

Seperti juga urusan ajaran Islam yang lain, hukum jihad itu ada di dalamnya perkara-perkara dasar yang tetap dan teguh, ada pula yang berkait dengan perkembangan kehidupan masyarakat yang berbeza dan berubah yang  semuanya berada dalam ilmu Allah dan kebijaksanaanya yang penuh rahmat dan adil.

Perkataan Jihad daripada  bahasa Arab, perkataan asalnya,  "al-Juhdu" dan "al-Jahdu", masdar atau nama terbitan daripada perkataan "Jahada". Al-Jahdu berarti masyaqqah, yakni kesukaran atau payah. Al-Juhdu pula bererti "Thoqah", yakni tenaga dan kemampuan kekuatan roh dan jasad, harta dan lain-lain daripada segala nikmat yang ada pada diri. Maka ditambah pula dengan makna yang lebih kuat, dipanjangkan huruf jim, menjadi "jaahada" dan melahirkan nama terbitan "jihad" atau "mujahadah", bermaksud menggemblengkan segala kemampuan daripada nikmat tenaga, diri dan harta dan lain-lain, serta menghadapi segala cabaran, kesulitan, kepayahan dan segala penderitaan dengan sepenuh kesungguhan.

Adapun Jihad mengikut istilah syarak (ajaran Islam) ialah melakukan amalan tersebut di atas bagi menegakkan ajaran Islam yang membawa rahmat dan adil terhadap semua, kerana Allah dengan iman dan ikhlas, sama ada dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara. Jihad ini dilaksanakan sehingga membuktikan Islam sebenarnya adalah al-Din yang terbaik daripada segala ajaran yang lain, sama ada agama atau segala ideologi, teori dan sebagainya. Temanya ialah firman Allah:

"Dialah (Allah) Tuhan yang telah mengutuskan Rasulnya (Muhammad S.A.W), dengan petunjuk dan Din (agama dan cara hidup) yang sebenarnya , supaya menzahirkannya (dengan kemenangan) mengatasi segala ajaran yang lain walau pun dibenci oleh orang-orang musyrikin)"  (Surah Al Sof: 9-10)

Seterusnya dihuraikan oleh ayat-ayat al-Quran dalam surah yang banyak, melalui hukum syariat dan kisah para rasul dan umat terdahulu, serta pelaksanaan oleh Rasulullah S.A.W. yang mendapat bimbingan wahyu dan tarbiyah secara langsung daripada Allah, untuk menjadi ikutan seluruh umat sehingga hari kiamat.

Al-Quran dan hadis menghuraikan segala pendekatan amalan jihad, merangkumi damai dan berperang. Maka jihad itu tidak hanya berperang semata-mata, seperti mana tafsiran para orientalis musuh Islam dan mereka yang diheret oleh tafsiran yang salah ini, sehingga menjadikan perkataan jihad tidak lengkap kalau diterjemahkan dengan peperangan apatah lagi tersasar jauh kalau diterjemahkan dengan perkataan "Holy War". Peperangan hanya salah satu daripada lapangan jihad dan perdamaian pula menjadi lapangannya yang lebih luas.

Allah menyebut kisah semua para Rasul a.s. yang memulakan pendekatan jihad secara aman dan damai terlebih dahulu, menyampaikan mesej dengan hujah yang sepatutnya diterima oleh akal yang baik, walaupun memakan masa yang panjang, untuk memberi hujah dan tempoh yang seluas-luasnya supaya menusia menerima Islam.

Para rasul dan pengikutnya yang beriman diperintah bersabar yang menjadi rukun jihad. Hukuman secara keras, sama ada peperangan atau bencana secara langsung daripada Allah, dilakukan setelah batas kesabaran sampai kemuncaknya dan dirasakan segala kezaliman dan penipuan ajaran yang sesat oleh akal yang sempurna terus berlaku. Semua kisah tersebut bukan sekadar cerita, bahkan wajib menjadi petunjuk kepada Rasulullah S.A.W. dan umatnya sehingga hari kiamat.

Rasulullah S.A.W. menunjukkan pendekatan secara amali (praktikal). Baginda berusaha supaya manusia menerima Islam seramai mungkin tanpa paksaan, kerana paksaan itu tidak membawa Islam yang sebenarnya beriman, budiman dan beramal soleh. Atau memberi peluang bebas beragama dan boleh ditunjukkan apa dia Islam tanpa gangguan. Maka tentangan secara jihad juga dilakukan terhadap gangguan berdakwah mengikut kadarnya, walau pun berperang, tetapi wajib dengan syarat dan adab mengikut batas hukum Islam bagi mencegah kezaliman.

Al-Quran dan hadis juga menunjukkan betapa bersabar dengan teguran berani dan membina, menghadapi kerajaan yang zalim ketika berada dalam satu masyarakat bersama, adalah jihad akbar dengan hadis yang sahih. Menunjukkan bahawa pendekatan jihad menghadapi kemungkaran dalaman masyarakat berbeza dengan menghadapi penceroboh yang menyerang.

Kita wajib mengambil iktibar secara perbandingan, mengapa pendekatan Rasulullah S.A.W. dan generasi awal umat Islam yang berdakwah berjaya  menarik sehingga satu bangsa dan kaum semuanya menganut Islam dalam masa yang cepat. Mengapa kita di zaman kini sangat payah untuk menarik seorang sahaja supaya masuk Islam. Mereka yang masuk Islam di masa damai di zaman awal pula lebih besar jumlahnya.

Perbandingan juga perlu difahami, mengapa berperang jihad Rasulullah S.A.W. dan generasi awal berjaya menjatuhkan kuasa besar dunia Parsi dan Rom, walau pun bala tentera Islam terlalu kecil jumlahnya dan musuh pula berlipat ganda jumlahnya dengan senjata yang berlipat ganda kecanggihannya. Tentera Islam disambut oleh penduduk menjadi penyelamat daripada kezaliman, bukannya sebagai penjajah. Selepasnya rakyat menerima agama Islam tanpa paksaan, sehingga masih ada penganut bukan Islam, gereja, biara dan kuil lama sehingga zaman kini di tengah masyarakat Islam.

Di zaman Khalifah Umar bin Al Khattab, apabila Maharaja Parsi (Kisra Yazdajur) yang berundur di perbatasan timur Parsi menulis surat kepada Maharaja China meminta bantuan bagi menyelamatkan takhtanya dan memberi amaran bahawa China juga berdepan dengan bahaya Islam. Maharaja China yang terlebih dahulu bertanyakan utusan Parsi: "Sifat dan cara orang Islam setelah menawan Parsi". Apabila disebut segala-galanya, Maharaja China membalas bahawa kemaraan Islam dan penganutnya yang  begitu sifatnya tidak boleh dihalang kerana rakyat menerimanya, lalu China mengadakan hubungan damai dengan semua kerajaan Islam dalam sejarahnya.

Bandingkan mengapa amalan jihad secara damai dan perang di zaman awal menjadikan Islam digeruni kerana rahmat dan adilnya, bahkan kedatangan bala tentera bersenjata disambut rakyat menjadi penyelamat bukannya penjajah. Adapun jihad terkini yang diisytiharkan oleh kalangan yang betapa tinggi semangat jihadnya digambarkan dengan wajah yang buruk terhadap Islam oleh kawan dan lebih lagi lawan. Adakah kerana semangat tanpa feqah yang boleh ditembusi oleh bisikan syaitan yang merosakkan amal dan orang yang beramal. Kalau syaitan boleh masuk ke dalam hati dan saf mereka yang sedang solat berjamaah, maka syaitan lebih mudah masuk ke dalam saf mareka yang berjihad tanpa feqahnya.

Contoh yang nyata kepada wajah umat Islam terkini ialah apabila mereka melontar jumrah di musim haji. Umat Islam dahulu melontar mengikut sunnah dengan feqah hajinya, menggunakan batu sebesar hujung jari dengan semangat  melontar syaitan. Kini ada jamaah haji yang melontar kawan sendiri dengan batu besar dan kasut kerana hajinya tidak ada feqah. Maka kalau berjihad tanpa mendalami feqahnya menerima padah amaran Rasulullah S.A.W. yang membunuh dan dibunuh kedua-duanya masuk neraka, bukannya mati syahid.

Percayalah bahawa jihad tetap wajib sehingga hari kiamat, berilmu adalah wajib disertakan dengan feqahnya  bagi mensahihkan amal yang wajib. Benarlah bahawa syaitan lebih mudah menggoda seratus orang lebai yang jahil daripada seorang yang berilmu. Paling bodoh ialah orang merasakan dirinya sudah cukup berilmu segala-galanya.

PRESIDEN PAS

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan