Pengikut

Nuffnang

Khamis, 28 Ogos 2014

N.27 - PAS DUN Sura

sumber :-

N.27 - PAS DUN Sura


ADUN Sura Ziarah Bakal Haji, 1.3 Juta Bakal Banjiri Arab Saudi

Posted: 28 Aug 2014 08:06 AM PDT

DUNGUN 28 Ogos 2014- Bermula 24 Ogos, Ahad baru-baru ini, ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik memulakan ziarah bakal haji yang akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
 
Seramai hampir 30 orang dikenalpasti bakal bertolak ke tanah suci bermula semalam, 27 Ogos. Kunjungan dari rumah ke rumah bakal haji ini dapat mengeratkan hubungan selain mengenali lebih dekat rakyat di kawasan yang diwakilinya.
"Dengan kunjungan singkat ini dapatlah mengenali dengan lebih dekat sesama kita di samping mendengar permasalahan semasa yang dihadapi, " ujar beliau selepas mengunjungi salah seorang bakal haji di Kampung Bukit Chatak.

"Apapun saya mendoakan semoga semua bakal haji dikurniakan kekuatan dan kesihatan yang baik sepanjang mengerjakan ibadah haji ini seterusnya beroleh haji mabrur, insyaAllah," akhiri beliau sebelum singgah ke rumah bakal haji berikutnya.

Sementara itu, Arab Saudi dijangka menerima seramai 1.3 juta jemaah dari seluruh dunia pada tahun ini dengan negara Asia Selatan akan menghantar jemaah terbesar iaitu 410,000 orang dan diikuti dengan negara Arab seramai 250,000 orang.

Kenyataan yang dipetik Arab News memberitahu Kementerian Haji Arab Saudi memaklumkan, kira-kira 228,000 jemaah adalah terdiri dari negara Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia.

Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci tahun ini dijadualkan 27 Ogos, manakala penerbangan akhir 27 September, yang melibatkan seramai 22,320 orang Jemaah haji. 


Kumpulan pertama seramai 450 jemaah haji Malaysia bagi musim 1435 Hijrah ini tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohamad Bin Abdulaziz pada 9 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia) Rabu.     

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan