Pengikut

Nuffnang

Ahad, 24 Ogos 2014

Landskap Siasah

sumber :-

Landskap Siasah


Pemuda PAS Kedah tekad perjuang Isu GAZA!

Posted: 24 Aug 2014 06:42 AM PDT


Suasana ini muncul di penghujung Muktamar Dewan Pemuda PAS Kedah kali ke 48 baru-baru ini di Merbok. Inilah sikap dan tekad yang diwarisi pemuda sejak isu penindasan Palestin diperjuang oleh ramai ulama' dan pemimpin PAS zaman berzaman....

 Isu Palestin umpamanya, adalah isu yang telah lama diperjuangkan PAS sejak penubuhannya sehingga ke hari ini. Kesungguhan PAS membawa isu Palestin sehingga ada pemimpin PAS yang ditahan oleh British seperti Prof Burhanuddin Al-Helmy dan oleh kerajaan Malaysia sendiri dalam bantahan anti-kriket Israel dimana menyaksikan Dato Mahfuz Omar dan Haji Salahudin Ayub di penjarakan kerana mempertahankan prinsip ummat Islam Malaysia. 

Apa makna gerakan pemuda yang dinamik - Suhaizan Kayat

Posted: 24 Aug 2014 06:39 AM PDT


Apa makna gerakan pemuda yang dinamik - Suhaizan Kayat

Ucapan Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Kedah tahun ini kelihatan kena pada saatnya apabila Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia mengupas isu 'gelagat organisasi' dengan baik sekali.

Muktamar kali ke -48 ini diadakan di Pusat Tarbiah Islam Merbok,Pengkalan Kakap,Merbok.

Selaku 'pendatang baru' ke bumi Kedah walaupun dilahirkan di bumi Sungai Petani, penulis meneliti ucapan perasmian oleh Saudara Suhaizan Kayat dengan penuh minat.

Mantan pensyarah universiti yang dibuang kerja seusia 29 tahun ini seolah-olah menyabung ucaptama Ketua Dewan Pemuda Kedah YB Ustaz Nasir Zakaria yang menggariskan keperluan menyusun kerja secara dinamik dan anjal dengan pekerluan madu' anak muda. Juga Ustaz Nasir menekankan keprrluan bangkit selepas terpana dengan kekalahan kejatuhan kerajaan PAS Kedah pada PRU yang baru berlalu.

Saudara Suhaizan yang cukup mesra alam dengan anak muda serta tenaga pemuda akar umbi menekankan konsep pengurusan yang anjal serta efisyen. Pengurusan sebuah tapak perumahan tidak sama dengan pengurusan membina sebuah sahaja rumah. Pengurusan sebuah rumah juga jauh beza daripada pengurusan membina reban ayam. Begitulah analogi mudah tetapi tepat yang dilontar beliau kepada hadirin perwakilan dan pemerhati.



Kekuatan PAS adalah pengurusan tradisi yang telah berakar umbi dalam PAS. Namun bergerak dengan masa pengurusan PAS perlu efisyen dengan perubahan anak muda yang menyertai. Dalam keghairahan pemuda bekerja siang malam memenangkan parti dan jamaah, sebenarnya ramai yang tidak menyedari bahawa pemuda PAS tiada pengurusan sumber manusia yang teratur. Hal ini dikatakan oleh beliau menyebabkan kita teraba-raba siapakan pemimpin pelapis walaupun kita memiliki sistem pengkaderan, sistem penapisan pelapis. Konsep-konsep on job training, konsep penambahan skill kepada pemuda adalah antara rencah utama dalam konsep gaya pengurusan sumber manusia.





Suhaizan juga menegur pemuda yang hanya tahu bertanya di mana pemuda PAS dalam isu itu dan ini. Sedangkan si penanya perlu bertanya di mana mereka semasa PAS bekerja siang dan malam. Ramai yang masih diuliti kesedapan bekerja dalam jawatan hebat menyebabkan tidak mahu memberi komitmen sebenar dalam perjuangan. Isu komitmen atau dalam bahasa arabnya iltizam dijelas lengkap dalam Kitab Aafat A'la Thoriq (Wabak Sepanjang Jalan) Jilid 2 oleh Dr. Syed Muhammad Noh. Para pemuda wajar memiliki buku ini dan diperbahas dalam majlis tarbiah.



Walaupun bukanlah hujah ini menyeru agar kesemua pihak meletak jawatan semberono, namun Suhaizan berkata pengalaman dirinya membuktikan dengan dipecat seawal usia 29 tahun beliau mampu hidup bernafas sehingga kini dan Ketua Pemuda PAS ini juga terkenal dengan tabiatnya yang suka bergerak dalam ceramah dan sebagainya dengan menggunakan pengangkutan awam.

Suhaizan selaku pengamal ilmu teknikal juga membahaskan isu tarbiah dan engurusan yang dinamik. Beliau cuba mengupas istilah yang kerap dijadikan retorik ucaptama ini secara bersahaja. Dinamik katanya adalah suatu pergerakan bebas yang terkawal dalam sesebuah sistem.

Dari aspek mekanikal, dinamik adalah cabang ilmu mekanik yg berkaitan dgn daya dan hubungannya dgn gerakan jasad.

Dari aspek storan dinamik(dynamic storage)bermaksud storan komputer yang perlu dicas atau disegarkan semula berulang kali untuk mengelakkan data yang dipegangnya luput.

Pemikiran yang dinamik akan menghasilkan kaedah membuat keputusan yang tepat, melahirkan idea yang kreatif, tidak jumud dan mempunyai objektif yang jelas.



Individu yang dinamik seperti yang dinyatakan dalam Kamud Dewan Bahasa adalah individu bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan: pem­bangunan masyarakat yg lebih.

Pada pandangan penulis, tarbiah (pendidikan) yang dinamik dalam pemuda PAS pelru diadakan bengkel khas, diwacana daripada pusat sehingga akar umbi, jika tidak ia akan terus berretorik dan mengindahkan tulisan ucaptama para pemimpin saban tahun.

Muhammad Nuruddin Bashah
Timbalan Ketua Penerangan DPPNK
2014


MAS dan Syariah adakah tiada keserasian?

Posted: 24 Aug 2014 06:00 AM PDT

MAS dan Syariah adakah tiada keserasian?
Muhammad Nuruddin Bashah
Aktivis Gerakan Sokong Syariah (GESA)

Mengulas isu syariah dalam MAS seolah mencurah air ke daun keladi. Juga umpama tiada kaitan langsung sebuah syarikat penerbangan terkemuka dengan perkara yang kita namakan sebagai syariah Islam.

Menyediakan kemudahan berasas Islam bukan sekadar kemudahan surau, penyediaan tempat berwuduk, menyediakan maklumat waktu solat dan arah kiblat, ia besar daripada itu. Hal -hal seperti kibat dan surau jika itu dianggap telah melaksanakan syariah terserlahlah bahawa agama rasmi persekutuan ini hanya sekadar aama ritual semata-mata.

Sedangkan kemungkaran dan ketidakselarian perlaksanaan kerja dengan SOP syariah masih berlaku. Hal inilah yang masih diwacanakan baik secara ilmiah mahpun emosi di kalangan rakyat Malaysia.

Penulis suka untuk memetik tulisan Haji Subky Latif bertajuk Tragedi MH 17: Pesawat Guna Laluan Biasa dalam kolum beliau dalam Harakah baru-baru ini. Kata beliau apabila mengulas beberapa aspek berkenaan tragedi ini ialah ,

" Setiap yang Islam itu hidup mesti diiringi oleh unsur dakwah. Orang yang menggunakan MAS patut terasa ada keselesaan yang disebabkan oleh Islam. Tetapi MAS tidak pernah membawa lambang Islam itu selain daripada menunjukkan arah Mekah di mana sahaja ia terbang. .... Saya pernah menimbulkan pengedaran arak dalam MAS di masa masa lalu. Ketika MH 370 hilang empat bulan lalu saya ada sebutkan kecelakaan itu juga antara gara-gara menghidangkan arak....Reaksi saya ialah MAS tidak belajar daripada laknat yang menimpanya bulan lalu.Arak itu bukan laknat kepada kaki botol itu sahaja, ia laknat bagi penanam anggur untuk buat arak, pengilang, pengedar, pelayan termasuk syarikat penerbangan yang menghidangkannya secara percuma atau berbayar..."

Itulah kata-kata keras muktamad daripada Haji Subky yang kiranya boleh penulis anggap mentor penulisan pojok yang penulis kagumi. Mungkin beliau hanya menulis pojok bukannya kenyataan media yang rasmi bagi pihak Parti PAS atau NGO. Tulisan beliau tidak dikritik dan susuk beliau tidak dicerca oleh masyarakat sekular yang 'berbulu' apabila arak dan aurat serta mana-mana aspek syariah dikaitkan dengan MAS suatu badan korporat yang bukan bersifat keagamaan pada mereka.

Namun berbeza apabila Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah mengulas tragedi ini dengan kemurkaan Allah akibat nasihat arak dan aurat yang tidak diambil endah oleh kerajaan serta pihak pengurusan MAS. Beliau bernama Tarmizi Sulaiman dihentam keras oleh ramai pihak.

Antara intipati tulisan beliau adalah ;

  • Apabila pada bulan Mac kita dikejutkan dengan tragedi kehilangan pesawat MH370 yang lesap begitu sahaja, kini pesawat MH17 pula yang dilaporkan terkena tembakan 'syubhah' sama ada pihak Rusia mahupun Ukraine yang tidak mengakui kesilapan menembak pesawat yang memuatkan lebih 200 penumpang awam.Dalam tragedi dan musibah yang berlaku ini perlunya pihak kerajaan Malaysia dan MAS melihat unsur kemurkaan Allah yang berada dalam perut pesawat-pesawat MAS yang mewakili syarikat penerbangan sebuah negara umat Islam.
  • Dengan hidangan arak yang tidak pernah cuba dihapuskan, malah aspek aurat serta pakaian yang terkeluar daripada landasan syarak juga tidak diendahkan.Menaiki pesawat MAS tidak membawa para penumpang merasai bahawa pesawat ini dikendalikan oleh sebuah negara yang saban tahun menganjurkan musabaqah al-Quran malah menjadi johan saban tahun dalam hal taranum Al Quran.
  • Hal ini amat mengecewakan ramai pihak memandangkan ayat-ayat al-Quran yang dialunkan mengandungi banyak ayat hukum berkenaan arak dan aurat serta tanda-tanda kemurkaan Allah.Firman Allah:"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (Al-Baqarah 208). Mengabaikan perintah mengharamkan arak serta perintah menutup aurat ertinya menolak sebahagian isi kandungan kitab al-Quran, firman Allah:"Apakah kamu beriman kepada sebahagian Alkitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian dari padamu, melainkan kenistaan ​​dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada seksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu lakukan." (Al-Baqarah 85)
  • Dewan Pemuda PAS Kedah menyokong teguh kenyataan teguran Profesor Datuk Dr Asri Zainul Abidin1 berkenaan jualan arak dalam pesawat MAS.Pada Mac tahun ini juga beliau pernah menegur kerajaan secara terbuka selepas insiden MH370. Malah teguran itu adalah suara rakyat yang cintakan Islam.
  • Kerajaan juga perlu rasa malu dengan kenyataan Setiausaha Eksekutif National Evangelical Christian Fellowship (NECF),2 Alfred Tais bahawa ajaran Kristian sendiri tidak menggalakkan penganut ajaran itu mengambil minuman keras sekali gus menyokong cadangan memansuhkan hidangan arak dalam pesawat MAS walaupun beliau mengakui masalah untuk pelaksanaan pemansuhan tersebut ialah kerana pesawat MAS tidak hanya dinaiki oleh penumpang dari Malaysia.
  • Jika benar kerajaan berhasrat bermuhasabah dan ingin meraih reda Allah semula, apa salahnya jika diadakan soal selidik dan kajian peratusan penumpang yang enggan menaiki pesawat MAS hanya kerana tiada jualan arak dan kerana pramugarinya menutup aurat dan tidak memakai pakaian ketat lagi.

Mengapa beliau dihentam sejurus kenyataan beliau disiar oleh Malaysiakini, Malaysia Insider dan Sinar Harian? Jawapannya kerana alasan;
  1. Tidak kena dengan tempat dan masa. Hal ini ditegaskan oleh ADUN PKR Seri Setia Nik Nazmi Ahmad dalam kenyataan medianya pada 22 Julai 2014 sehari selepas kenyataan Tarmizi disiarkan3. Kata beliau: "Tanpa mempertikaikan prinsip yang beliau utarakan, agama kita sentiasa menekankan bahawa Allah adalah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kita diajar untuk redha menerima takdir termasuk musibah."Di dalam menganjurkan kebaikan dan melarang kejahatan – amar ma'aruf nahi munkar – sekalipun, kita patut melakukannya dengan hormat dan tertib apatah lagi pada saat satu tragedi besar dan mengejutkan."Ada masa dan tempat yang sesuai untuk semua perkara,".
  2. Cuba membawa agenda hudud, inginkan publisiti murahan. Kata Pemuda MCA Timbalan Setiausaha Agung Tee Hooi Ling4 : " komen oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah Ahmad Tarmizi Sulaiman adalah satu usaha Pemuda PAS untuk mendapatkan publisiti murah dan menggerakkan agenda hudud itu. "Ia adalah memalukan bahawa ada pihak tidak sensitif yang berada di luar untuk mendapatkan publisiti murah dari kematian 298 orang di atas kapal MAS MH17 Penerbangan. "Oleh itu, Jangan selalu menuduh MCA menghina Islam, ia adalah jelas bahawa PAS sendiri yang menghina Islam dengan memburukkan imej wanita dan menggunakan tragedi untuk mewajarkan pelaksanaannya undang-undang hudud."
  3. Mengatakan beliau mengkambing hitamkan pakaian pramugari, menghina wanita dan Islam. Kata Tee Hooi Ling 5" "Dari semasa ke semasa PAS sentiasa dilihat wanita sebagai kambing hitam untuk dipersalahkan bagi banyak jenayah. Dia tidak menghormati kaum wanita dan mewujudkan sekatan terhadap hak-hak wanita. "Bagaimana, untuk menyalahkan seragam wanita untuk apa yang berlaku kepada Penerbangan MH17 ?.
  4. Ingin Islamkan MAS : rujuk komen-komen pembaca Malaysiakini, Malaysia Insider, Harakahdaily dlll portal berita semasa.

Penulis akan cuba menjawab persoalan ini secara terbatas dengan pengetahuan dan ilmu yang penulis miliki.

  1. Tidak kena dengan tempat dan masa

Di saat kenyataan beliau disiarkan, suasana luar negara dan dalam negara sibuk membincangkan hal teknikal, isu-isu diplomasi, pertikaian penyelerasan penggunaan ruang udara, isu melibatkan keselamatan bukti utama isitu mayat dan kotak hitam serta menyaksikan tangisan para keluarga mangsa MH 17.

Jika dibaca sepintas lalu, maka ramai pihak pasti tersentap kerana seolah-olah dengan mudahnya pihak beliau menghumban sebab musabab tragedi ini kepada isu taqdir, isu ketentuan Allah atau suratanNya yang menyebabkan pihak yang mungkin kurang 'beragama', kurang menghayati hidup beragama serta pihak bukan Islam melatah dan marah dengan kenyataan beliau.

Namun begitu perlu diingatkan, mengaitkan tragedi musibah besar ini dengan kemurkaan dan kemarahan Allah bukan isu baharu malah ia kerap kali dikumandangkan sejak isu MH 370 lagi berlarutan sehingga beberapa hari sebelum tragedi. Bermakna isu ini dibahaskan dalam persepstif agama dengan meriahnya terutama dalam media sosial dan maya. Cuma, adakah kerana beliau PAS atau 'Ustaz biasa' maka hal ini menampakkan kegopohan beliau, seolah-olah kenyataannya 'garib' pelik dan tidak masuk akal?

Lihat bukti-bukti isu ini dibahas kencang sebelum tragedi berlaku dan perhatikan klausa, istilah yang mereka gunakan;

1.1 Kenyataan Dr Ridhuan Tee 17 hari selepas kehilangan MH 370 (isu masih panas)6:
  • Menggariskan tujuh langkah yang boleh diambil iktibar selepas kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac lalu.
  • "Elakkan menjamu makanan dan perkara haram dalam pesawat. Mereka yang meminta arak itu, adalah di kalangan mereka yang biasa meminum arak. Cuba alihkan mereka dengan makan tempatan yang lebih berkhasiat seperti cendol dan sebagainya,".
  • Mengingatkan agar pramugari pesawat diberi kebenaran untuk menutup aurat dan membiasakan anak kapal mengingati Allah di dalam pesawat.
  • "Kita hendaklah jangan terlalu kebaratan ketika dalam pesawat. Amalkan budaya negara. Utamakan bahasa Melayu. Ucapkan salam mengikut cara kita. Belajarlah dengan anak kapal pesawat Thai, Brunei dan sebagainya. Mereka sentiasa mengutamakan jati diri negara,".
  • tidak hanyut dengan keseronokan di dalam pesawat sebaliknya disematkan dengan jiwa kerohanian Islam.
  • "Sebutlah kalimah Bismillah, Alhamdulillah, salam dan lain-lain. Perkara ini nampak kecil, tapi impaknya besar. Hati berasa lega berada dalam pesawat MAS dapat mendengar kalimah yang dikaitkan dengan Allah walaupun tidak semua melakukannya.
1.2 Kenyataan Dr Asri Zainal Abidin beberapa hari selepas tragedi MH 177

  • membangkitkan persoalan-persoalan tentang cadangan memberhentikan penjualan arak dalam pesawat yang sudah lama dibangkitkan.
  • "Banyak keputusan yang kerajaan kita buat yang kadang-kala merugikan negara berpuluh dan beratus juta (ringgit).
  • "Walaupun keputusan sebegitu dibuat atas alasan tertentu. Tidak bolehkah, sejak sekian lama rungutan dan cadangan agar kerajaan menamatkan perkhidmatan arak dalam MAS dilaksanakan?,"
  • "Berapa kerat manusia yang tidak mahu naik kapal terbang kerana tiada arak? Berapa kerat manusia yang tidak boleh 'travel' jika tidak dalam keadaan 'tipsy'?"Masa MH370 saya telah cadangkan hal ini. Ini MH17, saya mohon cadangkan kepada kerajaan sekali lagi. Hentikan arak dalam MAS moga kita dirahmati ALLAH"

1.3 Kenyataan Setiausaha Eksekutif National Evangelical Christian Fellowship (NECF), Alfred Tais 8
  • Ajaran Kristian tidak menggalakkan penganut ajaran itu mengambil minuman keras sekaligus menyokong cadangan memansuhkan hidangan arak dalam pesawat MAS.
  • ."Pesawat MAS dinaiki oleh penumpang dari pelbagai negara dan budaya. Terdapat sesetengah penumpang sudah terbiasa dengan minuman itu. Justeru tidak adil untuk menghalang mereka minum arak."Jadi amat sukar untuk henti MAS hidang arak.
  • Langkah terbaik ialah pramugari yang berada dalam pesawat tersebut perlu sensitif dan hanya menghidangkan minuman tersebut kepada penumpang yang tiada larangan untuk meminumnya,".
  • Hidangan arak juga merupakan tindakan tidak relevan kerana boleh mendatangkan keburukan dalam pesawat."Sesuatu penerbangan pesawat mengambil masa yang agak lama, apabila dihidangkan dengan arak, maka akan menyebabkan mereka mabuk dan mungkin akan mengganggu penumpang lain.
  • "Tindakan tidak rasional ketika mereka mabuk ini yang menyebabkan ajaran Kristian menghalang mereka daripada mengambil minuman keras," .

1.4 Kenyataan YB Zailah dalam Parlimen di saat YB lain membincang pampasan dan gantirugi MH 17.9
  • MP Rantau Panjang Siti Zailah Yusof meminta kerajaan supaya mengambil perhatian berhubung persoalan hidangan arak dan pramugari yang tidak menutup aurat dalam pesawat MAS.
  • "Kita tidak mahu mati dalam keadaan maksiat. (Kerajaan perlu) ambil berat perkara yang menjadi asas syariat (Islam).
  • "Harap ia diberi perhatian oleh kerajaan. Jangan pandang kecil walaupun dengan kecanggihan teknologi, ia tidak dapat halang kuasa Allah

1.5 Sikap Ketua Pramugara MAS Haji Ghaffar Abu Bakar menentang arak dalam MAS yang diceritakan oleh rakan-rakannya10.
  • Seorang yang berani melawan perintah syarikat agar tidak menghidangkan arak di dalam penerbangan yang diketuainya.
  • "Beliau seorang yang suka solat malam, mengaji dalam penerbangan dan menjadi mutawif (pemandu ibadat haji dan umrah) kawan-kawannya semasa umrah," tulis rakannya, Halim Hassan dalam komuniti Whatsapp Masjid Bukit Indah yang kini disebarkan melalui media sosial.
  • Menurut rakan-rakan masjid Bukit Indah itu, selain membuat bantahan kepada MAS tentang penghidangan arak di dalam kapal terbang, Ghafar pernah menulis kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan para mufti agar mengeluarkan arak dari sajian dalam pesawat MAS.
  • Pernah meminta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein agar membenarkan para pramugari beragama Islam untuk memakai tudung semasa bertugas.

Dari kenyataan-kenyataan di atas jelas bahawa ramai pihak mengaitkan tragedi besar ini dengan syariat Allah yang tidak tertunai dalam MAS. Ianya tidak diendahkan malah dicari pula seorang individu dijadikan 'punching bag' melepaskan kemarahan terhadap syariah Islam.

  1. Cuba membawa agenda hudud, inginkan publisiti murahan.

MCA yang cuba meraih publisiti murahan apabila menyelar teruk nasihat Tarmizi Sulaiman berkenaan isu arak dan aurat. Kejahilan mereka yang paranoid dengan hukum Hudud sehinggakan mereka menganggap menggesa menutup aurat dan menghalang penjualan arak sebagai suatu perleksanaan hudud. MCA yang sekian lama berada dalam BN tidak mampu didakwah dan diberi kefahaman oleh rakan politik Islamnya menyebabkan sikap anti Islam mereka bertambah-tambah.

  1. Mengatakan beliau mengkambing hitamkan pakaian pramugari, menghina wanita dan Islam.

Persepsi Liberalisme terhadap aurat sememamgnya menganggap perlaksanaan kod berpakaian menutup aurat sebagai suatu ancaman kepada hak asasi wanita. Bagaimana dengan hak asasi pekerja untuk menutup aurat? Bagaimana dengan hak asasi pekerja yang tidak mahu arak? Yang terjadi kini para pekerja tiada pilihan melainkan terpaksa meliatkan diri dengan arak dan membuka aurat sekaligus melanggar syariah. Kehadiran syariah Islam adalah untuk menjaga maruah wanita Islam. Jika benar anda MCA membela maruah wanita, mengapa tidak dibantah wanita dijadikan objek iklan di papantanda? Menjadi pengapit dalam Formula One, apa peranan wanita dalam melariskan produk melainkan hanya eksploitasi tubuh wanita untuk pelanggan bernama lelaki. Itu isu nya.

  1. Ingin Islamkan MAS
Ada komentar yang menyelar agenda mengaitkan syariat dengan tragedi MH 17 sehingga berkata kalau inginkan Islam sangat adakan azan dalam kapal terbang.
Perhatikan komentar-komentar di bawah:
David David · Jaga PAS dulu adakah semua betul dalam islam adalah salah kutup atau hina orang lain .kalau kamu tak naik kapal terbang MAS tak rugi pun MAS. July 24 at 4:16pm

Yong Chun Wah ·mas patut adakan 2 jenis perjalanan, islam dan bukan islam... Haha July 23 at 5:17pm

Yong Chun Wah · korang jika tak tahan nafsu (akibat dedah aurat) , tolong masuk ke hutan semula :) July 23 at 5:13pm

Hasruldusun Alqoni Assabaniyyah· betul juga sebab AIR ASIA yang pramugarinya berpakaian seperti itu pun tidak juga Allah timpakan kemurkaanNya? Jadi mesti ada sebab lain MENGAPA hanya MAS yang diuji berulang dalam tempoh yang dekat. Tidak mungkin Allah tidak murka kepada Air Asia? Tetapi bukankah kita percaya apa sahaja yang berlaku di dunia ini semuanya dalam pengetahuan dan kekuasaan Allah SWT? Lambat atau cepat sesuatu itu berlaku sama ada kebaikan atau keburukan telah ditentukan dalam Qada dan Qadar Allah SWT. Manusia telah diberikan akal untuk menganalisanya. Itulah kelebihan manusia daripada makhluk yang lain. Wallahu alam. July 22 at 12:23pm

Alwee Yusoff · ·(Universiti Kebangsaan Malaysia)Mungkin kena wat mcm ni ler baru buat penerbangan 100% halal baru terjamin perjalanan ..
livery mas kena ada cop halal jakim bebesar ...dan pilot orang isele je bleh bawak serta cabin crew 100% ...cover aurah..kalo boleh lagi penumpang kena islam aje ....baru
penerbangan syariah compliance , movie movie hollywood tak bleh tayang, harommm...channel radio ditukar kepada channel bacaan quran quran dan yassin..movie pula berunsurkan keagamaan seperti tanah kubur, kifarah, etc lagi adakan bacaan doa dibaca, masa bagi makan, ada doa makan, semua, makanan 100% halal...ada azan, selawat, pendek kata 100% shariah compliance... Only islam ...can fly ...takbir
July 22 at 1:58pm

Menggesa agar dilaksanakan larangan jualan arak dan menggesa agar membenar pekerja menutup aurat bukan bermakna menjadikan pesawat sebuah masjid seperti yang digambarkan oleh segelintir pihak termasuk yang beragama Islam.

Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah meletakkan perlaksanaan undang-undang ini adalah absah dan rralistik dalam rangka perlembagaan negara. Adapun pihak yang ghairah menggunakan hujah bahawa agama rasmi bermakna agama ritual semata-mata dan menggunakan tafsiran pada tahun 1988 sebenarnya boleh dianggap gagal kerana ia tidak perlu dijadi rujukan mahkamah hari ini dalam menafsir Perkara 3 (Islam agama Persekutuan). Hal ini kerana Perlembagaan adalah'sui juris'iaitu undang-undang yang berdiri sendiri dan 'Stare Decisis'11(keputusan mahkamah mengikat) tidak terpakai dalam penafsiran Perlembagaan Persekutuan. Jadi ia tidak membelenggu mahkamah lain untuk menafsir semula Perkara 3. Jika mahkamah pun tidak terikat menafsirkan erti agama rasmi persekutuan, inikan pula rakyat biasa, pengurusan MAS, eksekutif mahupun ahli akademik. Perlembagaan meletak perbahasan maksud Islam yang luas bagi agama rasmi ermasuk melaksanakan syariat paling asas dalam kapal terbang iaitu menghentikan jualan arak dan membenarkan pekerja Islam menutup aurat.

Ramai rakyat Malaysia menghargai tindakan drastik kerajaan dan MAS yang mebuat respon berunsur keagamaan selepas insiden MH 17 ini antaranya;

  • Perdana Menteri menggesa rakyat mengambil iktibar 12.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu umat Islam di Malaysia mengambil iktibar daripada beberapa tragedi yang melanda Malaysia. Najib berkata semua ujian dan rintangan yang kebetulan berlaku dalam bulan Ramadan itu memberi pengajaran berguna tentang keperluan membina kekuatan dan ketahanan umat Islam negara ini dalam menempuh pelbagai cabaran.

  • Batal rumah terbuka13

Majlis Rumah Terbuka Anggota Jemaah Menteri sempena Aidilfitri 2014 dibatalkan bagi menghormati mereka yang terkorban dalam nahas pesawat MH17.Majlis itu pada asalnya dijadual berlangsung di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.Kabinet juga bersetuju membatalkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia 2014 anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang dijadual diadakan di Rembau, Negeri Sembilan.

  • MAS telah anjurkan majlis bacaan doa untuk mangsa MH1714

Di Masjid Petra, Kelana Jaya pada 6.30 petang ini, manakala satu majlis khas bacaan doa antara agama akan diadakan di Akademi Malaysia Airlines, Kelana Jaya dan dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya.

Cumanya majlis-majlis dan bentuk keagamaan yang dilaksanakan hanya bersifat sementara dan sekadar bertafakur, mengenang nasib yang menimpa. Menangani isu ini dalam konsep Islam selain insaf, menenangkan keluarga mangsa, menghulur bantuan dan mengucap takziah juga adalah dengan menerapkan syariat serta menghapuskan kemungkaran dalam syarikat MAS. Hal ini bukan sekadar untuk MAS, malah mana-mana agensi penerbangan seperti Air Asia, Fire Fly, perkapalan, feri, kenderaan awam lain umpama KTM, Monorel dan sebagainya juga perlu menjadikan syariah sebagai agenda besar mereka.

Jitra
3 Ogos 2014




11 'Doktrin Duluan Mengikat' atau 'stare decisis' adalah suatu kaedah di mana prinsip keputusan sesebuah mahkamah yang lebih tinggi terpaksa diikut oleh mahkamah bawahan tanpa mengambil kira sama ada keputusan terdahulu itu betul atau sebaliknya. Doktrin itu bertujuan memastikan keseragaman keputusan mahkamah. Ia juga bagi menjamin mahkamah bawahan mengikuti keputusan mahkamah atasan. Prinsip 'stare decisis' ini tidak terpakai di Mahkamah Syariah. Namun dalam membuat sebarang keputusan di Mahkamah Syariah, hakim mahkamah bawahan perlu menghormati prinsip kes yang diputuskan mahkamah lebih tinggi. Tahap penghormatan itu pula tidak sampai mengikat mereka membuat keputusan tetapi mempunyai nilai mempengaruhi keputusan mahkamah bawahan saja.

PEMUDA PAS KEDAH SERU AHLI AKUR DAN TAAT DENGAN KEPUTUSAN MESYUARAT PAS PUSAT

Posted: 24 Aug 2014 05:56 AM PDT



KENYATAAN MEDIA 19 OGOS 2014
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

PEMUDA PAS KEDAH SERU AHLI AKUR DAN TAAT DENGAN KEPUTUSAN MESYUARAT PAS PUSAT

Dewan Pemuda PAS Kedah senada dengan sikap dan pendirian Pemuda Pusat untuk menyeru para ahli dan penyokong PAS agar akur dan menerima keputusan Mesyuarat khas PAS Pusat pada 17 Ogos yang lalu.

Detik lebih seminggu yang ditunggu bukan sahaja oleh ahli PAS dan penyokong malah pihak lawan politik juga menanti-nantikan keputusan PAS berkenaan isu Menteri Besar Selangor. Hal ini membuktikan kedudukan PAS yang merupakan salah satu suara besar dalam landskap politik tanahair.



Kami menganggap keputusan Presiden dalam mesyuarat berkenaan sebagai keputusan yang amat berhemah, bijak serta membawa kebaikan bukan sahaja kepada parti malah kepada Pakatan Rakyat yang didokongi bersama.

Keputusan ini juga boleh dianggap 'knock out' kepada pihak atau penyokong yang mungkin ragu-ragu dengan komitmen PAS dalam bertahaluf siasay bersama Pakatan Rakyat. Ini jelas bahawa PAS memegang janji dan bertekad untuk berpolitik atas pentas kebenaran, istiqamah, adil dan ihsan kepada rakyat.

Isu 'U-Turn' juga tidak wajar dibangkitkan memandangkan pihak Presiden dan Mursyidul Am teah menjelaskan sebab musabab keputusan itu dibuat dalam mengambil kira faktor semasa yang berlaku rancak sebelum keputusan 17 Ogos mampu dilakukan.

Pemuda PAS menyeru para ahli dan pendokong agar membawa keputusan besar ini ke akar ubi dan diwacanakan secara adil dan sahih. Jangan sesekali maklumat media sosial yang diperpanjangkan kerana penulisan media sosial tidak terikat dengan etika jurnalisme atau kewartawanan. Ambillah maklumat daripada sumber parti yang sah.

Semoga keputusan ini akan mengembalikan semarak semangat para petugas PAS untuk menjayakan agenda kebajikan kepada rakyat.

Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman
Ketua Penerangan DPPNK


0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Kawasan